Anda di halaman 1dari 4

ZAMAN PRA-SEJARAH "EDEN IN THE EAST" 100000-50000 SM Manusia Zaman Batu wujud dan kesan-kesan peninggalan orang Zaman

Batu (Palaeolithic) ini ditemui di Gua Niah, Sarawak dan juga Bukit Jawa, Lenggong, Perak. 10000-8000 SM Orang Melayu pertama wujud, menurut Stephen Oppenheimer, dalam bukunya Eden in the East, sebelum Banjir Besar Nabi Noh menenggelamkan Pentas Sunda. Orang Melayu pertama yang sudah memiliki tamadun tersendiri ini kemudiannya berhijrah ke Utara dan ke Selatan dunia. Terdapat bukti-bukti linguistik, genetik dan arkeologi mengenai persamaan tamadun-tamadun manusia terawal di Amerika Selatan, Amerika Utara dan Cina dengan tamadun Melayu. Tesis ini masih tidak diterima ramai. 4 SM Lembah Bujang di negeri Kedah muncul sebagai antara tamadun purba yang terpenting di Semenanjung yang menjadi laluan dagangan terawal orang Melayu Nusantara. Kesan peninggalan peradaban ini masih ujud sehingga kini. ZAMAN KLASIKAL c. 200-1500 208-651 Orang Melayu dari Empayar Sriwijaya, Sumatera mula berkhidmat dalam angkatan tentera Kerajaan Sassanid sehingga Khalifah- khalifah Islam yang terkemudian. 671 I-tsing, pengembara Cina, melaporkan menaiki kapal kepunyaan Raja Sriwijaya dari Palembang untuk ke India. 683 Sriwijaya menakluki Sumatera, Semenanjung Tanah Melayu dan sebahagian Pulau Jawa. 747 Dua orang sami Buddha, Wajrabodhi dan Amoghawajra dari Sriwijaya, dilaporkan membawa ajaran Buddha aliran/mazhab Wajrayana ke negeri Cina. 775-782 Maharaja Vishnu di Jawa mula membina Candi Borobudur. 787-812 Indra, seorang Maharaja Zabag keturunan Sailendra, yang juga salah seorang pembina Candi Borobudur, telah menakluk Empayar Kemboja daripada 787 sehingga 802. 812-832 Maharaja Samaratungga di Jawa menyiapkan Candi Borobudur yang dimulakan oleh Vishnu. 851 Pengembara Islam bernama Sulaiman yang mula-mula sampai ke daerah ini telah menulis catatan mengenai kewujudan empayar-empayar Melayu di Nusantara. 1001-1050 Suryavarman 1 (anak raja Melayu daripada Tambralinga/Ligor, sebuah negeri dekat Patani, Segenting Kra) menakluk Empayar Kemboja, dan menjadi antara Maharaja Kemboja yang agung. Ligor bebas daripada takluk Sriwijaya. 1025 Empayar Sriwijaya dikalahkan oleh Raja Rajendra Cola dari India Selatan. Maharaja Samara Vijayatungga telah membina semula Empayar Sriwijaya bermula 1045.

1070 Manabharana, anak Samara Vijayatungga menakluk Empayar Cola, India Selatan. 1230-1270 Dharmaraja Chandrabhanu, seorang Raja Melayu daripada Tambralinga/Ligor, pernah menyerang Raja Seylon dengan 200 buah kapal sebanyak dua kali walaupun tertewas kemudiannya. 1265 Pasai menjadi pusat pengajian dan penyebaran Islam terawal di Nusantara. 1268 Kartanagara menjadi raja Singosari. 1275-1292 Kartanagara mula menakluk Sumatera dan Pulau Madura. Hasilnya, Pulau Madura, Raja Minangkabau dan Raja Melayu atau Raja Jambi tunduk kepada Kartanagara. Pahang dan Tanjung Pura, Borneo juga ditakluk oleh Kartanaga untuk menyekat perluasan empayar Cina oleh Kublai Khan. 1283 Kublai Khan menyerang Negeri Campa, negeri Melayu di Indo-Cina. 1289 Utusan Kublai Khan, Meng Ki, tiba di Singosari dan menuntut kerajaan Singosari tunduk, yang ketika itu diperintah oleh Kartanagara. 1292 Kartanaga dibunuh dan kerajaan Singosari tumpas kepada Jayakatwang daripada Kediri. Raden Wijaya yang lari ke Pulau Madura pulang semula ke Singosari lalu mendirikan kerajaan Majapahit tidak jauh daripada kerajaan Kediri dan hampir dengan Madura yang menyokongnya. 1293 Tentera Mongol melanggar tanah Jawa, dan armada Jayakatwang ditumpaskan di Pacikan. Mongol mara ke Kediri, ibunegeri Jayakatwang. Sementara itu, Jayakatwang mengepung Raden Wijaya di Majapahit, lantas Raden Wijaya meminta pertolongan tentera Mongol. Jayakatwang daripada Kediri akhirnya tewas di tangan persekongkolan Majapahit-Mongol. Raden Wijaya kemudian menghalau tentera Mongol, lalu menaiki takhta Majapahit dengan nama Kertarajasa Jayavardana. 1294 Ligor ditakluk kerajaan Siam/Ayuthia. 1303 22 Feb 1303/4 Rejab 702. Tarikh Batu Bersurat Trengganu yang menandakan kedatangan Islam secara rasmi ke Tanah Melayu. 1334 Gajah Mada, Bismarc Melayu, dilantik menjadi Patih Amangkubumi Majapahit. Sumpah Gajah Mada untuk menakluk Nusantara berlaku pada tahun 1336. 1343-1357 Majapahit menakluk pulau-pulau di bawah takluk Bali seperti Kangean, Sumbawa, Lombok, Madura, Ujung Jawa Timur dan sebahagian Sulawesi serta pulau Sunda. Pasai, Sumatera, sebahagian Semenanjung Tanah Melayu dan Kalimantan juga dilaporkan ditakluk oleh perluasan kuasa Gajah Mada daripada Majapahit. 1350 Hayam Wuruk menaiki takhta Majapahit dengan gelaran Batara Prabu Sri Rajasanagara. 1364 Gajah Mada mati. Lalu suramlah kekuatan kerajaan Majapahit. 1365 Pasai ditakluk Majapahit. 1377 Empayar Sriwijaya ditakluk oleh orang Jawa Majapahit. Temasik juga ditakluk oleh Majapahit.

