Anda di halaman 1dari 18

AMALAN PENGURUSAN SUKAN DALAM MENINGKATKAN KECEMERLANGAN

SUKAN DI INSTITUT PENDIDIKAN GURU ( IPG ) DI DALAM ZON TIMUR



Abdul Halim Bin Abdul Wahab
IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan
hanimazraei@yahoo.com


Amalan pengurusan sukan sangat penting bagi meningkatkan kecemerlangan
sukan di IPG. Kajian ini adalah bagi melihat gaya amalan pengurusan sukan
yang bagaimana perlu dilaksanakan atau diguna pakai di dalam pengurusan
dan mencari pendekatan yang sesuai dijalankan di kalangan IPG Zon Timur
mengenai gaya amalan pengurusan sukan Kajian ini menggunakan boring
soal selidik sebagai prosedur mengumpul data. Responden adalah terdiri
daripada guru- guru pelatih IPG Zon Timur yang terpilih. Seramai 240 orang
responden dipilih melalui 4 program ( PPISMP, PISMP, KPLI, KDC ) yang
terdapat di dalam program yang dilaksanakan oleh IPG. Responden yang
dipilih adalah secara rawak. Hasil dapatan kajian dianalis secara mencari min
dan peratusan setiap kumpulan objektif kajian. Amalan pengurusan sukan
dilihat dari sudut kepimpinan pemimpin sukan, pensyarah dan jurulatih sukan,
program- program sukan, kemudahan sukan serta penglibatan dan sokongan
daripada ibu bapa. Keseluruhannya min yang didapati hasil dari dapatan
kajian adalah 3.983 yang dikategorikan sebagai tahap positif. Kajian ini
mencadangkan kelemahan- kelemahan yang didedahkan dalam kajian ini
dapat dielakkan oleh pensyarah- pensyarah sukan dan jurulatih IPG di masa
hadapan.

Kata Kunci : Program IPG, Amalan Pengurusan Sukan, Kepimpinan Pemimpin
Sukan, Guru Pelatih.


Sejak kebelakangan ini, kemerosotan sukan Negara telah menjadi isu yang sering
diperkatakan. Kegagalan pasukan Malaysia untuk memperolehi sebarang pingat dalam
Sukan Olimpik di Sydney ( 2000 ) di Sukan Olimpik di Beijing ( 2008 ) masih lagi menjadi
dilemma serta igauan bagi sukan di Malaysia. Pada Sukan Komanwel pula 7 emas, 12 perak
dan 10 gangsa ( Melbourne 2006 ) dan 12 emas 10 perak dan 14 emas ( New Delhi, 2010 )
daripada 75 negara yang bertanding. Dalam Sukan Asia pula 8 emas, 17 perak dan 17
gangsa ( Doha, 2006 ) dan 9 emas, 18 perak dan 14 gangsa ( Guangzhou, 2010 ). Manakala
dalam Sukan Asia Tenggara ( SEA Games ) 68 emas, 52 perak dan 96 gangsa ( Brunei,
2007 ) dan 40 emas, 40 perak dan 59 gangsa ( Vietnam, 2009 ).

Jika mengikut statistik di atas, mutu sukan di negara kita masih lagi ditakuk yang
lama. Perkembangannya amat perlahan berbanding dengan negara- negara di Asia yang
lain seperti Jepun, Korea, serta China malah berbanding dengan negara- negara Asia
Tenggara yang lain sendiri seperti Vietnam dan Loas. Seperti pernah disuarakan oleh
mantan Menteri Belia dan Sukan, Dato Seri Hishamuddin Bin Tun Hussein ( 2000 ),
..bahawa pencapaian Malaysia pada Sukan Olimpik di Sydney, Australia menunjukkan
atlet Negara mempunyai perjalanan yang jauh untuk menjadi setaraf dengan atlet dunia (
Olimpik Pengajaran, 2000 ).

