Anda di halaman 1dari 7

LAPORAN PERLAKSANAAN AKTIVITI `GRAFITY AREA` 1 MALAYSIA SK LICHOK, ROBAN AKTIVITI KREATIF - CAPAN Tarikh Perlaksanaan : 2 OGOS 2012

( KHAMIS ) Sasaran ;Semua Murid-Murid Prasekolah Jumlah Murid : L 11 P6 Ras: Melayu L 1 P 2 Iban L 10 P 4

Guru Terlibat : 1.Ahmad Bin Sepiee ( Guru Prasekolah ) 2.Puan Dayang Daivina Aini ( PPM Prasekolah ) Objektif: . 1. Dapat mempamerkan hasil-hasil kerja murid bertemakan konsep 1 Malaysia 2. Menggalakan murid-murid prasekolah mengamalkan amalan yang sihat berdasarkan amalan 1 Malaysia. 3. Melahirkan murid-murid prasekolah yang memahami konsep 1 Malaysia berdasarkan potensi mereka. 4. Memberi peluang kepada murid meneroka kepelbagaian budaya di Malaysia. 5. Memberi ruang kepada murid prasekolah menzahirkan rasa cintakan Negara melalui aktiviti yang dirancang.

Perlaksanaan Aktiviti. 1. Penerangan kepada murid-murid tentang aktiviti yang akan dijalan.Menyediakan barang-barang atau peralatan yang diperlukan untuk aktiviti capan.Seterusnya tunjuk cara aktiviti yang hendak dilakukan bersertakan contoh hasil kerja. 2. Menyediakan peralatan dan tempat yang sesuai sebelum aktiviti dijalankan.Menyusun atur kedudukan murid-murid. 3. Membuat capan pada kain putih yang direntang dengan pelaka yang pelbagai warna. 4. Guru dan pembantu mengawasi aktiviti disamping membimbing murid-murid untuk menghasilkan corak yang menarik 5. Memantau perjalanan aktiviti yang dilakukan oleh murid-murid secara bebas.

6. Menyatakan perasaan selepas melakukan aktiviti tersebut. Memberi pandangan hasil yang telah dibuat. Persiapan sebelum memulakan aktiviti.Penerangan beserta tunjuk cara.

Antara bahan-bahan dan peralatan yang digunakan untuk aktiviti capan

Perjalanan aktiviti capan yang dilakukan secara bebas dan terkawal

Bimbingan dan pemantauan guru serta kakitangan yang terlibat bagi memastikan kelancaran perjalanan akitiviti.

Hasil kerja murid-murid yang telah siap

Rumusan Perlaksanaan aktiviti sedemikian adalah begitu menyeronokkan murid-murid. Di samping murid-murid diberi kebebasan untuk melakukan aktiviti tersebut, mereka juga turut berinteraksi dengan memberi pandangan sesama sendiri. Perjalanan aktiviti ini berjalan dengan lancar serta mencapai sasaran objektif yang disasarkan. Lebih dari itu juga, tergambar kepuasan pada diri mereka apabila melihat sendiri hasil kerja yang telah siap seperti yang diharapkan.

28 OGOS 2012 Disediakan oleh ( ) AHMAD BIN SEPIEE Guru Prasekolah, SK Lichok, Roban Disahkan oleh ( ..) ENCIK LEBAN ANAK NGELAMBAI Guru Besar, SK Lichok, Roban

Anda mungkin juga menyukai