Anda di halaman 1dari 14

Perayaan Deepavali disambut penganut Hindu setiap tahun Perkataan Deepavali merupakan gabungan perkataan "Dipa" yang bererti

cahaya dan perkataan "Gavali" yang bererti barisan. Perayaan Deepavali ini disambut pada hari ke 14 bulan Aipasi dalam kalendar Tamil (antara bulan Oktober dan November) dan juga dikenali sebagai pesta Cahaya. Deepavali bermaksud sebarisan pelita. Dengan memasang pelita, mereka percaya bahawa kecerahan mengatasi kegelapan, kebaikan mengatasi kejahatan, keadilan mengatasi kezaliman dan kebijaksanaan mengatasi kejahilan. Sambutan Perayaan di Malaysia Hari Deepavali merupakan perayaan yang disambut oleh semua penganut yang beragama Hindu di seluruh dunia dan merupakan hari cuti di Malaysia. Deepavali atau lebih dikenali sebagai pesta cahaya disambut oleh masyarakat India yang beragama Hindu dan Sikh di negara kita.

Mitos Hari Deepavali Mitos yang paling terkenal di kalangan masyarakat India di Malaysia berhubung tujuan perayaan Deepavali adalah kisah Dewa Krishna membunuh Narakasura. Seterusnya penduduk kampong telah meraikan kemenangan Kebaikan menewaskan Kejahatan dengan menyalakan lampu serta berpesta. Satu lagi mitos yang lebih terkenal di Benua Kecil India adalah berdasarkan epik Ramayana di mana Rama berjaya membunuh Ravana dengan bantuan Laksamana dan Hanuman. Lalu, mereka bersama-sama Sita pulang dari Langka ke Ayodhya. Kepulangan mereka selepas 14 tahun disambut para penduduk dengan menyalakan lampu dan berpesta. Memandangkan kedua-duanya hanyalah mitos, tidak menjadi masalah kisah mana satu yang menjadi ikutan dan turutan di kalangan kaum India beragama Hindu yang menyambut Deepavali. Apa yang penting, simbol kebaikan atau Cahaya menumpaskan Kejahatan atau Kegelapan adalah menjadi pegangan utama mereka . Malam Sebelum Perayaan Deepavali Pada malam itu juga diadakan upacara memasang pelita yang disertai oleh seluruh ahli keluarga. Tidak ketinggalan juga upacara yang dinamakan 'Rangoli' iaitu upacara menyusun beras atau hampas kelapa yang telah diwarnakan dengan pelbagai warna di hadapan pintu. Kaum wanita juga pada malam itu akan mengenakan inai pada jari tangan dan kaki mereka untuk tujuan menghias diri. Memasang Vilakku Pada malam perayaan Deepavali, upacara memasang pelita dijalankan yang disertai oleh seluruh ahli keluarga. Mereka akan memasang lampu vilakku. Lampu vilakku adalah sejenis pelita tradisi yang diperbuat daripada tanah liat. Perayaan Deepavali juga akan bertambah meriah dengan adanya lampu-lampu moden. Penganut agama Hindu percaya akan Dewa kekayaan dan kemakmuran iaitu Dewi Laksmi yang akan datang melawat rumah mereka pada masa itu. Persiapan memasang lampu tersebut dilakukan untuk menyambut kedatangan Dewi Laksmi.

Kolam atau Rangoli

Rangoli lambang penyembahan Dewa Lakshmini Penganut Hindu akan menghiasi rumah mereka dengan kolam atau rangoli iaitu hiasan lantai yang diperbuat daripada beras yang diwarnakan sebelum tertib matahari. Biasanya kolam ini dibuat di depan pintu rumah sebagai tanda selamat dan rahmat supaya setiap isi rumah mendapat kesejahteraan. Kemahiran membuat kolam ini biasanya diwarisi secara turun-temurun. Walaupun nampak susah, tetapi penganut Hindu boleh membuatnya dengan cantik, unik dan menarik yang kebanyakannya bermotifkan tumbuhan. Upacara ini membawa maksud yang amat bererti kerana perayaan ini tidak hanya dirayakan oleh penganut Hindu tetapi juga makhluk lain di dunia Hiasan "kolam" ini merupakan lambang penyembahan dewa Lakshimi, Dewa Kekayaan yang dipercayai hanya akan mengunjungi rumah mereka yang mempunyai hiasan "kolam" di pintu masuk rumah mereka.

