Anda di halaman 1dari 40

Pengenalan

Menurut Piaget Apabila kanak-kanak dapat berfikir dan berkomunikasi dengan menggunakan perkataan yang mewakili objek dan peristiwa di sekeliling mereka, fleksibiliti mental untuk berfikir dan membayangkan sesuatu mengatasi masa dan ruang

Menurut Vygotsky ( 1978 ) Pertuturan persendirian ( private speech ) iaitu dialog dalaman bermaksud seseorang itu bercakap dengan dirinya sendiri, merupakan satu strategi dalam peniruan dan penguasaan bahasa pada peringkat kanak-kanak.

Corak perkembangan bahasa pada umumnya sama bagi kanak-kanak tidak kira apa bahasa yang dituturkan Bayi mengeluarkan perkataan yang pertama antara usia 8 bulan hingga 18 bulan

Bloom ,1998 Sebaik sahaja bayi dapat mengeluarkan perkataan yang pertama, bahasa akan berkembang dengan pesat. Ucapannya menjadi semakin panjang dan kompleks.
Brown ,1975 Perbendaharaan kata yang diketahui oleh kanak berumur 3 tahun hingga 6 tahun meningkat daripada 1000 kepada 10000 perkataan. Dengan pengetahuan yang meningkat ini mereka dapat membuat pnghuraian yang panjang lebar dan cekap dalam perbualan

PERKEMBANGAN BAHASA BAYI SEJAK LAHIR HINGGA BERUMUR 24 BULAN

LAHIR Menangis Lebih suka kepada suara manusia berbanding bunyi lain Dapat membezakan fonem

1 hingga 4 bulan Mendekut ,misalnya aa_aa_aa_aaaa atau oo_oo_oo_ooooo

6 bulan Mericau,misalnya ma_ma_ma_ma_maa atau ba_ba_ba_ba_baaaa

9 hingga 12 bulan Lebih banyak mericau Mula mencantum suku kata untuk meniru perkataan yang menghampiri bahasa ibunda misalnya mama_mama_mama_mama_ atau aba_aba_aba_abah

12 hingga 18 bulan Menyebut perkataan seperti mama untuk memanggil ibunya apa tu? Untuk menanyakan sesuatu

18 hingga 24 bulan Berlaku cetusan perbendaharaan kata

PERKEMBANGAN KOMUNIKASI PRALINGUISTIK

Komunikasi pralinguistik adalah kebolehan bayi untuk menyatakan atau memahami sesuatu sebelum berkebolehan menggunakan bahasa ,misalnya menangis atau menunjuk Menangis adalah cara pertama bayi berkomunikasi dan memberitahu ibu bapa mereka bahawa mereka memerlukan sesuatu seperti makanan ,keselesaan dan rangsangan Mengikut Gustafon & Harris ,1990 Tangisan bayi adalah pendorong yang kompleks,iaitu daripada rengekan kepada maklumat

Sebab sebab bayi menangis Perasaan lapar Penukaran suhu apabila tidak berpakaian Bunyi yang kuat Rangsangan yang pedih Bunyi suara tangisan bayi lain Sakit Hoffman,1984:1988 Sesetengah penyelidik percaya tindak balas menangis apabila mendengar mendengar bayi lain menangis ini memberi kesan kepada kapasiti semulajadi untuk bertindak terhadap penderitaan bayi lain atau tanda empati pada peringkat awal

Menunjuk dengan jari merupakan komunikasi pertama sebelum kanak-kanak menguasai kemahiran berkomunikasi secara lisan. Peringkat ini dikenali sebagai peringkat pralinguistik
Selain berkomunikasi melalui tangisan,ibu berinteraksi dengan bayinya dengan mengagak keperluan bayi melalui gerak-geri terhad yang ditunjukkan oleh bayinya iaitu seperti senyuman,menghulur tangan atau menunjuk dan pengeluaran bunyi untuk menunjukkan keinginan untuk berinteraksi

Terdapat dua jenis komunikasi pralisan iaitu:


Protodeklaratif Gerak geri protodeklaratif adalah apabila bayi membuat kenyataan melalui gerak badan ,seperti menyentuh atau memegang objek Protoimperatif Gerak geri protoimperatif ialah apabila bayi meminta orang melakukan sesuatu dengan berkomunikasi melalui isyarat tangan ,menunjuk sambil mengeluarkan bunyi

Menurut Iverson,Capirci & Caselli,1994 :Namy & Waxman, 1998 Pada awal perkembangan komunikasi,bayi akan tersenyum apabila berhadapan dengan orang yang biasa dilihatnya seolah-olah ingin memulakan interaksi dengan mereka Kemudian bayi akan akan mengeluarkan bunyi kegembiraan bersama dengan senyuman Seterusnya bayi akan mengeluarkan bunyi vokal ,suku kata yang menghampiri bunyi bahasa ibunda dan akhirnya bunyi tersebut berubah menjadi perkataan yang bermakna atau pertuturan

Komponen Perkembangan Bahasa

Fonologikal Semantik Tatabahasa Pragmatik

FONOLOGIKAL
Ia merupakan pemahaman dan pengeluaran bunyi bahasa pertuturan.

