Anda di halaman 1dari 3

NAMA : TING/TAHUN : NO K/PENGENALAN :

Masalah sampah sarap.


Berikut merupakan perbualan antara Najwa dengan tiga orang rakannya tentang masalah sampah sarap sewaktu rehat .. Najwa :Dunia semakin hari semakin sarat dengan pelbagai masalah. Bermula daripda kepincangan manusianya, sampailah kepada kejengkelan alamnya. Jika manusia semakin tandus dengan nilai akal budi, maka alamnya semakin gawat dengan persekitaran yang tidak sihat.

Aqilah :Ya betul itu . Udara yang kotor, sampah sarap bertabur, dan air pula bercampur dengan kelodak telah menuntut agar suatu penyelesaian yang menyeluruh.Oleh itu, sudah sampailah masanya untuk kita berganding bahu dan mengambil inisiatif untuk membanteras gejala yang semakin mengancam kesejahteraan hidup kita. Irdiyana:Kini, pelbagai kesan negatif telah ditimbulkan oleh ejen- ejen pencemaran, misalnya sungai-sungai yang ditimbuni sampah dan najis serta laut ditumpahi minyak telah menyebabkan berlaku pencemaran air dan memusnahkan hidupan akuatik. Shafeeza:Keadaan yang sama turut berlaku di daratan apabila di sana sini menggunung sampah dan bahan buangan yang menyakitkan mata memandang. Najwa :Kawasan sekitar rumah terutama di kawasan setinggan dan rumahrumah pangsa yang dipenuhi sampah sarap telah mengalu-alukan kedatangan lalat dan nyamuk yang membawa penyakit berbahaya kepada penduduk sekitar seperti penyakit taun, demam malaria dan demam denggi.

Aqilah :Inilah fenomena semasa yang mendedahkan keadaan sebenar alam sekitar kita yang semakin tidak sihat dan seharusnya kita berusaha mencari ikhtiar memperbaiki keadaan tersebut. Irdiyana:Langkah yang pertama dan juga paling utama yang perlu dilakukan ialah menggunakan pengaruh ibu bapa dan rumah tangga untuk memulakan amalan kebersihan sejak dari rumah. Shafeeza:Anak-anak kecil diibaratkan sehelai kain putih,maka ibu bapalah yang bertanggungjawab mewarnai dan mencorak hidup mereka. Justeru, ibu bapa perlu memainkan peranan yang penting untuk membiasakan anak -anak agar membenci benda-benda kotor. Najwa :Anak-anak harus dipupuk agar cinta akan kebersihan dan diajar caracara yang betul membuang sampah sarap sejak mereka kecil lagi. Aqilah :Sikap sentiasa ingin mewujudkan suasana persekitaran rumah yang sihat dan kondusif harus dipahat dalam sanubari anak-anak dan kewajipan ini tentulah dipikul oleh ibu bapa kerana anak-anak semasa kecil mudah diajar dan dibentuk, bak kata pepatah melentur buluh biarlah dari rebungnya. Irdiyana:Langkah yang seterusnya ialah dengan melancarkan kempen kebersihan dan cinta akan tempat-tempat awam. Kempen ini boleh diadakan dikawasan-kawasan rekreasi yang bertujuan memberikan kesedaran sivik kepada orang ramai agar memahami kepentingan menjaga kebersihan. Shafeeza:Selain itu, kemudahan tempat membuang sampah yang lebih mudah dan strategik hendaklah diperbanyak. Media massa khususnya media elektronik, haruslah menunjukkan sketsa atau aksi tentang betapa buruknya golongan yang sering melakukan kekotoran. Najwa :Antara isi kandungan atau slogan yang boleh memberikan kesedaran seperti, Rakyat Malaysia Benci akan Si Pengotor dan Negara Bersih Rakyat Sihat perlulah dipaparkan dalam iklan atau sketsa yang ingin disiarkan melalui media massa.

Aqilah :Setelah itu, kempen yang dijalankan hendaklah diikuti dengan penguatkuasaan undang-undang untuk memastikannya berterusan dan melekat dalam jiwa setiap individu.

Irdiyana:Kesimpulannya, dengan pelaksanaan langkah-langkah yang berterusan dan bukannya bersifat musim, nescaya masalah kekotoran dan sampah sarap akan dapat diatasi dan Negara kita sudah pasti akan bersih dan rakyatnya pula sihat sejahtera, bak kata pujangga,Jiwa yang Suci Terpancar daripada Diri yang Bersih. Shafeeza:Justeru, marilah kita bersama-sama memastikan masalah kebersihan di Negara ini dapat ditangani dengan sebaik baiknya.

SEKIAN TERIMA KASIH

Anda mungkin juga menyukai