Persiapan Di Pagi Hari Deepavali Pada pagi perayaan pula, pada kebiasaannya seluruh ahli keluarga akan bangun lebih awal iaitu sebelum matahari terbit. Seluruh keluarga akan mandi dan membersihkan diri sebelum bersalam dan memohon maaf dengan kedua ibu bapa dan ahli keluarga yang lain. Selain itu, upacara mandi minyak bijan turut dilakukan pada awal pagi sebelum matahari terbit. Penganut Hindu akan menjalankan upacara mandi minyak bijan bertujuan untuk penyucian badan dan semangat. Minyak bijan ini akan disapukan ke atas kepala setiap ahli keluarga oleh mereka yang lebih tua seperti ibu atau nenek.

Kebaikan mandi minyak bijan bagaikan mandi di Sungai Ganges yang suci bertujuan membersihkan diri daripada segala kejahatan dan sifat dengki. Selepas mandi dimestikan memakai pakaian dan perhiasan serba baru pada pagi Deepavali bertujuan untuk menghilangkan segala sifat buruk dan kejahatan dalam diri seseorang. Kemudian mereka bersembahyang di rumah atau di kuil-kuil. Selepas bersembahyang, mereka berkunjung ke rumah kaum keluarga. Penganut Hindu akan mengunjungi kuil di mana patung dewa Hindu akan dikalungkan dengan kalungan bunga.

Manisan dan Juadah Deepavali Manisan merupakan identiti masyarakat India. Manisan ini bukan sahaja diminati oleh kaum India tetapi juga masyarakat lain di negara ini termasuk pelancong asing. Dalam masyarakat India, manisan sering menjadi acara pembuka sebelum memulakan sesuatu majlis, acara atau hari perayaan. Mereka percaya ia mampu membawa kegembiraan, keseronokan, nilai positif dan kesejahteraan yang berpanjangan. Itulah juga sebabnya manisan yang lebih manis dan sedap dianggap lebih baik dan dialu-alukan.

Mereka akan dihidangkan dengan juadah tradisional kaum india yang terkenal seperti halwa dan laddu. Malah sembilan jenis hidangan sayur-sayuran turut disediakan pada pagi Deepavali. Antaranya ialah aloogobi iaitu campuran ubi kentang dan kobis bunga, paneer campuran masala bersama yourgart dan kari dal. Tidak ketinggalan kuih-muih tradisional lain seperti maruku dan adivasam dan payasam. Muruku, Neiurundai dan Atherasam adalah merupakan kuih-muih tradisional orang India. Pakaian Tradisional Deepavali Mengenai pakaian yang sering dikenakan oleh kaum India semasa perayaan Deepavali adalah Sari untuk kaum wanita dan Dhoti untuk kaum lelaki.

Upacara Sembahyang Penganut Hindu akan mengunjungi kuil untuk bersembahyang selepas menjalankan upacara penyucian. Penganut Hindu akan mengalungkan Patung Dewa Hindu dengan kalungan bunga untuk mendapatkan kesejahteraan diri dan keluarga serta memperingati ahli keluarga yang telah meninggal dunia. Selepas sembahyang, mereka akan dihidangkan dengan pelbagai manisan yang dinamakan Prasad sebelum pulang ke rumah. Sambutan Deepavali Masyarakat Sikh Masyarakat Sikh menyambut hari Deepavali atau dikenali sebagai Diwali di kalangan mereka di atas sebab yang berbeza. Guru Nanak, yang juga merupakan pengasas agama Sikh pada suatu masa dahulu telah dipenjarakan oleh seorang Raja. Raja itu memaksanya makan tetapi beliau enggan dan berpuasa. Sejurus itu , barulah Guru Nanak sedar yang ramai orang telah berkumpul di luar penjara dengan memegang lampu sebagai tanda protes untuk membebaskannya. Akhirnya, Raja itu sedar akan kesilapannya. Oleh kerana sikap tamaknya, dia telah mengabaikan tanggungjawabnya sebagai

