Anda di halaman 1dari 1

LAPORAN KEM KRAF

Selepas minum petang pada hari pertama berada di tempat tersebut, kami telah berkumpul semula di dewan mesyuarat untuk mengikuti slot seterusnya iaitu kem kraf dimana kami sepatutnya belajar lebih lanjut mengenai simpulan dan ikatan, gajet-gajet dan juga perihal mengenai khemah. Sebelum ini, kami telah merancang untuk membuat beberapa gajet dengan mengaplikasikan ilmu simpulan dan ikatan yang telah kami pelajari. Antara gajetnya ialah pintu gerbang, rak makanan dan jug arak kasut. Namun begitu, oleh kerana kami bermalam di tempat yang cukup indah iaitu di Resort Penyabong, kami tidak membuat gajet-gajet tersebut memandangkan ianya tidak digunakan. Oleh yang demikian, kami hanya belajar mengenai cara-cara mendirikan khemah sahaja. Oleh kerana aktiviti ini dijalankan mengikut opsyen dan kesemua peserta perkhemahan ini terdiri daripada empat opsyen yang berlainan, maka terdapat empat buah khemah yang didirikan. Semasa aktiviti ini sedang berlangsung, saya dapati semua kumpulan bekerjasama mendirikan khemah masing-masing. Semangat dan kegigihan yang jelas dipamerkan ditambah lagi dengan keceriaan setiap kumpulan telah membuahkan hasil yang pantas dan kemas dimana semua kumpulan dapat mendirikan khemah masingmasing dalam masa setengah jam. Dalam masa yang sama, para jurulatih sentiasa memantau aktiviti ahli-ahli pandu puteri dan memberikan tunjuk ajar dari semasa ke semasa. Hal ini amat menggembirakan saya kerana para jurulatih tidak jemu-jemu membimbing ahli pandu puteri dan sentiasa memastikan kami mendapat ilmu yang berguna dan boleh disebarkan jika kami memimpin tunas puteri semasa di sekolah rendah kelak. Selepas mendirikan khemah, kami dibenarkan untuk kembali ke bilik masing-masing untuk mempersiapkan diri untuk aktiviti seterusnya.

Anda mungkin juga menyukai