Anda di halaman 1dari 8

1.

4 SUKAN DAN GENDER

1. ISU-ISU GENDER
I. Gangguan seksual
II. Pilih kasih
III. Diskriminasi gender
IV. Penafian hak
V. Female athlete triad

I. GANGGUAN SEKSUAL

 Sebarang perkataan atau isyarat badan yakni perbuatan yang berunsur seksual atau lucah yang
mengganggu hak peribadi individu lain yang tidak diminta, diundang atau ditawarkan.

a) Bentuk-bentuk Gangguan Seksual

- Nyatakan empat bentuk gangguan seksual yang kerap berlaku dalam sukan.

 Lisan
- Bercakap mengenai perkara berunsur lucah

 Isyarat badan
- Menunjukkan isyarat atau pergerakan badan yang berunsur lucah
- Contoh, memegang kemaluan sendiri dan menunjukkan kepada mangsa

 Visual
- Kerap memandang atau merenung kepada mangsa sehingga mangsa berasa tidak selesa

 Sentuhan fizikal
- Menyentuh mangsa dengan sengaja tanpa rela
- Memeluk mangsa dengan sengaja tanpa rela

 Perbuatan
- Merogol

 Penulisan
- Menulis ayat-ayat berunsur lucah

 Lukisan
- Melukis gambar-gambar berunsur lucah

 Psikologi
- Mengejek atau menggelar mangsa dengan panggilan lucah

 Memberi hadiah
- Memberi hadiah yang berunsur lucah contohnya baju dalam

b) Sebab-sebab Kes Gangguan Seksual Tidak Dilaporkan

- Nyatakan enam sebab mengapa kebanyakkan kes gangguan seksual dalam sukan tidak
dilaporkan.

 Mangsa berasa malu


- Malu untuk membuat laporan kerana ianya melibatkan maruah. Malu jika kejadian ini
diketahui oleh orang ramai.

 Takut pemangsa membalas dendam


- Selalunya mangsa akan diugut oleh mangsa, jika hal ini diketahui oleh orang lain, mereka
akan membalas dendam.

 Tidak tahu tanda atau definisi gangguan seksual


- Menganggap gurauan berbau seksual itu menjadi kebiasan dalam masyarakat
- Mangsa tidak mengetahui secara menyeluruh apakah bentuk-bentuk gangguan seksual

 Tiada saluran aduan

 Tiada bukti

 Tiada kesedaran mengenai akta melibatkan gangguan seksual


- Tidak mengetahui bahawa perbuatan-perbuatan tertentu itu adalah salah satu gangguan
seksual dan boleh didakwa
- Tidak mengetahui terdapat undang-undang yang boleh mendakwa mereka yang melakukan
gangguan seksual

 Stigma masyarakat
- Masyarakat selalu menyalahkan orang perempuan dalam kes-kes begini contohnya
“kenapa berpakaian seksi, memanglah lelaki akan kacau”
- Ini menyebabkan mereka malu untuk memperbesarkan kes gangguan seksual.

c) Cara-cara Mengatasi Gangguan Seksual

- Bagaimanakah pengurus pasukan dapat mencegah berlakunya gangguan seksual dalam


sukan dalam kalangan atlet.

 Polisi Gangguan Seksual


- Wujudkan polisi dimana pasukan tidak akan berkrompomi dengan sebarang kes gangguan
seksual

 Beri informasi kepada semua atlet mengenai apa itu gangguan seksual, bentuk-bentuk gangguan
seksual dan akta yang berkaitan dengan gangguan seksual.

