Anda di halaman 1dari 26

ANALISIS SAHSIAH RASULULLAH

SAW SEBAGAI PENDIDIK


Meneladani Dari Insan Yang Terpuji
Sesungguhnya pada Rasulullah itu terdapat
contoh yang terpuji, bagi sesiapa yang
mengharapkan keredhaan Allah dan hari
akhirat
Rasul Adalah Seorang Guru Dan Pendidik
Pada suatu hari Rasulullah keluar dari bilik dan masuk ke
dalam masjid, di dalamnya terdapat dua kelompok, satu
kelompok membaca al-Quran dan berdoa sementara
kelompok yang lain pula sedang dalam majlis pengajian,
mengajar dan belajar. Lalu baginda bersabda:
Kedua-dua kelompok adalah baik. Golongan pertama
membaca al-Quran dan berdoa, sekiranya Allah menghendaki
nescaya dikabulkan doa-doa mereka atau tidak
mengabulkannya. Manakala golongan kedua pula mengajar
dan belajar, dan sesugguhnya aku diutuskan sebagai guru
yang mendidik, lantas baginda duduk bersama mereka.

Sesugguhnya al-Quran telah menyatakan
bahawa baginda merupakan pendidik kepada
seluruh manusia. Walaupun baginda sendiri
seorang yang ummi ( tidak mampu membaca )
dan tidak mempunyai pengajian yang formal
tetapi baginda diajar secara langsung dari
Allah Taala melalui perantaraan Jibril alaihi
salam
Didikan melahirkan Peribadi yang Unggul.
Sejarah telah membuktikan bahawa baginda merupkan guru
terulung yang tidak mampu ditandingi oleh sesiapapun.
Keadaan manusia yang begitu rosak sebelum kedatangan
baginda dan perubahan positif ke arah nilai-nilai murni yang
begitu mendadak setelah baginda menyampaikan mesej
dakwah dan menyerapkan method-method yang mampu
menarik perhatian seluruh manusia.
Dan inilah bukti yang cukup ampuh dan kukuh bahawa
baginda merupakan pendidik dan guru yang terunggul. Jika
perbandingan dibuat dengan pendidik-pendidik lain maka
siapakah yang berjaya melahirkan ramai peribadi-peribadi
unggul yang mengikutinya.
ulama pernah berkata :
"Seandainya Rasulullah tidak mempunyai satu
mukjizat pun melainkan para sahabat yang
mengikuti tarbiyah pendidikan baginda maka
sudah memadai untuk membuktikan kenabian
baginda Keunggulan didikan baginda
sehingga melahirkan sejumlah peribadi-
peribadi yang unngul yang mencontohi
baginda seakan-akan sebuah mukjizat yang
perlu diakui oleh sejarah. Tidak ada satu
insanpun di dunia ini yang diikuti, dicontohi
dan disayangi seperti Rasulullah sallallah alaihi
wasallam
Amanah Dalam Menyampaikan Ilmu.
Antara sifat Rasul sebagai guru ialah
menyampaikan. Baginda tidak pernah
menyembunyikan kebenaran dan hak. Lantaran
itu baginda pernah berpidato pada suatu hari:
Baginda memuji Allah Taala dan kemudian
menyebut tentang suatu kaum dan memuji
mereka seraya bersabda:



"Mengapakah sebahagian kaum tidak mengajar
jiran-jiran mereka? Dan menyedarkan mereka?
Tidak menyuruh berbuat baik dan tidak pula
mencegah dari kemungkaran? Dan mengapa pula
sebahagian kaum yang lain tidak belajar dari
jirannya? Dan tidak juga mengambil peringatan
dari mereka? Demi Allah Taala, sesuatu kaum
mestilah mengajar jirannya,memberi peringatan
kepada mereka, menyuruh kepada kebaikan dan
mencegah kemungkaran, atau nescaya akan
dipercepatkan azab di dunia lagi! "
Sifat Wajib bagi Rasul
sifat utama beliau adalah shidhhiq, amanah, tabligh dan
fathanah yang kemudian dirinci dalam beberapa ayat Al
Quran seperti

Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang
Rasul dari golongan kamu sendiri (iaitu Nabi
Muhammad s.a.w), Yang menjadi sangat berat
kepadanya sebarang kesusahan Yang ditanggung
oleh kamu, Yang sangat tamak (inginkan) kebaikan
bagi kamu, (dan) ia pula menumpahkan perasaan
belas serta kasih sayangnya kepada orang-orang
Yang beriman.(Q.S. At Taubah: 128).



