Anda di halaman 1dari 25

1.

0 PENGENALAN

Malaysia menggunakan suatu kurikulum yang sama bagi semua pelajar. Ianya menjadi satu cabaran besar kepada guru dalam menyampaikan kurikulum ini kepada anak didik. Di dalam ruang lingkup bilik darjah, guru perlu membuat sedikit analisis mengenai latar belakang murid-murid sebelum merancang pengajaran. Sebagai guru, kita perlu tahu bahawa setiap pelajar mempunyai budaya, latar belakang keluarga dan tahap sosio ekonomi yang berbeza-beza. Perbezaan budaya dan kaum murid-murid di sekolah menjadi satu cabaran kepada guru untuk menghadapinya. Guru perlu lebih peka terhadap isu-isu yang berkaitan dengan setiap kaum dan budaya yang terdapat di Malaysia. Isu-isu yang sensitif perlulah dielakkan supaya ianya tidak menyinggung mana-mana pihak. Justeru itu, melalui proses pengajaran dan pembelajaran guru dapat melahirkan kelas yang mesra budaya. Keadaan ini banyak bergantung kepada kredibiliti seorang guru dalam mengurus dan mengelola kelas-kelas yang mempunyai murid berbilang kaum. Guru perlu lebih prihatin dalam menyediakan bahan pengajaran supaya ianya dapat diterima oleh semua murid. Penggunaan bahasa dan tutur kata yang betul juga dapat memainkan peranan yang penting semasa guru mengajar di dalam kelas. Selain itu, kelas yang mesra budaya juga memerlukan kerjasama dari pelbagai pihak untuk mewujudkannya. Murid, guru dan kakitangan sekolah merupakan golongan yang berupaya untuk menjayakan pelaksanaan ini. Oleh itu, menjadi satu hasrat yang murni pelaksanaan kelas yang mesra budaya dapat dilaksanakan di setiap sekolah di seluruh Malaysia.

2.0 RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (RPH)

Tahun : 3 Bakawali Bil.murid: 24 orang Mata Pelajaran: Bahasa Melayu Tema: Amalan Hidup Sihat Tajuk: Kebaikan Bersukan Masa: 9.45pagi 10.15 pagi (30 minit) Objektif Pengajaran: Pada akhir pelajaran, pelajar-pelajar akan: 1. Murid dapat membaca teks syarahan dengan gaya, intonasi, dan subutan dengan betul. 2. Murid dapat menyatakan tiga daripada lima isi penting berdasarkan teks. 3. Murid dapat menulis lima ayat tunggal mengenai bersukan dengan menggunakan ayat yang betul. Hasil Pembelajaran: Fokus Utama: 8.2 Membina dan menulis ayat tunggal dan ayat majmuk dalam sesuatu penulisan teks tentang sesuatu tajuk. Aras 1 (i) membina ayat tunggal berdasarkan pelbagai bahan rangsangan yang diberi.

Fokus Sampingan: 1.1 Berbual tentang sesuatu perkara berkaitan kehidupan seharian dengan

menggunakan kata, ungkapan, ayat, sebutan, intonasi, dan nada yang sesuai. Aras 1 (i) berbual tentang sesuatu perkara yang dialami dan didengar dengan menggunakan bahasa yang sesuai. 5.1 Membaca kuat perkataan dan ayat dengan sebutan dan intonasi yang betul dan memahami petikan yang dibaca. Aras 3 (i) Membaca teks dengan sebutan dan intonasi yang betul. Kemahiran Bahasa (KB) : Kemahiran bertutur, menulis dan mendengar. Sistem Bahasa (SB) : Sistem ejaan, ayat tunggal, sebutan dan intonansi. Ilmu : Bahasa Melayu, Kesihatan Nilai : Kesihatan, menghayati, menghormati dan menghargai. Kemahiran Bernilai Tambah (KBT) Kemahiran Berfikir : Membuat perbezaan, membuat inferens, dan kemahiran mengkategori. Kemahiran Belajar : Menerima maklumat, memproses dan melaporkan. Kecerdasan Pelbagai : Kinestetik, intrapersonal, interpersonal, naturalis dan emosi. Pengetahuan Sedia Ada : Murid dapat menceritakan pengetahuan danpengalaman mereka mengenai kebaikan bersukan dengan cara berdialog dan dengan menggunakan ayat mudah. BBM : Video, teks syarahan, lembaran kerja. membina ayat

LANGKAH-LANGKAH PENGAJARAN: LANGKAH JANGKA MASA Set Induksi ( 5 minit) Murid ditayangkan video yang berkaitan dengan jenis-jenis sukan 2. Bola keranjang 3. Hoki 4. Teakwond o 5. Softball 6. Ais ski 7. Tinju 8. ragbi Perbualan bersama murid mengenai sukan . / ISI PELAJARAN AKTIVITI PENGAJARAN CATATAN

DAN PEMBELAJARAN i)murid diminta untuk melihat paparan video dan menghayatinya. ii)murid diminta untuk menyatakan dan mereka sendiri tentang bersukan. iii)guru mengaitkan video tersebut dengan pelajaran dan tajuk pengajaran yang akan diajari pada hari itu. KB : menghubungkait, inferens BCB: menonton dengan aktif BBB : video

1. Bola sepak menceritakan pengalaman

Guru memberi teks syarahan iaitu Kebaikan Bersukan. Langkah 1 ( 5 minit ) Bacaan mekanis: Baca bersamasama guru.

i)murid diminta membaca syarahan itu secara individu dengan kuat dan mengikut intonansi serta gaya bacaan yang betul. ii)murid-murid yang lain dikehendaki mendengar dan meneliti teks sambil memahami petikan tersebut. iii)kemudian guru menanyakan soalan kepada murid berkaitan dengan petikan tersebut.

