Kelompok Manusia Objektif: 1. Menjelaskan konsep budaya dan kepelbagaian kelompok di Malaysia 2. Mengenal pasti kelompok dan penempatan kelompok 3. Mengenal pasti jenis demografi kelompok PENGENALAN Malaysia merupakan negara berbilang bangsa dan keturunan Integrasi nasional bertujuan menyatukan semua lapisan masyarakat supaya berkongsi persefahaman dan pemikiran antara kaum serta merapatkan hubungan semua negeri di Malaysia
Pengertian dan Konsep Budaya Budaya berasal daripada perkataan Sanskrit buddhayah yang terbentuk daripada perkataan buddhi (Budi atau akal) Perkataan Inggerisnya Culture (Bahasa Latin Colere) bermaksud mengolah atau mengerjakan Kamus Dewan (2007) Budaya sebagai tamadun, peradaban, kemajuan fikiran dan akal budi
Pengertian dan Konsep Budaya Budaya merupakan keseluruhan pemikiran dan hasil karya manusia berasaskan pembelajaran dalam semua aspek kehidupan (koentjaraningrat, 2002) Sebagai konsep menyeluruh yang mengandungi ilmu pengetahuan, kepercayaan, kesenian, tatasusila, undang- undang, adat resam dan lain-lain kebolehan serta kebiasaan yang diperolehi oleh manusia sebagai anggota masyarakat (Edward B. Taylor)
Definisi Budaya Budaya adalah tenaga fikiran, usaha rohani atau kuasa penggerak jiwa. Manusia mempunyai kemampuan menggunakan segala tenaga sama ada fizikal atrau rohani ke arah menggerakkan jiwa bagi mencapai hasrat dan nilai yang diingini. Hasrat dan nilai perlulah diterima oleh masyarakat. Ini membentuk norma dalam masyarakat. (Nik Safiah Karim) Definisi Budaya Dictionary of Philosophy (1996) Budaya sebagai way of life of people, including their attitudes, values, beliefs, arts, sciences, modes of perceptions, and habits of thoughts and activities. Mohd Taib Osman (1988) budaya sebagai suatu himpunan kelengkapan intelektual dan kebendaan yang mampu memenuhi kehendak biologi dan masyarakat serta menyesuaikannya dengan alam sekeliling Definisi Budaya E.B. Taylor Budaya merupakan keseluruhan kompleks yang mengandungi ilmu pengetahuan, kepercayaan, kesenian, moral, undang-undang, adat dan sebarang bentuk kebiasaan L.A.White menjelaskan budaya ialah satu organisasi fenomena tindakan (pola tingkah laku), objek, idea, sentimen (nilai) yang bergantung kepada simbol-simbol. Tingkah laku dan nilai itu diterima oleh masyaraakat secara kolektif. 7 Unsur Utama Budaya (Koentjaraningrat, 2002) Agama dan upacara keagamaan Sistem dan organisasi kemasyarakatan Sistem pengetahuan Bahasa Kesenian Sistem ekonomi Sistem teknologi dan peralatan Pengertian Kebudayaan Keseluruhan cara hidup manusia yang merangkumi cara bertindak, berkelakuan dan berfikir. Kebudayaan juga merupakan segala hasil kegiatan dan penciptaan yang berupa kebendaan atau kerohanian sesuatu masyarakat Pengertian Kebudayaan Kebudayaan mempunyai hubungan yang erat dengan masyarakat. Kebudayaan sebagai sesuatu yang diwarisi secara turun temurun dari satu generasi ke satu generasi yang lain Ciri-ciri Budaya Budaya boleh dipelajari Dikongsi Bersifat sejagat Boleh diwarisi Berubah-ubah Mempunyai unsur simbolik Adanya pandangan semesta (World view)
Kesimpulan Definisi Budaya Budaya merupakan satu cara hidup yang diamalkan dalam kehidupan bermasyarakat. Budaya juga merujuk kepada satu cara hidup yang diamalkan oleh kebanyakan orang termasuk pemikiran, nilai kepercayaan, pandangan dan tabiat berfikir dalam menghadapi sesuatu perkara atau situasi Perkembangan budaya mengikut perkembangan masyarakatnya Ciri-ciri budaya adalah sama antara satu masyarakat dengan masyarakat yang lain Budaya berubah mengikut masa maupun tempat
Kesimpulan Kebudayaan berkembang dan terus dicipta mengikut kesanggupan masyarakatnya Kebudayaan tidak diperturunkan melalui baka Manusia membentuk budaya. Perkembngan kebudayaan mengikut perkembangan masyarakat itu sendiri Refleksi 1. Tidak ada masyarakat maka tidak ada budaya. Bincangkan pernyataan ini.
