Anda di halaman 1dari 16

Menggalak minat membaca anak-anak

7 cara menyerlahkan kebolehan membaca anak anda. Sumber : Scholastics, dialih-bahasa oleh Nini Hadi 1. Baca kuat-kuat bersama anak anda. Carilah satu tempat yang sesuai untuk duduk sama membaca bersama anak untuk 30 minit setiap hari. Bergilir-gilir membaca muka-surat sambil membimbing anak anda dengan ayat yang susah. Bacalah buku yang agak susah untuknya tetapi yang menarik minatnya. 2. Galakkan segala jenis pembacaan. Komik dan majalah akan memberi kepelbagaian stimulasi pembacaan kepadanya. Asalkan ia adalah sesuai dengan umur jangan halang minatnya. PASTIKAN MENYIMPAN PELBAGAI BUKU YANG BERFAEDAH UNTUKNYA MEMBACA DI RUMAH. 3. Simpan satu kamus. Gunakannya untuk rujukannya dan tolong anak anda mencari perkataan yang dia tidak faham serta berikan penjelasan kepadanya untuk meningkatkan kefahamannya. 4. Gunakan buku-buku berinformasi. Cuba galakkan anak-anak merujuk kepada buku-buku daripada internet dan ajarkannya bahawa buku lebih berinformasi dan bermaklumat terperinci. 5. Bincang tentang buku yang dibacanya. Tanyalah anak anda apakah tema buku itu. Bagaimana watak-watak dalam buku itu sama atau tidak, apa yang digemari olehnya dan tidak tentang buku itu. Kongsi pendapat anda. 6. Jangkakan daya pemahaman yang lambat. Anak anda akan mengambil masa yang lama untuk membaca. Berikan sokongan moral dan lebihkan pujian. 7. Jadi contoh yang baik. Luangkan masa membaca 30 minit sehari untuk membaca kerana ini akan mengajar anak anda secara tidak langsung untuk suka membaca. Syd posted at 16-3-2006 10:30 bolehlah share nanti, mcm mana pulak cara korang galak anak membaca. Vvenus posted at 16-3-2006 10:53 masa dia still baby, tgh nak doze off tido tuh, saya baring sebelah dia, pegang buku kat atas..so, dia tgk gambar besar2 & kaler2 tuh..sambil tu cerita la sampai dia tertido. bila dia beso sikit, belikan buku yg kulit keras tuh, ajak dia belek sesama sambil cerita gak. la ni dia dah toddler 3 tahun, dah belikan buku2 yg ada pengetahuan cam pasal animal ke, space ke..so, ajak dia dok sama & bacakan untuk dia..buat cam story gak laa..kadang2 dia sendiri pilih buku mana yg dia nak & ajak baca story. :) Syd posted at 16-3-2006 11:13 kekadang anak2 tgk jugak kalau dia tgk mak bapak dia pun suka membaca dia pun akan terikut2 dgn tabiat tuh rotibakar posted at 16-3-2006 11:42 tips yg bagus syd. nanti nak cuba dgn anak saya. dewi posted at 16-3-2006 12:28 dewi mmg galakkan anak2 dewi membaca... cara nyer lebih kurang sama ler macam syd buat tu..mmg berkesan.. sekarang tak payah suruh mmg diorang

minat membaca.. kalau gi shopping anak2 dewi tak teruja sgt tgk mainan dari tgk kedai buku. masuk kedai buku tu mau 1 hari tak nak keluar lah.. lagi2 kalau masuk kinokuniya ker MHP mid valley ker. dari baby dewi baca kan buku from nursery rhymes.... pas tu buku cerita yg ader softoys tu.. ingat lagi buku yg dia paling suka yg ada anak gajah tu leh picit2 kuat bunyi gajah. kat buku pun ader button2 leh picit2 kuar macam2 bunyi. then buku goldilock n 3 brars pun ader soft toys yg 4 in one tu .... leh interchange jadik goldilock kejap jadik papa bear jap jadik mama bear dan baby bear. sambil baca sambil main puppet ngan soft toys tu buat bunyik suara lain2 la. bila dia besar sikit buku dah tak der toys tapi ada byk color2 ful gitu. still tiap malam dewi bacakan dan dewi tak kisah dia nak main ngan buku dia . dah umur 4-5 tahun dewi beli buku grolier tu so dia leh belajar sekali. buku ni sampai sekarang dia guna buat rujukan sekolah. now anak dewi dah 13 n 15 ... buku diorang semua dah baca novel2 jer dah enid bylton still diorang nyer favorite... othman putih kalau yg malay nd buku terjemahan enid bylyton pun ader gak tapi dewi tak galakkan sebab dewi tgk terjemahan dia kadang tak berapa tepat. sekarang dewi tak perlu pilih buku diorang masuk kedai buku diorang akan buat pilihan sendiri. kita tunggu jer dia bawa buku tu gi cashier. KakFie posted at 16-3-2006 12:38 [quote]Originally posted by [i]Syd[/i] at 16-3-2006 11:13 AM kekadang anak2 tgk jugak kalau dia tgk mak bapak dia pun suka membaca dia pun akan terikut2 dgn tabiat tuh [/quote] Itu point yang paling "terpenting" sekali. Kita guru pertama anak2 kita dan role model yang paling berkesan. Jika kita minat membaca, anak 50-50 sama ada minat atau tidak. Tapi minat akan lebih senang dipupuk bila kita jadi role model. Tapi jika kita tak minat, anak juga tidak akan minat. Bagaimana kita nak pupuk minat diorang jika minat kita sendiri tidak dipupuk? Minat membaca lebih senang dipupuk jika kita memperkenalkan membaca sebagai aktiviti yang fun dan enjoyable. Selalu read aloud, share cerita, perkenalkan poem, menyanyi, main I-spy game, baca label, baca signboards, bawak pergi library, bawak masuk kedai buku dan banyak lagi perkara-perkara kecil yang boleh membawa impak yang besar dalam memupuk minat membaca dalam diri anak2. pelicano posted at 16-3-2006 20:39 Yang aku tengok sekolah anak aku ajar... utk galakkan budak rajin "pegang buku", kita suruh dulu dia karang cerita sendiri... ni stage budak tu belum baca perkataan tapi dah pandai bercakap... Ambik satu buku bergambar, suruh dia cerita kat kita apa berlaku dalam cerita tu. Budak2 memang seronok, especially kalau kita mendengar dia bercakap... kadang-kadang entah hapa-hapa cerita dia tak logik, but that's good sebab kita merangsang kreativiti dia... kalau dia mati kutu tak tau nak cakap apa, cuba tanya apa jadi dalam gambar sebagai "warming up"... aku kadang-kadang tanya soalan bodoh jer...e.g. kenapa rumah tu ada satu tingkap jer, apasal kucing tu gemuk sangat.. :bgrin:... but you'll be surprised at your kids' ability to justify cerita dalam buku tu ikut imagination dia.. :) Anyway, bila dah pandai baca sikit-sikit korang suruh anak korang tengok dulu gambar, predict cerita... then suruh dia baca, check balik betul ke tak.... Cara tu pun okay jugak kalau nak encourage dia membaca... KakFie posted at 16-3-2006 23:01 [quote]Originally posted by [i]pelicano[/i] at 16-3-2006 08:39 PM Yang aku tengok sekolah anak aku ajar... utk galakkan budak rajin "pegang buku", kita suruh dulu dia karang cerita sendiri... ni stage budak tu belum baca perkataan tapi dah pandai bercak ... [/quote] Sekolah mana pelicano? Menarik approach dia, macam style oversea. Ke memang sekolah oversea? :) [[i] Last edited by KakFie at 16-3-2006 11:22 PM [/i]]

