Anda di halaman 1dari 6

1

Peranan Grafik Dalam Pengajaran dan Pembelajaran

Abstrak
 
Tujuan pendidikan termasuklah untuk mengoptimalkan kemampuan anak didik dan
membantu mengembangkan kemampuan yang sempurna secara fizik., intelektual dan
emosi. DePorter (Jamalludin & Zaidatul, 2005) dalam teorinya “Quantum learning”
menyatakan bahawa manusia memiliki potensi untuk berkembang (potential to growth)
hampir tidak terbatas. Namun kita hanya memanfaatkan sebahagian kecil sahaja
kemampuan tersebut “we live only a small part of the life we are given”. Ini disebabkan
kerana kita tidak mempunyai kaedah dan media yang tepat untuk mengembangkan
kemampuan tersebut. Pada akhir-akhir ini, perkembangan media sangat
memberangsangkan dengan kemunculannya teknologi multimedia. Menurut Gagne ( Nik
Ramelah, 2004) menjelaskan bahawa media pengajaran meliputi berbagai-bagai jenis alat
yang dapat memberi rangsangan untuk belajar. Penggunaan teknologi multimedia
merupakan alternatif yang tepat saat ini kerana multimedia dapat menyentuh seluruh
media pendidikan dalam satu perisian.

Pengenalan

Teknologi pendidikan adalah penggunaan prinsip-prinsip saintifik untuk merancang dan


melaksanakan sistem pengajaran dengan penekanan kepada pencapaian objektif
pendidikan dengan tepat dan boleh diukur, pemusatan kepada pelajar bukan
berorientasikan mata pelajaran, lebih bergantung pada teori pendidikan, kesahihan,
penemuan hasil kajian pendidikan menerusi analisis emprikal dan penggunaan alat
pandang dengar yang meluas. Menurut Zuraidah (Nik Ramelah, 2004) perkataan media
berasal dari “medium” yang bererti perantara atau pengantar. Perantara adalah pembawa
mesej yang hendak disampaikan oleh seseorang kepada orang lain. Mesej pula
merupakan apa sahaja maklumat yang akan disampaikan oleh seseorang samada dalam
bentuk verbal, visual atau isyarat melalui sesuatu media kepada pendengar.
2

Menurut Yusuf (Nik Ramelah, 2004) media juga sebagai suatu alat yang
mempunyai peranan untuk memperkembangkan intelektual pelajar. Briggs (Nik
Ramelah, 2004) pula berpendapat bahawa media sebagai alat fizikal atau suatu yang
dapat menyediakan maklumat untuk merangsang pelajar dalam pembelajarannya seperti
kaset, perisian komputer, gambar, carta dan sebagainya. Pada hakikatnya, teks, grafik,
audio, animasi dan video sudah lama digunakan untuk mempersembahkan sesuatu
konsep atau topik dalam sesuatu mata pelajaran. Secara ringkas, teknologi media
ditakrifkan sebagai suatu alat bagi menyampaian pengajaran bukan semata-mata
menggunakan penerangan lisan. Ini termasuklah penggunaan media pengajaran seperti
pita rakaman gambar bergerak, peta, glob, projektor overhed (OHP) dan trasperansi,
televisyen dan komputer.

Definisi Grafik

Grafik komputer adalah salah satu cabang disiplin ilmu informatika yang mempelajari
pembuatan gambar dengan menggunakan komputer. Menurut kamus Dewan Bahasa dan
Pustaka edisi keempat, grafik membawa maksud perkara berkenaan lukisan, ukiran dan
gambar rajah. Bahan grafik digunakan bagi membantu seseorang menyampaikan
informasi dengan cara yang paling ringkas, tepat dan efektif. Ia juga digunakan bagi
memudahkan pemahaman terhadap sesuatu konsep. Menurut Brown (Muhamad Hasan,
2000) grafik digunakan bagi mendapatkan kesesuaian idea yang tepat serta menjimatkan
masa. Sebagai contoh ‘kartun’ adalah satu daripada bahan grafik ia digunakan sebagai
satu daya tarikan kepada pelajar dan bagi menyampaikan mesej dengan cepat dan tepat.
Menurut Wittich dan Schuller (Muhamad Hasan, 2000) menerangkan bahawa grafik
adalah terdiri daripada bahan visual yang meringkaskan penerangan dan penilaian
tertentu menerusi gabungan penggunaan lukisan, perkataan, lambang, dan gambar-
gambar. Grafik juga merupakan alat, kaedah, dan pendekatan yang digunakan untuk
membuatkan komunikasi di antara guru dengan pelajar semasa proses pengajaran dan
pembelajaran lebih berkesan. Kanak-kanak biasanya tertarik kepada bahan grafik yang
ditunjukkan dan mereka sentiasa ingin tahu mengenai keadaan sekeliling dunia.
3

Panduan Menggunakan Grafik dalam Pengajaran dan Pembelajaran.