 Sentiasa Peka Di Tempat Kerja


- Peka kepada perubahan perlakuan atlet
- Peka kepada perlakuan sumbang atlet

 Mewujudkan Persekitaran Anti Gangguan Seksual


- Asingkan jadual latihan atlet lelaki dan wanita

 Menghadkan pergaulan atlet lelaki dan wanita

 Mengelakkan memakai pakaian yang menjolok mata


- Menasihati atlet wanita agar memakai pakaian yang tidak menjolok mata
- Menasihati atlet wanita agar tidak terlampau mesra dan bersikap selamba dengan atlet
atau pegawai sukan lelaki

 Pengurus pasukan perlu menjadi pendengar yang baik


2. PILIH KASIH

 Satu pertimbangan yang berat sebelah atau memihak kepada individu atau kumpulan yang
tertentu.
 Pihak yang mengamalkan sikap pilih kasih telah menafikan hak seseorang atau individu untuk
melibatkan diri dalam acara sukan.
 Contohnya, jurulatih memilih atlet berdasarkan paras rupa.

a) Punca Pilih Kasih


 Kaum
- Jurulatih atau pegawai bersikap perkauman, hanya memberi tumpuan kepada atlet dari
kaum tertentu sahaja

 Penampilan
- Jurulatih atau pegawai hanya memberikan tumpuan kepada atlet yang cantik sahaja

 Pencapaian
- Jurulatih atau pegawai hanya memberikan tumpuan dan kelebihan kepada atlet-atlet yang
mempunyai pencapai yang bagus.

 Latar belakang keluarga


- Jurulatih dan pegawai hanya memberikan tumpuan dan kelebihan kepada atlet yang mana
datang dari keluarga kaya atau ibu dan ayahnya orang politik.

 Standard atlit
- Jurulatih dan pegawai hanya memberikan tumpuan dan kelebihan kepada atlet-atlet elit
yang mewakili Negara. Atlet-atlet baru dan kurang menyerlah tidak diberi perhatian yang
sepatutnya.

a) Kesan Pilih Kasih


 Wujud rasa tidak puas hati
- Individu yang kurang mendapat perhatian akan merasa sakit hati, tidak puas hati dan
cemburu
- Individu akan kerap berprasangka buruk terhadap majikan atau rakan sepasukan

 Individu sanggup melaukan perkaran negatif


- Individu yang tidak berpuas hati, akan sanggup melakukan perkara negative seperti sanggup
menipu dan mengkhianati rakan sepasukan sendiri untuk mendapatkan sesuatu yang diingini
- Contohnya mengambil rasuah

 Ahli kumpulan / pasukan berpecah-belah


- Mewujudkan rakan sepasukan yang saling membenci, berprasangka buruk dan mengutuk
sesame sendiri

- Keruntuhan Disiplin dalam Pasukan


- Sikap pilih kasih secara tidak langsung mengundang gejala negatif kerana atlit sanggup
melakukan perkara yang melanggar peraturan-peraturan yang telah ditetapkan. Contohnya
tidak datang latihan.

- Prestasi atlet dan pasukan terganggu


- Apabila wujud atlit yang tidak berpuas hati dan memendam rasa, mereka akan bermain
dengan sambil lewa dan tidak bersemangat.
3. DISKRIMINASI GENDER

• Segelintir guru atau jurulatih sukan memperuntukkan lebih banyak program sukan untuk lelaki
sahaja berbanding perempuan kerana beranggapan pihak lelaki lebih Berjaya dan menguntungkan.
• Contoh, mereka menyediakan lebih 20 jenis permainan untuk lelaki, manakala hanya 8 jenis
permainan disediakan untuk perempuan.

4. PENAFIAN HAK
• Terdapat guru atau jurulatih sukan yang memperlekehkan kemampuan kemampuan atlet wanita.
• Contoh: prestasi pasukan wanita yang lemah dijadikan alasan untuk tidak menghantar pasukan
wanita bertanding

5. FEMALE ATHLETE TRIAD

 DEFINISI: gabungan tiga gelaja yang terjadi kepada atlet wanita iaitu:
a) Gangguan pola pemakanan
b) Amenorea (gangguan menstruasi)
c) Osteoporosis

1. GANGGUAN POLA PEMAKANAN

1. Aneroksia Nervosa
 Tidak mahu makan kerana takut gemuk

 Merasakan yang anda lebih gemuk dari yang keadaan sebenarnya, walaupun anda
sebenarnya mempunyai kurang berat badan. Anda akan merasakan yang anda tidak cukup
kurus

 Kesan aneroksia nervosa:


 Anda akan merasa murung. Anda tidak mendapat zat/ nutrisi yang cukup, maka
dengan itu anda akan kelihatan dan merasa tidak sihat.
 Gigi dan kulit bertukar menjadi warna kekuningan dan tidak cantik
 Rambut dan kuku menjadi rapuh dan pecah
 Rambut akan gugur
 Rambut halus (dikenali sebagai rambut lanugo) akan tumbuh di seluruh badan anda
supaya tubuh anda dapat memanaskan badan (kerana tiadanya lemak di tubuh anda)
 Remaja perempuan akan lewat datang haid
 Anda mungkin mati kerana kegagalan organ

2. Bulimia Nervosa
 Anda cuba untuk mengekalkan berat badan yang rendah dengan mengeluarkan kembali apa
yang anda makan sama ada dengan memuntahkannya atau membuang air besar.

 Seperti anoreksia nervosa, anda fikir yang anda tidak cukup kurus dan akan mengurangkan
pemakanan anda.

 Anda akan mengalami ‘binge’. ‘Binge adalah satu masalah bila anda makan berlebihan dan
tidak dapat mengawal apa yang anda makan pada satu-satu masa. “Binge” bermaksud
makan secara gelojoh dan tanpa kawalan.
 Kesan bulimia nervosa:
 Berat badan anda akan kerap berubah-ubah
 Mengalami kekurangan nutrisi dan mungkin mendapat masalah kesihatan
 Mengalami hakisan gigi dan ulser mulut mula terbentuk disebabkan asid dalam perut
yang dimuntahkan keluar
 Bengkak kelenjar air liur dan dan menyebabkan muka anda kelihatan membengkak
 Masalah perut dan usus (termasuk ulser, penyakit gastrik dan sembelit)
 Kelewatan haid bagi remaja perempuan
 Serangan sawan

3. Amenorea (gangguan menstruasi)


 Tidak datang haid walaupun sudah dewasa @ haid terhenti secara tiba-tiba

 Punca adalah
 Senaman yang melampau biasanya di kalangan ahli sukan – atlet.
 Kurang berat badan yang teruk – akibat masalah pemakanan seperi anoreksia
 Tekanan perasaan yang teruk dan gangguan pada emosi
 Pengambilan pelbagai jenis ubatan
 Kesan sampingan apabila berhenti mengambil pil atau suntikan perancang keluarga
 Terdapat cysts pada ovari.
 Hormon yang mengawal ovulasi dan haid yang dikeluarkan oleh kelenjar
hypothalamus pada paras luarbiasa (yang seterusnya mengawal kelenjar pituitari).

4. Osteoporosis
 Hilangnya kepadatan mineral tulang tulang rapuh dan mudah patah.
 Punca adalah:
 Jisim badan yang sangat rendah (contoh, berat badan yang kurang atau mempunyai
tulang yang menipis akibat kecelaruan gaya pemakanan)
 Kurang nutrisi – kurang vitamin D dan kalsium
 Gangguan menstruasi

5. Kaedah merawat Female Athlete Triad


 Dapatkan panduan dan nasihat dari kaunselor sukan yang bertauliah
 Berjumpa dengan doktor perubatan
 Amalkan pemakanan sihat khususnya berdasarkan piramaid pemakanan atlet
 Dapatkan rehat secukupnya
 Dapatkan sokongan moral dari keluarga dan rakan-rakan
 Cari jalan untuk mengurangkan stress, contohnya bercuti dan sebagainya

II. PUNCA WANITA KURANG BERSUKAN

 Tiada perwakilan wanita dalam kejurulatihan dan pengurusan persatuan sukan


- Hak-hak atlit wanita tidak dapat diperjuangkan
- Kurang atlit dari kalangan wanita yang dapat dijadikan idola

 Pemotongan bajet
- Sukan yang melibatkan wanita mendapat peruntukan kewangan yang sedikit

 Ibu bapa
- bimbang menjejaskan pelajaran anak-anak perempuan mereka.
- Masa depan tidak terjamin
- Beranggapan sukan akan menyebabkan anak perempuan menjadi kasar seperti lelaki
 Fisiologi perempuan
- Kitaran haid – menyebabkan tidak selesa, sakit kepala, mudah meradang. Mudah
berlaku kekejangan dan kesakitan di bahagian abdomen.