KB : membuat inferens BCB : i) membaca dengan intonansi dan gaya yang betul. ii) mendengar dengan aktif. BBB : teks syarahan.

Guru mengadakan kuiz dan permainan Langkah 2 dalam bentuk kumpulan. ( 15 minit ) Nama kumpulan 1. hoki 2. bola sepak 3. bola keranjang 4. ragbi 5. tinju 6. teakwondo

i)murid dibahagikan kepada enam kumpulan mengikut nama jenis sukan. ii)murid diminta untuk berada dalam kumpulan iii)setiap kumpulan dikehendakki untuk menyenaraikan lima isi dalam karangan syarahan v) guru mengarahkan murid menulis isi di dalam buku masing-masing vi) murid dikehendaki menjawab soalan yang disediakan dalam bentuk slide

KB : menjana idea BCB : memproses maklumat dan melaporkan maklumat. KP : verbal linguistik,visual, intrapersonal, interpersonal Nilai : kerjasama, hormat menghormati BBB : teks syarahan, slide soalan

Guru membuat Rumusan Penutup ( 5 Minit ) mengenai pengajaran yang telah diajar dan menanyakan soalan kepada murid akan apa yang mereka telah pelajari. Guru juga menayakan nilainilai murni yang terdapat semasa sesi pengajaran danpembelajaran.

i)murid digalakkan supaya mengumpul maklumat tambahan daripada bahanbahan yang lain bagi menambahkan pengetahuan mereka. ii)murid juga menyatakan nilai-nilai murni yang telah dipelajari pada hari tersebut.

Nilai-nilai murni : -Menghargai -Bersyukur -Menghormati -bekerjasama

3.0 PENERANGAN RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

Merujuk

rancangan mengajar yang dibina, objektif pengajaran yang dipilih

adalah berdasarkan kemampuan dan kebolehan murid dalam kelas yang mesra budaya mengikut tahap dan tahun mereka. Antara objektif pengajaran ialah murid dapat membaca teks syarahan dengan gaya, intonasi, dan sebutan dengan betul pada akhir pembelajaran. Melalui objektif ini, guru dapat melihat dan menilai keberkesanan penggunaan bahasa dalam kalangan muridnya yang berbilang kaum. Pemilihan objektif ini juga dapat mendorong murid-murid bukan Melayu terutamanya menggunakan bahasa Melayu dengan betul di samping dapat menghayati unsur-unsur dalam bahasa tersebut. Selain itu, objektif dalam rancangan yang dibina ialah supaya murid dapat menyatakn tiga daripada lima isi penting berdasarkan teks. Di sini, guru ingin menekankan bahawa pembacaan yang murid lakukan akan membawa kepada pencarian isi-isi yang penting yang terdapat dalam teks. Oleh itu, murid bukan hanya sekadar membaca teks yang kosong. Beberapa nilai juga telah dimasukkan ke dalam rancangan pengajaran ini untuk diterapkan kepada murid. Nilai-nilai seperti menghayati, menghormati dan menghargai ingin diterapkan kepada murid dalam kelas mesra budaya. Melalui penerapan nilai-nilai ini diharapkan murid-murid dapat menghargai dan menghormati antara satu sama lain walaupun mereka berbilang kaum. Seterusnya, kemahiran Set Induksi adalah merupakan kemahiran yang perlu dimiliki oleh setiap guru ketika ingin memulakan pengajaran. Set induksi ini memainkan peranan yang penting dalam mewujudkan kelas mesra budaya. Dalam Rancangan Pengajaran Harian yang kami laksanakan, kami menumpukan kepada empat ciri utama iaitu menarik perhatian murid, mewujudkan motivasi, membuat perkaitan dan menstruktur.

Untuk menarik perhatian murid, kami menyediakan satu tayangan video untuk memastikan murid mendapat kesediaan awal sebelum memasuki proses pengajaran dan pembelajaran. Dengan cara ini, kami dapat mewujudkan suasana yang aktif di kalangan murid seterusnya dapat mewujudkan persekitaran kelas mesra budaya. Guru dan murid dapat bersoal jawab tentang video yang ditayangkan dan murid dapat memberikan respon untuk mendapatkan maklumat tentang video tersebut. Tayangan ini juga dapat membangkitkan rasa ingin tahu dalam kalangan murid. Seterusnya, isi-isi yang terdapat dalam video tersebut akan dikaitkan dengan tajuk yang ingin di ajar. Setelah itu, murid bersedia untuk menjalani proses pengajaran dan pembelajaran. Guru perlu segera mulakan pengajaran agar murid tidak ternanti-nanti sedangkan mereka dah bersedia. Ini perlu agar fokus murid tidak akan beralih kepada aktiviti lain. Contohnya mereka akan bersedia untuk pembelajaran setelah seronok melihat video. Dalam langkah pertama, kami telah memilih strategi berpusatkan murid. Kami memilih strategi ini bagi memastikan murid terlibat secara aktif di dalam kelas. Kami telah melaksanakan aktiviti soal jawab melalui petikan yang dibaca oleh murid. Kami memilih mana-mana murid untuk membaca teks dan murid yang lain mendengar setiap ayat yang dibaca. Secara tidak langsung, guru dapat menilai sejauh mana intonasi bacaan murid tersebut sama ada pada tahap yang baik atau pun sebaliknya. Setelah itu, guru akan menanyakan soalan kepada murid tentang isi-isi yang terdapat dalam petikan tersebut. Ini menggalakkan murid untuk menjawab dan bersaing untuk menjawab soalan yang ditanya oleh guru. Ini dapat menggalakkan persaingan yang sihat di dalam kelas. Oleh sebab itu kami memilih strategi dan aktiviti ini dalam proses pengajaran dan pembelajaran kami.

