Anda di halaman 1dari 2

3) PERBEZAAN SISTEM PENGURUSAN SEKTOR AWAM DENGAN SEKTOR SWASTA 1) KEUNTUNGAN Keuntungan yang dimiliki oleh sektor awam

adalah bertujuan untuk pembangunan serta kemajuan negara secara keseluruhannya Keuntungan yang dimiliki atau diperolehi oleh sektor swasta pula adalah milik individu tersebut oleh itu individu terlibat akan sedaya upaya memaksimumkan keuntungannya untuk kepentingan diri sendiri. 2) KAWALAN KUASA Kawalan kuasa dalam sector awam bergantung kepada konsep pemusatan kuasa yang tersedia dalam undang-undang negara. Kawalan kuasa dalam sektor swasta pula bergantung kepada konsep pembahagian kuasa pemilik sesebuah organisasi tersebut. 3) HUBUNGAN DENGAN ORGANISASI BERKAITAN YANG LAIN Dalam organisasi awam, setiap organisasi akan saling membantu antara satu sama lainiaitu untuk menyediakan kemudahan yang optimum kepada rakyat serta menjamin kelancaran pembangunan serta pentadbiran negara. Dalam organisasi swasta pula, setiap organisasi beroperasi bagi mencapai matlamat persendirian tanpa melibatkan organisasi yang lain. 4) AKTIVITI-AKTIVITI YANG DIJALANKAN Aktiviti-aktiviti organisasi daripada sektor awam dirangka mengikut kehendak kerajaan yang memerintah dan mengikut keperluan dan kehendak rakyat dalam sesebuah negara. Aktiviti-aktiviti organisasi dalam sector swasta pula dirangka mengikut jenis operasi serta terarah kepada keuntugan kewangan organisasi. 5) STRUKTUR ORGANISASI PENTADBIRAN DALAM ORGANISASI Dalam pengurusan struktur organisasi awam banyak berlaku pertukaran kakitangan disebabkan oleh pelbagai factor seperti kenaikan pngkat, persaraan dan pertukaran keorganisasi awam yang lain sekiranya organisasi awam yang lain tidak mempunyai kakitangan yang mencukupi. Dalam pengurusan struktur organisasi swasta pula kebyakkan jawatan adalah tetap terutamanya pemilik organisasi swasta tersebut, sentiasa berada di hierarki utama organisasi sepanjang hayat mereka sehinggalah organisasi tersebut bertukar hak milik ataupun muflis. 6) FAKTOR YANG MENDORONG PEMBANGUNAN ORGANISASI Sebarang pembangunan dalam organisasi awam bergantung kepada peruntukan atau bajet dalam belanjawan yang telah ditetapkan oleh kerajaan yang memrintah negara tersebut. Berlainan pula dengan pembangunan organisasi swasta yang dipengaruhi oleh keuntungan yang diperoleh daripada jualan barangan atau perkhidmatan merupakan sumberutama kepada pembangunan organisasi sektor swasta. 7) PENYEDIAAN BELANJAWAN Penyediaan belanjawan untuk organisasi awam dirangka mengikut peruntukan yang disediakan oleh kerajaan persekutuan atau kerajaan negeri. Penyediaan belanjawan bagi organisasi daripada sektor swasta pula dirangka bergantung kepada keuntungan yang diperolehi.

8) TAHAP HEBAHAN AKTIVITI ORGANISASI Segala aktiviti dan tindakan yang dilakukan oleh organisasi sektor awam menjadi perhatian media massa yang berfungsi sebagai pelapor kepada rakyat dalam sesebuah negara. Segala aktiviti dan tindakan yang dilakukan oleh organisasi sektor swasta kurang diberi liputan oleh media massa kerana tidak semua orang mempunyai kepentingan terhadap sesebuah organisasi swasta. 9) PERANAN SERTA FUNGSI ORGANISASI Setiap organisasi awam dalam sesebuah negara memainkan peranan serta fungsi sebagai organisasi yang menyediakan keperluan rakyat bagi mengoptimumkan tahap kebajikan rakyat dalam negara tersebut. Manakala dalam organisasi sektor swasta pula berfungsi sebagai pengeluar produk-produk atau perkhidmatan yang berguna kepada rakyat bagi memastikan pemilik organisasiswasta mencapai keuntungan tertentu. Namun begitu, kewujudan sesetengah sektor swasta juga amat penting bagi membantu kerajaan menyediakan pelbagai kemudahan kepada rakyat contohnya Syabas serta Tenaga Nasional Berhad yang telah menyediakan kemudahan air serta tenaga elektrik di dalam negara Malaysia. 10) Prinsip / Andaian Asas Yang Digunakan Prinsip yang digunapakai berbeza ialah : 1. Prinsip Kumpulan Wang Disatukan 2. Prinsip Tunai Ubahsuai 3. Prinsip Pengiktirafan Hasil 11) Pengguna Penyata Kewangan . Kerajaan Parlimen Agensi Kerajaan Rakyat Swasta Pemegang Saham Bakal Pelabur Institusi Kewangan Undang-undang, Akta, Piawaian, Dan Garis Panduan . Kerajaan Persekutuan/Negeri Kewangan Perbendaharaan Kerajaan (PPK) Sector Accounting Standard-IPSAS Diluluskan Yang Diterimapakai Di alaysia. Cth;

Swasta 1) FRS,MFRS

Anda mungkin juga menyukai