Oleh yang demikian untuk melahirkan bakat- bakat dalam sukan, sekolah merupakan
tempat terbaik bagi menghasilkan atlet- atlet yang cemerlang. Misalnya, Persatuan Bola
Sepak Malaysia ( FAM ) kembali ke akar umbi untuk mencungkil bakat menerusi Projek
Tunas Bola Sepak peringkat Negara ( FAM Kumpul, 2000 ). Malahan mantan Ketua
Pengarah Pelajaran Malaysia ketika itu, Dato Seri Dr Abdul Shukor telah menyifatkan
program tersebut sebagai salah satu langkah yang bijak dalam menuju arah bagi melahirkan
pemain- pemain berbakat. Ini bagi menunjukkan bahawa sistem pendidikan menjadi asas
melahirkan bakat- bakat baru di dalam bidang sukan untuk mewakili negara pada masa akan
datang.

Bagi melahirkan tenaga pengajar yang berkemahiran tinggi di dalam bidang sukan,
Kementerian Pelajaran Malaysia ( KPM ) melalui Timbalan Perdana Menteri yang juga
merupakan Menteri Pelajaran telah menyarankan bahawa kerajaan akan mewujudkan
sebuah Institut Pendidikan Guru ( IPG ) yang khusus melatih jurulatih dan pegawai teknik
sukan di kalangan guru. Menurut beliau, khidmat jurulatih professional akan digunakan di
IPG sukan untuk memastikan jurulatih dan pegawai teknik sukan sekolah mendapat latihan
dan pendedahan secara sistematik dan tersusun. Dengan adanya jurulatih dan pegawai
teknik sukan sekolah, kerajaan berharap tahap kecekapan pengurusan sukan sekolah dapat
dipertingkatkan. Ia juga mampu mengurangkan bebanan guru- guru sebelum ini yang
terpaksa member tumpuan pada kedua- dua bidang akademik dan sukan .Tan Sri
Muhyiddin Yassin.

Termaktub di dalam dokumen Dasar Sukan Negara bahawa Kementerian Pelajaran
mempunyai peranan secara langsung. Dipetik daripada Bahagian D, Strategi dan
pelaksanaan, No. 13 (ii) e menyatakan :

Kementerian Pelajaran hendaklah menggalakkan sukan secar aktif di maktab-
maktab dan politeknik- politeknik manakala Majlis Sukan Universiti- Universiti
Malaysia pula akan menggalakkan aktiviti tersebut di institusi- institusi pengajian
tinggi. Dasar Sukan Negara telah menetapkan supaya institutsi pengajian tinggi dapat
berperanan menjadi tempat atlet- atlet yang cemerlang dalam kedua- dua bidang
sukan dan akademik mengembangkan bakat serta dapat melanjutkan pelajarannya.

Sehubungan dengan itu, Kementerian Pelajaran Malaysia telah mengorak langkah
dalam mengembangkan aktiviti ko kurikulum yang terdiri daripada aktiviti selain daripada
kurikulum iaitu dengan menekankan dan memupuk supaya setiap pelajar melibatkan diri
secara aktif di dalam kelab atau persatuan, pasukan beruniform dan bersukan. Dalam usaha
menggalakkan pelajar aktif dan terlibat dalam aktiviti sukan, pihak Kementerian Pelajaran
telah mengeluarkan satu arahan mewajibkan pelajar- pelajar memilih satu aktiviti sukan
dengan polisi Satu Murid Satu Sukan. Dalam keadaan ini secara tidak langsung, setiap
penglibatan pelajar dalam sebarang aktiviti sukan akan dicatatkan dalam sijil berhenti
sekolah dalam langkah menggalakkan dan menimbulkan minat pelajar supaya aktif dalam
sebarang kegiatan sukan di sekolah.

Ternyata bahawa Kementerian Pelajaran berperanan secara langsung
merealisasikan hasrat Dasar Sukan Negara. Ini sama sekali memerlukan program jangka
panjang dengan struktur pentadbiran dan pengurusan yang efektif untuk pembangunan ahli -
ahli sukan, jurulatih, pentadbir,npegawai dan pengurus- pengurus sukan.


Kepentingan Sukan
Kepentingan sukan di IPG perlu diambil serius dalam usaha meningkatkan kembali
kegemilangan sukan di negara kita. Oleh yang demikian, kepentingan sukan patut
ditekankan oleh pihak pengurusan IPG dalam usaha melahirkan ahli- ahli sukan yang
berbakat untuk mewakili negara pada masa akan datang. Sesuatu program aktiviti sukan
yang cemerlang adalah lahir daripada kecekapan pengurusan IPG dalam merencanakan
dan merealisasikan matlamat program tersebut. Keberkesanan dan kecekapan pengurusan
sukan di IPG juga menyumbang kepada peningkatan kecemerlangan sukan di IPG.