pelicano posted at 17-3-2006 03:19 Yup Kak Fie, sekolah kat UK utk budak-budak 4 tahun (reception)...menarik tengok dia latih budak-budak membaca... Alhamdulillah, my kids suka jugaklah membaca hasil pendekatan macam tu.... KakFie posted at 17-3-2006 08:51 [quote]Originally posted by [i]pelicano[/i] at 17-3-2006 03:19 AM Yup Kak Fie, sekolah kat UK utk budak-budak 4 tahun (reception)...menarik tengok dia latih budak-budak membaca... Alhamdulillah, my kids suka jugaklah membaca hasil pendekatan macam tu.... [/quote] Itula...akak dah agak dah :hmm: sebab anak akak dulu masa sekolah kat Australia pun guna approach yang sama. Menarik kan? Walaupun tak diajar structured ABC, 123 tapi early literacy dimulakan dengan read aloud, story tellings, show and tell dan mcm-mcm lagi aktiviti yang menarik. Tak confine to worksheets/book and homeworks. Syd posted at 26-5-2006 16:47 Anak tidak mahu membaca dan belajar Soalan, Puan, Saya mempunyai anak perempuan yang berumur 6 tahun dan masalahnya ialah beliau tidak mahu belajar langsung sewaktu berada di rumah.Pelbagai pendekatan telah saya gunakan seperti selalu membelikannya bukubuku, membawanya ke perpustakaan, membaca bersamanya tetapi tidak berjaya.Dia akan belajar hanya dalam masa 2 minit kemudian akan berhenti dan bermain.Ini sangat merisaukan saya. Ibu Risau Kuala Lumpur Jawapan: Soalan puan memberi petunjuk bahawa puan seorang ibu yang prihatin. Setiap anak mempunyai minat atau kecenderungan yang berbeza. Mungkin anak puan lebih minat kepada perkara yang lebih fizikal iaitu bermain. Usah risau kerana sebenarnya bermain adalah kaedah yang paling berkesan untuk belajar pada peringkat umur ini. Apapun saya bersetuju bahawa anak harus didedahkan dan diasuh untuk mencintai ilmu melalui minat membaca. Puan boleh memupuk minat membaca anak dengan memilih buku yang mengikut minat anak. Sebagai contoh sekiranya anak minat bermain pondok, puan boleh membeli atau meminjam dari perpustakaan awam buku cerita tentang kanak-kanak bermain pondok atau masak-masak. Kanak-kanak juga sangat gemarkan buku yang mempunyai gambar sebenar kanak-kanak lain yang sebaya dengannya. Ia lebih menarik minat kerana mereka boleh mengaitkan diri atau relate dengan cerita. Mereka juga gemar menmbaca atau mendengar cerita yang dekat dengan diri dan pengalaman mereka. Ianya seperti cerita binatang-binatang di zoo apabila pulang dari mengadakan lawatan ke zoo. Tumpuan anak mulanya memang sedikit. Ajak anak membaca bersama dan berhenti bila anak sudah jemu. Secara beransur-ansur tumpuan mereka akan meningkat. Juga elakkan daripada terlalu menekankan kepada cara membaca yang betul dari segi ejaan dan tatabahasa. Sebaliknya tumpukan kepada maksud cerita dan bercerita dengan gaya dan tonasi yang menarik. Buat permulaan gunalah buku yang menarik illustrasinya dan tidak terlalu banyak perkataan. Jadikan membaca satu aktiviti yang meyeronokkan dan merapatkkan hubungan kekeluargaan. Selain daripada itu puan boleh mengajak kawan baik anak bersama semasa aktiviti membaca. Anak puan mungkin akan suka dan terdorong untuk membaca kerana pengaruh kawan baiknya. Secara tidak sedar dia akan belajar untuk minat membaca tanpa tekanan. Persekitaran yang kondusif adalah antara faktor utama dalam membentuk peribadi seorang kanak-kanak. Setiap

rumah seharusnya mempunyai perpustakaan mini yang diisi dengan pelbagai jenis buku untuk semua ahli keluarga. Orang dewasa dalam setiap rumah juga mestilah minat membaca kerana kanak-kanak memang suka meniru perbuatan orang dewasa disekeliling mereka. Bawalah buku kemana sahaja. Saya membawa bersama buku-buku semasa balik kampung atau bercuti. Anakanak juga saya galakkan membawa buku dan majalah yang mereka minati. Saya juga suka membawa anak-anak ke pameran-pameran buku. Untuk memudahkan anak belajar cuba amalkan membaca surah al-Imran 200 dan as-syura-19 dan zikir ya-hayyu, ya-quyyum dan ya-latif. Saya biasa amalkan semasa memasak dan dibaca dalam air minuman.Juga ada petua supaya membaca doa dan menyatakan harapan diubun-ubun anak semasa baru lelap. Ianya insyaalah dapat membentuk peribadi anak. Harap jawapan ini dapat membantu puan. Selamat mencuba dan didoakan semoga puan berjaya menarik minat anak untuk membaca. Sayangi dan dekatilah anak-anak kita Rosnah Ahmad. Jawapan tambahan: The problem is anak tak mahu membaca or tak mahu belajar? I am a little confused. But my reply below to encourage reading. Membantu anak membina minat membaca: Kenalpasti minat anak, dan dapatkan buku-buku yang berkaitan dengan minatnya. Pastikan buku-buku yang dipilih adalah age-appropriate. Adakah ibubapa tunjukkan minat membaca? Ibubapa harus tunjukkan yang mereka berminat dengan apa yang anak -anak baca. Tanya mereka soalan-soalan mudah seperti: o Apa cerita yang adik/kakak/abang baca tu? o Apa karakter utamanya? Adakan carta bacaan di rumah, dan letakkan (gantungkan) di tempat yang senang dilihat. Dan adakan sistem hadiah (reward system). Hadiahkan dia sesuatu apabila dia berjaya membaca sekian banyak buku, umpamanya. Kadangkala, perlu biarkan dia sendiri yang memilih hadiah, puan cuma tentukan had harganya. Amir Razelan, Lembah Silikon, Cupertino. CA. USA Syd posted at 8-9-2006 10:43 800 juta buta huruf Oleh YULPISMAN ASLI (WARTAWAN UTUSAN) MUNGKIN ramai yang tidak mengetahui bahawa tanggal 8 September merupakan Hari Literasi Antarabangsa. Ia merupakan peristiwa penting yang disambut setiap tahun untuk memberi harapan kepada berjuta kanak-kanak, lelaki dan wanita yang tidak mampu membaca atau menulis, malah nama mereka sendiri. Justeru, sambutan Hari Literasi Antarabangsa merupakan masa untuk mengingatkan masyarakat antarabangsa tentang peri pentingnya literasi kepada seseorang individu, famili, komuniti dan masyarakat seluruhnya. Pada sambutan kali ini, Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) telah memilih tema Literasi Mengekalkan Pembangunan. Ia memberi penekanan bahawa literasi bukan sahaja hasil positif daripada proses pembangunan, tetapi juga nadi untuk perubahan dan instrumen kepada kemakmuran sosial pada masa hadapan. Malah, Ketua Pengarah UNESCO, Koichiro Matsuura dalam mesejnya sempena sambutan Hari Literasi Antarabangsa 2006 antara lain berkata, literasi bukan sahaja skil kognitif dalam membaca, menulis dan aritmetik, tetapi juga membantu masyarakat membina kemahiran serta kekuatan bagi mencapai kemajuan yang berterusan. Menurut UNESCO, ketika ini terdapat kira-kira 800 juta penduduk dunia berusia 15 tahun ke atas buta huruf di mana dua pertiga daripadanya adalah wanita. Sementara kira-kira 100 juta kanak-kanak di seluruh dunia pula

