Anda di halaman 1dari 21

Matahari

Sistem Suria

Berbentuk cakera - Ianya berbentuk cakera dan mengorbit didalam satah yang sama. Arah peredaran dan putaran juga sama. Dua jenis planet - Terdapat 2 jenis planet iaitu Terrestrial planet dan Jovian planet. Sistem planet bergelang - Planet musytari, zuhal, uranus dan neptun mempunyai gelang. Hamparan ruang - Terdapat asteroid, komet dan meteoroid. Berumur lebih kurang 4.6 bilion tahun.

Lapan Planet

Planet : Utarid, Zuhrah, Bumi, Marikh, Musytari, Zuhal, Uranus dan Neptun.

Planet Utarid(Mercury)
Planet yang kedua terkecil dalam Sistem Suria. Planet paling dekat dengan Matahari dan suhunya boleh mencapai 400C. 45 peratus permukaannya penuh dengan kawah-kawah. Terdapat gas-gas argon, helium dan neon.

Planet Zuhrah (Venus)


Planet kedua dari Matahari Atmosferanya yang mengandungi karbon dioksida yang tinggi dan menyerap dan memerangkap haba. Planet terpanas( 480 C) dan dikenali sebagai planet Rumah Hijau. Tidak mempunyai wap air dan awan-awannya terdiri daripada titisan-titisan asid sulfurik. Dikenali sebagai Kejora/ bintang Pagi / bintang petang (mencapai kecerahan maksimum sebelum matahari naik atau pun terbenam)

Bumi ( Earth )
Planet ketiga dari Matahari Planet kelima besar Terdapat udara, air dan atmosfera Satu-satunya planet yang mempunyai hidupan.

Planet Marikh ( Mars )


Planet keempat dari Matahari Dikenali planet merah(permukaannya diliputi debu merah ) Sejuk dan tiada hidupan. Atmosferanya sangat nipis.(karbon dioksida, argon,nitrogen dan sedikit oksigen dan air)

Planet Musytari ( Jupiter )


Planet kelima dari Matahari. Planet yang paling besar. Hampir keseluruhan permukaannya terdiri daripada hidrogen dan helium. Terdapat gelang tetapi tidak dapat dilihat dari Bumi.(bahan silika)

Planet Zuhal ( Saturn )


Planet ke-6 dari Matahari. Planet ke-2 besar Paling cantik(terdapat beribu-ribu gelang berwarna-warni di sekelilingnya yang terbentuk daripada berjuta-berjuta partikel debu dan ais yang memantulkan cahaya)

Planet Uranus ( Uranus )


Planet ke-7 dari Matahari. Planet ketiga besar terdiri daripada gas hidrogen,helium dan metana. Kelihatan biru(gas metana) Terdapat gelang di sekelilingnya.(Tidak jelas kerana terlalu nipis dan kabur kecuali bila matahari bergerak menghampiri bulan dan menutupinya.) Lebih sejuk-100C daripada planet Musytari.

Planet Neptun ( Neptune )


Planet ke-8 dari Matahari. Atmosferanya terdiri daripada hidrogen, helium dan metana. Berwarna biru gelap(gas metana telah menyerap warna merah) Terdapat ribut dan angin bergerak pada kelajuan lebih daripada 200 km per jam. Terdapat gelang-gelang melingkarinya iaitu 2 gelang sempit. Lebih sejuk dari Uranus.

Satelit Semula Jadi ( Bulan )

Kebanyakan planet mempunyai objek kecil yang beredar mengelilinginya yang digelar satelit semula jadi. Bulan merupakan satelit semula jadi Bumi( beredar mengikut arah lawan jam) Tidak mengeluarkan cahaya sendiri tetapi memantulkan cahaya Matahari

Asteroid
Objek berbatu dan berlogam yang beredar mengelilingi Matahari. Lebih kecil daripada planet tetapi lebih besar daripada meteoroid. Kebanyakannya berada dalam jalur asteroid di antara planet Marikh dan Musytari.

Meteoroid
Ketulan batu kecil atau logam yang terapung di dalam sistem suria dan dalam pelbagai saiz(daripada sekecil partikel debu hingga ke beberapa ratus kilometer besar) Apabila memasuki ruang Atmosfera Bumi ia terbakar dengan sangat terang akibat geseran dan dikenali sebagai Meteor(Tahi bintang). Meteor yang tidak habis terbakar dan berjaya sampai di atas permukaan Bumi dikenal sebagai Meteorit. Meteorit yang terhempas di permukaan Bumi akan membentuk lubang yang dipanggil kawah.

Meteoroid

Meteor

Meteorit dan kawah

Kawah di Arizona, Amerika Syarikat

Komet
Ketulan ais daripada gas dan debu yang beku. Berekor panjang bernyala dan beredar mengelilingi Matahari. Contoh: Komet Halley pada tahun 1986 ( muncul 76 tahun sekali)

Sekian, terima kasih

Anda mungkin juga menyukai