Apabila grafik digunakan dalam membina sesuatu persembahan dalam pengajaran dan
pembelajaran, tujuan utamanya ialah bagi menyediakan satu persekitaran yang lebih
cantik dan mampu menarik perhatian pelajar dan seterusnya dapat melahirkan naluri
ingin tahu pelajar. Selain itu, apa yang paling penting dalam mengaplikasi grafik ialah
mampu menyampaikan maklumat atau mesej dengan tepat dan tidak mengelirukan.
Terdapat beberapa garis panduan yang perlu diberi perhatian oleh guru semasa
mengaplikasikan media grafik dalam pengajaran dan pembelajaran. Antaranya (a)
memilih grafik yang bersesuian dengan kumpulan sasaran, (b) memilih grafik yang tidak
menyentuh sensitiviti kaum atau agama, (c) memilih kategori grafik yang sesuai dengan
keperluan tugas, (d) memilih kedalaman warna yang bersesuaian dengan keperluan
aplikasi, dan (e) menggunakan spesifikasi grafik yang boleh digunakan tanpa masalah
pada sistem berkeupayaan rendah. Dengan panduan tersebut, guru dapat menghasilkan
media grafik yang sesuai dan dapat menyampaikan informasi dengan cara yang paling
ringkas, tepat, dan efektif.

Selain itu, terdapat juga prinsip-prinsip am grafik yang perlu diberi perhatian
dalam penghasilan bahan grafik antaranya perancangan yang teliti perlu dibuat sebelum
menghasilkan media pengajaran supaya ia berkesan iaitu penentuan saiz yang perlu
dibuat berdasarkan kesesuaian pengguna. Seterusnya, susunan perlu dibuat sebelum
sesuatu bahan grafik dilaksanakan begitu juga dengan rekabentuk yang perlu dibuat lebih
awal. Rekabentuk hendaklah mudah supaya tidak mengelirukan pelajar dan bersifat
penyatuan yang berkait antara satu sama lain serta ditegaskan kepada satu idea sahaja
untuk memusatkan pemerhatian pelajar. Dalam perancangan perimbangan pula aspek
penting termasuklah pewarnaan, penghurufan, dan idea-idea yang hendak disampaikan.
Begitu juga dengan perancangan ilustrasi, warna, roda warna yang perlu diberi perhatian.
Seterusnya alat-alat mewarna seperti pen felt, pensel warna, kapur warna, kertas warna,
lut sinar dan cat air. Prinsip penghurufan termasuklah dari segi saiz, bentuk, alat-alat
penghurufan dan cara menggunakan merupakan aspek yang begitu penting diberi
perhatian.
4

Peranan Grafik dalam Pengajaran dan Pembelajaran.

Grafik sememangnya telah digunakan di dalam kehidupan manusia sejak dahulu dan
kepentingannya memang tidak dapat disangkal lagi. Samada bagi tujuan hiburan ataupun
pendidikan, grafik dikatakan mampu bertindak sebagai media penyampai mesej atau
maklumat yang amat berkesan. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, komunikasi
bukan hanya memerlukan suara, kata-kata dan isyarat semata-mata, tetapi juga
memerlukan alat dan bahan agar pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih berkesan
dan sampai mesejnya serta mendapat sambutan dari pelajar. Dalam proses ini, pelajar
perlu disediakan oleh guru dengan pelbagai punca penanggapan. Semakin banyak
pancaindera yang digunakan maka semakin berkesan pembelajaran itu. Ini
memandangkan segala bentuk mesej yang diterima oleh manusia melalui pancaindera
penglihatan mereka dapat diterima dengan lebih terperinci dan ini menyebabkan ianya
mudah difahami dan seterusnya dikekalkan di dalam ingatan. Grafik juga dikatakan
mampu menyediakn visual bagi menerangkan sesuatu konsep yang sukar diterangkan
menerusi penggunaan teks semata-mata. Ianya juga mampu menambahkan daya tarikan
dan seterusnya menarik perhatian pelajar dengan lebih mudah. Penggunaan grafik juga
dapat mempercepatkan proses penyampaian sesuatu maklumat dan ia juga dapat
menyediakan maklumat yang jelas, tepat, dan konsisten diantara individu yang berbeza.

Sememangnya grafik memainkan peranan yang penting dalam pendidikan


(pengajaran dan pembelajaran). Rancangan kartun yang merupakan satu bentuk grafik
kegemaran kanak-kanak yang boleh digunakan secara berkesan untuk membantu proses
pengajaran guru di bilik darjah. Keberkesanan penggunaan grafik dalam menarik minat
pelajar memfokus perhatian terhadap pengajaran terbukti apabila satu kajian
penyelidikan media teknologi mendapati 83 peratus proses pembelajaran pelajar
dilakukan melalui penglihatan. Menurut Maizurah Omar (Nik Azis Nik Pa, 1989)
gambaran grafik di televisyen atau komputer yang memaparkan keadaan dunia sebenar
boleh memberi pengalaman konkrit bagi memudahkan proses pengajaran dan
pembelajaran. Program televisyen terutamanya yang berbentuk pendidikan merupakan
rangsangan kepada perubahan proses pengajaran berbanding kaedah pengajaran tradisi.
5