tidak bersekolah. Bagi pertubuhan dunia itu, literasi merupakan alat yang sangat diperlukan dari segi penyertaan aspek ekonomi dan sosial yang paling efektif ke arah pembangunan manusia dan mengurangkan kadar kemiskinan global. Bagaimana pula dalam konteks Malaysia dan rakyat negara ini. Ini kerana, literasi amat berkait rapat dengan tabiat membaca. Membaca akan membuahkan ilmu dan masyarakat yang berilmu merupakan modal insan yang menjadi antara tonggak penting bagi menjayakan Misi Nasional di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK9). Malah, dalam konteks Islam sendiri, ayat pertama yang diwahyukan ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w adalah Iqra?iaitu suruhan Allah supaya manusia membaca. Dengan membaca manusia akan dapat mengenali penciptanya serta asal-usulnya. Dengan membaca mereka mendapat ilmu kemahiran dan mampu mengubah kehidupan serta membina tamadun. Justeru, sejauh manakah Hari Literasi memberi impak kepada kita? Ini kerana, laporan sebelum ini menyebut, kadar literasi membaca di kalangan rakyat negara ini yang berusia 10 tahun ke atas pada tahun 2005, turun satu peratus kepada 92 peratus berbanding 93 peratus pada 1996. Malah, kajian membaca di kalangan rakyat Malaysia yang dijalankan oleh Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) dan Jabatan Statistik itu juga mendapati, kadar literasi di kalangan kanak-kanak berusia 5 hingga 9 tahun jatuh kepada 75 peratus berbanding 79 peratus pada 1996. Sementara kadar literasi di kalangan penduduk Semenanjung Malaysia tahun lalu pula berada pada tahap 91 peratus, manakala di Sabah 86.4 peratus dan di Sarawak 83 peratus. Peratusan Laporan Profil Membaca Rakyat Malaysia tahun 2005 itu yang diadakan 10 tahun sekali, menunjukkan, peratusan literasi lelaki lebih baik berbanding perempuan iaitu 92.2 peratus berbanding 88 peratus. Dalam hal ini, Profesor Diraja Ungku Aziz berpendapat, sambutan Hari Literasi sepatutnya menggalakkan orang ramai supaya lebih berminat membaca dan menambahkan kecekapan membaca. Ini kerana katanya, masih ramai di kalangan rakyat Malaysia yang dilaporkan membaca dua buah buku setahun, sukar atau cepat bosan membaca terutama melibatkan bahan bacaan berbentuk ilmiah. Sepatutnya, orang ramai digalakkan membaca sekurang-kurangnya 15 minit sehari. Sekarang orang kurang membaca kerana lebih banyak menonton televisyen. Ini merugikan kerana minda kita tidak bercambah. Kita sepatutnya memerlukan orang biasakan diri membaca dan melatih serta mendisiplinkan diri mereka, katanya. Pandangan Ungku Aziz itu ada kebenarannya apabila kajian profil membaca rakyat Malaysia yang diumumkan baru-baru ini turut menunjukkan, 98.8 peratus daripada responden berusia 10 tahun ke atas, membaca dua buah buku setahun iaitu tidak banyak berbeza dengan kadar yang dicatatkan pada 1996. Kajian itu juga mendapati, 56 peratus daripada responden membaca buku antara empat hingga 10 buah setahun, manakala 32 peratus lagi membaca 12 buah buku setahun. Kajian itu melibatkan seramai 60,441 responden. Menurut Ungku Aziz, walaupun semakin berumur, beliau sendiri menghabiskan masa tidak kurang lima jam sehari untuk membaca dan juga menulis. Malah katanya, beliau membelanjakan antara RM300 hingga RM400 sebulan bagi membeli bahan bacaan di beberapa buah kedai termasuk di Universiti Malaya (UM). Bagaimana pula dengan kita? Saya suka kumpul buku sejak 50 tahun lalu. Selain hadiah daripada orang, saya mempunyai lebih 4,000 buah buku. Semuanya saya baca kerana saya tidak suka menunjuk-nunjuk kepada orang banyak buku tetapi tak baca, katanya. Beliau berkata, kecenderungan membaca boleh ditanam apabila seseorang itu bijak memilih bahan bacaan. Sungguhpun kadar literasi dalam teknologi maklumat di kalangan rakyat Malaysia terus meningkat, tetapi tabiat membaca buku perlu diterapkan kerana tidak semua ilmu boleh didapati melalui kaedah moden.

Justeru, kempen membaca yang digerakkan oleh Kementerian Pelajaran dan Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan perlu diberikan sambutan bagi melahirkan rakyat yang rajin membaca. awan posted at 8-9-2006 11:17 [quote]Originally posted by [i]Syd[/i] at 16-3-2006 11:13 AM kekadang anak2 tgk jugak kalau dia tgk mak bapak dia pun suka membaca dia pun akan terikut2 dgn tabiat tuh [/quote] :hatdown: anak2 sy termasuk sy dan asben... semua HANTU BUKU kadang2 rumah dah jd cam library...senyap jer.. masing2 tekun ngadap buku... ngalahkan orang nak amik pekse..:love: hasmania posted at 11-9-2006 09:21 Anak Has memang daripada awal setahun suka dengan buku-buku.......munkin jugak kerana semasa mengandung dahulu sepanjang waktu mengandung Has memang suka membaca dan akan senantiasa meluangkankan masa untuk membaca.......jadi bila dah ada anak minat membaca diwarisi oleh anak....boleh dikatakan setiap bulan Has akan belikan banyak bahan bacaan untuknya....dan malam sebelum dia tidur dia akan minta dibacakan buku cerita sebelum lelap....disudut rumah memang sengaja Has biarkan rak bacaan bersepah-sepah dengan buku-buku dan anak bebas berada disana bila-bila masa tanpa disuruh....YANG PALING PENTING kita senantiasa bersedia menjawab semua soalan-soalan yang akan dikemukan oleh anak.....mengenali bahan bacaan yang digemari oleh anak adalah perkara utama....selalunya bila kekedai buku anak Has akan pilih sendiri buku yang diperlukan nya.... RedAlert posted at 11-9-2006 11:28 Satu kelebihan yang saya tengok bila anak minat membaca, senang bawak diaorang ke mana-mana. Kalau nampak macam dah restless belikan saja buku/majalah... settle problem.. awan posted at 12-9-2006 08:58 [quote]Originally posted by [i]RedAlert[/i] at 11-9-2006 11:28 AM Satu kelebihan yang saya tengok bila anak minat membaca, senang bawak diaorang ke mana-mana. Kalau nampak macam dah restless belikan saja buku/majalah... settle problem.. [/quote] betul tu... anak sy kalau tunggu sy shopping ke apa ke... dia lek2 jer nyandar kat luar kedai sambil baca buku/komik... tak merungut pun.... hik3 sapi posted at 12-9-2006 10:20 [quote]Originally posted by [i]Syd[/i] at 16-3-2006 10:28 AM 7 cara menyerlahkan kebolehan membaca anak anda. Sumber : Scholastics, dialih-bahasa oleh Nini Hadi 1. Baca kuat-kuat bersama anak anda. Carilah satu tempat yang sesuai untuk duduk sama membaca ... [/quote] setahu aku..kalau kita nak anak kita suka membaca...kitalah dahulu harus suka membaca...jadi contoh maksud aku! Dari anak tu kecik..kita mesti bacakan dia buku.Amalan begini memang baik untuk anak2 minatkan membaca.Kita juga harus membawa mereka ke perpustakaan selalu dan kita juga boleh buat rumah kita sebagai perpustakaan mini agar segala buku yg anak ingini boleh diambil dari rak buku di rumah kita.