Berdasarkan langkah dua pada rancangan pengajaran harian, aktiviti yang ingin dijalankan oleh guru ialah mengadakan kuiz dan permainan dalam bentuk kumpulan. Aktiviti berkumpulan akan menggunakan teknik perbincangan. Teknik perbincangan didefinisikan sebagai satu aktiviti mengeluar dan mengulas pendapat tentang sesuatu tajuk. Tujuannya untuk melatih pelajar mengeluarkan fikiran dan pendapat dengan bernas (Kementerian Pendidikan 1990:85). Teknik perbincangan ini merupakan satu aktiviti pengajaran dan pembelajaran berbentuk perbualan dan ia dilakukan dikalangan pelajar dibawah penyeliaan dan kawalan seorang guru. Dengan adanya aktiviti perbincangan, pelajar secara bekerjasama akan

mengeluarkan pandangan masing-masing mengenai sesuatu perkara atau topik yang diberi. Misalnya bermesyuarat, forum, seminar, bengkel, bahas dan debat akan mampu mewujudkan kelas mesra budaya secara langsung. Dalam perbincangan ini akan memberi peluang dan ruang bagi murid-murid untuk bercakap terutama dalam aktiviti separa formal. Latihan sebegini bukan sahaja sekadar mempertajamkan minda malah memberi peluang kepada murid-murid untuk berinteraksi diantara murid-murid. Pada bahagian penutup pula guru membuat rumusan keseluruh sesi pengajaran dan pembelajaran dan juga membei peluang kepada murid untuk menyatakan nilai murni sepanjang tempoh pembelajaran. Guru akan memberi ganjaran kepada manamana murid yang memberi nilai-nilai murni sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung sekali gus akan menyebabkan budaya bersaing dalam kalangan murid-murid. Dengan adanya persaingan sihat dalam kalangan murid akan mewujudkan kelas yang mesra budaya.

4.0 ASPEK YANG PERLU DIPERTIMBANGKAN SEBELUM P&P KELAS MESRA BUDAYA DIJALANKAN

Sebelum guru memulakan pengajaran, mereka lazimnya bertanya kepada muridmurid sama ada mereka sudah bersedia untuk belajar atau belum. Malah perkataan bersedia digunakan dalam pelbagai situasi seperti bersedia untuk bermain, bersedia untuk berbincang, bersedia untuk diperiksa dan sebagainya. Oleh itu, kesediaan pembelajaran sangat penting bagi memastikan murid-murid memperoleh ilmu daripada apa yang dipelajari. Ini boleh dikatakan kana-kanak tidak dapat memhami sesuatu konsep apabila tahap pemikirannya belum sampai ke tahap itu. Dalam pendidikan formal, proses pengajaran dan pembelajaran haruslah diberi penekanan yang sewajarnya. Proses yang disinonimkan dengan pengajaran dan pembelajaran bilik darjah melibatkan guru dan murid ini sememangnya memerlukan suatu usaha berterusan ke arah menyediakan pendidikan komprehensif dan efektif terhadap segala isi pelajaran yang disampaikan. Koh Boh Boon (1992) menyatakan bahawa proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah melibatkan dua pihak iaitu guru dan murid. Justeru, pengajaran yang ideal haruslah membawa kesan penuh ke atas pembelajaran yang berlaku. Menurut Ee Ah Meng (1995) sebenarnya kesediaan belajar merupakan keadaan seseorang individu yang membolehkannya menikmati pembelajaran dengan berkesan. Pengalaman kanak-kanak pada peringkat awal juga boleh mempengaruhi pembelajaran dan perkembangan mereka seterusnya. Sebelum memulakan proses pengajaran dan pembelajaran kelas yang mesra budaya, guru perlu mengambil kira beberapa aspek kesediaan belajar murid. Terdapat tiga jenis kesediaan belajar yang utama iaitu, kesediaan kognitif, kesediaan fizikal (psikomotor), afektif (emosi dan sikap) sebelum menerima pembelajaran bagi menghasilkan pembelajaran yang berkesan.

Menurut Piaget (1952), beliau mengemukakan teori perkembangan kognitif yang boleh dijadikan panduan apabila merancang objektif dan aktiviti pembelajaran. Piaget membahagikan tahap perkembangan kognitif kepada empat peringkat, iaitu Peringkat Deria Motor (0-2 tahun), Peringkat Pra Operasi (2-7 tahun), Peringkat Operasi Konkrit (7-12 tahun) dan Peringkat Operasi Formal (selepas 12 tahun). Jadi, kesediaan kognitif merujuk kepada mental seseorang untuk belajar sesuatu. Proses perkembangan kanak-kanak adalah berterusan. Ini berkaitan dengan peringkat perkembangan intelek seperti berfikir, menaakul, menganalisis, mensintesis dan menilai. Ini dapat dilihat perkembangan intelek seseorang adalah mengikut pertambahan umurnya demi setiap tahun. Dalam aspek kognitif ini, guru perlu melihat bagaimana perkembangan pengetahuan murid-muridnya. Setiap murid mempunyai tahap kognitif yang berbeza. Tahap kognitif ini juga memperlihatkan bagaimana kebolehan murid untuk menyelesaikan tugas-tugas dan latihan yang diberikan oleh guru. Apabila berada dalam kelas yang berbilang kaum dan bangsa, kepelbagaian tahap kognitif yang ada pada murid menyebabkan guru perlu merancang bahan pelajaran yang sesuai dengan mereka. Seterusnya ialah kesediaan afektif yang merujuk kepada sikap, semangat, ketekunan, perasaan dan minat seseorang untuk melaksanakan aktiviti pembelajaran. Menurut Stanford (1971), pembelajaran yang berkesan adalah dipengaruhi oleh sikap pelajar dan bukan bilangan kali seorang pelajar mengulang kaji bahan pelajarannya. Sebagai contoh, seseorang budak mempunyai kesediaan afektif yang tinggi maka dia akan lebih berminat untuk belajar. Ini memudahkan proses pembelajaran dan mencapai kecemerlangan dalam sesuatu bidang yang dia minati. Sebaliknya, jika seseorang dipaksa untuk belajar, pembelajaran dan kemahiran tidak akan mencapai taraf yang tinggi dan tindakan ini akan membawa kekecewaan.