1401 Parameswara/Permisura/Pa-li-su-la lari daripada kerajaan Majapahit kerana konflik istana, lalu melanggar Temasik, merampas kuasa daripada Temagi, ketua Temasik tika itu. 1402 Raja Pahang atau Patani telah menghalau Permisura dari Temasik. Beliau berundur ke Muar lalu menjumpai perkampungan orang Laut di muara Sungai Melaka ketika itu. Parameswara mengasaskan Melaka. 1403 Utusan Cina, Yin Ching, menemui Parameswara di Melaka yang masih kecil. 1409 Laksamana Cheng Ho melawat Melaka dalam kembara pertama beliau ke seluruh takluk Cina atau Lautan Hindi. 1411, 1414, 1419 Parameswara melawat Cina untuk menghantar ufti. Tahun 1411, Parameswara membawa balik tukang-tukang rumah Muslim daripada Cina, dan itulah sebabnya masjid-masjid terawal di Melaka menyerupai senibina Cina. 1414 Parameswara memeluk Islam setelah berkahwin dengan puteri Pasai dan menukar namanya kepada Megat Iskandar Syah. Melaka mula membangun sebagai pusat perdagangan yang baru berpaksi kepada Islam sebagai agama negara. Megat Iskandar Syah atau Mukasautirsha melawat Cina. 1424 Mukasautirsha mangkat semasa Melaka sudah menjadi pusat perdagangan terpenting di Nusantara. Sri Maharaja, anaknya, naik takhta, memeluk Islam dan menukar namanya kepada Sultan Muhammad Syah lalu memerintah sehingga tahun 1444. 1444 Raja Ibrahim dengan gelaran Sultan Abu Syahid naik takhta setelah bapanya mangkat. Beliau dibunuh pada tahun 1445 yang memungkinkan kebangkitan Melaka sebagai kuasa baru Nusantara. 1446 Negarawan Ulung Tun Perak, Sun Tzu Melayu, pemimpin dari kalangan rakyat biasa atau bukan istana, mengetuai coup de tat yang meletakkan Raja Kassim atau Sultan Muzafar Syah di atas takhta Melaka. Tun Perak dilantik menjadi penghulu Kelang. Siam pula melanggar Melaka dalam tahun yang sama, lantas telah dihalau oleh Tun Perak dan tentera dari Kelang serta Melaka. 1446-1459 Sultan Muzafar Syah memerintah Melaka. 1448 Negarawan Ulung Tun Perak dilantik menjadi Bendahara Melaka bergelar Bendahara Paduka Raja. Perluasan Empayar Melaka dipimpin oleh beliau sehingga beliau meninggal dunia pada tahun 1498. 1450 Wali Songo (Wali Sembilan yang terdiri daripada Sunan Ampel, Sunan Bonang, Sunan Derajat, Sunan Giri, Sunan Kali Jaga, Sunan Kudus, Sunan Muria, Sunan Gunung Jati dan Maulana Maghribi) memulakan pengislaman Jawa dan seluruh Indonesia. 1459-1477 Sultan Mansur Syah memerintah Melaka. 1474 Raden Patah, pendiri Kerajaan Islam Demak di Jawa, mula belajar dengan Sunan Ampel di Surabaya bersama adiknya Raden Kusen. 1475 Raden Patah membuka hutan Bintara lalu mendirikan kota Demak, sebuah kerajaan Islam yang pertama di Jawa.

1478 Demak menakluk Majapahit. 1477-1488 Sultan Alauddin Riayat Syah memerintah Melaka. Mangkat pada tahun 1488 kerana diracun. 1488-1511 Sultan Mahmud Syah memerintah Melaka. Beliau adalah pemerintah Melaka yang terakhir. 1498 Negarawan Ulung Tun Perak meninggal dunia, lalu berakhirlah kekuatan kerajaan Islam Melaka. Jawatan beliau kemudian disandang oleh Tun Mutahir dengan gelaran Bendahara Sri Maharaja.

Anda mungkin juga menyukai