Meneladani Dari Insan Yang Terpuji Sesungguhnya pada Rasulullah itu terdapat contoh yang terpuji, bagi sesiapa yang mengharapkan keredhaan Allah dan hari akhirat Rasul Adalah Seorang Guru Dan Pendidik Pada suatu hari Rasulullah keluar dari bilik dan masuk ke dalam masjid, di dalamnya terdapat dua kelompok, satu kelompok membaca al-Quran dan berdoa sementara kelompok yang lain pula sedang dalam majlis pengajian, mengajar dan belajar. Lalu baginda bersabda: Kedua-dua kelompok adalah baik. Golongan pertama membaca al-Quran dan berdoa, sekiranya Allah menghendaki nescaya dikabulkan doa-doa mereka atau tidak mengabulkannya. Manakala golongan kedua pula mengajar dan belajar, dan sesugguhnya aku diutuskan sebagai guru yang mendidik, lantas baginda duduk bersama mereka.
Sesugguhnya al-Quran telah menyatakan bahawa baginda merupakan pendidik kepada seluruh manusia. Walaupun baginda sendiri seorang yang ummi ( tidak mampu membaca ) dan tidak mempunyai pengajian yang formal tetapi baginda diajar secara langsung dari Allah Taala melalui perantaraan Jibril alaihi salam Didikan melahirkan Peribadi yang Unggul. Sejarah telah membuktikan bahawa baginda merupkan guru terulung yang tidak mampu ditandingi oleh sesiapapun. Keadaan manusia yang begitu rosak sebelum kedatangan baginda dan perubahan positif ke arah nilai-nilai murni yang begitu mendadak setelah baginda menyampaikan mesej dakwah dan menyerapkan method-method yang mampu menarik perhatian seluruh manusia. Dan inilah bukti yang cukup ampuh dan kukuh bahawa baginda merupakan pendidik dan guru yang terunggul. Jika perbandingan dibuat dengan pendidik-pendidik lain maka siapakah yang berjaya melahirkan ramai peribadi-peribadi unggul yang mengikutinya. ulama pernah berkata : "Seandainya Rasulullah tidak mempunyai satu mukjizat pun melainkan para sahabat yang mengikuti tarbiyah pendidikan baginda maka sudah memadai untuk membuktikan kenabian baginda Keunggulan didikan baginda sehingga melahirkan sejumlah peribadi- peribadi yang unngul yang mencontohi baginda seakan-akan sebuah mukjizat yang perlu diakui oleh sejarah. Tidak ada satu insanpun di dunia ini yang diikuti, dicontohi dan disayangi seperti Rasulullah sallallah alaihi wasallam Amanah Dalam Menyampaikan Ilmu. Antara sifat Rasul sebagai guru ialah menyampaikan. Baginda tidak pernah menyembunyikan kebenaran dan hak. Lantaran itu baginda pernah berpidato pada suatu hari: Baginda memuji Allah Taala dan kemudian menyebut tentang suatu kaum dan memuji mereka seraya bersabda:
"Mengapakah sebahagian kaum tidak mengajar jiran-jiran mereka? Dan menyedarkan mereka? Tidak menyuruh berbuat baik dan tidak pula mencegah dari kemungkaran? Dan mengapa pula sebahagian kaum yang lain tidak belajar dari jirannya? Dan tidak juga mengambil peringatan dari mereka? Demi Allah Taala, sesuatu kaum mestilah mengajar jirannya,memberi peringatan kepada mereka, menyuruh kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran, atau nescaya akan dipercepatkan azab di dunia lagi! " Sifat Wajib bagi Rasul sifat utama beliau adalah shidhhiq, amanah, tabligh dan fathanah yang kemudian dirinci dalam beberapa ayat Al Quran seperti
Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang Rasul dari golongan kamu sendiri (iaitu Nabi Muhammad s.a.w), Yang menjadi sangat berat kepadanya sebarang kesusahan Yang ditanggung oleh kamu, Yang sangat tamak (inginkan) kebaikan bagi kamu, (dan) ia pula menumpahkan perasaan belas serta kasih sayangnya kepada orang-orang Yang beriman.(Q.S. At Taubah: 128).