Dalam kesediaan belajar afektif, guru perlu terlebih dahulu melihat latar belakang setiap muridnya. Segala maklumat yang diperolehi boleh direkodkan dan disimpan untuk dijadikan rujukan pada bila-bila masa. Murid yang berbilang bangsa dan kaum memerlukan sesuatu pelajaran yang dapat menarik minat mereka secara menyeluruh. Oleh itu, bahan pengajaran yang hendak disediakan oleh guru perlulah menepati citarasa muridnya dan juga tidak menimbulkan perkara-perkara yang sensitif yang terdapat pada sesuatu kaum. Yang ketiga pula ialah kesediaan psikomotor yang merujuk kepada seseorang yang mempunyai potensi atau kematangan fizikal dan bersedia untuk melakukan sesuatu tindakan fizikal dalam sesuatu proses pembelajaran yang baru. Kematangan fizikal ini meliputi perkembangan otot, tulang, anggota, pengawalan dan penyelarasan pergerakan di seluruh badan. Seseorang itu dikatakan mempunyai kesediaan psikomotor sekiranya tubuh badannya telah sampai kematangan selaras dengan latihan fizikal yang diperlukan. Akan tetapi, peringkat kesediaan psikomotor bagi kanak-kanak yang berumur sama adalah berbeza. Justeru, kesediaan psikomotor yang tinggi akan membolehkan seseorang murid menjalankan aktiviti latihan dalam proses pembelajaran dengan cekap dan berkesan. Kesediaan dari aspek psikomotor juga adalah berbeza mengikut kaum. Hal ini demikian kerana murid-murid akan mewarisi genetik-genetik yang ada pada kaumnya. Oleh itu, guru tidak boleh mempunyai rasa pilih kasih dalam mengajar anak murid yang berbilang kaum. Guru jangan hanya memilih murid dari kalangan kaum yang sama dengannya sahaja. Situasi seperti ini boleh menimbulkan perasaan rasis terhadap sesuatu kaum kepada kaum lain. Guru sebaliknya perlu melayan anak muridnya dengan adil dan saksama. Berilah peluang yang sama rata kepada anak murid supaya mereka dapat merasai keseronokan semasa belajar.

Selain itu, guru juga perlu menitikberatkan kesediaan belajar murid dari aspek persekitaran fizikal. Sebelum mengajar, guru perlu memastikan bahawa susunatur dalam bilik darjah adalah dalam keadaan yang kondusif. Guru perlu menyusun alatan dalam bilik darjah supaya ianya tidak mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran. Guru juga perlu memastikan bahawa kelas tersebut mempunyai pengudaraan yang baik di samping bebas dari segala bahaya. Guru juga perlu menitikberatkan persediaan murid dari aspek sosioemosi. Emosi memainkan peranan yang penting dalam kehidupan kanak-kanak. Emosi menambahkan keseronokan kepada pengalaman sehari-hari kanak-kanak, menjadi penggerak kepada tindakan dan memberikan corak kepada bentuk tindakan yang diambil oleh mereka. Selain itu, emosi juga memainkan peranan terhadap penanggapan seseorang terhadap persekitarannya dan menentukan bentuk penyesuaian yang akan diambil olehnya.Perkembangan emosi adalah hasil daripada kematangan dan juga pembelajaran. Kematangan dalam perkembangan jasmani dan mental kanak-kanak akan mempengaruhi emosi mereka.Perkembangan emosi mendapat coraknya yang tertentu apabila kanak-kanak berunsur matang. Apabila perkembangan seseorang itu meningkat, emosinya juga berubah kesan daripada keseluruhan pertumbuhannya. Secara ringkasnya, perkembangan emosi kanak-kanak dapat dilihat sejak kelahirannya berkembang selari dengan pertambahan umur mereka. Oleh itu, sebelum mengajar kelas yang mesra budaya, guru terlebih dahulu berusaha untuk mengetahui emosi anak muridnya. Guru boleh bertanya khabar kepada murid-murid sebelum mengajar. Guru juga boleh menggunakan unsur-unsur kecindan supaya murid akan lebih tertarik dengan pengajarannya.

5.0

IMPLIKASI POSITIF DAN NEGATIF KEPADA MURID, SEKOLAH DAN SISTEM PENDIDIKAN JIKA KELAS MESRA BUDAYA BERJAYA DAN TIDAK BERJAYA DILAKSANAKAN. Implikasi positif jika kelas mesra budaya berjaya dilaksanakan ialah dapat

