Anda di halaman 1dari 3

5 JENIS AKTIVITI MENGGUNAKAN PUNDI KACANG 1. LARIAN ZIG ZAG 3 kon disusun dalam 1 barisan yang sama.

sama. Pemain A memulakan larian dari kon 1 hingga ke kon 3 sambil membawa pundi kacang. Seterusnya, pemain A membaling pundi kacang tersebut kepada pemain B. Pemain B pula akan membawa pundi kacang tersebut ke garisan permulaan iaitu pada kon 1. Pemain seterusnya mengulangi langkah tersebut.

2. JENGKET-JENGKET SI PUNDI KACANG Susun 2 kon dengan jaraj 2 meter. Permainan dimulakan dengan pemain A meletakkan pundi kacang di atas kaki dan membawanya dari kon 1 hingga ke kon 2, lalu berpatah balik ke kon 1. Pemain seterusnya akan mengulangi langkah tersebut.

3. TARIK PUNDI KACANG DENGAN MENGGUNAKAN TALI SKIPPING Letakkan 2 kon dengan jarak 2 meter. Letak pundi kacang di tengan tali skipping di atas lantai. Kemudian, tarik pundi kacang dari kon 1 sehingga ke kon 2. Pemain seterusnya akan mengulangi langkah tersebut..

4. BALING PUNDI KACANG DALAM KON Tentukan jarak pemain A dan B dengan 5 langkah dan ditandakan dengan kon. Pemain A yang berada di hadapan akan membaling pundi kacang, manakala pemain B yang berada di belakang akan menyambut pundi kacang menggunakan kon. Pemain seterusnya akan mengulangi langkah tersebut.

5. IMBANGAN ATAS KEPALA SAMBIL MENJENGKET Letakkan pundi kacang di atas kepala. Jalan sambil menjengket dari kon 1 hingga ke kon 2. Imbangkan pundi kacang supaya tidak jatuh ke bawah. Jika pundi kacang terjatuh, pemain perlu mengulangi semula dari kon 1. Pemain seterusnya akan mengulangi langkah tersebut.

5 JENIS AKTIVITI TANPA MENGGUNAKAN ALATAN 1. Melompat dari satu titik ke satu titik yang lain 2. Lompat bintang 3. Lompat katak 4. Berlari pecut 5. Berjoging

Anda mungkin juga menyukai