Sifat mulia: surah Ali Imran: 159-161 159. maka Dengan sebab rahmat (yang melimpah- limpah) dari Allah (kepadamu Wahai Muhammad), Engkau telah bersikap lemah-lembut kepada mereka (sahabat-sahabat dan pengikutmu), dan kalaulah Engkau bersikap kasar lagi keras hati, tentulah mereka lari dari kelilingmu. oleh itu maafkanlah mereka (mengenai kesalahan Yang mereka lakukan terhadapmu), dan pohonkanlah ampun bagi mereka, dan juga bermesyuaratlah Dengan mereka Dalam urusan (peperangan dan hal-hal keduniaan) itu. kemudian apabila Engkau telah berazam (Sesudah bermesyuarat, untuk membuat sesuatu) maka bertawakalah kepada Allah, Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang Yang bertawakal kepadaNya.
160. jika Allah menolong kamu mencapai kemenangan maka tidak ada sesiapa pun Yang akan dapat mengalahkan kamu; dan jika ia mengalahkan kamu, maka siapakah Yang akan dapat menolong kamu sesudah Allah (menetapkan Yang demikian)? dan (ingatlah), kepada Allah jualah hendaknya orang-orang Yang beriman itu berserah diri. 161. dan tiadalah patut bagi seseorang Nabi itu (disangkakan) berkhianat (menggelapkan harta rampasan perang), dan sesiapa Yang berkhianat (menggelapkan sesuatu), ia akan bawa bersama pada hari kiamat kelak apa Yang dikhianatinya itu; kemudian tiap-tiap seorang akan disempurnakan (balasan bagi) apa Yang telah diusahakannya, sedang mereka tidak akan dikurangkan sedikitpun (balasannya).
Teguran dan nasihat Ada beberapa petunjuk yang beliau ajarkan: lakukan pendidikan dengan hikmah, kebijaksanaan, nasihat dan diskusi yang baik (Q.S. An Nahl: 125),
125. serulah ke jalan Tuhanmu (Wahai Muhammad) Dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran Yang baik, dan berbahaslah Dengan mereka (yang Engkau serukan itu) Dengan cara Yang lebih baik; Sesungguhnya Tuhanmu Dia lah jua Yang lebih mengetahui akan orang Yang sesat dari jalannya, dan Dia lah jua Yang lebih mengetahui akan orang-orang Yang mendapat hidayah petunjuk.
Perbetulkan kesalahan mereka itulah orang-orang Yang diketahui oleh Allah akan apa Yang ada Dalam hati mereka, oleh itu berpalinglah Engkau daripada mereka, dan nasihatilah mereka, serta Katakanlah kepada mereka kata-kata Yang boleh memberi kesan pada hati mereka. (surah an-nisaa: 63) _kisah golongan munafik_ Komitmen dan berpendirian
Guru perlu memberi komitmen dalam pendirian yang benar, tidak mengikuti hawa nafsu, adil dan menunjukkan identiti Muslim Allah berfirman: "Jangan! jangan fikir (akan berlaku apa Yang Engkau bimbangkan itu)! oleh itu pergilah kamu berdua membawa mukjizat-mukjizat Kami (yang membuktikan kebenaran kamu); Sesungguhnya Kami ada bersama-sama kamu mendengar (apa yang mereka katakan). (Q.S. Asy Syuara: 15,) Merasa Rendah Diri dan hamba-hamba (Allah) Ar-Rahman (yang diredhaiNya), ialah mereka Yang berjalan di bumi Dengan sopan santun, dan apabila orang-orang Yang berkelakuan kurang adab, hadapkan kata-kata kepada mereka, mereka menjawab Dengan perkataan Yang Selamat dari perkara Yang tidak diingini- (surah al-furqan: 63) Dari Anas r.a ia berkata, Bahawa apabila Rasulullah s.a.w berjabat tangan atau ada orang mengajaknya berjabat tangan, maka baginda tidak melepaskan tangannya terlebih dahulu. Apabila berhadapan wajah, baginda tidak mengalihkan wajahnya sehinggalah orang yang berhadapan dengan baginda mengalihkannya terlebih dahulu. Dan bahagian hadapan lututnya tidak akan kelihatan ketika duduk berhadapan dengan seseorang. (Dirawayatkan oleh Tirmidzi dan Ibnu Majah) Tidak Berputus Asa Yusuf - ayat 87. "Wahai anak-anakku! Pergilah dan intiplah khabar berita mengenai Yusuf dan saudaranya (Bunyamin), dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat serta pertolongan Allah. Sesungguhnya tidak berputus asa darirahmat dan pertolongan Allah itu melainkan kaum yang kafir" Kaedah Pengajaran Rasulullah S.A.W Kuliah dan khutbah Dialog dan perbincangan Soal jawab Hafalan Perdebatan Cerita Menggunakan gaya atau isyarat Lukisan Praktikal atau demonstrasi Galakan mempelajari bahasa asing Menggunakan statistik Perancangan ilmiah
Kuliah dan Khutbah Disampaikan di rumah dan masjid.
