Anda di halaman 1dari 9

DEFINISI

Klien yang tidak rela ( Reluctant )


Klien reluctance adalah seorang klien yang dirujuk oleh pihak ketiga dan klien jenis ini kerap tidak bermotivasi untuk ditolong, berubah atau menerima bantuan daripada kaunselor. Kebanyakkan pelajar-pelajar sekolah dan mahkamah merujukkan kliennya adalah satu contoh yang baik. Mereka ini tidak berkeinginan untuk berada dalam sesi kaunseling, bercakap keseorangan tentang dirinya. Kebanyakkan klien reluctance menamatkan sesi kaunselingnya pada masa-masa yang tidak sepatutnya dan memberitahu bahawa mereka tidak berpuas hati dengan proses-proses yang dilakukan (Tryon,2002). Klien jenis ini ialah klien yang jika diberi pilihan akan berasa tidak rela untuk berjumpa kaunselor. Keengganan klien tidak rela ini boleh dikenal melalui gerak geri badan serta tingkah lakunya semasa berhadapan dengan kaunselor yang dipamerkannya sama ada secara verbal atau non verbal . Klien jenis ini boleh dikendalikan dengan kaunselor menerangkan kepada klien tentang kepentingan proses kaunseling dan membantunya menyedari apa yang boleh diperolehi daripada kaunseling diperingkat awal pertemuan lagi (Mansur Abdullah,1993).

Klien yang menentang ( Resistent )


Klien resistance adalah seorang klien dalam kaunseling yang mana mereka ini tidak sudi atau menentang untuk kepada perubahan. Kebanyakan individu mungkin bersifat dengan aktif untuk membuat sesi kaunseling tetapi tidak berkeinginan untuk pergi untuk melalui kepayahan yang mana itu adalah satu tuntutan untuk berubah. Sebaliknya, klien akan berpaut atau lekat kepada kepastian tingkah laku semasa walaupun apabila kebanyakan tingkahlaku adalah menghasilkan tingkah laku sebaliknya dan tidak berfungsi dengan baik. Sesetengah klien resistance enggan untuk membuat keputusan, cetek dalam perbincangan dengan masalahnya dan mengambil apa-apa tindakan untuk menyelesaikan masalahnya dengan kata lain, klien melakukan apa yang kaunselor cakap. Ciri-ciri resistant ini merujuk kepada halangan yang diwujudkan oleh klien yang boleh menyekat atau menghalang proses kaunseling untuk terus berjalan lancar. Resistant ini juga merujuk kepada klien yang tidak mahu menerima perubahan (Gladding, 2000).Ahli-ahli teori dalam kaunseling dan psikoterapi mempunyai pandangan yang berbeza mengenai klien resistance. Di dalam perspektif psikodinamik, mereka melihat klien resistance sebagai satu cara menghalang personaliti yang tidak sedar menjadi sedar. Resistance jenis ini merupakan resistance intrapsikik dalam diri individu. Ia berlaku apabila klien menahan dirinya daripada dorongan yang bertentangan atau ketika berhadapan dengan konflik dalaman (Hough,2002).

CONTOH SITUASI KLIEN ENGGAN


Secara umumnya, tingkah laku klien resistance boleh menggagalkan proses kaunseling. Dalam situasi berhadapan dengan klien resistance, kaunselor perlu bijak menggunakan kaedahkaedah tertentu (Mansur Abdullah,1993).

Contoh: Situasi 1 Seorang suami yang ingin berkahwin dua. Dia akan mengatakan bahawa; dia tidak mahu untuk menceraikan isterinya sebab dia masih lagi sayang terhadap isterinya tetapi dalam masa yang sama dia mahu berkahwin dengan perempuan lain . Disini telah wujud satu keadaan ketidaksamaan dalam diri klien yang menjadi konflik kepadanya.

Situasi 2 Sepasang adik-beradik melakukan pembunuhan. Abang akan mengatakan bahawa; dia mengaku membunuh mangsa tersebut secara sepenuhnya tetapi tidak akan mengaku bahawa dia dan adiknya bersama-sama membunuh mangsa.Sedangkan adiknya bersama-sama melakukan pembunuhan itu dan serta-merta adiknya akan lepas dari dakwaan.

Klien yang enggan bekerjasama.


1. Dipaksa menjalani proses kaunseling oleh autoriti kehendak sendiri klien. Klien dipaksa untuk menghadiri sesi kaunseling kerana didapati klien ini mempunyai masalah. 2. Menyebabkan klien degil dan tidak komited. Klien dipaksa untuk menghadapi sesi kaunseling dan perkara ini menyebabkan klien mempunyai perasaan terpaksa menghadiri sesi kaunseling sehingga tiada istilah mahu atau tidak mahu dalam hal itu. 3. Kebanyakkan klien ini telah dimasukkan ke institusi umum seperti: Pusat-pusat serenti. Pusat-pusat tahanan. Sekolah budak-budak nakal.

4. Klien yang enggan bekerjasama terbahagi kepada dua jenis iaitu: Klien yang degil dan tidak komited.(RESISTENT) Seorang yang mempunyai masalah dan dipaksa untuk menerima sesi kaunseling dengan kaunselor. Klien yang degil tetapi komited.(RELUCTANT) Seorang yang mahu menerima kaunseling secara suka rela tetapi tidak mahu mengubah pendirian selepas kaunseling bersama kaunselor.