PERKEMBANGAN FONOLOGIKAL BAYI


Baru lahir - 1 tahun Boleh mengeluarkan bunyi seperti mendekut seperti oo_oo_oo_ooo dan mengagah aa_aa_aaaa Bunyi vokal berubah menjadi bebelan seperti mamamama apabila menghampiri umur setahun Boleh menyebut suku kata mama apabila berumur setahun 1 tahun 2 tahun Mengulang suku kata ,menampilkan sedikit pengetahuan tentang beberapa perkataan Berminat untuk berbual dan tidak lagi membebel Mengeluarkan bunyi yang paling mudah,bermula dengan konsonan dan berakhir dengan vokal Mengetahui kesinambungan bunyi

Perkembangan Fonologikal Kanak-kanak


UMUR KEBOLEHAN FONOLOGI

2 Tahun 5 Tahun

Kematangan peralatan vokal dan berusaha mengatasi masalah sebutan Sebutan bertambah baik dan dapat dikawal Mengulang seni kata lagu atau puisi yang mudah Memahami penekanan khas yang membezakan maksud perkataan sebatang pensel dan batang kayu . Pertukaran penekanan apabila perkataan berubah daripada perbuatan kepada nama Memahami seni kata lagu atau puisi.

6 Tahun 10 Tahun

PERKEMBANGAN SEMANTIK

Ia merupakan komponen perlambangan bahasa yang berkaitan dengan makna perkataan. Menurut Nelson ( 1973 ) Perkembangan semantik kanak-kanak pada usia 2 tahun pertama bergantung kepada perkara berikut:

- Objek dan tindakan kanak-kanak lebih menggunakan kata nama berbentuk objek ( cth: epal, bola , mama, abah ) dan perbuatan seperti ( bye-bye , jalan )

- Pernyataan keadaan kanak-kanak menggunakan kata sifat objek dan rujukan tempoh/masa yang menyatakan keadaan ( cth:habis, kotor, cantik )
-

Perkataan peribadi atau sosial perkataan yang menunjukkan keadaan emosi atau berkaitan dengan perhubungan sosial ( cth: aduh, tak, nak, atau terima kasih )

- Perkataan berfungsi perkataan semata-mata berfungsi sebagai tatabahasa. ( cth: mana atau apa )

PERKEMBANGAN SEMANTIK BAYI


Baru lahir 2 tahun Praperkataan mula terbentuk Praperkataan awal disebutkan merujuk kepada orang yang terdekat,benda yang dapat bergerak dan aksi biasa Menggunakan variasi perkataan untuk memberi maksud yang sebenar Dapat memahami perkataan serta menunjukkan objek yang dinamakan

PERKEMBANGAN SEMANTIK KANAK-KANAK


UMUR
2 Tahun 4 Tahun

KEBOLEHAN SEMANTIK
Perkembangan perbendaharaan kata diiringi dengan menyifatkan objek Dapat memahami perkataan yang lebih abstrak seperti perasaan seperti marah atau sifat nama seperti comel

5 Tahun 10Tahun

Dapat menamakan objek atau kejadian dan mengkategorikan Perbendaharaan kata bertambah kepada 14000 perkataan Memahami dan menghafal seni kata lagu atau puisi Dapat mengubah suai seni kata lagu atau puisi.

PERKEMBANGAN TATABAHASA KANAK-KANAK


PERINGKAT Prasekolah KEBOLEHAN TATABAHASA Kanak-kanak dapat menggunakan perkataan untuk membincangkan sesuatu peristiwa yang atau pengalaman dengan urutan yang mudah ( dua hingga empat ayat ) dan bermakna. Dapat membentuk cerita yang panjang ( satu muka surat yang terdiri daripada sepuluh ayat ) dan tepat mengenai sesuatu pengalaman atau peristiwa yang mereka pernah alami.

Sekolah

Akhir Sekolah

Dapat mencipta seni kata lagu dan puisi serta menceritakan tentang peristiwa atau pengalaman secara kompleks. Mampu menambah ulasan, tafsiran atau pengajaran yang didapati daripada peristiwa tersebut.