 Emosi
- Tidak suka aktiviti bersifat pertandingan
- Perempuan mempunyai perasaan takut melebihi lelaki

 Tidak berminat dengan aktiviti lasak/kasar


- Takut menjadi hitam (tidak cantik)
- Malu melakukan aktiviti kasar di depan orang lain

 Budaya
- Budaya kaum tertentu yang menghalang wanita untuk menceburi bidang sukan.
- Memandang serong jika perempuan menceburi aktiviti sukan, mereka berpendapat
wanita hanya layak duduk di rumah.

 Diskriminasi
- Contohnya, atlet berhijab dilarang untuk menyertai acara sukan, seperti yang
berlaku kepada atlet judo Indonesia.

 Pakaian
- Pakaian sukan masa kini yang kurang sesuai, sedikit sebanyak mengurangkan minat
kaum wanita untuk menceburi bidang sukan

 Kurang pendedahan
- Kekurangan pendedahan dan peluang untuk menyertai kegiatan sukan

III. Langkah meningkatkan penglibatan wanita dalam sukan


 Menyebarkan maklumat tentang kepentingan dan faedah aktiviti riadah atau senaman serta
keperluannya dala kehidupan seharian
 Pakar motivasi sukan boleh memberikan galakan dan dorongan kepada wanita untuk
menceburkan diri dalam aktiviti sukan
 Menghapuskan salah faham tentang hukum dan larangan agama terhadap wanita yang
melakukan aktiviti fizikal
 Pihak-pihak penyedia kemudahan sukan contohnya kolam renang, perlu membuat jadual
yang mempunyai ruang waktu hanya membenarkan kaum wanita sahaja menggunakan
kemudahan mereka pada waktu itu.
 Pihak kementerian pendidikan perlu memberikan penekanan dan memperbanyakkan
kejohanan-kejohanan sukan yang melibatkan wanita contohnya di kejohanan MSSD, MSSN
dan MSSM.
 Pihak pendidikan perlu memberikan penekanan kepada matapelajaran pendidikan jasmani di
semua sekolah
 Pihak pemaju perumahan berperanan menyediakan sekurang-kurangnya satu kawasan
lapang yang sesuai bagi semua golongan untuk melakukan aktiviti sukan.
 Sokongan kepada wanita dalam sukan perlu ditambah baik bagi menggalakkan wanita
menceburi bidang sukan contohnya memberikan biasiswa sukan dan memberikan peluang
kepada atlit wanita untuk menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.
 Pihak media perlu banyak membuat wawancara bersama atlet wanita yang berjaya
contohnya dato Nicole David agar menjadi inspirasi kepada semua wanita.
IV. PERKARA YANG BOLEH DILAKUKAN IBUBAPA DALAM MENGGALAKKAN ANAK MENCEBURKAN DIRI DALAM
SUKAN

- empat langkah bagaimana institusi keluarga dapat melahirkan lebih ramai atlet wanita
berjaya seperti Datuk Nicol Anne David

 Ibubapa sanggup membelanjakan sedikit wang untuk menghantar anak ke akademi


sukan
 Ibubapa sanggup membelanjakan wang untuk membeli peralatan sukan
 Ibubapa perlu membantu anak-anak untuk menguruskan jadual harian seperti
belajar, makan, bersukan dan sebagainya
 Ibubapa perlu sentiasa memberikan galakan dan motivasi kepada anak-anak agar
mereka cekal untuk meneruskan penglibatan diri dalam sukan.
 Ibubapa perlu mewujudkan hubungan yang baik dengan jurulatih dan pihak
pengurusan agar segala permasalahan yang melibatkan anak mereka dapat diatasi
dengan baik
 Ibubapa perlu memastikan anak-anak mereka mengikut pelan pemakanan yang telah
ditentukan oleh jurulatih berdasarkan sukan yang diceburi.