2. Bagaimanakah dikatakan perkembangan kebudayaan mengikut perkembangan masyarakatnya? KOMPONEN BUDAYA Budaya boleh digolongkan kepada dua komponen utama iaitu material dan bukan material. Komponen material merujuk kepada ciptaan ke generasi berikutnya masyarakat yang nyata dan konkrit. Contoh: peralatan dan kelengkapan hidup seperti rumah, barang-barang, pakaian, dsbnya. KOMPONEN BUDAYA Komponen bukan material ialah ciptaan-ciptaan abstrak seperti ilmu pengetahuan, kepercayaan, adat istiadat, nilai-nilai serta peraturan- peraturan (hukum) yang berkaitan dengan tingkah laku, cerita-cerita rakyat, lagu atau tarian tradisional Lima Unsur Utama Budaya Simbol atau lambang Bahasa Nilai dan Kepercayaan Norma Teknologi Simbol atau Lambang Simbol merupakan perwakilan kepercayaan budaya yang membawa makna dan identiti masyarakat tersebut Keris bagi masyarakat melayu melambangkan lambang kepahlawanan Bahasa Bahasa membolehkan ahli masyarakat berhubung sama ada secara lisan atau bukan lisan Bahasa merupakan alat komunikasi Dialek atau loghat hanya difahami oleh kelompok itu sendiri Transmisi budaya dapat dilakukan melalui bahasa Nilai dan Kepercayaan Nilai dan kepercayaan merupakan standard yang digunakan untuk menilai keadaan masyarakat seperti kebaikan atau kecantikan Kepercayaan merupakan rumusan atau tafsiran tentang masa lalu, penjelasan tentang masa kini atau ramalan untuk masa hadapan Nilai ialah prinsip-prinsip umum yang berasaskan kepercayaan iaitu yang dianggap benar, betul atau sebaliknya Nilai menjelaskan apa yang sepatutnya dilakukan manakala kepercayaan menerangkan apa yang sebenar
Norma Norma merupakan peraturan atau ketentuan yang telah menjadi kebiasaan yang dijangka akan dipatuhi oleh setiap anggota masyarakat Norma dikaitkan dengan peraturan dan jangkaan yang membimbing perlakuan ahli masyarakat Norma merupakan standard yang dipersetujui bersama dalam masyarakat Norma proskriptif ialah panduan apa yang tidak boleh dilakukan Norma preskriptif ialah apa yang boleh dilakukan Teknologi Teknologi merupakan alat atau kaedah yang digunakan dalam kehidupan seharian sesuatu masyarakat Pengetahuan praktis dan peralatan untuk meningkatkan penggunaan tenaga serta mengubah persekitaran untuk kegunaan manusia Aspek-aspek lain dalam budaya Resam: merupakan adat atau peraturan yang berkaitan dengan hukum adat seperti upacara peminangan dilakukan oleh lelaki. Mores ialah norma yang lebih kuat dan tidak ada tolerensi jika tidak dipatuhi seperti kewajipan anak menghormati orang tua Budaya dalam konteks pendidikan Sekolah merupakan sebahagian daripada budaya masyarakat Murid-murid dididik untuk berbudaya sebagaimana yang dikehendaki oleh masyarakat Budaya dalam masyarakat mempengaruhi budaya di sekolah Tanggungjawab guru untuk menerapkan nilai kebendaan dan bukan kebendaan mengikut acuan masyarakat Malaysia Murid yang keluar dari sistem persekolahan mempunyai budaya Malaysia yang diterima oleh pelbagai lapisan masyarakat dan pelbagai kaum