melahirkan persekitaran bilik darjah yang mesra budaya seandainya murid-murid tidak menimbulkan kekecohan kerana diletakkan didalam sebuah kumpulan. Ini kerana murid-murid akan lebih memahami dan menghormati antara satu sama lain serta budaya mereka. Melalui aktiviti pengajaran koperatif, mereka akan didedahkan kepada pelbagai pendapat daripada murid yang berbeza etnik serta melakukan perkongsian ilmu tentang budaya dan kepercayaan masing-masing. Contohnya, jika sebuah kelas terdiri daripada murid berbangsa Melayu keseluruhannya dan pada sesi pembelajaran ketika itu guru melakukan perbincangan tentang topik budaya kaum Melayu dan kaum lain serta meminta pendapat daripada mereka, sudah pastinya murid-murid akan memberikan pendapat yang bersifat etnosentrisme dan terdapat unsur-unsur prejudis dan diskriminasi terhadap kaum lain. Begitu juga situasi yang sama akan berlaku di sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil. Namun, di dalam kelas yang terdiri daripada pelbagai kaum, setiap murid akan memberikan pendapat serta penerangan tentang budaya masing-masing berdasarkan cara hidup yang diamalkan mereka. Guru juga perlu memainkan peranan dengan menggalakkan perkongsian ilmu dikalangan murid-murid tersebut supaya unsur-unsur negatif seperti stereotaip dan prejudis dapat dihindari selain mempromosikan persekitaran yang mesra budaya tanpa ada sebarang sekatan dan menjadikan pembelajaran lebih bermakna. Secara tidak langsung, guru sendiri yang mempengaruhi kelas tersebut sama ada positif dan negatif kepada murid. Jika murid dapat bekerjasama di dalam kumpulan dan terlibat secara aktif sepanjang pengajaran dan pembelajaran, secara tidak langsung dapat mengawal tingkah laku dan disiplin murid di dalam kelas khususnya. Di tambah lagi dengan persekitaran sekolah yang baik dapat menggalakkan pembelajaran yang mesra di kalangan guru dan murid. Abdullah Sani Yahaya (2003), budaya sekolah amat berkait rapat dengan disiplin sekolah. Jika budaya sekolah baik, maka wujudlah disiplin yang baik dengan zero defect dalam semua aktiviti pendidikan, iaitu tiada masalah P&P,

tiada konflik, tiada pelanggaran disiplin, tiada masalah keceriaan sekolah dan sebagainya. Ini merupakan implikasi positif kepada sekolah jika kelas mesra budaya dapat diterapkan. Peranan budaya sekolah memang tidak dapat dinafikan lagi, budaya sekolah banyak memberi pengaruh dan impak kepada warga sekolah terutamanya dari segi pencapaian, emosi dan juga tingkah laku. Kemajuan dan pencapaian sekolah dapat ditingkatkan melalui penglibatan, kerjasama dan juga kepercayaan. Menurut (Comer, 1980) pendidik perlu bekerjasama bagi melahirkan sekolah yang produktif dan seronok dihuni. Research for Better School telah melakukan kajian pada 200 buah sekolah cemerlang di Amerika Syarikat dan telah menyenaraikan beberapa ciri budaya yang dimiliki oleh sekolah-sekolah tersebut iaitu sekolah menyediakan kemudahankemudahan yang maksimum kepada pelajar, kurikulum berfokus kepada isi kandungan dan kemahiran, kepimpinan menyediakan visi dan sumber, guru-guru disediakan dengan sumber-sumber yang mencukupi dan sekolah tidak menerima sebarang alasan (Yahya bin Don, Aziah Ismail, Yaakob Daud, 2006). Semua ciri-ciri ini mempunyai hubungan dengan budaya sekolah yang positif dan seimbang. Terdapat juga implikasi negatif kepada sekolah jika kelas mesra budaya tidak Berjaya dilaksanakan. Antara masalah disiplin yang sering dilakukan oleh pelajar ialah seperti datang lambat ke sekolah, ponteng kelas, mencalarkan kereta guru, tidak memakai lencana sekolah dan tidak menghormati guru. Semuanya melibatkan masalah disiplin yang kecil dan masih boleh diperbaiki di mana boleh dikatakan pelajar ini adalah pelajar nakal. Tetapi berlainan pula dengan kes memukul guru, mengugut bunuh, merokok, menghisap dadah atau ganja, merompak dan banyak lagi yang belum didedahkan. Kebiasaannya, apabila pelajar terlibat dengan masalah disiplin akan menyebabkan mereka hilang minat untuk belajar apatah lagi memikirkan masa depan. Selain itu, terdapat juga beberapa perkara yang menjadi penghalang kepada pembentukan budaya yang baru di sekolah di antaranya ialah sesuatu budaya yang telah wujud memang sukar untuk diubah, disiplin penghalang besar kepada kejayaan sekolah, bekerja dengan orang yang terpaksa dan birokrasi pendidikan menghalang pendidikan awam berkembang serta terdapat guru yang menyatakan bahawa mereka telah melakukan yang terbaik di dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Di samping itu juga, Patterson, Purkey dan Parker (1986) menyatakan bahawa terdapat

beberapa andaian yang selalu dilakukan oleh warga pendidik yang menjadi penghalang kepada pembentukan baru budaya di sekolah iaitu sistem sekolah dipandu oleh matlamat yang sama, kuasa dalam sistem sekolah terletak di pihak atasan (mereka menafikan perkongsian kuasa), alternatif ataupun modifikasi kepada penyelesaian masalah tidak dicari, untuk setiap masalah hanya ada satu penyelesaian dan mempercayai bahawa masyarakat tidak banyak membantu sistem sekolah dan menafikan peranan ibu bapa di sekolah. Semua andaian-andaian ini telah mempengaruhi tindakan warga sekolah dan menjadikan sekolah mundur. Menurut Tajul Ariffin (1990), masalah kemerosotan akhlak dan disiplin pelajar sering ditimbulkan. Masalah ini sekaligus membawa gambaran negatif kepada sistem pendidikan kita. Punca utama masalah ini ialah penekanan konsep pelajaran yang keterlaluan kepada isi pelajaran, lulus periksa, pengkhususan yang terhad dan menumpukan kepada perkembangan intelek dan kemahiran semata-mata. Persoalan pembinaan sikap, akhlak dan disiplin diabaikan. Jadi, pelaksanaan disiplin atau peraturan sekolah adalah penting untuk mewujudkan persekitaran sekolah yang selesa dan harmonis. Sekolah mempunyai suasana disiplin yang teratur tanpa perlu membina peraturan ketat, tenang tanpa penindasan yang secara amnya adalah selesa untuk suasana proses pembelajaran. Ibrahim Mamat (2001), proses penyerapan disiplin yang dilaksanakan perlu mengambil kira 4 perkara iaitu matlamat, corak, kaedah dan kesan. Matlamat akhir yang ditekankan ialah mewujudkan pelajar seimbang yang serasi dengan masyarakat dan bukan yang mengenetepikan segala nilai dan norma yang dianuti. Jika masalah disiplin ini dapat diatasi, sudah pasti sistem pendidikan dapat berjalan dengan baik dan lancar . sistem pendidikan ini yang perlu mempengaruhi murid supaya murid mematuhi setiap arahan sama ada di dalam kelas mahupun di luar kelas.