V. Datuk Nicole Anne David, yang merupakan juara skuasy dunia ialah contoh atlet wanita yang berjaya
menyumbang kea rah kemajuan sukan di Malaysia.
a) Nyatakan tiga faktor penggalak bagaimana kejayaan Datuk Nicol Anne David itu dapat
menyumbang kepada kemajuan wanita dalam sukan di Malaysia

 Usaha pihak kerajaan yang serius dalam memberi bantuan dan sokongan yang sepatutnya
kepada atlet wanita sehingga boleh menjadi juara
 Ibubapa sentiasa memberi dorongan, sokongan dan galakan kepada anak perempuan
yang menceburi dalam bidang sukan
 Pihak media sentiasa membuat liputan mengenai kejohanan-kejohanan yang melibatkan
atlet wanita
 Pihak media kerap memanggil atlet-atlet wanita untuk diwawancara di kaca televisyen
 Tiada budaya mendiskriminasi kaum wanita yang melibatkan diri dalam sukan di Malaysia,
malah, orang lelaki turut menjadi penyokong ketika atlet wanita beraksi.
 Syarikat-syarikat besar sanggup menaja atlet-atlet wanita.
 Terdapat juga jurulatih-jurulatih pakar dikalangan wanita

VI. Wanita juga sering “dipergunakan” sebagai bahan komersial untuk mempopularkan sesuatu sukan. Tindakan
yang boleh diambil untuk mengelak berlakunya eksploitasi wanita dalam sukan.

 Gubal undang-undang yang mencegah eksploitasi ke atas wanita


 Memberikan kesedaran melalui pendidikan mengenai maruah wanita kepada masyarakat
 Atlet wanita perlu diberikan didikan supaya matlamat mereka bergiat di dalam bidang sukan
masing-masing menjadi jelas, dan mereka tahu mengelakkan diri dari dieksploitasi.
 Wujudkan peraturan dan garis panduan berkenaan eksploitasi wanita kepada syarikat-syarikat
pengiklanan
 Menguatkan pegangan terhadap kepercayaan agama yang dianuti
 Ibubapa, adik-beradik dan jurulatih sentiasa mengingatkan atlit wanita untuk menjaga harga diri
dan maruah dengan menjaga adab kesopanan, termasuk tingkah laku, cara pemakaian dan
pergaulan
 Di peringkat masyarakat pula, nilai-nilai murni perlu dipupuk sejak kecil supaya terlahirnya
masyarakat yang menghormati dan menghargai kaum wanita sewajarnya.
VII. Isu penglibatan wanita sering diperkatakan dalam sukan, contohnya tentang larangan memakai tudung
kepala (berhijab) oleh penganjur Sukan Asia tahun 2014 kepada pasukan bola keranjang wanita Qatar.
Cadangkan cara untuk mengatasi masalah ini.

 Membuat pindaan peraturan pemakaian sukan


- Memperkenalkan undang-undang yang melindungi hak wanita untuk berhijab walaupun
dalam sukan, individu atau organisasi yang cuba mencabuli hak ini, akan dihukum dengan
denda yang tinggi.

 Pertandingan diadakan di gelanggang untuk wanita sahaja

 Adakan sukan untuk wanita

 Adakan pertandingan untuk negara-negara Islam

 Media massa
- memainkan peranan yang sangat penting dalam menyampaikan maklumat yang betul
mengenai Islam. Ini kerana, apa yang berlaku, orang bukan Islam menjadi fobia dengan
Islam termasuklah wanita berhijab kerana media massa selama ini kerap mengaitkan
teroris dengan Islam.

 Pendidikan
- Pihak pendidikan setiap Negara perlu mendidik pelajar dari sekolah rendah hinggalah ke
pelajar universiti mengenai kepentingan menghormati hak-hak orang lain untuk
berpakaian mengikut tuntutan agama masing-masing

 Badan-badan sukan antarabangsa


- Badan sukan seperti FIFA, IAAF dan sebagainya perlu peka dan menggubal undang-
undang membenarkan pemakaian hijab dalam sukan-sukan dibawah naungan mereka.

VIII. SUMBANGAN WANITA DALAM SUKAN DI MALAYSIA


1. Sebagai penyokong
2. Sebagai seorang atlet (leong Mun Yee, Nicole David)
3. Sebagai seorang pegawai
4. Sebagai seorang jurulatih
5. Sebagai pemasaran perniagaan
6. Sebagai pemberita sukan

Anda mungkin juga menyukai