Oleh itu, pihak kepimpinan dan pensyarah- pensyarah perlu memainkan peranan
yang penting dalam usaha memberikan galakan, sokongan serta mengambil berat
penglibatan pelajar dalam aktiviti sukan. Hubungan yang baik dan kerjasama di antara pihak
pengurusan IPG dengan ibu bapa dapat mempertingkatkan kecemerlangan sukan di IPG.
Kecemerlangan sesebuah IPG bukanlah sekadar pencapaian akademik yang cemerlang
tetapi kecemerlangan sukannya juga akan menyebabkan imej dan nama IPG tersebut gah
kerana kejayaannya dalam kegiatan sukan. Imej juga didefinisikan oleh Gioia ( 1996 ) dalam
pelbagai maksud sebagai status, kemegahan, kesan, tinggi dan reputasi. Ini
menunjukkan bahawa imej IPG yang dihormati kerana kecemerlangan ahli- ahli sukannya
akan meningkatkan status, kemegahan dan reputasi yang baik.


Penyataan Masalah
Menurut Laporan Jawatankuasa Kabinet ( 1979 ) yang dipetik daripada Sallehudin (1992)
matlamat perpaduan di antara pelajar berbilang kaum dan lapisan masyarakat masih
terdapat keraguan dan kebimbangan pelajar dan ibu bapa tentang kepentingan sukan di
IPG. Ini adalah disebabkan oleh beberapa faktor- faktor berikut :

i. Ketidak seimbangan diantara pelajaran akademik dan ko kurikulum.
Penekanan diberatkan kepada prestasi akademik berbanding dengan prestasi
ko kurikulum.
ii. Suasana pembelajaran yang menekankan prestasi akademik. Pencapaian
pelajar ditekankan dengan peperiksaan.
iii. Kekurangan komunikasi pelajar bagi membentuk perpaduan dan disiplin.
iv. Kekurangan disiplin pelajar semasa melibatkan diri dalam ko kurikulum.
v. Perkembangan pelajar yang tidak menyeluruh diantara perwatakan dan
sahsiah.

Objektif Kajian
Secara umumnya objektif kajian adalah untuk menentukan faktor- faktor didalam pengurusan
IPG yang menyumbang kepada kecemerlangan sukan di IPG, menjelaskan wujudnya
kepentingan atau tidak terhadap faktor- faktor pengurusan dalam meningkatkan
kecemerlangan sukan di IPG serta bagi mengenalpasti masalah- masalah yang dihadapi
dalam usaha meningkatkan kecemerlangan sukan di IPG.

Secara khusus objektif kajian adalah seperti berikut :

i. Mengenalpasti hubungan antara faktor peranan pemimpin dalam
meningkatkan kecemerlangan sukan di IPG.
ii. Mengenalpasti hubungan antara peranan jurulatih dalam meningkatkan
kecemerlangan sukan di IPG.
iii. Mengenalpasti hubungan antara faktor program sukan dalam meningkatkan
kecemerlangan sukan di IPG.
iv. Mengenalpasti faktor kemudahan sukan yang disediakan dalam membantu
meningkatkan kecemerlangan sukan di IPG.
v. Mengenalpasti faktor dominan dalam pengurusan IPG dalam meningkatkan
kecemerlangan sukan di IPG.

