Anda di halaman 1dari 26

SAJAK :SEORANG INSAN

ISTIMEWA

KARYA : NATASYA PUTERI
Disediakan oleh : Cikgu Nordayana
Dia tidak pernah meminta
untuk lahir sebegitu rupa
namun kecilnya diri
menyanggah takdir Yang Maha Esa
sebuah suratan tertulis sudah
Sebuah kehidupan tetap harus diteruskan

Seorang insan istimewa
menapak dalam reda
menggalas payah dalam senyum terpaksa
betapa pun simpati mata memandang
pasti tiada bandingan
dengan derita diri
menempuh cabaran


Seorang insan Istimewa
anugerah suatu ujian
amanah suatu tuntutan
biar sukar mesti disempurnakan
luas buana
mereka tetap punya ruang
meneruskan kehidupan
selagi Tuhan mengizinkan.

Bantulah, bimbinglah
Seikhlas hati setulus budi
Tuhan pasti merestui.
MAKSUD SAJAK
SEORANG INSAN ISTIMEWA
RANGKAP 1
Dia tidak pernah meminta
untuk lahir sebegitu rupa
namun kecilnya diri
menyanggah takdir Yang Maha Esa
sebuah suratan tertulis sudah
Sebuah kehidupan tetap harus diteruskan

Penyanjak menjelaskan bahawa tiada sesiapa
pun yang meminta dilahirkan sebagai insan
istimewa. Sebagai insan yang kerdil, kita tidak
dapat menolak takdir yang ditentukan Tuhan
kepada kita sejak azali. Walau apa-apa pun
kehidupan perlu diteruskan.
RANGKAP 2
Seorang insan istimewa
menapak dalam reda
menggalas payah dalam senyum terpaksa
betapa pun simpati mata memandang
pasti tiada bandingan
dengan derita diri
menempuh cabaran

Insan yang istimewa perlu reda menghadapi
sebarang kesusahan walaupun secara terpaksa.
Penderitaan dan cabaran yang di hadapi tidak
setandingan dengan simpati yang ditunjukkan.


RANGKAP 3
Seorang insan Istimewa
anugerah suatu ujian
amanah suatu tuntutan
biar sukar mesti disempurnakan
luas buana
mereka tetap punya ruang
meneruskan kehidupan
selagi Tuhan mengizinkan.

Kehidupan sebagai insan yang istimewa merupakapakan
ujian dan anugerah Tuhan yang perlu dilalui dengan
tabah. Masa depan insan istimewa tetap ada dengan
keizinan Tuhan.
RANGKAP 4

Bantulah, bimbinglah
Seikhlas hati setulus budi
Tuhan pasti merestui


Tuhan akan memberikan balasan kepada insan yang
ikhlas bersimpati dan membantu golongan istimewa
ini.
TEMA
Tema sajak ini ialah dugaan yang perlu dilalui oleh
golongan kelainan upaya dalam meneruskan
kelangsungan hidup.
PERSOALAN
PERSOALAN
Pasrah menerima
ketentuan atau
takdir Ilahi
Ketabahan dalam
menempuh
dugaan
Hak golongan
orang kelainan
upaya perlu
diberikan dan
dihormati
Simpati dan
bantuan kepada
golongan kurang
upaya
BENTUK
(a) Berbentuk bebas

Dia tidak pernah meminta
untuk lahir sebegitu rupa
namun kecilnya diri
menyanggah takdir Yang Maha Esa
sebuah suratan tertulis sudah
Sebuah kehidupan tetap harus diteruskan

Seorang insan istimewa
menapak dalam reda
menggalas payah dalam senyum terpaksa
betapa pun simpati mata memandang
pasti tiada bandingan
dengan derita diri
menempuh cabaran

Bentuk
Bilangan
baris
setiap
rangkap
berbeza
Terdiri
daripada
empat
rangkap
Rima akhir
setiap
rangkap
berbeza
Bilangan
katanya 2-
5 patah
kata
sebaris
UNSUR-UNSUR BUNYI
Menapak dalam reda, pasti
tiada bandingan (vokal a)
Sebuah kehidupan tetap
harus diteruskan (vokal e)
Asonansi
(pengulangan
vokal a,e,i,o,u)
dengan derita diri
sebuah suratan tertulis
sudah
Tuhan pasti merestui
Aliterasi
(Pengulangan
huruf
konsonan)
GAYA BAHASA
sebuah suratan tertulis sudah (Baris 5
Rangkap 1)
sebuah kehidupan tetap harus
diteruskan (Baris 6 Rangkap 1)
Anafora
(pengulangan
kata pada awal
baris)
anugerah suatu ujian
amanah suatu tuntutan
Pengulangan
Ayat Seorang insan istimewa pada
baris pertama rangkap 2 dan 3.
Responsi
(Pengulangan
kata yang sama
di tengah ayat)
Nilai
Reda

Contohnya,
reda
menerima
ketentuan
Tuhan

Ketabahan

Contohnya,
tabah
menghadapi
cabaran
hidup.

Keikhlasan

Contohnya,
ikhlas
membantu
orang
kelainan
upaya
Amanah

Contohnya,
Amanah
melaksanakan
suruhan
Tuhan


Pengajaran
Kita perlulah
reda dan
pasrah
memerima
ketentuan
Tuhan
Kita
hendaklah
membantu
golongan
kurang
upaya
dengan
bersungguh-
sungguh
Kita
hendaklah
memberikan
hak-hak
golongan
kelainan
upaya
Kita
janganlah
menyisihkan
golongan
kelainan
upaya

Golongan
kelainan
upaya
janganlah
berasa
rendah diri
atau tersisih
kerana
kekurangan
diri.
KEJAYAAN INSAN KELAINAN UPAYA
SITI AISHAH,







Aishah dilahirkan tanpa kedua-dua tangan, mengidap
kecacatan dari segi ketinggian dan tulang belakang.
Dilahirkan sebagai orang kelainan upaya (OKU), ia tidak
pernah dijadikan alasan untuk bergantung sepenuhnya
kepada keluarga sebaliknya Aishah berusaha berdikari.
Siti Aishah merupakan seorang pelukis OKU yang
berjaya kini.

FAN LING






Fan Ling anak muda di China berbakat yang
kelahirannya tidak mempunyai tangan hanya
mengandalkan kaki, diapun sudah terbiasa
kesehariannya hanya mengandalkan kaki untuk
beraktivitas
BANTUAN DAN SOKONGAN KEPADA
GOLONGAN KELAINAN UPAYA
SEKOLAH PENDIDIKAN KHAS
BANTUAN KEMUDAHAN
KERAJAYA

Anda mungkin juga menyukai