Anda di halaman 1dari 3

Pengenalan

Hubungan diplomatik yang terjalin di antara Malaysia-Jepun selepas


Tanah Melayu mencapai kemerdekaan berbentuk saling bergantung
memandangkan Jepun memerlukan bahan mentah dan pasaran Malaysia
manakala negara ini menagih pelaburan asing dan bantuan ekonomi Jepun.
Pada awal tahun 1980-an hubungan kedua negara ditingkatkan dengan
pelaksanaan Dasar Pandang Ke Timur oleh Perdana Menteri keempat Dr.
Mahathir Mohamad pada 8 Januari 1982.
Dasar ini bertujuan menjadikan Jepun sebagai model pembangunan bagi
Malaysia dari segi etika kerja serta sikap mereka seperti unsur-unsur
ketekunan, disiplin dalam kerja, taat setia pada negara, semangat kumpulan,
kemahiran dan seumpamanya yang bersesuaian dengan persekitaran Malaysia.
Contohnya, meniru etika kerja orang Jepun yang memberikan sumbangan
besar kepada daya pengeluaran mereka. Nilai-nilai tersebut penting bagi
melahirkan warga Malaysia yang berdisplin di samping meningkatkan
produktiviti negara bagi mencapai pembangunan negara. Mahathir percaya
kejayaan Jepun dalam bidang ekonomi selepas Perang Dunia Kedua adalah
berpunca daripada amalan budaya kerja positif rakyatnya. Ia juga bagi
memenuhi keperluan, keutamaan dan matlamat nasional dalam mencapai
pembangunan negara.
Pelaksanaan Dasar Pandang Ke Timur
Antara pelaksanaan yang dilakukan adalah perubahan struktur misalnya
kad perakam waktu kerja (punch card), pengguna tanda nama, dan penubuhan
pasukan meningkat mutu kerja. Penggunaan kad perakam waktu kerja (punch
card) misalnya, yang diperkenalkan ini bertujuan untuk melatih supaya para
pekerja untuk mematuhi jadual kerja yang telah ditetapkan.Di samping itu,
penggunan kad perakam ini memastikan agar setiap pekerja datang dan pulang
pada waktu yang sepatutnya. Contohnya mereka akan masuk kerja pada pukul
8 pagi manakala pulang pada 5 petang. Pengenalan sistem perakam waktu ini
bertujuan untuk memastikan agar setiap pekerja supaya berdisplin serta
menghargai masa yang ada tanpa membuang masa dengan melakukan
perkara-perkara tidak berfaedah seperti berbual kosong, berhimpun tanpa
arah tuju dan lain-lain lagi. Pengenalan sistem perakam waktu ini bukan sahaja
digunakan sektor kerajaan sahaja malah sektor swasta turut menggunakannya
dalam melatih para pekerja mereka.
Selain pelaksanaan perubahan struktur, perubahan lain yang dapat kita
lihat adalah pelaksanaan perubahan sikap. Melalui Dasar Pandang Ke Timur ini,
perubahan sikap dilihat berdasarkan kepada Perkhidmatan Cemerlang, Konsep
Bersih, Cekap dan Amanah (BCA), dan Kepimpinan Melalui Teladan (KMT). Ini
bermaksud setiap pekerja haruslah ditanam dengan nilai-nilai positif ke dalam
diri mereka agar dapat melahirkan generasi pekerja yang bersih dari segi gejala
rasuah, pecah amanah, dan lain-lain lagi. Misalnya, penubuhan badan
pencegahan rasuah yang ada di negara kita ini, serba sedikit membantu
kerajaan dalam membanteras gejala yang tidak sihat ini.
Kerajaan juga turut menyusun strategi dan program bagi meningkatkan
kecekapan, keberkesanan dan penghasilan kerja yang lebih baik dalam
kalangan pegawai dan kakitangan. Para pegawai dan pelajar Malaysia di hantar
ke Jepun dan Korea untuk mendalami selok belok teknikal dan aspek
pengurusan di negara-negara tersebut. Program-program ini membantu
Malaysia mencapai objektif pembentukan dasar ini di samping meningkatkan