seorang raja dan sebagai balasannya, dia membebaskan Guru Nanak. Kaum Sikh menyambut pembebasan Guru Nanak sebagai hari Deepavali. Rumusan Kehadiran perayaan ini bukan sahaja membuka ruang sanak-saudara merapatkan hubungan, malah kunjungan rakan daripada bangsa dan agama lain juga dialu-alukan. Mereka percaya ia mampu membawa kegembiraan, keseronokan, nilai positif dan kesejahteraan yang berpanjangan di antara pelbagai kaum. HARI ini penganut Hindu di seluruh dunia menyambut Hari Deepavali. Mengikut kepercayaan penganut agama berkenaan, ini adalah hari istimewa bagi memperingati kejayaan Dewa Krishna menumpaskan kuasa jahat Narakasura. Seawal pukul 4 pagi, kebanyakan keluarga Hindu sudah pun bermandikan minyak bijan dan kemudian, berpakaian baru bagi menyambut perayaan Deepavali. Sedikit sama cara amalan raya Deepavali dan Aidilfitri, mendapat restu daripada orang tua sebelum bersarapan dengan keluarga adalah satu amalan yang wajib. Bagi hari pertama Deepavali, seboleh-bolehnya penganut Hindu tidak keluar rumah untuk seharian bersama keluarga dan melayan tetamu yang datang bertandang. Namun, saat teman-teman bercuti menyambut Deepavali dan menghabiskan masa bersama keluarga tersayang, tiga selebriti daripada stesen radio RTM, Minnal FM, Kumaran Subramaniam(Kumar), Anandrao Appannah (Anand) dan Saras Bijin, terpaksa akur tidak dapat bercuti hari ini demi tanggungjawab mereka kepada pendengar setia radio Tamil popular ini. Enggan merasa terpinggir daripada perayaan ini, tiga selebriti ini menyambut Deepavali dengan cara yang berbeza pula. Menurut Kumar yang juga merupakan Ketua Bahagian Rancangan Radio Minnal FM, beraya di pejabat bukanlah satu isu besar bagi mereka kerana sambutan Deepavali tetap diadakan, cuma ia disambut hanya di kalangan teman-teman dan bukan keluarga. "Biasalah, kalau kita bekerja di radio yang bersiaran 24 jam, sudah pasti operasinya turut dijalankan tanpa henti. Tambahan pula tenaga kerja kami semuanya berketurunan India. "Jadi, cuti raya juga akan dibahagikan dan kami memberi keutamaan kepada pekerja yang kampungnya di luar kawasan Kuala Lumpur. "Siapa yang bekerja pada hari ini, mereka masih mengenakan baju baru dan segala amalan tradisional yang diamalkan setiap tahun masih lagi dilakukan. Cuma tidak semua perkara mereka dapat lakukan bersama keluarga. "Menariknya di Minnal FM, kami sering diberi kuih-muih seperti muruku dan manisan-manisan lain oleh peminat-peminat. Ditambah pula dengan makanan yang dibawa oleh penyampai radio

kami, konti radio Minnal FM sudah seperti ada majlis rumah terbuka," selorohnya yang memantau perjalanan siaran radio tersebut di rumah sahaja hari ini. Bercerita mengenai sambutan Deepavali bersama keluarga, Kumar gembira kerana kali ini dia dapat beraya bersama isteri tersayang. Tambah pula dengan penantian untuk menerima anak sulungnya pada Disember nanti, pasti membuatkan Kumar tersenyum setiap hari, tidak sabar melihat bakal anaknya itu.

"Inilah kali pertama saya menyambut Deepavali bersama isteri dan rumah baru. Sebenarnya tahun ini adalah tahun bertuah saya kerana segala perkara yang saya impikan tercapai. "Sebab itu untuk Deepavali kali ini, saya rasa begitu gembira dan teruja," katanya. Menanti panggilan peminat Biarpun sudah beberapa tahun dalam bidang penyiaran radio, rindu dengan kehidupannya yang penuh dengan 'kegilaan' sebelum ini bila tibanya musim Deepavali, ia masih lagi terpahat di hati dan akur mengenai kesukaran bekerja pada hari yang bermakna itu.
DEEPAVALI diraikan dengan penuh kesederhanaan tetapi tetap meriah.

