Anda di halaman 1dari 3

TAJUK FORUM: ROKOK SETIAP SEDUTAN MEMBAWA PADAH

Pengerusi : Bismillahhirahmannirrahim, Assalamualaikum Warahmatullahi


Wabarakatuh Warga dewan sekalian, bertemu kita lagi dalam gelanggang Forum
Remaja. Topik kita pada hari ini ROKOK-Setiap Sedutan Membawa Padah.
Bersama saya adalah 3 orang ahli panel yang tidak asing lagi. Jangan ragu dan
jangan risau kerana nampaknya warga dewan kita khususnya para jejaka tidak
senang duduk melihat kejelitaan tiga orang ahli panel kita pada hari ini . Baiklah di
sebelah kanan saya, ahli panel pertama,saudari (nama). Selamat datang saudari.
Seterusnya ahli panel kedua, ayu berbaju kurung saudari (nama). Selamat datang
saudari. Dan di hujung sana, nampak pemalu tapi bijak berkata-kata, saudari
(nama). Selamat datang juga buat saudari. Baiklah sebelum saya menyimpang lebih
jauh , soalan saya pada panel pertama, apakah kandungan yang boleh kita dapati di
dalam rokok?

Panel Pertama: Terima kasih kepada saudari pengerusi, Setiap batang rokok yang
dinyalakan akan mengeluarkan lebih 4 000 bahan kimia beracun yang
membahayakan dan boleh membawa maut. Dengan ini setiap sedutan itu
menyerupai satu sedutan maut. Di antara kandungan asap rokok termasuklah bahan
radioaktif (polonium-201) dan bahan-bahan yang digunakan di dalam cat (acetone),
pencuci lantai (ammonia), ubat gegat (naphthalene), racun serangga (DDT), racun
anai-anai (arsenic), gas beracun (hydrogen cyanide) yang digunakan di "kamar gas
maut" bagi pesalah yang menjalani hukuman mati, dan banyak lagi. Bagaimanapun,
racun paling penting adalah Tar, Nikotin dan Karbon Monoksida.

Pengerusi : Terima kasih kembali kepada panel pertama kita. Sebentar tadi panel
pertama ada menyatakan bahawa teradapat 3 racun yang paling penting di dalam
rokok iaitu tar, nikotin, dan karbon monoksida. Bolehkah saudari panel kedua
menerangkan kenapa tiga bahan ini dianggap paling berbahaya?

Panel Kedua:Soalan yang amat menarik saya akan menerangkan satu persatu.Tar
mengandungi sekurang-kurangnya 43 bahan kimia yang diketahui menjadi
penyebab kanser (karsinogen). Manakala Nikotin, seperti najis dadah heroin,
amfetamin dan kokain, bertindak balas di dalam otak dan menyebabkan ketagihan.
Oleh itu terlalu sukar untuk sesiapa yang telah terjerat dengan ketagihan merokok,
meninggalkan tabiat itu untuk selamanya.Dan yang terakhir ialah Karbon
Monoksida pula adalah gas beracun yang biasanya dikeluarkan oleh ekzos
kenderaan. Gas ini menjejaskan bekalkan oksigen ke tisu-tisu hingga ianya menjadi
terencat.

Pengerusi : Terima kasih kepada panel kedua kita, sekarang sudah terang lagi
bersuluh bahawa rokok itu sendiri boleh membawa kemudaratan terhadap diri.Jika
dua panel kita tadi menerangkan tentang kandungan berbahaya yang terdapat di
dalam rokok saya ingin meminta panel ketiga kita untuk menghuraikan apakah
kesan yang boleh disebabkan oleh asap rokok pada perokok dan orang sekeliling?

Panel Ketiga : Terima kasih kerqna menjemput saya untuk berbicara dalam majlis
forum ini, antara kesan asap rokok kepada perokok dan orang sekeliling ialah kanser
paru-paru, trakea, bronkus, mulut dan esofagus (saluran pemakanan), di mana 90
peratus penyakit kanser paru-paru berpunca daripada tabiat merokok.Kajian saintifik
juga menunjukkan bahawa terdapat lebih empat ribu bahan-bahan kimia yang
terdapat pada asap rokok sebagai menyebabkan kanser. Perokok pasif ialah orang
yang tidak merokok namun diistilahkan sebagai perokok kerana mereka menyedut
asap rokok daripada perokok di sekeliling. Percaya atau tidak, risiko penyakit yang
dihadapi perokok pasif berkali ganda lebih daripada perokok.

Pengerusi: Panel kita yang ketiga tadi menerangkan impak asap rokok pada
perokok dan orang sekeliling daripada sudut kesihatan. Soalan saya kembali kepada
panel pertama, bolehkan saudari jelaskan impak asap rokok atau rokok itu sendiri
dari sudut ekonomi dan personaliti.

