Anda di halaman 1dari 13

PENGENALAN Sesuatu pertandingan diwujudkan untuk mencari pemenang atau juara dalam sesuatu jenis sukan disamping untuk

memberi keseronokan. Pertandingan juga diwujudkan khas untuk mencari, menilai dan memilih pemain yang berpotensi serta berkemahiran dalam permainan tersebut. Sesuatu pertandingan boleh dijalankan dengan menggunakan beberapa sistem pertandingan yang berbeza. Antaranya ialah, sistem liga, klah mati, dan cabarmencabar. Namun begitu, beberapa aspek lain perlu diambil kira sebelum menentukan sistem pertandingan yang harus digunakan dalam sesuatu kejohanan. Antaranya: y Masa yang diperuntukkan y Alatan dan kemudahan yang ada y Kewangan y Bilangan penyertaan, undang-undang dan peraturan y Penentuan pemenang yang sah y Agihan perlawanan yang adil y Jenis pertandingan.

SISTEM KALAH MATI Sistem kalah mati bermaksud seseorang peserta atau pasukan akan bermain sekali sahaja. Peserta yang kalah akan tersingkir manakala peserta yang menang akan meneruskan pertandingan sehingga diisytiharkan sebagai johan.

KELEBIHAN SISTEM KALAH MATI Jadual sistem ini mudah difahami oleh peserta. Sangat berguna untuk menentukan juara atau pemain pilihan untuk pertandingan-pertandingan akan datang. Dapat menentukan juara dalam masa yang singkat Boleh dilaksanakan dengan alatan yang terhad Mampu menerima penyertaan yang banyak. Masa dan perbelanjaan dapat dijimatkan. KELEMAHAN SISTEM KALAH MATI Peserta hanya bertanding sekali sahaja Penggunaan kemudahan yang minimum Penentuan pemain pilihan adalah penting Separuh daripada peserta akan tewas pada peringkat awal.

Langkah pengelolaan pertandingan adalah seperti berikut: i. Bilangan peserta menunggu (bye)

Jadual perlawanan dapat disusun dengan mudah sekiranya jumlah pasukan yang mengambil bahagian dalam angka pangkat dua atau angka kuasa dua. Sebagai contoh, 2, 4, 8, 16, 32, 64 dan 128.

Formula sistem kalah mati:

Cara mengira jumlah perlawanan: = Cara mengira bilangan bye: =kuasa dua ( , = 1,2,3,4,5..

Cara mengira jumlah perlawanan dalam pusingan pertama: = N merujuk kepada jumlah peserta yang bertanding

Perbandingan bilangan penyertaan pasukan dengan penggunaan angka kuasa 2 untuk mendapat bye. Angka kuasa 2 mestilah melebihi jumlah pasukan yang mengambil bahagian. Angka pangkat 2 ( ) Jumlah pasukan yang mengambil bahagian ) 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 1 3 2 1 7 6 5 Jumlah pasukan menunggu atau bye

12 13 14 15

4 3 2 1

Peserta menunggu adalah dari kalangan johan, naib johan, tempat ketiga dan keempat dalam pertandingan sebelumnya. ii. Penempatan pasukan pilihan atau seeded Peserta pilihan di tempatkan simetrikal. Jika terdapat dua peserta menunggu maka peserta menunggu pertama akan diletakkan di bahagian atas dan peserta kedua akan diletakkan di bahagian bawah. Jika terdapat 4 peserta, peserta menunggu pertama dan keempat berada di dalam kumpulan atas manakala peserta menunggu kedua dan ketiga akan berada di dalam kumpulan bawah. Sekiranya peserta menunngu itu dalam angka ganjil, maka penanti Contoh seterusnya mesti diletakkan di bawah kumpulan bawah.:

Carta perlawanan untuk 12 pasukan pusingan awal suku akhir separuh akhir akhir

1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12

Pilihan pertama

Piihan ke-3

Johan

Pilihan ke-4

Pilihan ke-2

_pertandingan kalah mati sekali bagi 12 pasukan dengan 4 bye

Sistem Kalah Mati Dua Kali Sistem pertandingan ini memberi peluang kepada setiap peserta untuk bertanding sekurang-kurangnya dua kali sebelum tersingkir terus daripada pertandingan. Peserta yang kalah masih berpeluang menjadi johan dan hanya tersingkir setelah mengalami kekalahan kedua. Peserta yang menang pada peringkat awal akan maju ke kanan (kumpulan pemenang) manakala peserta yang kalah pula ditempatkan ke sebelah kiri (kumpulan kalah). Prinsip asas sistem ini ialah membenarkan dua peserta yang pernah bertemu di peringkat awal untuk bertemu semula bagi kali kedua setelah mereka menang di kumpulan masing-masing sehingga bertemu lagi di peringkat akhir. Kelebihan 1. Peserta berpeluang bertanding sebanyak dua kali Peserta yang kalah sekali masih berpeluang menjadi johan Dapat memilih pemenang yang sebenar Penentuan peserta menunngu tidak diperlukan