Namun, tidak bermakna perasaan menyesal menyelubungi diri kerana kerjaya sebagai penyampai radio adalah pilihan sendiri.

Menurut Anand, saban tahun dia pasti akan mengingati kenangan manis beraya pada tahun-tahun lalu ketika meraikan Deepavali bersama keluarga. "Saya ingat lagi kenangan di zaman-zaman muda dahulu, tidak banyak tanggungjawab yang perlu difikirkan dan sambutan Deepavali adalah sebuah perayaan yang paling menggembirakan setiap tahun. "Tapi semua itu hanyalah kenangan. Sekarang ini saya mempunyai tanggungjawab kepada peminat-peminat agar mereka gembira dan berpuas hati dengan penyampaian saya. "Bagaimanapun saya masih merasai Deepavali kerana di konti kami mempunyai pelbagai masakan dan pada masa sama oleh kerana kami kerja dalam satu kumpulan Minnal FM, kami berasa seperti keluarga," katanya.

Dalam pada itu, apa yang membuatkan Anand bertambah seronok berada di konti ketika sambutan Deepavali ialah bila peminat-peminat menghubunginya untuk memberi ucapan raya. "Memang saya tidak menang tangan pada waktu itu. Berderet-deret peminat menghubungi dan membuat ucapan. Kadangkala, ada yang rajin nak berborak pula, kena layan sajalah," ujarnya. Dapat cuti raya! Gembiranya tidak terkata bila mendapat tahu dirinya mendapat cuti sempena sambutan Deepavali. Manakan tidak, pada tahun lalu, Saras terpaksa bekerja seharian di konti dan untuk kali ini, perasaannya teruja bila dapat pulang ke kampung halamannya di Johor Bahru.

Menurut Saras, kepulangannya ke kampung pasti membuatkan keluarganya juga gembira. Tambah pula, dia dapat merasai kesibukan membuat persiapan Deepavali. "Sebagai perempuan, perkara utama yang akan saya titik beratkan ialah pakaian sari saya selain menyediakan duit raya untuk saudara-mara. "Kemudian, sudah semestinya mengemas rumah sebelum teman-teman bertandang adalah perkara yang wajib. Kemudian, seperti biasa, kami akan bertafakur untuk ahli keluarga yang telah meninggal dunia. " Sebagai seorang penganut Hindu semoden mana sekalipun corak kehidupan sesebuah keluarga, sambutan Deepavali kami masih lagi mengikut adat tradisional agama," ujar wanita berusia 30 tahun ini. Ketiga personaliti ini mahu berkongsi gembira dengan seluruh pembaca Kosmo! yang beragama Hindu dengan mengucapkan Selamat Hari Deepavali!
SARAS gembira kerana mendapat cuti untuk beraya bersama ahli keluarga tahun ini.

Pantang Larang Semasa Deepavali


Hari Deepavali merupakan perayaan yang disambut oleh semua penganut Hindu di seluruh dunia. Perkataan Deepavali merupakan gabungan perkataan Dipa yang bererti cahaya dan perkataan Gavali yang bererti barisan. Perayaan ini disambut pada hari ke 14 bulan Aipasi dalam kalendar Tamil (antara bulan Oktober dan November). Perayaan ini juga dikenali sebagai pesta cahaya. Cahaya bermaksud harapan, kemenangan dan kebahagian.