Panel Pertama:Daripada segi ekonomi, secara purata, perokok membelanjakan
wang lebih kurang RM1,000 setiap tahun untuk merokok. Manakala rawatan
perubatan dengan anggaran RM240 setahun. Ini bermakna perokok membazirkan
wang mereka dengan banyak sepanjang hidup mereka. Oleh itu perbuatan merokok
samalah seperti membakar duit sendiri. Kemudian daripada sudut personaliti, asap
rokok meninggalkan bau pada rambut, baju, bibir kering, gigi berwarna kekuningan,
manakala pernafasan yang berbau pula menjejaskan hubungan sosial.

Pengerusi: Pepatah Arab ada menyatakan bahawa tiada penyakit yang tidak boleh
diubati melainkan maut. Kepada panel kedua bolehkah saudari jelaskan tentang
kaedah yang betul untuk berhenti daripada tabiat merokok?

Panel Kedua:Terima kasih saudari pengerusi, di antara Kaedah Yang Betul Untuk
Berhenti Merokok ialah pertama tetapkan tarikh untuk berhenti merokok. Anda juga
mesti mengatakan pada diri anda bahawa "Aku bukan perokok". Selain itu anda
mesti menumpukan apa sahaja yang anda lakukan untuk melupakan tabiat merokok.
Sentiasa berfikiran positif juga penting. Anda juga perlu mendapatkan sokongan
daripada keluarga dan rakan-rakan.Yang paling penting adalah melawan keinginan
untuk merokok.

Panel Pertama: Maafkan saya saudari pengerusi, saya ingin menambah sedikit apa
yang dikatakan saudari panel kedua.

Pengerusi: Silakan saudari.

Panel Pertama: Terima kasih. Kita sedia maklum bahawa tabiat merokok dewasa ini
bermula dariapada usia remaja lagi. Oleh itu ibu bapa adalah kaunselor terbaik
kepada anak-anak yang merokok. Jangan dibiarkan sahaja mereka dengan tabiat
ini. Kata orang sayang isteri tinggal-tinggalkan, sayang anak tangan-tangankan. Ibu
bapa perlu menggunakan pendekatan yang tidak terlalu tegas dan tidak pula terlalu
lembut. Anak-anak ini jangan diberikan bunga sahaja, atau hanya diberi rotan
sahaja. Tetapi gunakan kedua-duanya, insyaallah akan berkesan pada jiwa mereka.

Pengerusi: Silakan saudari.

Panel Pertama: Terima kasih Jika panel kedua kita tadi menyebutkan tentang
kaedah berhenti merokok, saya pasti memang ramai yang tertanya-tanya tentang
apakah pula faedahnya kepada seseorang individu walaupun saya rasa jawapannya
sudah berlegar-legar di minda para penonton. Untuk mengusaikan kekusutan ini
saya minta panel kita yang ketiga untuk menjelaskan faedah berhenti merokok.

Panel Ketiga : Diantara Faedah Berhenti Merokok ialah kita insyaallah akan hidup
lebih lama selain itu kita juga dapat menghindari racun.Kemudian kita juga dapat
melindungi diri, keluarga dan orang lain daripada bahaya merokok.Keupayaan deria
rasa dan bau kita juga akan meningkat, gigi lebih putih dan nafas lebih segar dan
terakhir dapat mengelakkan budaya membazir dengan menggunakan wang untuk
membeli rokok kepada tujuan yang lebih baik dan bermanfaat.

Pengerusi: Terima kasih saya ucapkan kepada ketiga-tiga ahli panel kita kerana
sudi hadir dan sudi menyuakan pendapat masing-masing. Moga apa yang kita dapat
hari ini tidak sekadar masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. Nampaknya masa
amat mencemburui kita, sebelum berakhir mari kita sama-sama menepuk tangan
untuk diri sendiri kerana berjaya dan tekun mendengar perbincangan kita hari
ini.(tepuk tangan).Kesimpulannya tabiat merokok perlu dihentikan kerana ia bukan
sahaja menjejaskan kesihatan diri kita tetapi juga orang lain. pengayuh sudah
ditangan perahu sudah di air fikir-fikirkan dan jangan sekali berhenti berfikir!! Usah
menepuk dada menanya selera tetapi tepuklah dahi, bukalah minda, dan fikir-
fikirkanlah!!rokok setiap sedutan membawa padah!!! Terimalah serangkap pantun
indah daripada saya

Tuailah padi antara masak,
Esok jangan layu-layuan;
Intailah kami antara nampak,
Esok jangan rindu-rinduan.

Salam hormat, ceria-ceria selalu. Akhir kalam,

Orang putih, orang Pakistan,
Terima kasih syukran jaziilan.

Wabillah hitaufiq Walhidayah Assalamualaikum Warahmatullahhiwabarakatuh.

Anda mungkin juga menyukai