6.0

LANGKAH DAN TINDAKAN YANG SESUAI BAGI GURU SEMASA P&P BAGI MEWUJUDKAN KELAS MESRA BUDAYA Menurut Deal dan Petterson, 1999, pengajaran ialah cara-cara yang digunakan

untuk menyampaikan bahan yang diajar. Hasil daripada pengajaran berlakulah perubahan yang relatif kekal dalam tingkah laku atau pengetahuan hasil daripada pengalaman. Perubahan merupakan satu penambahan yang baru, pengukuhan dan pengubahsuaian yang berlaku terhadap anak didik. Terdapat pelbagai kaedah yang boleh diguna pakai dalam mewujudkan persekitaran yang mesra budaya terutama yang melibatkan isu bangsa dan bahasa sangat penting kepada guru dalam merangka kaedah pengajaran dan pembelajaran yang sesuai di mana semua bangsa mempunyai hak yang sama rata di mana mereka berpeluang untuk belajar dengan menggunakan kaedah dan pendekatan yang sesuai yang telah dirancang oleh guru. Langkah dan tindakan yang pertama yang boleh dilakukan oleh guru bagi mewujudkan kelas mesra budaya ialah dengan menyusun kumpulan murid-murid yang berbilang kaum (Deal dan Petterson, 1999). Jika di dalam sesebuah kelas itu terdapat murid yang berbilang kaum, maka murid tersebut sewajarnya dikumpulkan dalam kumpulan yang pelbagai kaum dan bukannya berada dalam satu kelompok kaum itu sahaja. Guru perlu mengumpulkan murid-murid dalam kumpulan yang pelbagai kaum. Sebagai contoh, dengan menggabungkan murid-murid Cina, India dan Melayu dalam satu kumpulan tempat duduk ataupun apabila melakukan sebarang aktiviti semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Oleh itu, dengan mencampuradukkan murid-murid yang berbilang kaum ini, murid-murid ini akan boleh berkomunikasi dan berinteraksi sesama mereka. Hal ini boleh mewujudkan suasana yang mesra antara mereka.apabila pelbagai bangsa ini berinteraksi, sudah tentu mereka menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa perantaraan. Ini dapat menambahkan lagi kemahiran berbahasa Melayu dalam kalangan murid yang tidak berbangsa Melayu dan menjadikan hubungan meraka akan bertambah erat. Selain itu, murid-murid yang berbilang kaum ini juga boleh bekerjasama antara satu sama lain. Kerjasama ini boleh membentuk kesepaduan antara mereka dan juga membentuk budaya satu Malaysia.

Langkah yang kedua bagi mewujudkan kelas mesra budaya yang boleh diambil oleh guru ialah dengan mewujudkan ruang fizikal dan peralatan serta kemudahan yang dapat memberi keselesaan, kegembiraan dan memberi kesan positif kepada hasil pembelajaran murid. Ruang fizikal boleh menjadi salah satu daya penarik dalam sesebuah bilik darjah. Contohnya, ruang bacaan, sudut informasi, ruang hasil kerja murid dan sebagainya. Apabila wujudnya ruangan-ruangan seperti ini, guru boleh memupuk budaya positif seperti budaya cintakan ilmu dan budaya membaca. Malah, dengan mewujudkan ruang hasil kerja murid juga, guru boleh meningkatkan motivasi murid untuk belajar, mencuba sesuatu yang baru dan memperkembangkan bakat yang dimiliki. Guru juga hendaklah memastikan bahawa ruang murid-murid belajar adalah dalam keadaan bersih, selesa dan ceria. Dalam hal ini, guru sememangnya memainkan peranan utama dengan dibantu oleh murid-murid. Guru berperanan dalam menyediakan jadual bertugas untuk membersihkan bilik darjah setiap hari. Malah, guru juga perlu memastikan bahawa pencahayaan di dalam sesebuah kelas itu mencukupi manakala pengudaraannya adalah baik. Selain itu, susun atur bilik darjah seperti susun atur kerusi, meja dan peralatan juga hendaklah kemas dan memudahkan pergerakan murid dan guru. Oleh itu dapat dilihat bahawa semua inilah yang dapat memberikan keselesaan kepada murid ketika sesi P&P berlangsung. Jika dari segi keceriaan, guru boleh mereka bentuk hiasan yang bukan sahaja menarik tetapi juga bersesuaian dengan keadaan bilik darjah. Langkah yang seterusnya ialah mewujudkan peraturan bersama yang dijadikan budaya. Hal ini demikian kerana, persekitaran P&P yang mesra budaya mengambil kira unsure peraturan yang perlu diaplikasikan oleh murid. Peraturan yang dibuat oleh guru dan dilaksanakan oleh murid secara berterusan menyebabkan lama-kelamaan akan menjadi budaya. Sebagai contoh, guru mewujudkan peraturan bahawa murid mesti memberi salam kepada guru apabila guru masuk ke kelas dan bersalaman dengan guru apabila tamat sesi persekolahan. Peraturan ini kemudiannya akan dijadikan budaya oleh murid-murid apabila mereka sudah sebati dengan peraturan ini. Malah, mereka juga akan melakukan walaupun tanpa disuruh berbuat demikian.