Pengertian dan Konsep Kepelbagaian Kelompok Etnik: Perkataan Greek yang bermaksud manusia atau negara Etnik merujuk kepada sekumpulan manusia yang berlandaskan keturunan dan warisan budaya yang sama Mempunyai rasa kepunyaan terhadap negara asal, makanan, bahasa, muzik, agama, pakaian, nama keluarga atau adat Sambungan konsep Etnik Etnik mempunyai organisasi yang formal Etnik mempunyai sikap yang menunjukkan perbezaan, tentangan dan prasangka. Penggunaan perkataan kita dan mereka iaitu golongan di dalam dan di luar kelompok Konsep lain berkaitan Etnik Etniksiti: merujuk kepada rasa kekitaan sesuatu kumpulan etnik Etnosentrisme: kepercayaan atau sikap bahawa budaya etnik mereka adalah lebih baik dan tinggi daripada budaya kelompok etnik yang lain Diskriminasi merupakan pandangan, pemikiran dan kepercayaan negatif sekelompok etnik terhadap kelompok etnik yang lain Ras Ras ialah kelompok manusia yang mempunyai persmaan dari segi fizikal Ras dikatakan sebagai kelompok sosial yang mempunyai pengenalan kolektif berasaskan ciri-ciri fizikal-biologikal Ciri-ciri fizikal ditentukan oleh baka yang diwarisi Contoh ras ialah Mongoloid, Negroid dan Austroloid Konsep Rasisme dikaitkan dengan ras. Rasisme merupakan kepercayaan ada ras yang lebih unggul dan ada ras yang berstatus lebih rendah Minoriti Merujuk kepada bilangan penduduk. Kriteria yang digunakan untuk mengkategorikannya ialah etnik dan ras Masyarakat Masyarakat merupakan satu kumpulan manusia yang berhubung secara tetap dan tersusun serta menjalankan aktiviti secara kolektif Masyarakat sebagai kelompok manusia yang hidup saling berorganisasi, berbincang, bekerjasama dalam mengatur kerja secara kolektif, mampu menyetukan buah fikiran dan tindakan sehingga menjalin hubungan serta membentuk kebudayaan Ciri-ciri utama masyarakat ialah berkelompok, berbudaya, mengalami perubahan dan saling berinteraksi
Kelompok Didefinisikan sebagai dua atau lebih individu yang berinteraksi, saling bergantung dan saling bergabung untuk mencapai sasaraan tertentu Kelompok boleh bersifat formal dan bukan formal Kelompok formal merujuk kepada kelompok yang ditetapkan oleh struktur organisasi untruk menjalankan tugas-tugas dan diarahkan untuk tujuan organisasi Dua jenis kelompok Kelompok Asas
Ciri-ciri kelompok asas ialah: Interaksi bersemuka yang berterusan Identifikasi peribadi yang kuat dengan kelompok Hubungan kemesraan yang erat dalam kalangan ahli Hubungan yang pelbagai bentuk Hubungan yang lebih berkekalan Hubungan melibatkan emosi contoh: rindu jika berjauhan
Kelompok Sekunder Ciri-ciri kelompok asas ialah: Interaksi bersemuka yang terhad Identifikasi peribadi dengan kelompok lemah Pertalian antara ahli kelompok lemah Hubungan antara ahli renggang dan terhad Hubungan biasanya tidak berkekalan Hubungan formal dan tidak melibatkan perasaan Contoh: kehidupan dibandar besar
Refleksi Bezakan pengertian etnik dan ras dalam konteks negara kita
Dalam kumpulan kecil bincangkan adakah wujud etniksiti dan etnosentrisme dalam masyarakat majmuk di Malaysia Jenis dan Demografi Kelompok di Malaysia Malaysia sebuah negara berbilang bangsa dan agama, majoriti penduduknya orang Melayu Perlembagaan Malaysia Perkara 160(2) mentakrifkan orang Melayu ialah mereka yang bertutur dalam bahasa Melayu, mengamalkan adat resam Melayu dan beragama Islam Istilah bumiputera sering digunakan. Bumiputera dianggap kaum asal Malaysia termasuk orang Asli, Iban, Kadazan, Dusun dan lain-lain Demografi Kelompok di Malaysia Perangkaan penduduk 2009 menunjukkan penduduk Malaysia 28.46 juta iaitu 26.39 juta warganegara dan 2.07 juta bukan warganegara Warganegara terdiri daripada: Orang Melayu 14.49 juta (54%) Orang Cina 6.46 juta (25%) Orang India 1.95 juta (7.5%) Bumiputera lain 3.14 juta (11.8%) Kaum-kaum lain 342.3 ribu (1.7%)