PERBEZAAN 2 JENIS KLIEN YANG ENGGAN


-ResistentKlien yang degil (tidak komited)
Takut untuk mengetahui diri dengan mendalam dan mengetahui kelemahan dan keburukan diri sendiri. Takut untuk membuat perubahan. (Sesuatu yang diketahui oleh klien itu sendiri adalah selesa dan selamat tetapi pada masa yang sama klien merasa ragu-ragu untuk memberitahu sesuatu yang kaunselor tidak patut ketahui kerana hal itu mungkin akan menggugat rasa selamat diri klien)

-ReluctantKlien yang degil (tetapi komited)

Klien datang dengan sukarela.

Sanggup membina hubungan dengan kaunselornya.

Takut atau tidak tahu bagaimana hendak meluahkan perasaan. Tidak memahami proses kaunseling dan tidak tahu apa yang akan berlaku kalau melaluinya.

Melibatkan secara aktif dalam proses kaunseling. Tetapi tidak mahu mengubah perasaannya,pemikirannya dan kelakuannya yang bermasalah.

5. Beberapa contoh tingkah laku klien Resistance dan Reluctance yang biasa dihadapi oleh kaunselor ialah :

Resistance
a) Klien enggan bercakap. b) Klien tidak memberi kerjasama. c) Klien tidak menepati janji.

Reluctance
a) klien mahu bercakap. b) klien yang memberi kerjasama sepenuhnya. c) klien menepati janji pada peringkat awal sahaja.

d) Klien terlalu kerap menggunakan helah bela d) klien tidak mengunsurkan helah bela diri. diri. e) Klien memanipulasikan kaunselor. f) Klien mengubah atau tidak menepati matlamat awal. g) Klien lambat datang ke sesi kaunseling. e) klien berempati dengan kaunselor. f) klien masih dengan pendiriannya yang asal pada peringkat akhir sesi kaunseling. g) klien datang secara suka rela dan menepati masa ke sesi kaunseling.

Pendapat tokoh terhadap jenis resistance.


Menurut Sack (1988) didalam buku Counseling a comprehensive profession, yang paling banyak atau sering kali klien jenis Resistance cakap dengan kenyataan yang mudah iaitu saya tidak tahu . Tindakbalas seperti ini akan menyebabkan kaunselor susah untuk bergerak pada peringkat seterusnya (Gladding, 2000). Otani (1989) didalam buku Counseling a comprehensive profession, mencadangkan empat kategori untuk klien Resistance : amount of verbalization, content of message, style of communication and attitude toward kaunselor and counseling session. Sebanyak 22 bentuk klien Resistance termasuk di dalam kategori ini (Gladding, 2000).

Punca Masalah Klien Yang Resistent Terhadap Sesi Kaunseling Klien yang tidak bermotivasi untuk mendapatkan pertolongan dan biasanya tidak percaya kepada proses kaunseling. Klien ini tidak akan bekerjasama dalam proses kaunseling kerana menganggap proses kaunseling menceroboh konsep sendiri dan ingin mengubah cara hidup mereka. Mendiamkan diri dan tidak menjawab solan serta tidak menunjukkan minat. Mengelak daripada berbincang isu sebenar.

Rajah 1: Merujuk kepada kaunselor cara untuk mengatasi klien yang degil.
1

Terima hakikat tahap pencapaian kaunseling Harapan yang realistik Sikap kaunselor perlu betul Fahami punca sikap keengganan

Panduan menangani klien yang degil bagi kaunselor

2
3

1. Terima hakikat tahap pencapaian kaunseling. - Kaunselor harus bersedia terima hakikat bahawa tidak banyak yang boleh dicapai. - Jangan merasa kecewa bila mengalami jalan buntu.

2. Harapan yang realistik. - Harapan untuk berjaya mestilah realistik dan dapat elakkan rasa tertekan. - Tumpukan banyak perhatian kepada kefahaman kendiri klien itu. - Sedarkan klien sifat yang ditunjukkan tidak produktif. - Ambil langkah mengurangkan sifat ini contohnya dengan interpretasi perlakuan. - Perlu ada sikap toleransi ikhlas dan hendak menolong serta memahami klien.

3. Sikap kaunselor perlu betul. - Kaunselor harus menunjukkan sifat keyakinan diri yang tinggi terhadap klien. - Kaunselor haruslah sentiasa menganggap klien sebagai diri sendiri(berempati). - Jadikan diri sebagai kaunselor contoh yang baik bagi klien. - Sentiasa berfikiran secara positif terhadap klien.

4. Fahami punca sikap keengganan. - Kenali klien dan menyelidik dengan lebih terperinci tentang masalah klien daripada keluarga terdekatnya. - klasifikasikan sikap keengganan itu dengan membezakan reluctance dan resistant sebelum memulakan sesi kaunseling.

Mencari maklumat tentang klien.


Mengenali klien sendiri sebelum menjadi klien. Mendapat maklumat dari orang terdekat dan yang mengenali klien. Menyelidik latar belakang klien dengan borang-borang. Membuat pemerhatian sendiri ke atas klien. Membuat pemerhatian ke atas apa yang diceritakan dan pergerakan badan klien

10

Menghadapi Klien Yang Degil.


Elak reaksi negatif. - elak perbuatan yang boleh timbulkan kemarahan klien Terima klien. - hormati Sikap tidak putus asa. - bersabar Fahami punca kedegilan. - Kenal pasti punca masalah klien sebenarnya dengan lebih teliti. Atasi kedegilan dengan positif . beri jalan yang membina/menolong.

CIRI-CIRI KLIEN DEGIL


Tiada toleransi Banyak helah Mulut celupar Suka mengkritik Suka menentang Sifat bergantung Tingkah laku lansang Bela diri

Tidak Mudah merungut bertanggungjawab

11

Anda mungkin juga menyukai