Di samping itu, murid-murid juga boleh diajarkan budaya bertepuk tangan setiap kali ada murid yang berani memberi jawapan apabila guru memberi soalan meskipun jawapan itu salah. Budaya bertepuk tangan ini menandakan bahawa kita menghargai keberanian murid tersebut memberikan jawapan dan memberi gambaran bahawa keberanian murid itu disokong oleh rakan-rakannya yang lain. Budaya seperti ini dapat menggalakkan murid itu lebih aktif dalam sesi P&P dan tidak takut untuk mencuba. Contoh lain pula ialah dengan budaya satu satu dapat, semua dapat. Ini bermakna, jika seseorang murid yang melakukan kesalahan, maka semua murid dalam kelas itu juga akan dikenakan hukuman. Misalnya, jika ada murid yang berbuat bising, maka muridmurid lain juga akan turut sama-sama didenda. Dengan cara ini, disiplin murid akan dapat dikawal dengan lebih baik kerana setiap individu akan mengingatkan individu yang lain. Malah, budaya seperti ini juga dapat memupuk kesatupaduan dalam kalangan murid. Langkah yang keempat yang sesuai bagi mewujudkan kelas mesra budaya semasa P&P ialah dengan menggunakan kaedah belajar sambil bermain. Main merupakan satu aktiviti yang menyeronokkan dan dapat menarik perhatian murid-murid terutamanya semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Sebagai contoh, dalam budaya pelbagai kaum seperti kaum Melayu, Cina, dan India, pasti ada permainan tradisi. Permainan tradisi juga adalah merupakan satu budaya. Dengan menggunakan permainan tradisi sesuati kaum dalam P&P, guru bukan sahaja boleh mengajar topic yang perlu diajar tetapi pada masa yang sama boleh menyerapkan ilmu pengetahuan tentang budaya sesuatu kaum itu kepada murid-muridnya. Contohnya, dalam subjek Matematik, guru boleh menggunakan permainan batu seremban untuk mengajar murid mengira. Dalam subjek bahasa Melayu pula, guru boleh menggunakan permaianan baling kelapa dalam proses pengukuhan perbendaharaan kata dalam kalangan murid dengan memanipulasikan peraturan permainan tersebut. Langkah seterusnya bagi mewujudkan kelas mesra budaya ialah dengan mengaitkan isi pembelajaran dengan budaya. Hal ini kerana, proses P&P bukan sahaja berlaku di dalam bilik darjah tetapi juga boleh berlaku di luar bilik darjah seperti di

padang dan perpustakaan. Oleh itu, guru boleh mewujudkan suasana mesra budayaitu melalui amalan pedagogi. Untuk mewujudkan suasana P&P yang mesra budaya, salah satu caranya ialah dengan mengaitkan isi pembelajaran dengan budaya kaum-kaum yang pelbagai. Dengan cara ini, murid-murid akan tahu bahawa budaya mereka itu bukan sekadar warisan tetapi ia juga bersangkut paut dengan ilmu pengetahuan. Dengan itu, mereka kaan lebih menghargai budaya mereka dan dapat berfikir secara logik. Sebagai contoh, dalam subjek pendidikan Islam, guru boleh mengaitkan adab terhadap orang yang lebih tua dengan budaya Melayu seperti adab melintas di hadapan orang tua dan bersalaman dengan orang tua. Jika dalam subjek Pendidikan Moral pula, guru boleh mengaitkan adab menghormati orang tua itu dalam budaya India dan Cina. Selain itu, satu lagi subjek yang boleh mengaitkan isi pembelajaran dengan budaya pelbagai kaum ialah subjek Sejarah. Dalam subjek ini, guru boleh mengaitkan pelbagai kebudayaan. Contohnya budaya Cina dan Melayu yang digabungkan lalu mewujudkan budaya Baba dan Nyonya di Melaka.

REFLEKSI Pertama sekali saya ingin mengucapkan tanda kesyukuran terhadap Allah Yang Maha Esa kerana dengan limpah kurnia dan rahmat-Nya, akhirnya tugasan kerja kursus bagi subjek.Budaya dan Pembelajaran dapat disiapkan dengan jayanya pada masa dan tarikh yang telah ditetapkan. Setelah selesai melaksanakan tugasan ini, banyak faedah dan manfaat yang saya dapat daripadanya. Melalui penghasilan kerja kursus ini, saya dapat mengetahui dengan lebih lanjut dan terperinci tentang penghasilan Rancangan Pengajaran Harian yang melibatkan kelas mesra budaya dan aspek yang perlu diambil kira sebelum pengajaran dan pembelajaran kelas mesra budaya dijalankan. Di samping itu, tugasan ini juga turut menekankan kepada aspek keilmuan. Saya berkata begitu kerana melalui tugasan ini saya dapat menimba ilmu pengetahuan baru tentang maklumat-maklumat yang saya perolehi semasa membuat kerja kursus. Contohnya, saya dapat banyak ilmu tambahan seperti dapat membuat cadangan langkah-langkah yang sesuai bagi guru semasa pengajaran dan pembelajaran bagi mewujudkan kelas mesra budaya bersandarkan sokongan ahli sarjana. Ini kerana tugasan yang diberikan berpandukan peringkat-peringkat tersebut. Ianya juga dapat mencungkil idea daripada minda saya sendiri untuk membuat setiap langkah-langkah mengatasi tersebut. Selain itu, saya juga dikehendaki berbincang tentang implikasi positif dan negatif kepada murid, sekolah dan sistem pendidikan jika kelas mesra budaya berjaya dan tidak berjaya dilaksanakan. Sebelum ini saya tidak mengetahui secara mendalam tentang langkah dan implikasi kelas mesra budaya yang perlu dilaksanakan oleh guru untuk mewujudkan kelas mesra budaya tetapi sekarang ianya menebal di dalam minda saya. Maksudnya di sini, saya dapat menerangkan semula tanpa merujuk buku untuk menerangkan kepada orang lain tentang langkah dan implikasi positif serta negatif terhadap kelas mesra budaya yang berjaya dan tidak berjaya dilaksanakan. Secara tidak langsung, saya dapat memperbaiki dan menambah baik dari segi pengetahuan am saya dan seterusnya dapat menjadi seorang individu minda kelas pertama.