Dialog atau perbincangan Berbentuk 2 hala : daripada pihak guru dan pihak murid. Soal jawab Rasulullah bersoal jawab dengan malaikat Jibril tentang rukun iman, rukun islam, ihsan dan kiamat Tujuannya untuk mengajar orang ramai. Hafalan Apabila turun wahyu kepada baginda, baginda terus menghafalnya supaya tidak lupa sehinggalah turun jaminan Allah yang akan menetapkan ingatan baginda terhadap wahyu. Firman Allah : surah Al-Qiyamah ayat 16-19 Perdebatan Baginda bercerita tentang perdebatan nabi Ibrahim dengan Namrud. Firman Allah : surah Al-Baqarah ayat 258
Cerita Rasulullah banyak menggunakan kaedah bercerita dalam menyampaikan ajaran Islam. Di dalam Al-Quran terdapat banyak cerita- cerita lampau seperti cerita nabi-nabi dan umat-umat terdahulu. Firman Allah : surah An-nisa ayat 164 Menggunakan gaya atau isyarat Contohnya, baginda menjawab pertanyaan tentang orang yang memelihara anak yatim, dengan sabda baginda :
maksudnya : Aku dan orang memelihara
anak yatim seperti dua ini (sambil diisyaratkan ibu jari dan jari tengah) Lukisan Baginda pernah menggunakan ranting kayu untuk menggaris di atas tanah dalam mentafsirkan ayat Al-Quran. Firman Allah : surah Al-Anam ayat 153 Praktikal dan demonstrasi Baginda bukan sahaja mengajar dengan lidah bahkan segala tingkahlaku baginda menunjukkan apa yang diajar. Sebagaimana yang dijelaskan dalam Al- Quran surah Al-Ahzab ayat 21 Galakan mempelajari bahasa asing
Diriwayatkan bahawa Zaid bin Thabit telah menjelaskan dengan ungkapan bermaksud, Rasulullah pernah memerintahkan aku mempelajari bahasa dan tulisan Siryani. Demi Allah, orang Yahudi sendiri tidak percaya akan tulisanku. Aku sudah menguasai bahasa itu dalam masa kurang daripada setengah bulan. Pada ketika itu, aku menjadi penulis Baginda untuk menulis surat kepada mereka (Yahudi) dan membacakan surat-surat yang datang daripada mereka (Yusuf Qardhawi, 1989). Rasulullah telah menggunakan kaedah statistik ini sebaik sahaja baginda mendirikan negara Islam Madina. Bukhari dan Muslim meriwayatkan daripada Huzaifah bin Al-Yaman (r.a) :
Maksudnya : kami pernah bersama-sama Rasulullah
dan Baginda bersabda : buatlah data untukku sesiapa yang sudah memeluk Islam
Menggunakan statistik Perancangan ilmiah Rasulullah mengutamakan perancangan dalam mendidik para sahabat dan tidak mengajar mereka bertawakal secara membuta tuli. Contoh : Peristiwa Hijrah Nabi ke Madinah Rujukan Sheikh Abd Fattah Abu Ghuddah berjudul ar- Rasul al-Muallim ( Rasul Sebagai Seorang Guru ) Ahmad Mohd Salleh, Pengajian Agama Islam & j-QAF Metodologi dan Pedagogi Pendidikan