Anda di halaman 1dari 2

RANCANGAN PELAJARAN HARIAN KSSR BAHASA MALAYSIA

Mata Pelajaran dan Kelas Tema/Tajuk Masa Fokus Utama Standard Kandungan Bahasa Malaysia Tahun 2 Jaya Seni dan Budaya Makanan Tradisional 8.30 pagi 9.30 pagi 2.6 Membaca pelbagai bahan sastera dan bukan sastera yang sesuai bagi memupuk minat membaca 2.6.1 Membaca pelbagai bahan kreatif yang sesuai untuk menambah kosa kata dan meningkatkan kelancaran bahasa

Standard Pembelajaran Fokus Sampingan Standard Kandungan

1.4 Bertutur, berbual dan menyatakan permintaan tentang sesuatu perkara daripada pelbagai sumber dalam situasi formal dan tidak formal secara bertatasusila. 1.4.4 Bertutur dan menyatakan permintaan dengan intonasi yang Standard Pembelajaran betul tentang sesuatu perkara dalam situasi tidak formal secara bertatasusila. Objektif Pembelajaran Pada akhir pembelajaran murid dapat : 1. Membaca bahan bacaan untuk menambah kosa kata dan meningkatkan kelancaran bahasa. 2. Menyatakan permintaan dengan intonasi yang betul dan secara bertatasusila tentang sesuatu perkara dalam situasi tidak formal. i iii. Literasi : Menyebut dan memahami unsur seni dalam lagu melalui nyanyian secara didik hibur. Pengisian Kurikulum i. Ilmu : Kajian Tempatan, Pendidikan Moral ii. Nilai Murni : Rajin, keyakinan diri, kerjasama dan berbudi bahasa KBT : Kecerdasan Pelbagai, Kontekstual EMK : Kreativiti dan Inovasi Bahan Bantu Belajar Radio/komputer, slaid power point gambar-gambar tunggal, kad gambar, kad perkataan dan lembaran kerja. Sistem Bahasa Tatabahasa : kata nama, kata kerja Kosa Kata : Karipap, lempeng, keria, koci, tepung pelita, kuih lapis Aktiviti 1. Guru mempamerkan sejenis daun yang biasa dilihat oleh murid. Murid memerhati, memegang dan menghidu bau daun tersebut. Guru bersoal jawab tentang daun tersebut dan kaitannya dengan kuih tradisional.

2. Guru memperdengarkan lagu Kuih Tradisional (Melodi : Lagu Papaku Pulang Dari Kota) 3. Guru meminta murid menyebutkan nama-nama kuih yang disebutkan dalam seni kata lagu tersebut sambil mempamerkan kad gambar kuih kepada murid. 4. Guru Membimbing murid membaca seni kata lagu yang dipaparkan. Murid membaca secara individu dan kumpulan dengan sebutan yang betul. 5. Dalam kumpulan yang kecil, murid diminta berbincang dan memikirkan cara kuih tersebut di masak dan rasa kuih tersebut. Murid mengkategorikan kuih dalam kumpulan kuih manis atau kuih pedas. 1. Murid membaca dialog yang terdapat dalam buku teks (ms: 69) yang disediakan dengan sebutan dan intonasi yang betul. 2. Murid menjawab beberapa soalan pemahaman berdasarkan dialog yang dibaca. 1. Guru membimbing murid membaca nama-nama kuih berdasarkan kad gambar dan kad perkataan. 1. Murid membaca frasa-frasa yang terdapat dalam lembaran kerja yang diberi 2. Murid mengkategorikan cara-cara jenis kuih dimasak. 30 orang daripada 36 orang murid telah mencapai objektif P&P. Murid yang belum menguasai akan diberi bimbingan. Murid yang telah menguasai akan diberi latihan pengayaan.

Pentaksiran

Pemulihan Pengayaan

Refleksi

Anda mungkin juga menyukai