Anda di halaman 1dari 1

Jumaat 8/3/2013 NILAI KALORI MAKANAN 1.

Nilai kalori makanan ialah jumlah tenaga yang dibebaskan apabila satu gram makanan dibakar dengan lengkap. 2. Kuantiti tenaga dalam suatu makanan disukat dalam unit kalori atau joule. 3. Nilai kalori bagi karbohidrat, protein dan lemak. Kelas makanan Nilai kalori (kj g-1) Karbohidrat 17.2 Protein 22.2 Lemak 38.5 4. Nilai kalori makanan biasanya terdapat pada pembungkus makanan. Unit kalori makanan dapat ditukarkan ke unit joule jika diperlukan. 1 kalori (cal) = 4.2 joule (J) 1 kilokalori (kcal) = 4.2 kilojoule (kJ) Sebagai contohnya a) 5 kalori = 5 x 4.2 = 21.0 joule b) Jika nilai kalori mi segera bagi sajian setiap pek = 451 kcal Maka, nilai kalori mi segera bagi sajian setiap pek dalam joule = 451 x 4.2 = 18942 joule

5. Keperluan tenaga oleh individu yang berlainan. Individu Keperluan tenaga harian (kJ/hari) 1. Bayi yang baru lahir 2000 2. Kanak-kanak (5-7 tahun) 7500 3. Perempuan mengandung 10000 4. Pekerja pejabat 11000 5. Pekerja kilang 12500 6. Pekerja yang melakukan kerja berat 15000 6. Nilai kalori yang perlu diambil pada peringkat umur dan jantina tertentu: Jantina Umur Cadangan nilai kalori harian (kJ) Lelaki 15 18 12 600 19 - 24 12 180 Perempuan 15 18 9 240 19 - 24 9 240

Anda mungkin juga menyukai