PERINGKAT PRAGMATIK
Peringkat penggunaan bahasa secara berkesan dalam konteks sosial. Ia bergantung kepada kebudayaan masyarakat apabila kanak itu membesar Merupakan komponen yang paling sukar dikuasai kanakkanak ia memerlukan kefahaman tentang nilai dan budaya yang hanya dicapai oleh kanak-kanak jika: - mereka berpengalaman bergaul dengan orang lain. - dapat memahami konteks sosial yang berubah-ubah.

Jenis Kemahiran Pragmatik

Daftar bahasa atau speech register kemahiran membuat penyesuaian bahasa supaya memenuhi keperluan sosial. cth: tolong, sila, minta, pohon maaf, selamat pagi, salam sejahtera, dengan suka citanya, terima kasih.

Turnabout kemahiran mengalih perbincangan atau komen tentang perkara yang dibincang supaya dapat menerima tindak balas atau pendapat daripada penyoal.
Kenapa Adik Salmah tak pakai baju sekolah hari ni ? Adik suka pakai baju Cikgu Nani hari ini. Merah dan ceria sahaja. Kalau Cikgu pakai baju sekolah mungkin nampak kurang menarik, betul tak , Cikgu?

Cikgu Nani

Adik Salmah

Shading Kemahiran membuat perubahan topik perbincangan secara tidak mengejut. Kemahiran ini dikuasai pada umur antara 5 tahun hingga 9 tahun.

PERKEMBANGAN PRAGMATIK BAYI


Lahir 1 tahun Menunjukkan gerak-geri untuk melibatkan diri dalam perbualan Penglibatan dalam perbualan mula terbentuk

1 tahun - 2 tahun Mula mengambil bahagian dalam perbualan Mula menyesuaikan diri dalam perbualan Mula menyesuaikan diri dalam interaksi Melibatkan diri dalam setiap perbincangan Dapat menggunakan speech registers yang mudah seperti bye bye atau terima kasih

Perkembangan Pragmatik Kanakkanak


UMUR KEBOLEHAN PRAGMATIK

2 Tahun 5 Tahun
Dapat mengambil bahagian dalam perbuatan melibatkan kumpulan besar , misalnya kelas Berbual dengan rakan sebaya semasa aktiviti harian Mula memberi komen dan meminta tindak balas Dapat menggunakan speech register, seperti selamat pagi atau tolong Boleh menggunakan speech register seperti apa khabar ? atau tumpang lalu secara berkesan Pandai mengubah topik perbincangan atau perbualan secara beransur-ansur mengikut keadaan Dapat bertanya balik disoalkan.

6 Tahun 11 Tahun

Perkembangan Fonologikal

Umur 11 tahun ke atas:


Mencuba berbual seperti orang disekelilingnya. Cuba menyesuaikan cara untuk menghasilkan bunyi yang memberikan maksud yang sesuai dengan budaya.

Menghasil seni kata lagu atau puisi.

Perkembangan Semantik
Umur

10 tahun ke atas:

Mempunyai perbendaharaan kata lebih kurang 30000 perkataan. Dapat menaakul agak mantap secara abstrak

Dapat menggunakan perkataan untuk mencipta seni kata lagu atau puisi.

Kanak-kanak dapat membentuk cerita yang panjang (satu mukasurat yang terdiri daripada 10 ayat). Berdasarkan sesuatu pengalaman dan peristiwa yang pernah dilalui mereka. Pada hujung peringkat sekolah mereka dapat menceritakan tentang peristiwa atau pengalaman secara kompleks dengan menambahkan ulasan, tafsiran atau pengajaran yang didapati dari peristiwa tersebut.

Perkembangn Pragmatik

Umur 11 Tahun ke atas:


Penggunaan bahasa yang betul mengikut tuntutan sosial Mahir menggambil bahagian dalam perbualan kumpulan.

Tujuan kita menjalankan penilaian terhadap perkembangan bahasa kanakkanak:


Mengesan perkembangan fonologikal,semantik,tatabahasa dan pragmatik kanak-kanak melalui pemerhatian: 1. Terhadap penggunaan bahasa semasa berinteraksi 2. Interaksi antara rakan sebaya atau orang dewasa.

Menguji perbendaharaan kata dan pengetahuan semantik melalui ujian cerita dan ingatan verbal. Memerhati dan mencatat perbualan kanak-kanak untuk mengesan keupayaaan bercakap serta berkebolehan komunikasi secara verbal dan bukan verbal. Memerhati mimik muka dan bahasa tubuh serta pergerakan anggota badan.

Anda mungkin juga menyukai