Demografi Kelompok di Malaysia 50% penduduk di Sarawak dan 66% penduduk di Sabah terdiri daripada bumiputera bukan Melayu Terdapat kira-kira 30 etnik di Sarawak. Etnik paling besar ialah Iban Di Sabah, terdapat lebih 30 etnik lebih 80 dialek. Etnik terbesar ialah Kadazan-Dusun, Bajau dan Murut Di Semenanjung Malaysia orang Asli terdiri daripada tiga kumpulan besar iaitu Negrito, Melayu Proto, dan Senoi Tujuan mengkaji Demografi kelompok Pembangunan ekonomi kelompok sesebuah lokasi untuk kesejahteraan rakyat Aspek pendidikan yang boleh membangunkan ekonomi penduduk Keterbatasan sumber, pilihan dan mengambil keputusan ekonomi
Ciri ciri Pengelompokan Masyarakat Melayu SUB-ETNIK JAWA MINANG BUGIS BANJAR LAIN-LAIN KELOMPOK RAS DALAM MASYARAKAT
HOMO-SAPIENS JENIS-JENIS RAS CAUCASOID MONGOLOID NEGROID AUSTROLOID AMERICAN INDIAN CAUCOSOID- Orang Eropah Putih Bibir nipis Kulit putih Mata besar Rambut lurus Tinggi Hidung mancung NEGROID- Orang Negro Hitam Bibir tebal Kulit hitam Mata besar Rambut kerinting Tinggi Kaki kurus MONGOLOID- Orang Asia Kuning Hidung kurang mancung Kulit berwarna Rambut lurus atau kerinting Mata agak kecil Badan kecil
AMERICAN INDIAN- Orang Asli Amerika Red Indian Kulit merah Rambut lurus Hidung sederhana Bentuk muka bersegi Mata besar
AUSTROLOID- Orang Asli Australia kelabu Kulit kelabu Rambut kerinting Hidung besar Mata besar
Definisi Demografi Dari bahasa Yunani Demos yang bermaksud rakyat atau penduduk sesuatu kawasan Grafein bermaksud menggambar atau menulis tentang sesuatu perkara Demografi sebagai tulisan atau karangan tentang rakyat atau penduduk sesuatu lokasi
Demografi Kelompok di Malaysia Penduduk Malaysia tahun 2006 berjumlah 26.64 juta. Melayu (54%), Cina (25%), India (7%), Lain-lain iaitu Orang Asli, Sikh dan etnik di Sabah dan Sarawak (14%) Umumnya Melayu dirujuk sebagai penduduk asal rantau alam Melayu ini Kelompok-kelompok kecil Melayu seperti Jawa, Minang, Krinci, Bugis dll berusaha membina kelompok masing-masing dan menjadi sub-budaya bagi budaya Melayu Menurut Perlembagaan Malasia, Melayu iailah berbahasa Melayu, berbudaya Melayu dan beragama Islam
Orang Melayu Orang Melayu berasal daripada keturunan mereka yang mendiami kepulauan Nusantara Orang Melayu telah membina asas peradaban yang mantab sebelum bertembung dengan dengan peradaban India dan Islam. Tamadun Islam memperkukuhkan peradaban Melayu. Namun perdaban yang datang tidak menghilangkan identiti budaya Melayu. Kemunduran orang Melayu dalam ekonomi berpunca dari dasar penjajah British Orang Melayu kuat dari segi pegangan politik
Orang Cina Kehadiran orang Cina sejak Kesultanan Melaka Kedatangan secara besar-besaran berikutan penemuan bijih timah sekitar 1884 Penghijrahan orang Cina akibat kesukaran hidup di negara China, keadaan politik tidak stabil, kemudahan berhijrah dll. Orang Cina mrenguasai ekonomi melalui perniagaan Mula bergiat dalam politik selepas perang dunia ke-2
Orang India Mula datang melalui perdagangan Penghijrahan sebagai buruh di ladang tebu dan sebagai pembantu demostik Penghijrahan besar-besaran untuk bekerja di estet-estet. Ramai terlibat dalam bidang guaman, perubatan dan perniagaan Majoriti datang dari India selatan dan beragama Hindu. Ada juga yang beragama Islam