Kelemahan Memakan masa yang lebih panjang berbanding sistem kalah mati sekali. Perlawanan banyak, oleh itu memerlukan perlawanan yang banyak Jadual perlawanan yang kompleks dan mengelirukan

kiri

kanan

Carta pertandingan kalah mati dua kali untuk lapan peserta

SISTEM LIGA Sistem liga adalah satu sistem pertandingan yang melibatkan beberapa orang peserta atau pasukan dikumpulkan ke dalam satu kumpulan atau beberapa buah kumpulan. Para peserta tersebut dikehendaki bertanding antara satu sama lain sehingga setiap pasukan telah bermain dengan semua pasukan dalam kumpulan tersebut. Kelebihan sistem liga _ Sistem ini senang untuk diuruskan kerana formatnya senang diuruskan _ Jadual-jadual pertandingan sudah diketahui sebelum pertandingan bermula dan setiap pasukan akan bertemu dengan pasukan yang lain dalam kumpulannya. _ Peserta boleh memperbaiki strategi perlawanan dari semasa ke semasa kerana dapat bertanding dengan banyak pasukan dalam kumpulan tersebut. _ Setiap pasukan akan bertarung bersungguh-sungguh kerana kemenangan akan bergantung kepada jumlah mata yang diperoleh hasil kemenangan atau seri, jumlah jaringan, dan jumlah jaringan kena.

Kelemahan sistem liga v Memerlukan alatan yang banyak. v Masa pertandingan yang lama. v

Sistem liga terbahagi kepada : a. Sistem liga satu pusingan Liga satu pusingan hanya membenarkan peserta bertanding sekali sahaja dengan pihak lawan setiap kumpulan. b. Sistem liga dua pusingan Liga dua pusingan memerlukan peserta atau kumpulan tersebut bertanding dengan lawan sebanyak dua kali. -Liga Perdana Inggeris.

Formula pengiraan bilangan perlawanan bagi sesuatu pertandingan liga: = jumlah pasukan yang mengambil bahagian

Contoh: = = = 20 perlawanan

Keputusan perlawanan akan direkodkan ke dalam carta skor. Pasukan Cempaka Damai Aman Delima Zamrud Cempaka ////////////////////// 1-1 0-3 0-3 0-2 Damai 1-1 ////////////////////// 1-1 1-3 0-2 Aman 1-1 1-1 ////////////////////// 2-2 1-2 Delima 3-0 3-1 2-2 ////////////////////// 1-1 Zamrud 2-0 2-0 2-1 1-1 ////////////////////

Borang skor rasmi 5 pasukan dalam liga satu pusingan Pasukan Cempaka Damai Aman Delima zamrud P 4 4 4 4 4 M 2 2 1 0 0 S 2 2 3 2 1 K 0 0 0 2 3 J 7 7 6 4 2 G 2 3 5 9 7 Mata 8 8 6 2 1 Kedudukan 1 2 3 4 5

P jumlah perlawanan M- menang S- seri

K- kalah J- jaringan G- bilangan kena

SEPARA LIGA Sistem separa liga ini lazimnya menggabungkan sistem liga satu pusingan dan sistem liga dua pusingan di peringkat awal di peringkat awal dengan sistem kalah mati di peringkat suku akhir, separuh akhir dan akhir untuk mendapatkan pemenangnya. Sistem separa liga terdiri daripada pelbagai jenis. Antaranya: Separa liga 4 kumpulan Separa liga 3 kumpulan Separa liga 2 kumpulan Separa liga 4 kumpulan Faktor utama mengagihkan pasukan-pasukan yang bertanding kepada empat kumpulan ialah bilangan penyertaan pasukan. Sekiranya terdapat 12 atau lebih daripada 12 pasukan maka agihan pasukan kepada empat kumpulan adalah sesuai. Pasukan yang menjadi johan dan naib johan bagi setiap kumpulan akan ke pusingan seterusnya yang akan dijalankan secara kalah mati. Contoh perlawanan: Agihan 12 pasukan kepada 4 kumpulan Kumpulan A 1.Terengganu 2.Kelantan 3.Pahang Kumpulan B 1.Perak 2.Selangor 3.Pulau Pinang 2.Sabah 3.Kedah Johan kumpulan A1-Terengganu B2-Selangor C3-Kedah D1-Johor Naib johan kumpulan A2-Kelantan B1-Perak C2-Sabah D3-N. Sembilan Kumpulan C 1.Wilayah Persekutuan Kumpulan D 1.Johor 2.Sarawak 3.N. Sembilan

suku akhir

separuh akhir

akhir

A1 C2

D1 B1 B2 D3 Johan

C3 A2

Anda mungkin juga menyukai