Sifat mulia: surah Ali Imran: 159-161
159. maka Dengan sebab rahmat (yang melimpah-
limpah) dari Allah (kepadamu Wahai Muhammad),
Engkau telah bersikap lemah-lembut kepada mereka
(sahabat-sahabat dan pengikutmu), dan kalaulah
Engkau bersikap kasar lagi keras hati, tentulah mereka
lari dari kelilingmu. oleh itu maafkanlah mereka
(mengenai kesalahan Yang mereka lakukan
terhadapmu), dan pohonkanlah ampun bagi mereka,
dan juga bermesyuaratlah Dengan mereka Dalam
urusan (peperangan dan hal-hal keduniaan) itu.
kemudian apabila Engkau telah berazam (Sesudah
bermesyuarat, untuk membuat sesuatu) maka
bertawakalah kepada Allah, Sesungguhnya Allah
mengasihi orang-orang Yang bertawakal kepadaNya.

160. jika Allah menolong kamu mencapai kemenangan
maka tidak ada sesiapa pun Yang akan dapat
mengalahkan kamu; dan jika ia mengalahkan kamu,
maka siapakah Yang akan dapat menolong kamu
sesudah Allah (menetapkan Yang demikian)? dan
(ingatlah), kepada Allah jualah hendaknya orang-orang
Yang beriman itu berserah diri.
161. dan tiadalah patut bagi seseorang Nabi itu
(disangkakan) berkhianat (menggelapkan harta
rampasan perang), dan sesiapa Yang berkhianat
(menggelapkan sesuatu), ia akan bawa bersama pada
hari kiamat kelak apa Yang dikhianatinya itu; kemudian
tiap-tiap seorang akan disempurnakan (balasan bagi)
apa Yang telah diusahakannya, sedang mereka tidak
akan dikurangkan sedikitpun (balasannya).

Teguran dan nasihat
Ada beberapa petunjuk yang beliau ajarkan: lakukan
pendidikan dengan hikmah, kebijaksanaan, nasihat dan
diskusi yang baik (Q.S. An Nahl: 125),

125. serulah ke jalan Tuhanmu (Wahai Muhammad)
Dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran
Yang baik, dan berbahaslah Dengan mereka (yang
Engkau serukan itu) Dengan cara Yang lebih baik;
Sesungguhnya Tuhanmu Dia lah jua Yang lebih
mengetahui akan orang Yang sesat dari jalannya, dan
Dia lah jua Yang lebih mengetahui akan orang-orang
Yang mendapat hidayah petunjuk.

Perbetulkan kesalahan
mereka itulah orang-orang Yang diketahui
oleh Allah akan apa Yang ada Dalam hati
mereka, oleh itu berpalinglah Engkau
daripada mereka, dan nasihatilah mereka,
serta Katakanlah kepada mereka kata-kata
Yang boleh memberi kesan pada hati mereka.
(surah an-nisaa: 63)
_kisah golongan munafik_
Komitmen dan berpendirian

Guru perlu memberi komitmen dalam
pendirian yang benar, tidak mengikuti hawa
nafsu, adil dan menunjukkan identiti Muslim
Allah berfirman: "Jangan! jangan fikir (akan
berlaku apa Yang Engkau bimbangkan itu)!
oleh itu pergilah kamu berdua membawa
mukjizat-mukjizat Kami (yang membuktikan
kebenaran kamu); Sesungguhnya Kami ada
bersama-sama kamu mendengar (apa yang
mereka katakan). (Q.S. Asy Syuara: 15,)
Merasa Rendah Diri
dan hamba-hamba (Allah) Ar-Rahman (yang
diredhaiNya), ialah mereka Yang berjalan di
bumi Dengan sopan santun, dan apabila
orang-orang Yang berkelakuan kurang adab,
hadapkan kata-kata kepada mereka, mereka
menjawab Dengan perkataan Yang Selamat
dari perkara Yang tidak diingini-
(surah al-furqan: 63)
Dari Anas r.a ia berkata, Bahawa apabila
Rasulullah s.a.w berjabat tangan atau ada
orang mengajaknya berjabat tangan, maka
baginda tidak melepaskan tangannya terlebih
dahulu. Apabila berhadapan wajah, baginda
tidak mengalihkan wajahnya sehinggalah
orang yang berhadapan dengan baginda
mengalihkannya terlebih dahulu. Dan
bahagian hadapan lututnya tidak akan
kelihatan ketika duduk berhadapan dengan
seseorang. (Dirawayatkan oleh Tirmidzi dan
Ibnu Majah)
Tidak Berputus Asa
Yusuf - ayat 87.
"Wahai anak-anakku! Pergilah dan intiplah
khabar berita mengenai
Yusuf dan saudaranya (Bunyamin),
dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat
serta pertolongan
Allah. Sesungguhnya tidak berputus
asa darirahmat dan pertolongan Allah itu
melainkan kaum yang kafir"
Kaedah Pengajaran Rasulullah S.A.W
Kuliah dan khutbah
Dialog dan
perbincangan
Soal jawab
Hafalan
Perdebatan
Cerita
Menggunakan gaya
atau isyarat
Lukisan
Praktikal atau
demonstrasi
Galakan mempelajari
bahasa asing
Menggunakan statistik
Perancangan ilmiah