Pada petang sebelum perayaan, semua ahli keluarga akan berkumpul untuk makan malam bersama dengan pelbagai jenis makanan hidangan tradisi kaum India. Pada waktu malam pula diadakan upacara mesti memasang pelita oleh seluruh ahli keluarga. Pelita yang dipasang dipercayai bahawa kecerahan dapat mengatasi segala kejahatan. Terdapat juga upacara menyusun beras atau hampas kepala yang telah diwarnakan dengan pelbagai warna di hadapan pintu. Upacara ini membawa maksud yang mendalam kepada semua penganut Hindu termasuk makluk kecil di dunia ini, misalnya semut sebagai tanda ucap selamat datang kepada para tetamu. Pada pagi perayaan, seluruh ahli keluarga perlu bangun pagi sebelum matahari terbit untuk mandi dan membersihkan diri. Mereka perlu mandi dengan minyak bijan yang akan disapukan ke atas kepala setiap ahli keluarga oleh mereka yang lebih tua seperti ibu atau nenek. Mengikut kepercayaan kaum India, mandi minyak bijan diibarat mandi di Sungai Ganges untuk tujuan membersihkan diri dari segala kejahatan dan sifat dengki. Selepas mandi, pakaian yang dipakai mestilah warna yang garang seperti merah, biru dan oren. Mereka dilarang berpakai pakaian yang berwarna hitam atau putih yang lebih bermaksud kesedihan. Selepas itu barulah bersalam dan memohon maaf dengan kedua ibu bapa dan ahli keluarga yang lain. Upacara sembahyang dijalankan di kuil bagi mendapatkan kesejahteraan diri dan keluarga serta memperingati ahli keluarga yang telah meninggal dunia.

2 Pantang Larang Semasa Deepavali Hari Deepavali merupakan perayaan yang disambut oleh semua penganut Hindu di seluruhdunia. Perkataan Deepavali merupakan gabungan perkataan Dipa yang bererti cahaya dan perkataan Gavali yang bererti barisan. Perayaan ini disambut pada hari ke 14 bulan Aipasi dalam kalendar Tamil (antara bulan Oktober dan November). Perayaan ini juga dikenalisebagai pesta cahaya. Cahaya bermaksud harapan, kemenangan dan kebahagian. Pada petang sebelum perayaan, semua ahli keluarga akan berkumpul untuk makan malambersama dengan pelbagai jenis makanan hidangan tradisi kaum India. Pada waktu malam puladiadakan upacara mesti memasang pelita oleh seluruh ahli keluarga. Pelita yang dipasangdipercayai bahawa kecerahan dapat mengatasi segala kejahatan. Terdapat juga upacara 9 menyusun beras atau hampas kepala yang telah diwarnakan dengan pelbagai warna dihadapan pintu. Upacara ini membawa maksud yang mendalam kepada semua penganut Hindutermasuk makluk kecil di dunia ini, misalnya semut sebagai tanda ucap selamat datang kepadapara tetamu. Pada pagi perayaan, seluruh ahli keluarga perlu bangun pagi sebelum matahari terbit untuk mandi dan membersihkan diri. Mereka perlu mandi dengan minyak bijan yang akandisapukan ke atas kepala setiap ahli keluarga oleh mereka yang lebih tua seperti ibu

ataunenek. Mengikut kepercayaan kaum India, mandi minyak bijan diibarat mandi di SungaiGanges untuk tujuan membersihkan diri dari segala kejahatan dan sifat dengki. Selepas mandi, pakaian yang dipakai mestilah warna yang garang seperti merah, biru danoren. Mereka dilarang berpakai pakaian yang berwarna hitam atau putih yang lebihbermaksud kesedihan. Selepas itu barulah bersalam dan memohon maaf dengan kedua ibubapa dan ahli keluarga yang lain. Upacara sembahyang dijalankan di kuil bagi mendapatkankesejahteraan diri dan keluarga serta memperingati ahli keluarga yang telah meninggal dunia. Saya dan rakan telah diberi tugasan untuk mencari maklumat mengenai perayaan yang disambut kaum Hindu iaitu Deepavali. Ia juga dikenali sebagai pesta lampu atau 'Festival of Lights'. Kaum Hindu menyambut perayaan ini setiap tahun yang selalunya jatuh pada lewat Oktober atau November. Mereka menganggap bahawa ia wajib untuk diraikan. Seperti kaum-kaum yang lain, perayaan yang mereka sambut pasti mempunyai sejarah atau cerita disebaliknya. Deepavali juga mempunyai lagenda yang tersendiri. Saya kagum dengan kebudayaan orang Hindu yang menarik. Orang Hindu mengenakan pakaian tradisional mereka iaitu sari atau punjabi. Mereka juga menpunyai pantang larang semasa perayaan mereka. Antaranya ialah, pakaian berwarna hitam tidak digalakkan kerana ia akan membawa tanda yang tidak baik. Pada pagi Deepavali, orangorang Hindu akan ke kuil untuk meminta kebahagiaan dan kemakmuran pada hari perayaan itu.