sabb posted at 19-9-2006 02:24 Aku x tau lah coz anak aku kecik lagi baru nak masuk 8 bulan. Tp from my own experience lak, masa kitaorg kekecik, mmg ayah aku ada beli encyclopedia. Buku tu aku still ingat bentuknya ada ada certain contentnya anyway buku tu dah x wujud lagi kat umah sebabnya kitaorg kekecik semuanya dok koyakkan buku tu. Aku rasa byk content lam tu yg berguna jugak cthnya cerita pasal pelukis italy. Pelukis2 tu nama cam ninja tuirtle so bila 1st time kuar citer ninja turtle aku terus terbayangkan pelukis italy n aku tau derang amik nama tu from pelukis2 tu. PAs tu mak aku sokmo bacakan cerita2 masa kitaorg kecik. Seingat aku mmg time tu kitaorg x tau baca langsung. So bila skang ni, aku pon suka baca buku maybe because of that lah kan. Anyway, laki aku mmg malas baca buku..so skang bila aku sibuk nak beli buku dia kata nanti rugi sebab bebudak akan koyakkan buku. Anak aku skang nampak buku jer mesti nak koyakkan n mkn. Bg aku tu menda normal. even though kita rasa dia koyakkan tp at least dia belajar pegang buku. ntahlah, susah kalau org x suka buku ni, kan? Tp ari tu aku merajuk ngan laki aku, at last dia nak pujuk aku dia belikan aku buku encyclopedia satu. Baru aku suka. KakFie posted at 19-9-2006 08:45 [quote]Originally posted by [i]sabb[/i] at 19-9-2006 02:24 AM Aku x tau lah coz anak aku kecik lagi baru nak masuk 8 bulan. Tp from my own experience lak, masa kitaorg kekecik, mmg ayah aku ada beli encyclopedia. Buku tu aku still ingat bentuknya ada ada cert ... [/quote] Biasalah tu babies koyak buku, makan buku, gigit buku. Itu tanda dia suka buku...:) Buku2 kat rumah akak ni kalau orang tengok macam kena gigit tikus. Yang bongsu ni lain pulak cara dia appreciate buku. Buku dah beli lebih 10 tahun untuk anak sulung dulu selama ni elok lagi anak-anak lain baca, sampai turn dia...alahaaiiii..... Anak-anak akak sampai dalam kereta pun nak baca buku. Akak yang risau takut diorang pening - sebab akak kalau baca dalam kereta akan pening - tapi diorang selamba je. Husband akak cakap kalau diorang nak baca dalam kereta biar jelah, jangan remind diorang tentang pening tu sebab kalau kita put the idea in their head nanti akan peninglah jadinya. Mungkin betul jugak. Sebab kalau pening tentu diorang stop sendiri...why want to push yourself betul tak? Tapi kalau rajin terlebih sampai nak buat homework dalam kereta tu akak and hubby tak kasilah. Karang mesti berkelahi sebab ambik space orang lain. [[i] Last edited by KakFie at 19-9-2006 08:57 AM [/i]] macademia posted at 19-9-2006 08:58 [quote]Originally posted by [i]KakFie[/i] at 19-9-2006 08:45 AM Biasalah tu babies koyak buku, makan buku, gigit buku. Itu tanda dia suka buku...:) Buku2 kat rumah akak ni kalau orang tengok macam kena gigit tikus. Yang bongsu ni lain pulak cara dia appr ... [/quote] Betul kak fie.... anak2 mac pun suka baca dalam kereta.... puas mac marah takutkan dia pening, dia buat donno aje..... anak2 mac pun pernah buat homework dalam kereta.... tapi mac marah bab ni...yela.... kat rumah lepak tengok tv.... dah nak gi tuition baru la nak buat homework....... mmg mac naik angin.... macademia posted at 19-9-2006 09:02 [quote]Originally posted by [i]sabb[/i] at 19-9-2006 02:24 AM Aku x tau lah coz anak aku kecik lagi baru nak masuk 8 bulan. Tp from my own experience lak, masa kitaorg kekecik, mmg ayah aku ada beli encyclopedia. Buku tu aku still ingat bentuknya ada ada cert ... [/quote] if anak you baru 8 bulan.... beli lah cloth book atau buku keras..... jangan beli buku biasa....rugi dan tak worth it... At that age, baby will start teething.... itu sbb dia gigit2.... so give him teether utk digigit at one hand.... and a soft book at the other hand....

KakFie posted at 19-9-2006 09:05 Teringat old time family friend akak. Husband lecturer, wife guru besar. Rumah di setiap sudut ada fitted book shelf. Extend rumah pun sebab nak tambah ruang untuk buku. Memang best kalau gi rumah dia sebab boleh jamu mata tengok buku-buku. Anak-anak diorang memang gila buku. Sampaikan papa diorang kata " hangpa ni cuba pergi merayau ke, jadi minah lepak kat shopping complex ke macam budak-budak lain. Ini asyik baca buku saja." Kelakar pulak sebab mak bapak lain marah anak merayau, dia suruh anak dia gi lepak. Dia gurau je tu... macademia posted at 19-9-2006 09:20 [quote]Originally posted by [i]KakFie[/i] at 19-9-2006 09:05 AM Teringat old time family friend akak. Husband lecturer, wife guru besar. Rumah di setiap sudut ada fitted book shelf. Extend rumah pun sebab nak tambah ruang untuk buku. Memang best kalau gi ... [/quote] hehe Kak fie....... bestnya camtu..... sabb posted at 19-9-2006 23:42 k fie : tulah sabb paling pantang baca buku lam keta sbb pening. Tp my sister smpi skang dia ok jer kalau baca buku lam keta ke menda ker. sabb mmg kalau lam kereta, signboard tepi jln pon x baca sgt. Kalau x mmg peninglah jawabnya. by de way, pasal ada sudut buku kat umah , teringin nyer kalau ada umah cam tu. Skang ni x mampu lah pulak. Tp in de future kalau ada duit pon x taulah hubby suka ke idok. al maklumlah kami ni berlainan sikit. sabb posted at 19-9-2006 23:46 macademia, last time i went to mph mmg niat nak beli softbook tu tp bila bg kat dia, langsung dia x attracted. Dia campak. MAybe dia ni gatal gusi kot sbb tu asyik dok main gigit so bila dia gigit soft book tu cam x dapat hilangkan gatal gusi dia. tu yg dia x suka. Like toys pon dah byk dah beli toys nak suh dia gigit tp dia mesti x nak. Dia nak carik menda keras. macademia posted at 20-9-2006 12:39 sabb.... kena cari teether yang attractive and colourful yang your baby berkenan..... jenuh nak cari tu...heheh baby-bees posted at 21-9-2006 19:52 anak I hari2 tiap malam nak membaca buku..kkdg sampai 2-3 biji story book di suh mummy dia baca,,kkdg siap2 kene sorok sume buku2 citer dia..as mummy dia letih nak baca banyak2.. RedAlert posted at 22-9-2006 01:31 [quote]Originally posted by [i]baby-bees[/i] at 21-9-2006 07:52 PM anak I hari2 tiap malam nak membaca buku..kkdg sampai 2-3 biji story book di suh mummy dia baca,,kkdg siap2 kene sorok sume buku2 citer dia..as mummy dia letih nak baca banyak2.. [/quote] hehehe...memang kadang2 serbasalah dibuatnya... habit yang baik tapi tak terlarat nak layan. Anak saya pulak everytime gi toilet nak kena baca buku, entah perangai sapa yang dia ikut :jeling:.... kadangkadang dah sesak sangat, siap buat "wee wee dance" lagi, masih gigih cari buku kat shelf ....:geram:

Syd posted at 12-2-2007 10:12 Membudayakan membaca Oleh AZLINARIAH ABDULLAH (WARTAWAN UTUSAN) PERTIMBANGKAN situasi ini. Kita selalu bimbang jika anak-anak kita tidak mendapat makanan seimbang. Kita juga akan lebih gusar kalau anak-anak itu tidak mahu makan. Dan jawapan kepada kekhuatiran dan kegusaran itu tentunya berlegar sekitar alasan, anak yang tidak makan dan memakan makanan seimbang itu membesar tanpa sihat tubuh badannya. Akui pula hakikat ini. Jarang sekali ada ibu bapa yang cemas kalau anak-anak itu tidak membaca atau hanya sedikit membaca, barangkali disebabkan keperluan sewaktu menjelang peperiksaan. Tidak ramai yang mahu menerima fakta bahawa membaca buku itu boleh membina minda berilmu, saling tidak tumpah peranan makanan berkhasiat untuk menghasilkan badan sihat, kata Pengerusi Majlis Buku Kebangsaan Malaysia (MBKM), Tan Sri Rafie Mahat. Perumpamaan dan perbandingan buku-makanan seimbang itu seingat penulis telah banyak kali diulang-ulang. Dan tanpa mahu menjadi retorik, tulisan mengenai kepentingan membaca juga turut ditulis, diingat dan diulang berkalikali. Lebih daripada itu juga, kebaikan membaca buku itu turut diangkat sama penting dengan senaman. Apakah bezanya orang bersenam dengan tidak bersenam dan apa pula persamaan orang makan makanan seimbang dengan tidak? Sudah tentu banyak perbezaannya. Orang tidak bersenam, tidak akan sihat badannya, orang yang makan makanan kurang seimbang akan lemah fizikalnya. Kalau sudah mendapat perbezaan dan persamaannya, kita barangkali terfikir sejenak, benar, membaca buku itu sama penting senaman dan makanan seimbang. Dan sekali lagi tanpa mahu menjadi retorik, jarang di kalangan kita yang mahu mengaku hakikat itu sungguhpun dapat menerima apa yang akan berlaku kepada anak-anak kalau tidak makan dengan seimbang atau malas bersenam. Lalu, Program Gerak Baca 2007 yang dilancarkan Jumaat lalu dan berlangsung sehingga hari ini adalah ruang terbaik untuk sama-sama kita merenung tabiat membaca kita selama ini. Kempen itu anjuran MBKM, Perpustakaan Negara, Kementerian Pelajaran dan Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia digerakkan dengan hasrat yang cukup murni iaitu mahu menyedarkan masyarakat Malaysia tentang kepentingan membaca dan berilmu serta mengamalkan membaca pelbagai sumber ilmu sebagai budaya dan gaya hidup seharian. udah-mudahan amalan membaca ini akan menjadi tabiat sepanjang hayat. Dengan kata lain, ia jadi budaya kita semua,?kata Rafie yang ditemui Utusan Malaysia baru-baru ini. Bercerita mengenai tabiat dan tahap membaca, tanpa satu kajian yang mendalam sekalipun, kita sedia maklum bahawa tahap membaca di kalangan masyarakat di negara ini begitu rendah dan cukup menyedihkan. Pada sekitar akhir tahun 1980-an, statistik yang direkodkan ialah orang kita hanya membaca purata satu halaman setahun. Dan kalau mahu dibuat kajian sekarang ini pun, angka itu barangkali tidak banyak jauh berubah, walaupun indeksnya ada meningkat sedikit hasil beberapa inisiatif pelbagai pihak berkaitan. Kempen Gerak Baca 2007 memberikan tumpuan kepada semua pihak, khususnya golongan remaja serta ibu bapa. Oleh itu, ada program Karnival Buku, Program Derma Buku, Kelab Buku Malaysia, Ekspo Buku dan sebagainya. Paling menarik Hari Keluarga@Karnival Buku yang turut memasukkan peraduan membaca dan bercerita - Ibu Bapa & Anak, Ikon Hari Ini, yang menampilkan seniman Datuk Jins Shamsudin, Bacaan Kegemaran Saya oleh novelis remaja, Ahadiat Akashah dan Sembang Ilmu bersama Datuk Rahim Razali, Ally Iskandar dan Norzizi Zulkifli. Pemilihan program-program itu adalah difikirkan sesuai untuk remaja serta dikhususkan kepada ibu bapa yang

menjadi pihak paling penting untuk menanam aspek yang harus ada dalam generasi muda negara demi melahirkan modal insan yang berkualiti. Ibu bapa juga pihak yang perlu menanamkan kesedaran yang tinggi di kalangan anak-anaknya untuk menjadikan membaca sebagai budaya atau satu gaya hidup. Kempen seperti ini bukanlah sesuatu yang baru tetapi sudah digerakkan sejak beberapa tahun yang lalu, Rafie mengingatkan sebelum menambah, untuk menjadikan ia satu budaya, kempen dan pendekatannya perlu diulangulang, tidak terkecuali kempen membaca. Bahawa membaca adalah satu tabiat yang murni yang patut ada pada diri setiap anggota masyarakat adalah kenyataan yang sudah banyak diulang-ulang. Biar berapa banyak kali diulang pun, orang masih menganggap membaca itu sebagai satu kerja mengisi masa lapang, dan bukan sebagai satu tanggungjawab untuk meningkatkan keterampilan diri. Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dalam ucapan perasmiannya pada Jumaat lalu pula berkata, kerajaan telah melakukan banyak perkara untuk menyedarkan masyarakat tentang kepentingan tabiat itu. Namun perangkaan menunjukkan kita belum setanding dengan negara maju lain. Bagaimana kita ingin menguasai dunia tanpa sempadan ini andainya rakyat masih rendah tahap pembacaannya dan rendah juga mutu bahan yang dibaca, katanya. Itulah juga dilema yang dihadapi oleh kempen seperti Program Gerak Baca 2007 ini, yang digerakkan untuk mengubah pemikiran masyarakat supaya cintakan buku. Tetapi kalau kita bersetuju, tiada siapa boleh memaksa kita membaca - tidak juga mana-mana kempen yang telah digerakkan selama ini. Dan barangkali masanya sudah sampai untuk kita menukar corak pendekatan menarik orang supaya lebih minat membaca. Mungkin pada masa akan datang kita boleh mencuba apa yang dilakukan oleh beberapa bandar raya maju di dunia yang mengadakan program membaca sebuah buku selama seminggu atau sebulan. Tetapi kita juga telah adakan sebelum ini, Bulan Membaca, apa yang diperoleh, masyarakat kita barangkali membaca untuk bulan itu sahaja dan melupakan buku selepas bulan lain mengambil tempat. Kita tidak mahu seperti itu, kita hendak membaca jadi budaya sepanjang hayat. Dan itulah sebabnya ia berbalik semula kepada kempen yang paling berkesan ?tentulah yang digerakkan oleh ibu bapa sendiri di rumah masing-masing, tegas Rafie lagi, yang juga merupakan Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP). Katanya, anak-anak perlu ditunjukkan bahawa membaca itu bukan hanya untuk masuk peperiksaan. Apabila anak-anak melihat ibu bapa yang dekat dengan buku, mereka sendiri akhirnya akan terbiasa dan tidak kekok memegang buku, baik sebelum tidur, ketika menunggu bas atau sambil menunggu kawan di kedai atau restoran makanan segera. Dengan kata lain, menurut beliau, buku harus menjadi satu benda yang hidup dalam diari harian mereka ?sebagai hadiah hari jadi, cenderamata atau sebagai bahan perbualan seisi keluarga. Hanya dengan itu saja kita dapat melahirkan masyarakat yang menjadikan membaca sebagai satu gaya hidup mereka - apabila perubahan kecil di rumah secara kolektifnya akan menjadi perubahan dalam masyarakat dan negara, ujarnya.