Grafik juga berperanan besar dalam pendidikan sebagai penerangan, alat


pendorong dan pemberitahuan. Grafik digunakan untuk menerangkan konsep, idea dan
proses, serta digunakan untuk merangsang minat dan memberi maklumat. Terdapat
banyak lagi fungsi grafik seperti meningkatkan ketahanan ingatan, menimbulkan respons
emosi, memperkayakan pembacaan dan sebagai bahan demonstrasi. Pendek kata,
penggunaan grafik dapat diaplikasikan untuk menyampaikan pelbagai maklumat dalam
pendidikan. Program televisyen menyediakan grafik-grafik yang boleh digunakan oleh
guru untuk mencapai fungsi-fungsi tersebut. Oleh itu para pendidik perlu mengambil
langkah-langkah tertentu untuk memastikan grafik yang digunakan mempunyai nilai
pendidikan yang maksimum. Guru-guru perlu memilih format dan jenis grafik yang
bersesuaian dengan sesuatu aktiviti. Ini kerana objektif sesuatu pelajaran akan
mempengaruhi jenis dan tahap grafik yang digunakan. Sebagai contoh, penggunaan
grafik untuk kelas kesusasteraan Melayu tentunya berlainan daripada grafik untuk
menerangkan konsep yang abstrak.

Peranan lain adalah melalui grafik membolehkan pelajar mempelajari ilmu yang
ada di dalamnya yang sesuai dengan minat, kesukaan, bakat, keperluan, pengetahuan dan
emosinya. Kemampuan grafik memberi pengajaran secara persendirian (melalui sistem
tutor peribadi) bukan bererti tiada pengajaran secara langsung daripada guru (orang
dewasa). Pengajaran langsung daripada guru tetap dikekalkan tetapi grafik boleh
menyenangkan dan mempermudah pengajaran guru terutamanya guru tidak perlu
mengulang penerangan jika pelajar tidak faham. Pakej boleh dilihat berulangkali
sehingga pelajar faham. Namun, untuk kesan yang lebih baik, guru harus sentiasa
menjadi pembimbing kepada murid. Selain daripada itu grafik juga memberikan motivasi
untuk belajar, memberikan penjelasan yang lebih berkesan dan lengkap terhadap sesuatu
permasalahan. Ia juga memudahkan pelajar mengulangkaji , mengadakan latihan dan
mengukur kemampuan kerana grafik membolehkan pelajar untuk berinteraksi dengan
bahan grafik. Oleh itu kehadiran gafik dalam proses pembelajaran sangat dirasakan
manfaatnya. Bagi perancang bahan grafik perlu mendalami rekabentuk pembelajaran agar
bahan grafik yang dibina lebih terarah dan terancang sesuai dengan objektif pengajaran
yang telah ditetapkan.
6

Penggunaan grafik dalam proses pengajaran dan pembelajaran juga dapat


menyediakan asas yang kuat kepada pelajar dalam memahami dan mengamati sesuatu
konsep yang sedang dipelajari di mana pelajar dapat menggunakan pancaindera
pendengaran dan penglihatan dalam menghayati bahan. Seterusnya menghasilkan
pembelajaran yang kekal dan berkesan kepada pelajar berbanding belajar menggunakan
teks sahaja. Hal ini, secara langsung dapat merangsang murid untuk belajar dan berminat
untuk melibatkan diri dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

 Walaubagaimanapun penggunaan teknologi untuk penambahan nilai kepada


sesuatu bahan sumber memerlukan kemahiran dan pengetahuan yang mencukupi. Tidak
dinafikan, faktor masa mungkin menjadi kekangan kepada guru menyediakan bahan-
bahan ini. Selain daripada faktor peluang untuk mendapatkan ilmu pengetahuan. Di
samping itu juga, guru juga perlu mahir menggunakan bahan-bahan yang dikenal pasti
itu dengan optimum untuk mencapai kesan yang baik.

Kesimpulan

Walaupun grafik berperanan dalam proses pembelajaran bukan bermakna bahawa grafik
adalah penentu keberhasilan pembelajaran kerana masih banyak faktor yang menentukan
keberhasilan pembelajaran antaranya, keadaan motivasi belajar, keadaan sosial, ekonomi
dan pendidikan keluarga, situasi pada saat pembelajaran, kurikulum dan guru. Dalam
penggunaan grafik, apabila seseorang pelajar faham dan cekap maka aktiviti akan
berjalan dengan baik dan menguasai bahan pelajaran sedangkan apabila sebaliknya, maka
grafik tersebut bukannya untuk mempermudah bahkan mungkin akan menghambat
keberhasilan. Oleh itu, seseorang guru mesti mempunyai pengetahuan asas grafik untuk
membuat persediaan ‘Bahan Bantu Mangajar’ (BBM) asas. Pemahaman asas grafik
membolehkan seseorang guru menghasilkan BBM yang sistematik dan efektif. Mengikut
Kemp (Muhamad Hasan, 2000) seseorang itu tidak semestinya mempunyai pengetahuan
dan latar belakang seni yang tinggi bagi membentuk sesuatu BBM, memadailah jika
mempunyai pengetahuan asas grafik. Hal ini kerana media grafik memainkan peranan
penting dalam pengajaran dan pembelajaran.

Anda mungkin juga menyukai