Saya suka dengan cara orang Hindu menyambut perayaan ini dengan bercahaya dan berwarna-warni. Makanan yang dihidangkan pasti menarik dan berlainan. Mereka pasti mempunyai pebagai jenis manisan dan makanan yang disajikan untuk tamu yang datang.

Sejarah Perayaan Deepavali

Hari Deepavali atau dikenali sebagai Diwali atau Divali merupakan perayaan yang disambut oleh semua penganut yang beragama Hindu di seluruh dunia. Deepavali merupakan perayaan yang disambut oleh masyarakat beragama Hindu yang dirayakan pada bulan gelap bernama "Aipasi" pada setiap bulan

Oktober dan November. Deepavali diraikan melalui mercun, pelita, bunga, perkongsian gula-gula dan sembahyang. Perkataan Deepavali merupakan gabungan perkataan "Dipa" yang bererti cahaya dan perkataan "Gavali" yang bererti barisan. Oleh itu, Deepavali juga bermaksud sebarisan pelita. Pelita yang dipasang dalam barisan dapat dilihat dinyalakan di rumah penganut Hindu.Mereka mempercayai bahawa kecerahan mengatasi kegelapan, kebaikan mengatasi kejahatan, keadilan mengatasi kezaliman dan kebijaksanaan mengatasi kejahilan.

Walaupun Deepavali dikenali sebagai "perayaan cahaya", namun erti esoteriknya yang terpenting ialah "kesedaran akan cahaya dalaman". Falsafah Hindu menegaskan bahawa terdapat sesuatu yang menjangkaui jasad dan minda jasmani yang tulen dan tidak terhingga iaitu Atman (Cahaya Dalaman). Dengan wujudnya Atman, maka wujudlah belas kasihan, kasih sayang dan peningkatan pengetahuan yang membawa kepada Ananda (Kebahagian). Walaupun cerita Deepavali berbeza dari setiap tempat, namun intipatinya tetap sama iaitu bergembira dalam "Cahaya Dalaman". Mengikut kepercayaan Hindu, Deepavali dirayakan sebagai

tanda kemenangan kaum tersebut atas kematian seorang raja bernama Raja Naragasura yang disifatkan sebagai seorang yang jahat dan sering menindas rakyat pada satu masa dahulu. Menurut lagenda, Raja Naragasura ibarat sebagai syaitan yang mencetuskan huru-hara dan akhirnya dibunuh oleh Maha Krishnan. Sebelum kematiannya, Raja Naragasura meminta semua manusia agar merayai hari kemenangan ini sebagai peringatan kepada semua agar berbuat baik. Di sebalik kisah dongeng itu terselit pengajaran bahawa setiap kebenaran akan mengatasi kejahatan. Ini bertujuan untuk memberi keinsafan kepada setiap individu agar jangan melakukan kejahatan
Adat Resam dan Kepercayaan Perayaan Deepavali
Setiap perayaan di Malaysia mempunyai keunikan tersendiri kerana terdapat pelbagai adat resam dan kepercayaan dalam sesebuah perayaan. Deepavali adalah antara sebuah perayaan yang mengikut adat resam dan kepercayaan masyarakat India yang beragama Hindu. Mengikut kepercayaan Hindu, Deepavali dirayakan sebagai tanda kemenangan kaum tersebut atas kematian seorang raja yang disifatkan seorang yang jahat dan sering menindas rakyat pada suatu masa dahulu. Disebalik kisah dongeng itu terselit pengajaran bahawa setiap kebaikan akan mengatasi kejahatan. Hal ini bertujuan untuk memberi keinsafan kepada setiap individu agar tidak melakukan kejahatan. Pada malam perayaan Deepavali, upacara memasang pelita dijalankan yang disertai oleh seluruh ahli keluarga. Mereka akan memasang lampu vilakku. Lampu vilakku adalah sejenis pelita tradisi yang diperbuat daripada tanah liat. Perayaan Deepavali juga akan bertambah meriah dengan adanya lampu-lampu moden. Penganut agama Hindu percaya akan Dewa kekayaan dan kemakmuran iaitu Dewi Laksmi akan datang melawat rumah mereka pada masa itu. Persiapan tersebut dilakukan untuk menyambut kedatangan Dewi Laksmi.

