Anda di halaman 1dari 2

Rancangan Pengajaran Membuat Kolaj Wau - Tahun 2 Bidang: Mengenal kraf tradisional Alat dan Bahan Templat rupa

a wau Kertas pelbagai warna Gunting Gam Cara mudah membuat wau bersama murid tahap 1 1. Sediakan templat rupa wau tanpa warna pada sekeping kertas *A4. 2. Sediakan sekeping kertas warna (pastikan kertas warna anda nipis dan berbeza warna dengan templat rupa wau). 3. Tekap kertas warna anda pada templat rupa wau dan lukis mengikut rupa wau \ tersebut. 4. Guntingkan rupa wau yang telah dilukis pada kertas warna 5. Lekat/gam rupa wau yang telah siap digunting pada kertas A4 tadi. 6. Hiaskan rupa wau yang telah dilekat dengan kertas warna menggunakan corak flora. Kertas warna yang digunakan untuk menghias juga harus berbeza warna untuk menimbulkan corak. 7. Pastikan corak yang digunakan adalah corak cerminan dan tidak mengubah ciri-ciri asal wau. *Rasional menggunakan kertas A4= Bersesuaian dengan keupayaan murid jika dibuat secara individu Cara ini sangat mudah digunakan untuk mengetengahkan warisan bangsa kepada murid-murid tahap 1 kerana tidak menggunakan alat dan bahan yang banyak dan bersesuaian dengan keupayaan mereka. Namun, pastikan anda menyediakan model atau gambar wau sebenar sebagai pengenalan kepada mereka.

: templat wau

Anda mungkin juga menyukai