Kuliah dan
Khutbah
Disampaikan di rumah
dan masjid.

Dialog atau
perbincangan
Berbentuk 2 hala : daripada
pihak guru dan pihak murid.
Soal jawab
Rasulullah bersoal jawab dengan
malaikat Jibril tentang rukun
iman, rukun islam, ihsan dan
kiamat
Tujuannya untuk mengajar orang
ramai.
Hafalan
Apabila turun wahyu kepada baginda, baginda
terus menghafalnya supaya tidak lupa
sehinggalah turun jaminan Allah yang akan
menetapkan ingatan baginda terhadap wahyu.
Firman Allah : surah Al-Qiyamah ayat 16-19
Perdebatan
Baginda bercerita tentang perdebatan nabi
Ibrahim dengan Namrud.
Firman Allah : surah Al-Baqarah ayat 258

Cerita
Rasulullah banyak menggunakan kaedah
bercerita dalam menyampaikan ajaran Islam.
Di dalam Al-Quran terdapat banyak cerita-
cerita lampau seperti cerita nabi-nabi dan
umat-umat terdahulu.
Firman Allah : surah An-nisa ayat 164
Menggunakan
gaya atau
isyarat
Contohnya, baginda menjawab pertanyaan
tentang orang yang memelihara anak yatim,
dengan sabda baginda :

maksudnya : Aku dan orang memelihara


anak yatim seperti dua ini (sambil
diisyaratkan ibu jari dan jari tengah)
Lukisan
Baginda pernah menggunakan ranting kayu
untuk menggaris di atas tanah dalam
mentafsirkan ayat Al-Quran.
Firman Allah : surah Al-Anam ayat 153
Praktikal dan
demonstrasi
Baginda bukan sahaja mengajar dengan
lidah bahkan segala tingkahlaku baginda
menunjukkan apa yang diajar.
Sebagaimana yang dijelaskan dalam Al-
Quran surah Al-Ahzab ayat 21
Galakan mempelajari
bahasa asing

Diriwayatkan bahawa Zaid bin Thabit telah
menjelaskan dengan ungkapan bermaksud,
Rasulullah pernah memerintahkan aku mempelajari
bahasa dan tulisan Siryani. Demi Allah, orang Yahudi
sendiri tidak percaya akan tulisanku. Aku sudah
menguasai bahasa itu dalam masa kurang daripada
setengah bulan. Pada ketika itu, aku menjadi penulis
Baginda untuk menulis surat kepada mereka (Yahudi)
dan membacakan surat-surat yang datang daripada
mereka (Yusuf Qardhawi, 1989).
Rasulullah telah menggunakan kaedah statistik ini
sebaik sahaja baginda mendirikan negara Islam
Madina. Bukhari dan Muslim meriwayatkan daripada
Huzaifah bin Al-Yaman (r.a) :

Maksudnya : kami pernah bersama-sama Rasulullah


dan Baginda bersabda : buatlah data untukku sesiapa
yang sudah memeluk Islam

Menggunakan
statistik
Perancangan ilmiah
Rasulullah mengutamakan perancangan dalam
mendidik para sahabat dan tidak mengajar mereka
bertawakal secara membuta tuli.
Contoh : Peristiwa Hijrah Nabi ke Madinah
Rujukan
Sheikh Abd Fattah Abu Ghuddah berjudul ar-
Rasul al-Muallim
( Rasul Sebagai Seorang Guru )
Ahmad Mohd Salleh, Pengajian Agama Islam &
j-QAF Metodologi dan Pedagogi Pendidikan

Anda mungkin juga menyukai