mamasporting posted at 16-2-2007 14:09 alhamdulillah.....semalam anak mama dah masuk smart reader level 2 setelah join tadika hampir sebulan setengah....seronok mama tengok sbb dia dah boleh membaca perkataan yg mudah2 mcm apple, box, boy, doll

dsbnya...word melayu pun dia dah boleh juga sikit2.....setakat ayam, bola, sekolah dsbnya....pendekatan smart reader mungkin mendorong anak mama membaca....so, mama suggest kawan2 yg nak anak cepat membaca dan mengenal huruf join smart reader kindergarten...memang berbaloiii! Iman_Baby posted at 20-2-2007 00:39 [quote]Originally posted by [i]mamasporting[/i] at 16-2-2007 02:09 PM alhamdulillah.....semalam anak mama dah masuk smart reader level 2 setelah join tadika hampir sebulan setengah....seronok mama tengok sbb dia dah boleh membaca perkataan yg mudah2 mcm apple, box, ... [/quote] mama, anak mama umur berapa tahun... ? norsha posted at 20-2-2007 11:18 my doter mmg sgt2 malas membaca unless dia jumpa topic yg really interest her (which is very rare la...) the only way i can make her read regularly is by encouranging her playing online game..bila dia nak proceed to the higher level, she needs to read the information and guidelines kat website..time tu la baru nampak dia kelam kabut asking for her dictionary sb i wont tell her the meaning of any word, she needs to figure out herself..;P macademia posted at 20-2-2007 12:57 tahun ni all my kids dah sekolah, aging from 7 yrs to 13 yrs old.. Since mereka semua ni book addicts..... my problem right now is duit keluar macam air sbb asyik kena beli buku aje..... :P Libraries kat my place tak boleh pakai la.... kuno habis! Padahal state library tuh....:mad: MamaIlya posted at 20-2-2007 13:03 My doter dah buleh baca simple words in english..thanx to Peter & Jane series... ABC, 123, alif ba ta okay dah..cuma tunggu dia nak laju sket mengeja dalam BM... Buku collection dia pun dah banyak...every week mesti beli satu buku for her...since umur dia 11 bulan..now she's already 3 1/2 years old... dah nak kena beli rak khas untuk buku dia jer...:gila: [[i] Last edited by MamaIlya at 20-2-2007 01:04 PM [/i]] RedAlert posted at 20-2-2007 18:09

Reply #34 macademia's post


Same here... seronok tengok anak-anak nak membaca, tak sampai hati nak hampakan permintaan diaorang bila mintak nak beli buku/majalah. Tapi memang sedih kan? Kerajaan galakkan budaya membaca, tapi tengok keadaan perpustakaan kita amat lah daif. yantisa posted at 20-2-2007 23:36 Kak Yan selalu jugak bawak my kids ke National library..save duit..and banyak pilihan..sambil2 tu mak depa boleh jugak pinjam buku...selalu kalau pegi mesti borrow at least 4 novels & 5 buah buku lain ... macademia posted at 21-2-2007 09:58

[quote]Originally posted by [i]RedAlert[/i] at 20-2-2007 06:09 PM Same here... seronok tengok anak-anak nak membaca, tak sampai hati nak hampakan permintaan diaorang bila mintak nak beli buku/majalah. Tapi memang sedih kan? Kerajaan galakkan budaya membaca, ... [/quote] Yup.... one thing about mac, kalau bab buku, tak sampai hati nak say no or even nak budget2. CUti CNY ni, hari jumaat lagi dah habis RM300. my eldest took 8 books, my no2 took 2 books, my no3 and 4 took a book each. So masa CNY holidays, bila jalan2 ke malacca and also bila balik kampung, all of them will hold a book each. Suka tgk mereka engrossed in reading. (tapi hubby tak suka sgt mereka bawa buku masa jalan2 ) Siapa duduk lat KL best la.... dapat gi National Library.... tapi kita orang yg duduk jauh ni ... sedih le :'( ampersan posted at 21-2-2007 12:35

Reply #35 MamaIlya's post


3 1/2 yrs dah boleh baca simple words? bagusnya. camana u ajar dia ABC?my girl sekarang 2 1/2..i hope by 3 or 4, boleh la dia kenal ABC and simple words mcm anak u. my daughter mmg tak minat kalau i ajar dia ABC..x boleh ingat walau pun sehari i just tunjuk satu huruf je. tapi kalau gambar2 mcm animals, fruits cepat plak dia dpt. macademia posted at 21-2-2007 15:00 [quote]Originally posted by [i]ampersan[/i] at 21-2-2007 12:35 PM 3 1/2 yrs dah boleh baca simple words? bagusnya. camana u ajar dia ABC?my girl sekarang 2 1/2..i hope by 3 or 4, boleh la dia kenal ABC and simple words mcm anak u. my daughter mmg tak minat k ... [/quote] anak mac pun boleh baca buku Peter n Jane at 3 1/2 yrs. Peter n Jane mmg helpful sesangat. Would definitely recommend it. ampersan posted at 21-2-2007 17:18

Reply #40 macademia's post


Wow..mostly anak2 forummer sini awal2 dah pandai membaca. Peter & Jane ni kalo kat MPH ada ke?sorry la kalo i tanya stupid question. i baru2 je nak belajar pasal Learning Process anak2..my first experience. Using this book kita boleh ajar sendiri or ada guidelines? Last year i bought dia buku2 Grolier..dia suka tgk gambar dan mmg cepat dapat..tapi tu la kalo boleh i nak slowly ajar dia kenal numbers & alphabets plak. mamasporting posted at 21-2-2007 18:37 [quote]Originally posted by [i]Iman_Baby[/i] at 20-2-2007 03:39 AM

mama, anak mama umur berapa tahun... ? [/quote] anak mama dah nak masuk 5 thn bulan 9 akan dtg ni...(4 thn 5 bln) Peter & Jane memang dia boleh baca....tapi