Pada pagi hari perayaan Deepavali, penganut Hindu akan menghiasi rumah mereka dengan kolams atau rangoli iaitu hiasan lantai yang diperbuat daripada beras yang diwarnakan sebelum tertib matahari. Biasanya kolamsini dibuat di depan pintu rumah sebagai tanda selamat dan rahmat supaya setiap isi rumah mendapat kesejahteraan. Kemahiran membuat kolams ini biasanya diwarisi secara turun-temurun. Walaupun nampak susah, tetapi penganut Hindu boleh membuatnya dengan cantik, unik dan menarik yang kebanyakannya bermotifkan tumbuhan. Upacara ini membawa maksud yang amat bererti kerana perayaan ini tidak hanya dirayakan oleh penganut Hindu tetapi juga makhluk lain di dunia ini seperti semut sebagai tanda ucapan selamat datang kepada para tetamu. Selain itu, upacara mandi minyak bijan turut dilakukan pada awal pagi sebelum matahari tertib. Penganut Hindu akan menjalankan upacara mandi minyak bijan bertujuan untuk penyucian badan dan semangat. Minyak bijan ini akan disapukan ke atas kepala setiap ahli keluarga oleh mereka yang lebih tua seperti ibu atau nenek. Kebaikan mandi minyak bijan bagaikan mandi di Sungai Ganges yang suci bertujuan membersihkan diri daripada segala kejahatan dan sifat dengki. Selepas mandi dimestikan memakai pakaian dan perhiasaan serba baru pada pagi Deepavali bertujuan untuk menghilangkan segala sifat buruk dan kejahatan dalam diri seseorang. Penganut Hindu akan mengunjungi kuil untuk bersembahyang selepas menjalankan upacara penyucian. Penganut Hindu akan mengalungkan Patung Dewa Hindu dengan kalungan bunga untuk mendapatkan kesejahteraan diri dan keluarga serta memperingati ahli keluarga yang telah meninggal dunia. Selepas sembahyang, mereka akan dihidangkan dengan pelbagai manisan yang dinamakan Prasad sebelum pulang ke rumah.

Setelah itu, penganut Hindu akan berkunjung ke rumah saudara mara dan sahabat handai. Mereka akan dihidangkan dengan juadah tradisional kaum india yang terkenal seperti halwa dan laddu. Malah sembilan jenis hidangan sayur-sayuran turut disediakan pada pagi Deepavali. Antaranya ialah aloogobi iaitu campuran ubi kentang dan kobis bunga, paneer campuran masala bersama yourgart dan kari dal. Kuih-muih tradisional juga tidak ketinggalan seperti maruku, adivasam, payasam dan sebag

DEEPAVALI atau lebih dikenali juga sebagai pesta cahaya. Masyarakat Hindu menggunakan cahaya sebagai makna simbolik untuk menyatakan kebaikan akan mengatasi kejahatan. Dalam kepercayaan agama Hindu, ada dinyatakan bahawa Athma (roh) mengatasi jasad dan minda. Ia adalah sesuatu yang suci, tidak terbatas dan akan kekal abdi. Sambutan perayaan Deepavali adalah sama seperti kita menyambut hari lahir. Ia adalah sambutan untuk menyambut kelahiran cahaya dalaman yang memupuk kesedaran dari dalam. (Yang kita sebenarnya hidup dalam alam maya). Dengan itu, segala kejahatan di dunia ini akan terhapus dan kesedaran yang tuhan sebenarnya berada di mana-mana dan keunggulannya sahaja yang berkekalan buat selama-lamanya akan disedari. Lampu menjadi ilmu pengetahuan yang menerangi hidup dan menghindari manusia daripada berbuat jahat. Ada dua kisah yang menceritakan kelahiran sambutan Deepavali iaitu: PEMBUNUHAN NARAGASURA