Tambahan lagi, saya dapat menimba pengetahuan dan pengalaman baru dalam menghasilkan sebuah rancangan pengajaran dan pembelajaran harian (RPH) yang menekankan tentang aspek kelas mesra budaya. Saya perlu menganalisis RPH tersebut supaya mempunyai unsur kelas yang mesra budaya yang dizahirkan di dalam hasil pembelajaran, isi kandungan, aktiviti dan catatan. Tugasan ini dapat membiasakan diri saya supaya senang untuk membuat membuat (RPH) pada masa yang akan datang khususnya dalam parktikal nanti dan dapat mengaplikasi pengajaran dan pembelajaran yang mesra budaya. Sebelum ini, saya hanya biasa menghasilkan Rancangan Pengajaran Harian biasa. Tapi pada kali ini saya di kehendaki melaksanakan Rancangan Pengajaran Harian yang berfokuskan kepada kelas mesra budaya. Di samping itu, manfaat yang saya perolehi sepanjang proses menyiapkan tugasan ini ialah saya dapat merancang masa yang ada dengan baik. Hal ini demikian kerana, saya perlu menggunakan masa yang diberikan dengan baik supaya dapat menyiapkan tugasan pada masa yang ditetapkan dan dapat menghasilkan tugasan dengan lebih berkualiti. Oleh itu, saya perlulah menggunakan masa yang diberikan dengan sebaiknya dan alhamdullillah kerana saya mempunyai masa yang mencukupi hasil daripada perancangan masa yang dilakukan. Malah, dengan masa yang diberikan ini juga memberikan saya peluang untuk mencari maklumat yang pelbagai dari berbagai bahan sumber seperti pusat sumber, internet, buku rujukan dan sebagainya. Tambahan lagi, pensyarah dan rakan-rakan banyak membantu saya dalam menyiapkan tugasan ini. Melalui kolaborasi dengan pensyarah, saya dapat gambaran dan cara-cara untuk menghasilkan tugasan yang terbaik yang mengikut format-format yang telah ditetapkan. Tugasan ini juga turut mengajar saya untuk menghargai masa yang ada dan tidak membazirkan masa yang ada untuk perkara yang tidak berfaedah. Ini penting terutamanya saya sebagai seorang bakal guru pada masa akan datang agar menepati masa yang telah ditetapkan dan selalu bersikap berdisiplin agar dapat menjadi contoh kepada murid-murid.

Secara keseluruhannya, tugasan ini membawa banyak faedah kepada saya dalam pelbagai aspek dan menjadikan saya seorang yang lebih peka dalam pembelajaran. Tambahan lagi, tugasan ini amat berjaya bagi saya. Ini kerana saya telah faham sepenuhnya tentang isi tugasan yang diberikan oleh pensyarah. Saya harap ilmu yang saya perolehi ini tidak saya persia-siakan begitu sahaja. Saya akan menfaatkan ilmu ini untuk di curahkan kepada bakal anak-anak murid saya kelak.

RUJUKAN Dari buku:

Che Su Mustaffa dan Rasilah Mohd Rosdi (2005). Budaya Masyarakat Malaysia. Sintok : Penerbit Universiti Utara Malaysia

Noriati A. Rashid, Boon Pong Ying, Sharifah Fakhriah Syed Ahmad dan Zuraidah A. Majid (2011), Budaya dan Pembelajaran, Selangor :Penerbitan Oxford Fajar Sdn.Bhd.

Ralph W. Tyler ( 1997 ), Prinsip Asas Kurikulum dan Pengajaran, Selangor : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Syed Ismail Bin Syed Mustapa dan Ahmad Subki Bin Miskon (2010 ), Budaya dan Pembelajaran , Selangor : Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd

Dari internet:

http://www.scribd.com/doc/11460992/Kepelbagaian-Murid-Dan-ImplikasinyaTerhadap-Perlaksanaan-Kurikulum (dilayari pada 23 March 2011)


http://www.scribd.com/doc/2882268/Dasar-Pendidikan-Di-Malaysia http://www.scribd.com/doc/31686103/Konsep-Kepelbagaian-Budaya http://www.google.com.my/url? sa=t&rct=j&q=implikasi+pelbagai+budaya+pendidikan&source=web&cd=10&ved=0CFw QFjAJ&url=http%3A%2F%2Fjpt.mohe.gov.my%2FRUJUKAN%2FPelan%2520Hala %2520Tuju %2520GTP.pdf&ei=ig9NT6ufKMS3rAfrmZGgDw&usg=AFQjCNEzwAcjC7xLdK1skKUjS 8jN2GDuqw&cad=rja http://www.scribd.com/doc/78635738/Implikasi-Kepelbagaian-Sosio-Budaya http://www.scribd.com/doc/50835801/IMPLIKASI-KEPELBAGAIAN-SOSIO-BUDAYA http://emisportal.moe.gov.my/ http://www.sosiohumanika-jpssk.com/sh_files/File/4.mior.usm.mei.2011.pdf

http://www.smktamandesa.edu.my/news/2009/2009%20rimup.pdf

Anda mungkin juga menyukai