sejak join smart reader programme ni memang mama suka sangat....sebulan dua dah nampak hasilnya.....semalam balik dr kg dia sibuk mengeja sign board yg ada...naik penat nak mengajar dan membetulkan mana2 yg silap sebut....now, dia tengah belajar suku kata yg lebih panjang.... macademia posted at 21-2-2007 21:32 [quote]Originally posted by [i]ampersan[/i] at 21-2-2007 05:18 PM Wow..mostly anak2 forummer sini awal2 dah pandai membaca. Peter & Jane ni kalo kat MPH ada ke?sorry la kalo i tanya stupid question. i baru2 je nak belajar pasal Learning Process anak2..my fi ... [/quote] Brain budak2 ni macam sponge. Its up to you nak fill it up with apa.... Masa kecik la kita boleh decide what can get absorbed in their little mind. Makin mereka besar makin kita loose control. The earlier you introduce unsupervised TV (uneducational) the faster their minds get corrupted. Bila mereka masuk sekolah.... jangan harapla kan.... Peter n Jane can be found in all major bookstores. No guidelines needed, just beli the book ikut step dia from Book 1a. I started my daughter at 3 yrs. When my eldest daughter was 6 yrs old, I beli Grolier. (best investment I ever made) and end of std 1 my doter started Smart Reader English and I made sure she completed Level 10. Since I tengok it works beautifully for my eldest, so obviously la adik2 pun go through the same process.... :) acik311 posted at 22-2-2007 09:16 Saya start introduce bahan bacaan pada anak-anak since diorang 2,3 bulan lagi. Masa tu start dengan flash card dan soft books. Bila dah besar sikit, salam 7,8 bulan tu, saya belikan board books since diorang dah boleh duduk dan saya boleh baca sama-sama dengan diaorang. Kebanyakan buku-buku yang saya belikan memang berbentuk board books sebab tak mudah koyak. Ni dah 2 orang pakai, memang ada la part2 yang nak kena repair sbb ada yang dah terkoyak sikit. Buku2 tu pun saya balut dengan plastic cover nak bagi boleh pakai lama. Anak sulung saya masuk 2 tahun, saya start ajar mengaji dengan Siri al-Furqan dan saya plan nak introduce dia buku Peter&Jane bila dia masuk 2 tahun setengah. Saya banyak beli buku-buku diorang kat MPH, http://www.ummikusayang.com dan http://www.adikbijak.com Selain tu, kita sendiri as parents pun memang kena tunjuk minat membaca depan diorang bukan saja buku2 akademik ni, baca al-Qur'an depan diorang pun bagi saya lebih penting dari tu. Sebaiknya kita terapkan pada diorang supaya cinta pada al-Qur'an dan jadikan membaca al-Qur'an sebagai satu amalan hidup... [[i] Last edited by acik311 at 22-2-2007 09:18 AM [/i]] mollythecat posted at 22-2-2007 21:41

Reply #44 acik311's post


nak tanamkan minat membaca nie mesti semenjak dari lahir lagi.....takde salahnya baby dalam hari kita dah start bacakan buku.so bila lama2 dia dah terbiasa dengan buku,automatic benda tu jugak yang dia cari. macam anak molly memang molly belikan buku cerita dari kecik lagi (sebab molly pun minat jugak tengok buku2 budak ni yang colourful )sekarang ni dia umur 15 bulan memang minat dengan buku.ade sekali tu kejutkan molly pukul 2 pagi suruh baca buku....takpe layan jugak sebab budak dah minat. lagi satu...kalau bacakan buku cerita kat bebudak nie mesti pandai berlakon sikit....buatla gaya2 kelakar...suara2 yang campur2 jadi dia attracted nak dengar berulang2 kali.hubby molly kalau bacakan buku monotonous aje...terus anak molly lari cari mama dia sebab mama dia pandai belakon sikit:lol: acts1869 posted at 23-2-2007 16:54 macamana kalau anak yg jns suka koyakkan buku...dia nk baca buku tu tp sambil2 dia pon mula but keje dia(selak2 sampai koyak)....anak saya baru berumur 18bln...dia memang sukakan buku tp dia nk pegang sendiri...tu yang susah sket kita nak ajar dia membaca....

mollythecat posted at 24-2-2007 07:59

Reply #46 acts1869's post


takpe...budak kecik memang suka koyakkan buku.yg bagus beli buku yang keras tu jadi tak leh nak koyak2. kalau buku kertas biasa,molly bind keliling buku tu dengan tape, jadi takleh koyak setakat ni banyak jugak buku anak molly kena repair.......;P RedAlert posted at 1-3-2007 18:19 One thing I learned, spend at least 10 minutes of reading with your kids every day. Pegang buku sama-sama dgn anak. Fokus pada cerita dlm gambar dan kaitkan dgn perkataan dlm buku so that dia boleh recognise perkataan dan makna. Cara macam ni lain sikit dari yang konvensional (mengeja perkataan).. sebab nak suruh dia mengeja selalu budak cepat bosan. Kalau rajin, label barang-barang kat rumah e.g. toys, door, room, book. Kadang-kadang budak belajar mengeja hanya setelah mengamati perkataan yang diberikan. This happened with my second child... dia malas nak mengeja tapi boleh recognise perkataan. Proses yang terbalik pulak. But it worked. macademia posted at 1-3-2007 22:34 Helena beruntung sebab duduk dgn parents, rumah parents luas sikit. So dapatla buat 1 room for study room and 1 room for library. Budak2 mmg most of the time lepak in either these 2 rooms aje. Senang sikit nak concertrate buat homework or baca buku.... Syd posted at 15-4-2007 10:57 Di Luar Lingkaran: Baca buku kuat rangsang minda anak Bersama Johan Jaafar Tradisi nenek bercerita kisah rakyat, legenda perl diteruskan ibu bapa moden BERCERITA adalah tradisi penting dalam masyarakat Melayu sejak zaman berzaman. Tukang cerita yang dikenal sebagai englipur lara?menyampaikan cerita secara lisan atau oral pada kumpulan pendengar. Mereka akan membawakan pelbagai cerita fantasi seperti Hikayat Malim Dewa, Hikayat Malim Kundang, Hikayat Malim Deman atau Awang Sulung Merah Muda. Peranan mereka bukan sekadar menghibur, tetapi juga memberikan pengajaran moral. Sumbangan mereka tidak boleh diperkecilkan. Di istana dan pusat keilmuwan, pujangga, sejarawan, penulis dan sasterawan mengembangkan tradisi tulisan. Merekalah yang mencorakkan dunia persuratan Melayu. Di kalangan rakyat jelata pula tradisi sastera lisan berkembang pesat. Tradisi lisan terlihat dalam pelbagai bidang ?daripada prosa hingga puisi. Dari sinilah pantun, syair, peribahasa dan gurindam berkembang. Dalam bentuk prosa, yang paling popular tentunya cerita rakyat dan cerita teladan. Selain tukang cerita yang dianggap asmi?seperti penglipur lara, cerita rakyat ini berkembang juga melalui ibu bapa dan orang tua. Merekalah yang membawakan cerita binatang, legenda, cerita hantu, cerita teladan dan cerita asal usul kepada kanak-kanak. Banyak daripada kita masih ingat bagaimana nenek yang bercerita sambil menggobek sirih. Mereka menjadi sebahagian daripada landskap pendidikan tidak formal dalam masyarakat Melayu satu ketika dulu. Masyarakat Melayu tradisional mementingkan kepatuhan bersama dan nilai yang dikongsi bersama. Maka, institusi pendidikan tidak formal ini amat penting. Nenek menyampaikan cerita teladan dengan cara yang menarik dan kesannya pada pembinaan karakter kanak-kanak tidak boleh dipandang ringan. Cerita yang disampaikan membawa mesej jelas ?untuk mengajak kepada kebaikan, beriman, patuh, taat setia, menghormati orang tua dan berbuat baik.