produktiviti negara.
Kelemahan Dasar Pandang Ke Timur
Namun disebalik pelaksanaan dasar ini timbul persoalan sama ada dasar
ini berjaya atau sebaliknya. Menurut Shamsuri Amri Baharuddin (1993),
penilaian yang komprehensif tentang kejayaan serta keberkesanan Dasar
Pandang ke Timur belum lagi dilaksanakan oleh mana-mana pihak. Pada
pandangannya, beliau berpendapat untuk menanam unsur etika kerja Asia
Timur itu memerlukan satu tempoh masa yang panjang untuk dicapai kerana ia
melibatkan proses peminjaman budaya. Selain itu, dasar ini dilihat sebagai
petanda bahawa Malaysia cuba menukar haluan tradisinya yang bergantung
kepada British. Hal ini kerana dasar ini bukan sahaja dilihat sebagai elemen
penting untuk mencontohi nilai-nilai kejayaan Jepun tetapi ternyata dasar ini
merupakan anti-British.
Selain itu, Dasar Pandang ke Timur masih dianggap lemah dari segi
pelaksanaan kerana sikap masyarakat Malaysia yang suka melengah-lengahkan
masa. Menurut Dato Omar Md. Hashim, isu berkaitan disentuh dalam
penulisannya yang menghuraikan tentang konsep masa dalam kalangan orang
Melayu. Konsep masa merupakan satu kelemahan untuk melaksanakan Dasar
Pandang ke Timur yang dikemukan oleh Dr. Mahathir kerana sikap orang Jepun
yang menghargai masa berbeza dengan sikap masyarakat Malaysia.
Masyarakat Melayu mempunyai sistem ukuran masa harian bagi menguruskan
kehidupan mereka terutamanya golongan tradisional, yang berasaskan kepada
pergerakan matahari atau fenomena alam sekitar seperti ayam berkokok dan
embun menitik tanpa menggunakan alat lebih khusus dan tepat seperti
penggunaan jam. Akibat daripada sistem pengukuran masa yang longgar ini
menjadikan sesetengah masyarakat Melayu tidak menghargai masa, dan
wujud istilah jam Melayu yang menggambarkan sikap orang Melayu sering
melengah-lengah masa dan tidak menepati temu janji dibuat.
Kelemahan lain yang dapat dilihat dalam pelaksanaan Dasar Pandang ke
Timur adalah masalah berkaitan dengan kewangan. Kita sedia maklum bahawa
untuk menghantar para pelajar dan pelatih ke Jepun memerlukan wang yang
banyak untuk membiayai pelajar di sana. Pernah pada masa dahulu kerajaan
Malaysia berhadapan dengan masalah kewangan. Masalah kewangan yang
dihadapi oleh kerajaan dalam mengendalikan program pengajian pernah
mendapat perhatian pihak berkuasa Jepun. Misalnya semasa kegawatan
ekonomi melanda negara ini pada penghujung 1990-an, apabila pihak kerajaan
berhadapan masalah untuk membiayai pengajian pelajar di sana.
Berikutan daripada masalah yang dihadapi oleh kerajaan Malaysia,
kerajaan Jepun telah bersetuju untuk menyediakan pinjaman mudah yang
disalurkan melalui dana Overseas Economic Cooperation Fund (OECF) bagi
mengatasi masalah yang dihadapi negara kita iaitu masalah kewangan bagi
menampung pelajar di sana. Bagaimanapun seperti dijangkakan Jepun masih
mendapatkan keuntungan daripada pinjaman yang diberi kerana sebahagian
besar wang tersebut akan dibelanjakan di sana.
Jelaslah bahawa, dasar ini bukan sahaja memberikan persepkif yang
positif kepada negara malahan turut memberikan implikasi yang negatif
menerusi pengaruh budaya yang disebarkan oleh negara-negara tersebut ke
atas Malaysia. Namun, dasar ini sedikit sebanyak membantu membangunkan
negara menerusi usaha meningkatkan produktiviti negara.

Anda mungkin juga menyukai