Peribumi Sabah dan Sarawak Di Sabah terdapat 23 suku kaum seperti Kadazan, Bajau, Murut, Suluk dan Orang Brunei. Di Sarawak suku kaum terbesar ialah Melayu, Melanau, Iban, Bidayuh, Penan dan Kelabit Suku kaum di Sabah dan Sarawak dibezakan oleh kawasan tempat tinggal, ekonomi, sosial dan budaya
Orang Asli Boleh dibahagikan kepada tiga rumpun iaitu Senoi, Negrito dan Melayu Asli. Terdapat 18 suku kaum dari 3 rumpun tersebut Ekonomi majoriti Orang Asli berasaskan pertanian sara diri Sebahagian besar Orang Asli beragama animisme Tahap pendidikan Orang Asli amat rendah berbanding kelompok etnik yang lain
Faktor-faktor halangan integrasi antara budaya Kejahilan tentang kumpulan etnik yang lain Proses pemasyarakatan yang terbatas Politik perkauman Perbezaan sosio-ekonomi Perbezaan kebudayaan Segregasi atau pemisahan fizikal
Usaha pengintegrasian masyarakat majmuk 1. Usaha politik Perlembagaan yang menggariskan kesamarataan kaum. Seperti peruntukan memberi perlindung kepada kumpulan kaum tertentu Contoh hak keistimewaan orang melayu Akta-akta yang menjaga persefahaman anta kaum Akta mencegah isu-isu sensitif seperti Akta Hasutan
Usaha pengintegrasian masyarakat majmuk 2. Usaha ekonomi Memperbaiki ekonomi tanpa mengira kaum Mewujudkan keseimbangan ekonomi antara kaum Mengurangkan pengenalan kaum berdasarkan aktiviti ekonomi Penubuhan agensi kerajaan untuk membantu orang melayu
Usaha pengintegrasian masyarakat majmuk 3. Usaha Sosial dan Kebudayaan Memperkenalkan konsep kebudayaan nasional Penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa Rasmi dalam sistem pendidikan Mengurangkan pengenalan kaum berdasarkan aktiviti ekonomi Penubuhan agensi kerajaan untuk membantu orang melayu
Usaha pengintegrasian masyarakat majmuk 4. Pendidikan Murid perlu diberi kesedaran tentang memahami hubungan etnik Murid diberi peluang untuk memupuk hubungan antara etnik Guru memain peranan penting untuk memupuk semangat muhibah antara kaum Mengadakan aktiviti dalam program RIMUP
Usaha pengintegrasian masyarakat majmuk 5. Perana Agensi Kerajaan Penubuhan Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Rukun Negara sebagai Ideologi Kebangsaan Dasar Ekonomi Baru Dasar Pendidikan Kebangsaan Dasar Kebudayaan Kebangsaan Integrasi antara wilayah Usahasama badan-badan swasta, sektor komuniti dan ahli politik
Kesimpulan Terdapat perbezaan budaya antara satu masyarakat dengan masyarakat yang lain Oleh sebab terdapat kepelbagaian kelompok di Malaysia, guru perlu memberi pendidikan kepada semua murid tanpa pilih kasih Setiap murid diterapkan dengan nilai murni kaum yang lain supaya dapat menerima aspek perbezaan ang terdapat dalam masyarakat Murid perlu diberi kesedaran terhadap perbezaan etnik Perasaan kekitaan dapat diserap melalui perbagai aktiviti dalam pengajaran dan pembelajaran
Refleksi
1. Senaraikan empat ciri-ciri budaya? 2. Senaraikan faktor-faktor penghijrahan orang Cina ke Malaysia? 3. Apakah usaha kerajaan untuk mewujudkan integrasi etnik?
Kepribadian: Pengantar ilmu kepribadian: apa itu kepribadian dan bagaimana menemukan melalui psikologi ilmiah bagaimana kepribadian mempengaruhi kehidupan kita
ILMU PERUBAHAN DALAM 4 LANGKAH: Strategi dan teknik operasional untuk memahami bagaimana menghasilkan perubahan signifikan dalam hidup Anda dan mempertahankannya dari waktu ke waktu