Perayaan Deepavali disambut pada hari yang dimana salah seorang dewa Hindu, Krishna membunuh makluk jahat Naragasura sehari sebelum perayaan Deepavali. Untuk meraikan kejayaan kebaikan mengatasi kuasa kejahatan perayaan Deepavali diraikan. KISAH RAMA BALIK KE AYODHYA Sesetengah orang Hindu percaya perayaan Deepavali bermula apabila Dewa Rama pulang ke Ayodhya selepas dibuang negeri selama 14 tahun.Rama pulang ke negaranya dengan isterinya Sita dan Lakshamana selepas membunuh Ravana, seorang yang jahat. Sepanjang perjalanan, apabila Rama serta keluarganya balik ke Ayodhya, menuju ke arah utara India dari selatan, orang yang tinggal disitu menyalakan pelita minyak sapi yang menandakan kebaikan telah mengatasi kejahatan berikutan kematian Ravana. Mereka menyalakan lampu pelita di sepanjang perjalanan Rama kembali ke tanah jajahannya. SAMBUTAN DEEPAVALI OLEH KAUM SIKH Masyarakat Sikh menyambut hari Deepavali atau dikenali sebagai Diwali di kalangan mereka di atas sebab yang berbeza. Guru Nanak, yang juga merupakan pengasas agama Sikh pada suatu masa dahulu telah dipenjarakan oleh seorang Raja.Raja itu memaksanya makan tetapi beliau enggan dan berpuasa. Sejurus itu , barulah Guru Nanak sedar yang ramai orang telah berkumpul di luar penjara dengan memegang lampu sebagai tanda protes untuk membebaskan Guru Nanak. Akhirnya, Raja itu sedar akan kesilapannya.Oleh kerana sikap tamaknya, dia telah mengabaikan tanggungjawabnya sebagai seorang raja dan sebagai balasannya, dia membebaskan Guru Nanak.Kaum Sikh menyambut pembebasan Guru Nanak sebagai hari Deepavali. PERSIAPAN UNTUK HARI DEEPAVALI Masyarakat India membuat persiapan yang lebih awal seperti membuat kuih-muih, membersihkan rumah dan membeli pakai baru untuk dipakai pada hari tersebut.Muruku, Neiurundai dan Atherasam merupakan kuih-muih tradisional orang India.Tetapi pada masa kini, mereka juga membuat biskut dan kek selain makanan tradisional mereka. Ronggoli Kolam adalah lukisan di atas lantai yang diperbuat daripada beras berwarna. Selain mencantikkan kawasan hadapan rumah, maksud tersirat di sebalik tradisi ini adalah untuk memberi makan kepada serangga-serangga kecil seperti semut.Ini secara tidak langsung menambah pahala si tuan rumah yang membuat Kolam tersebut. Lampu-lampu pelita dinyalakan pada malam Deepavali. PAGI DEEPAVALI

Pada pagi Deepavali, masyarakat India akan menggunakan minyak bijian sebelum mandi sebagai tanda simbolik untuk menyucikan diri.Selepas itu, mereka sekeluarga akan berpakaian serba baru dan sembayang. Sejurus itu, anak-anak muda digalakkan sujud di kaki ibu bapa atau orang tua dalam rumah mereka untuk meminta restu. Pada hari Deepavali, mengikut ajaran agama Hindu, masakan yang dimasak mestilah vegetarian hanya makanan yang berasaskan sayur-sayuran (daging tidak digalakkan).Tujuannya adalah untuk mengawal nafsu makan mereka pada hari yang bermakna ini. SEHARI SEBELUM DEEPAVALI Sehari sebelum perayaan Deepavali, orang yang beragama Hindu akan membuat upacara sembayang untuk memanjangkan doa untuk yang telah 'pergi' buat selama-lamanya. Makanan kegemaran yang telah meninggal dunia selalunya disediakan untuk santapan mereka.Makanan tersebut akan dibiarkan seketika dihadapan gambar si mati yang kemudiannya akan di makan oleh anak-anak si mati atau diberi kepada haiwan.

Anda mungkin juga menyukai