Anda di halaman 1dari 5

Definisi Imaginasi Menurut Albert Einstein (1879-955): "Imagination is better than knowledge" Ungkapan di atas adalah terhasil daripada

mulut saintis tersohor yang mengemukakan teori relativiti, Albert Einstein (1879-955). Dengan mempunyai daya imaginasi yang tinggi, Albert Einstein banyak mengemukakan teori-teori saintifik yang mendahului zamannya. Imaginasi ataupun pemikiran futuristik bermaksud kemampuan atau daya khayalan untuk menggambarkan sesuatu dalam angan-angan atau mencipta sesuatu secara khayalan. Imaginasi yang datang bersama dengan ilmu pengetahuan dan disaluti dengan nilai-nilai keislaman akan menghasilkan sesuatu yang hebat dan akan berada diluar jangkaan pemikiran manusia.

Menurut Kamus Dewan Edisi Ke- 4: Imaginasi bermaksud daya khayal, daya atau kemampuan

menggambarkan (sesuatu) dalam angan-angan atau mencipta sesuatu secara khalayan.

Daya Imaginasi Imaginasi mencakupi penglihatan fikiran, suara, rasa, sentuhan dan sensasi lain tubuh. Kita dapat menciptakan alam lain di dalam kepala kita ketika kita menggunakannya. Hal ini terjadi kerana otak manusia adalah jaringan saraf terkompleks di dunia dan yang memiliki ragam kemampuan yang luar biasa. Di antaranya ialah daya imaginasi. Kanak-kanak adalah makhluk yang gemar, terbiasa atau fitrah ( ilmu dari tuhan) berfikir dengan menggunakan imaginasi. Mereka menggunakan imaginasi, jauh sebelum mereka memiliki kemampuan berbahasa.

Ketika bahasa ( kata-kata atau verbal ) menguasai mata fikiran, salah satu kesan yang akan kita tanggung adalah kita hanya

mampu "melihat" sebahagian kecil apa yang terlintas di depan mata kita. Sehinggakan ketika kita melihat, mendengar, merasakan dan mencium apa yang kita fikirkan adalah sekadar memenuhi perintah otak tanpa sensasi yang sebenar.

Ketika kita mengolah imaginasi dan visualisasi di mata fikiran kita, kita menggunakan bahagian-bahagian otak non-verbal. Akan tetapi, ketika kita berbicara atau berfikir dengan kata-kata, bolehlah dikatakan bahwa kita telah merampas kekuatan mata fikiran ini.

Para ahli saraf telah menemukan cara kerja mata fikiran di dalam otak dan menentukan bahagian belahan mana yang berfungsi ketika berlakunya aktiviti fikiran dan ingatan. Penelitian tersebut mengungkap bahawa otak kanan hanya dapat '"melihat" sesuatu tetapi tidak dapat "mengatakannya". Sebagai misalnya : Kita mungkin mahir dalam memvisualisasikan warna rumah kita, tetapi kita buruk dalam menyatakan fikiran kita dalam bahasa verbal tentang

apakah sofa yang ada di salah satu sudut ruangan itu benar-benar sudah sesuai untuk diletakkan disana.

" Semakin baik daya imaginasi, biasanya semakin baik dalam mengingati mimpi, melakukan hipnotis dan mengolah kreativiti berfikir. " - Ian Robertson, pakar neuropsikologi. Latihlah berimaginasi walau dimana kita berada. Kita dapat bervisualisasi dengan lebih gembira, dari saat kita berada di klinik gigi hatta terjebak di dalam kesesakkan lalu-lintas sekali pun..

Peranan Imaginasi Proses kreativiti dan imaginasi boleh melibatkan: (i) Perasaan dalaman kanak-kanak, imaginasi dan kreativiti. (ii) Pengalaman kanak-kanak melalui interaksi dan tindakan yang diambil. (iii) Kebolehan kanak-kanak meluahkan perasaannya secara lahiriah. Menurut Russel (1968), matlamat guru-guru sekolah rendah dalam proses pengajaran dan pembelajaran ialah untuk membentuk kanak-kanak dengan kemahiran memerhati serta mempunyai kesedaran dan arif terhadap pergerakan, bunyi, bentuk, tekstur dan irama. Melalui aktiviti seni, daya estetik kanak-kanak dapat dipertingkatkan. Contohnya, menggunakan lagu untuk memperkenalkan konsep lebah. Semasa kanak-kanak menyanyi lagu, mereka akan bergerak mengikut irama seperti lebah yang sedang terbang. Seterusnya, kanak-kanak menghasilkan gambar lebah. Ini membantu pembelajaran tentang konsep tersebut. Semasa belajar bersama-sama, mereka membina konsep kendiri dalam kumpulan rakan sebaya dan masyarakat umum.

Kebolehan kanak-kanak adalah selari dengan perkembangan diri mereka. Untuk mencipta sesuatu yang baru, kanak-kanak akan bergantung kepada pengalaman dan kreativiti dalam memanipulasi alatan dan bahan yang mereka gunakan.

Kepentingan Imaginasi Imaginasi berupaya menimbulkan rasa ingin tahu yang kuat seterusnya mendorong seseorang untuk meneroka apa yang diinginkan. Imaginasi penting untuk membolehkan guru dan murid berfikir secara lebih mendalam(kritis dan kreatif). Membantu mereka untuk belajar kerana sesetengah guru mengunakan imaginasi kanak-kanak semasa mengajar, contoh matapelajaran yang memerlukan kanak-kanak untuk berimaginasi adalah sains tentang rasa. Dapat menyelesaikan masalah melalui daya imaginasi kanak-

kanak(Margaret Renkl,2001). Kanak-kanak juga meluahkan perasaan mereka melalui imaginasi (Margaret Renkl,2001) Imaginasi juga dapat membantu apabila mereka dewasa kelak (Margaret Renkl,2001).

Sumber: Internet Gabrielafloe. (2010, Ogos 12). Imaginasi, Emosi, Ekspresi dan Kreativiti. Dipetik dari laman web http://www.scribd.com/doc/35755706/Imaginasi-EmosiEkspresi-Dan-Kreativiti Cikgu Saiful. (2009, November 27) Kepentingan Imaginasi dalam Sains. Dipetik dari laman web http://cikgusaiful.blogspot.com/2009/11/kepentinganimaginasi-dalam-sains.html Lutfi. (2007, Oktober 9). Daya imaginasi. Dipetik dari laman web

http://luthfikir.blogspot.com/2007/10/daya-imaginasi.html

Buku Rujukan Kementerian Pendidikan Seni Malaysia. Visual (2001). Konvensyen Kuala Kebangsaan Lumpur.

Pendidikan

2000.

Zulkifli Yaakop, Mohd Jamal Ismail. (2007). HBEF1403 Seni Dalam Pendidikan. Kuala Lumpur: UNITEM Sdn. Bhd.

Anda mungkin juga menyukai