Anda di halaman 1dari 4

KERTAS KERJA

Bengkel Teknik Menjawab Soalan Kertas 1 dan Kertas 2 Matematik Tambahan SPM 2011

TARIKH / MASA :
21 Oktober 2011 (Rabu) 8.15 am 11-15 am

TEMPAT :
Dewan Kuliah Kolej Tun Datu Tuanku Haji Bujang, Miri

ANJURAN :
Panitia Matematik Kolej Tun Datu Tuanku Haji Bujang, Miri

KERTAS KERJA TEKNIK MENJAWAB SOALAN KERTAS 1 DAN KERTAS 2 MATEMATIK TAMBAHAN SPM 2011

PENGENALAN Persediaan menghadapi peperiksaan SPM perlu dijalankan agar pelajar biasa dengan sistem pembelajaran secara sistematik. Kebanyakan pelajar yang gagal semasa peperiksaan berpunca daripada tidak tahu teknik menjawab soalan yang betul. Justeru, adalah penting bagi pelajar menguasai teknik menjawab peperiksaan dengan tepat dan betul sebelum menduduki peperiksaan SPM.

TUJUAN Membantu pelajar menguasai teknik- teknik yang betul semasa menjawab soalan peperiksaan Matematik Tambahan Kertas 1 dan Kertas 2 SPM

OBJEKTIF Selepas program ini dijalankan adalah diharapkan semua murid dapat: i. Mendedahkan teknik menjawab soalan yang lebih berkesan. ii. Menguasai teknik menjawab soalan peperiksaan dengan tepat. iii. Membina keyakinan diri pelajar untuk mencapai kejayaan yang lebih baik dari apa yang telah mereka lakukan/capai setakat ini. iv. Membina keyakinan diri pelajar untuk menjulang kegemilangan dalam peperiksaan v. Menjawab soalan peperiksaan dengan skema pemarkahan yang dikehendaki oleh pemeriksa. vi. Mevariasikan teknik menjawab soalan. vii. Membuat ulangkaji latihan secara lebih berkesan dengan menggunakan teknik-teknik yang betul. viii. Memperoleh keputusan cemerlang dalam subjek Matematik Tambahan.

ANJURAN Panitia Matematik Kolej Tun Datu Tuanku Haji Bujang Miri

SASARAN Semua pelajar SPM 2011 seramai 117 orang yang terdiri dari kumpulan lemah, sederhana dan elit.

TEMPAT Dewan Kuliah Kolej Tun Datu Tuanku Haji Bujang Miri

TARIKH / MASA CADANGAN 21 Oktober 2011 (Rabu) 8.15 am 11-15 am

SENARAI AHLI JAWATANKUASA Bil 1. Jawatan/Jawatankuasa Kecil Penasihat 1 Nama Pegawai Bertanggungjawab Cik Hasimah Abg zen

2.

Penasihat 2

Puan Ling Ling

3.

Pengurus Program JK Pendaftaran

Puan Ng Hui Mei Puan Chen Fui Phing Puan Ooi Bee Eong Encik Sia Dng Kee Encik Liew Tho Lip Encik Mohamad Esmandi Bin Hapni

4. JK Sistem Siaraya Peralatan Teknologi JK Dokumentasi

5.

6.

7.

JK Fotografi

Encik Mohd Faizal Sapian

PERBELANJAAN - Tidak berkenaan

PENUTUP Diharap program ini dapat membantu pelajar dalam menghadapi peperiksaan seterusnya mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan.

Disediakan oleh; ____________________________ En. Mohamad Esmandi Bin Hapni

Disemak oleh; ____________________________ Pn. Ling Ling Ketua Bidang Sains dan Matematik Kolej Tun Datu Tuanku Haji Bujang Tarikh :

Disahkan oleh; ____________________________ Cik Hasimah Abg. Zen Pengetua Kolej Tun Datu Tuanku Haji Bujang Tarikh :

Anda mungkin juga menyukai