Cerita teladan seperti Si Tenggang, Batu Belah Batu Bertangkup dan Bawang Putih Bawang Merah bertujuan memberikan pengajaran kepada kanak-kanak. Tindakan Si Tenggang yang lupa daratan dan asal usul lalu menderhakai ibu bapanya, sekali gus menjadi amaran kepada pendengar. Kekecewaan si ibu dalam Batu Belah Batu Bertangkup mengingatkan anak supaya sentiasa menghargai pengorbanan ibu. Bawang Putih Bawang Merah mengajar nilai kekeluargaan dan makna kasih sayang dan pengorbanan. Pada masa ketiadaan TV dan permainan komputer atau peralatan teknologi seperti iPod, cerita nenek ialah eskapisme yang menarik. Anak bukan saja terhibur tetapi mendapat pengajaran. Tradisi lisan ini hidup segar dalam masyarakat yang simple dan tidak lagi dipengaruhi anasir luar. Malah tradisi bercerita ini menjadi sebahagian daripada proses sosialisasi masyarakat. Ada sesuatu yang boleh dicontohi daripada tradisi ini sebenarnya ?bercerita kepada anak. Kita tidak ada lagi nenek tukang cerita sambil menggobek sirih. Tetapi pendekatan bercerita cara ini boleh diteladani. Kita harus menghidupkan budaya bercerita itu dengan cara lain ?membacakan cerita untuk kanak-kanak. Ini tanggungjawab ibu bapa moden yang harus diberikan perhatian serius. Malangnya ibu bapa hari ini tidak punya masa untuk itu. Bagi ibu bapa yang bekerja, masa dengan anak menjadi amat terbatas. Mereka pulang dalam keadaan letih. Sejak pagi lagi anak sudah ditinggalkan. Ini rutin harian. Masa kualiti dengan anak semakin kurang. Anak membesar di bawah kawalan pengasuh atau di nurseri. Membaca buku kepada kanak-kanak adalah kaedah paling murah dan berkesan untuk mendidik mereka. Ia membabitkan tukang cerita dan pendengar. Cara ini akan mendekatkan ibu bapa kepada anak dalam banyak cara. Kaedah ini bukan saja membabitkan perkongsian pengetahuan, pengalaman dan emosi tetapi yang penting merapatkan hubungan ibu bapa dengan anak-anak. Tidak lama dulu satu tinjauan dilakukan Jabatan Pendidikan Amerika Syarikat (AS) ke atas kesan membacakan cerita kepada kanak-kanak. Lebih 10,000 bahan kajian mengenai kaedah, pendekatan dan tabiat membaca diteliti. Ini termasuklah kaedah kanak-kanak membina perbendaharaan kata dan mengenal nahu. Oleh kerana teras pendidikan formal ialah kurikulum dan asas kurikulum ialah keupayaan membaca, maka membaca akan menentukan berjaya atau gagalnya sesuatu sistem pendidikan. Dalam konteks inilah membacakan cerita kepada kanak-kanak menjadi amat penting. Tinjauan itu memutuskan, ktiviti terpenting dalam membina asas pengetahuan dan minat membaca di kalangan kanak-kanak ialah membacakan sesuatu kepada mereka.?Maka itu reading-aloud atau membaca kuat dicadangkan jawatankuasa itu kepada ibu bapa dan guru. Kajian ini menggerakkan seorang pendidik, Jim Trelease untuk menulis buku The ReadAloud Handbook. Saya ingin mencadangkan anda membaca buku yang amat bermanfaat ini. Membaca sesuatu kepada kanak-kanak menjadi semakin penting hari ini kerana kanak-kanak hidup dalam dunia yang sama sekali berbeza. Kita tahu membaca tidak lagi menarik. Huruf tidak seperti imej visual yang ditonton kanak-kanak di TV atau dalam peralatan canggih yang mereka miliki. Membaca boleh membebankan. Di dalam bukunya Endangered Minds, Jane M Healy mengingatkan kita mengenai tarikan visual dalam dunia elektronik yang mulai menyimpangkan perhatian kanak-kanak daripada dunia buku. Kanak-kanak juga menghabiskan banyak masa di hadapan kaca TV hari ini. Malah TV mulai menjadi sebahagian setting kehidupan moden yang tidak dapat dielakkan. Mereka juga akan membesar dengan permainan komputer, telefon bimbit dan internet. Jika tidak dibiasakan mereka dengan buku dari awal, mereka tidak akan menghargai kepentingan dunia buku. Apa perlunya buku jika mereka mendapat cerita daripada anime, filem atau permainan komputer? Oleh itu, ibu bapa harus mengambil inisiatif memulakan tradisi membaca kuat kepada kanak-kanak ini. Biarlah mereka ditidurkan dengan cerita rakyat, mitos, legenda atau fantasi daripada buku. Mereka perlu disemarakkan dengan imaginasi yang membolehkan mereka berfikir kreatif. Bagi orang Islam, menceritakan kisah Rasulullah, sahabat, pahlawan dan ilmuwan Islam tentunya membawa banyak faedah. Kesan daripada pembacaan cara ini akan berkekalan. Kita mulai berdepan dengan anak yang menganggap membaca satu beban dan mereka yang mengisytiharkan kemerdekaan daripada membaca selepas keluar sekolah. Kita menghadapi keadaan di mana ibu bapa tidak lagi menganggap perlu melengkapkan rumah mereka dengan jumlah buku yang berpatutan. Membina perpustakaan kecil di rumah mungkin sama pentingnya dengan membeli peti sejuk, kereta atau TV baru. Paling kurang ibu bapa harus meminjamkan buku kanak-kanak dari perpustakaan awam untuk tujuan ini. Atau memuat turun cerita kanak-kanak dari internet. Ingatlah kajian yang dibuat di banyak negara maju mendapati, jumlah bahan bacaan di sesebuah rumah menentukan juga keupayaan kanak-kanak menguasai penulisan, pembacaan dan matematik. Kita boleh melancarkan pelbagai kempen membaca. Tetapi kempen tidak kekal. Lagipun membaca tidak seharusnya bergantung pada kempen. Kempen bermusim tetapi tradisi membaca harus berlanjutan.

Kempen akan gagal jika sasaran kempen tidak minat membaca atau tidak menghargai dunia buku dan pembacaan. Lebih merunsingkan ialah ibu bapa sendiri tidak lagi dapat mendisiplinkan diri untuk membacakan sesuatu kepada anak mereka. Atau memberikan waktu untuk menumpukan perhatian pada hal pendidikan anak. Tugas mendidik diserahkan sepenuhnya pada sekolah dan guru. Satu kajian lain menunjukkan ibu yang mempunyai anak yang bersekolah hanya memberikan 12.2 minit sehari untuk berinteraksi mengenai pendidikan (educational interaction) dengan anak mereka. Bapa pula hanya memberikan purata 7.7 minit. Dalam kajian yang sama, ibu hanya berinteraksi secara bersemuka dengan anak mereka secara purata 10.7 minit sehari. Bapa pula mampu memberikan empat minit saja! Nampaknya sudah sampai masanya kita mencontohi nenek yang menggobek sirih sambil bercerita. Membaca kuat kepada anak akan menjamin masa kualiti dan memulakan interaksi sebenar dengan anak. Kenapa tidak mulakan dengan mendisiplinkan diri anda membacakan cerita selama 15 minit kepada anak anda mulai hari ini? Page: [1] 2 View Full Version: Menggalak minat membaca anak-anak
Powered by Discuz! Archiver 7.2 2001-2009 Comsenz Inc.

Anda mungkin juga menyukai