Unit 3
Unit 3
PENGENALAN
Pada peringkat awal perbincangan, kita telah melihat hubungan yang rapat antara. kemahiran menulis dengan beberapa disiplin pengajian yang terdapat dalam sesuatu kurikulum. Pendek kata menulis merupakan kegiatan. inti dalam menilai, menghurai dan menterjemah ilmu pengetahuan yang terdapat dalam pelbagai bidang. Justeru itu, penulisan akan dinilai dan beberapa model penulisan yang merentasi kurikulum disediakan: 1. Penulisan dalam disiplin sains sosial 2. Penulisan dalam mata Pendidikan Kemahiran pelajaran Sejarah/Agama/Perdagangan/Geografi/
3. Penulisan dalam disiplin bahasa/ kesusasteraan 4. Penulisan dalam bidang sains dan teknologi
ISI KANDUNGAN
Penulisan Dari Sudut Sains Sosial
Menulis dari sudut sains sosial melibatkan beberapa prinsip. Antaranya: 1. Menulis sebagai satu kemahiran untuk mengemukakan idea tentang manusia dan persekitarannya. 2. Menulis sebagai satu pemerhatian tentang adat-resam dan sosiobudaya manusia.
3. Menulis tentang kajian-kajian dan bahan-bahan yang diperoleh dalam bentuk yang mudah difahami. Penulisan seperti ini mempunyai beberapa ciri. yang lazimnya dipatuhi ialah: Antara ciri-ciri penulisan
a. Perlu ada abstrak kajian yang dalamnya terangkum perkara-perkara yang berikut: i. ii. iii. iv. v. vi. Masalah kajian Hipotesis kajian Metodologi kajian, Data analisis Hasil/dapatan/penemuan kajian Kesimpulan/cadangan
b. Bentuk penulisan yang paling berkesan ialah rumusan yang ciri-cirinya mestilah berdasarkan perkara-perkara yang berikut: i. ii. iii. iv. v. vi. Ayat-ayat yang ringkas dan padat. Kosa kata, istilah yang jelas dan tepat. Fakta yang dianalisa mesti disertakan. Ada unsur kesahan dan kebolehpercayaan. Boleh dipertanggungjawabkan dari segi ketulenan penulisan Adanya definisi operasi bagi sesetengah istilah untuk memperjelas konteks yang terlibat secara langsung dalam kajian sains sosial.
c. Hasilan penulisan i. ii. iii. Penulisan itu lengkap dan menyeluruh. Penulisan itu terjamin kesahannya. Penulisan itu dapat diterjemahkan dalam bentuk rajah dan geraf.
d. Perbincangan hasil penulisan i. ii. iii. Penulis boleh menulis panclangannya. Penulis mengernukakan kesan-kcsan dapatan pada masa akan datang. Penulisan. mempunyai kesatuan dengan bahagian (a), (b) dan (c).
e. Bibliografi i. Perlu ada penulisan bibliografi yang betul di belakang hasil kajian tersebut.
Contoh: Simon, Linda (1988), Good Writing: New York, St. Martin Press., Inc. Contoh penulisan bidang sains sosial peringkat tinggi.Tesis, kertas kerja, kertas seminar, jurnal, penerbitan berkala, buletin d1l.
Ciri-ciri penulisan 1. Ayat-ayat sederhana dan ringkas. 2. Perkataan/kosa kata menentukan istilah khusus subjek terscbut. 3. Maksud yang disampaikan jelas dan tepat. 4. Susunan perenggan, baris, tanda baca dan idea tersusun mengikut skema yang hendak disampaikan.
Jenis-jenis penulisan 1. Laporan urus niaga 2. Latihan perakaunan 3. Sejarah tamadun bangsa-bangsa.
Ciri-ciri penulisan Pada peringkat ini penulisan agak bebas mengikut genrenya tetapi masih dikongkong oleh bentuk dan kaedahnya yang tersendiri.
Jenis-jenis penulisan 1. Naratif 2. Deskriptif 3. Nyanyian/lirik 4. Puisi lama dan puisi baru 5. Autobiografi 6. Drama/dialog 7. Keperihalan
3. Penulisan lebih kepada pemaparan bahasa dalam bentuk empiris dan teoritikal.
Ciri-ciri penulisan 1. Gaya bahasa yang mudah dan ayat-ayat yang pendek serta tepat dan jelas. 2. Banyak memasukkan gambar rajah, graf, gambar, data-data hipotesis, alat-alat dan lain-lain.
Rajah 1.1: Kemahiran Menulis Dari Pelbagai Sudut Disiplin Pengajaran Secara kasar, dalam setiap disiplin pengajian, kemahiran menulis adalah ditekankan untuk memenuhi keperluan pengajaran dan pembelajarannya sama ada dari sudut menghasilkan kajian, laporan, rencana, surat, majalah buletin atau lain-lain. Pada kebiasaannya, guru menganggap kemahiran menulis ini mesti dikuasai oleh pelajar melalui disiplin pengajian bahasa, baik bahasa Melayu atau bahasa-bahasa lain yang dijadikan bahasa pengantar dalam sesebuah kurikulum. Gambar rajah yang berikut menunjukkan kemahiran menulis yang dituntut oleh pelbagai disiplin pengajian.
Soalan Kefahaman
1. Apakah yang anda faham tentang penulisan merentas kurikulum? Bincangkan pernyataan tersebut.
RUJUKAN
Greenberg, K. L. (1994). The Advancing Writer Book 2. New York: Harper Collins. Kementerian Pendidikan Malaysia (1998) Sukatan Pelajaran KBSR. Pusat Perkembangan Kurikulum. Lyons (1989). Study Writing. Cambridge: College Publishers University. Mohd. Sidin Ishak (1992) Ketrampilan Menulis. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Mortomore, P. (1999) Understanding Pedagogy and Its Impact on Learning . London: Thousand Oak, Clif: Chapman. Schunk, D.H. (1996) Learning Theories: An Educational Perspective. Eaglewood Cliff, N.S. : Merill. Sulaiman Masri (1990). Penulisan dalam Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.