Metodologi
Kajian ini dijalankan dengan menggunakan kaedah pendekatan kuantitatif iaitu rekabentuk
deskriptif jenis survey. Survey juga dikenali sebagai self-report research ialah cara untuk
memperolehi data daripada populasi yang besar dan tersebar luas tetapi mempunyai ciri- ciri
yang sama atau hamper sama dengan teknik bertanya soalan. Di dalam memilih kaedah
survey ini, tujuan pengkaji adalah bagi mengetahui tahap keberkesanan hubungan aspek
pengurusan IPG di dalam meningkatkan kecemerlangan sukan di IPG serta model yang
dibentuk oleh pengkaji bersesuaian dengan memberikan pengaruh pengurusan IPG iaitu
kepimpinan, jurulatih, program sukan, kemudahan sukan serta penyertaan ibu bapa dalam
hubungan dengan kecemerlangan sukan di IPG. Sampel yang dipilih adalah melalui kaedah
persampelan rawak mudah. Setiap guru pelatih disetiap IPG Zon Timur adalah berpeluang
untuk dipilih menjadi sampel. Terdapat 4 buah IPG di Zon Timur. Disetiap IPG pula terdapat
4 program yang ditawarkan. Disetiap IPG ini akan dipilih sampelnya dari setiap program
yang ditawarkan itu. Disetiap IPG yang dipilih sampelnya adalah guru- guru pelatih dari
semua program dan diplih secara rawak mudah. Jumlah keseluruhan sampel yang dijadikan
bahan kajian di dalam populasi ini adalah seramai 240 orang guru pelatih.

Mengikut pandangan Gay ( 2000 ), kaedah rekabentuk deskriptif jenis survey ini tidak
memerlukan kos yang besar, itemnya pula adalah mengikut piawaian, prosedurnya yang
bercorak sangat sistematik, memudahkan dari segi untuk menskorkan item- item yang diuji,
paling menjimatkan masa pengkaji, amat mudah dilaksanakan serta identity semua
responden yang terlibat adalah dirahsiakan sama sekali.




Jadual 1 :
Distribusi IPG di dalam Zon Timur mengikut program yang ditawarkan oleh IPG
Program Bilangan IPG yang dipilih Bilangan IPG
Melakukan kajian di dalam Zon
( n=4 ) ( N=4)
__________________________________________________________________________
_

PPISMP 1 4

PISMP 1 4

KPLI 1 4

KDC 1 4
__________________________________________________________________________
Jadual 2 :

Distribusi bilangan Sampel mengikut IPG di dalam Zon Timur
__________________________________________________________________________
Program Bilangan IPG yang dipilih Bilangan sampel
Melakukan kajian di dalam Zon
( n=4 ) ( N=240 )
__________________________________________________________________________

PPISMP 1 60

PISMP 1 60

KPLI 1 60

KDC 1 60
__________________________________________________________________________

Dalam kajian ini, faktor- faktor latar belakang seperti sosioekonomi, agama, bangsa,
tahap pendidikan dan pengalaman bersukan responden tidak diambil kira dalam sistem
pengskoran. Pelbagai set-up ( opsyen yang diambil, jumalah masa pengajian serta program
yang diikuti ), justeru itu pengkaji mengandaikan data yang diperolehi ini akan dapat untuk
mewakili ( representative power ) keseluruhan kumpulan sasaran adalah tinggi. Ini penting
untuk mengukuhkan realibiliti data kajian.

Kajian ini terbahagi kepada dua bahagian yang perlu dilengkapkan oleh kesemua
responden yang telah dipilih. Bahagian A di dalam borang kaji selidik ini adalah terdiri
daripada soalan yang berbentuk Inventori Demografi dan Bahagian B pula soalan yang
berbentuk Inventori Amalan Pengurusan Sukan yang telah dibentuk oleh Piscopo ( Bucher,
1979 ) dan telah diubah suai mengikut keadaan tempatan ( Malaysia ) oleh Mahender ( 1995
).

Jadual 3 :

Skala Likert lima mata skor seperti berikut

__________________________________________________________________________
Skala Likert Diskripsi Skor
__________________________________________________________________________

1 Sangat Tidak Setuju 1

2 Tidak Setuju 2

3 Tidak Pasti 3

4 Setuju 4

5 Sangat Setuju 5
__________________________________________________________________________

Kenyataan Tidak Pasti menjelaskan ketidak pastian responden sama ada ia
bersetuju atau tidak setuju.

Kaedah Penganalisaan Data
Pemerosesan data dilakukan dengan menggunakan Statistical Package For The
Social Sciences ( SPSS ) for Window versi 16.5 untuk mendapatkan jawapan.

Untuk menganalisis data melalui dapatan kaji selidik, statistik deskripsi digunakan.
Statistik ini digunakan untuk mencari min, sisihan piawai, peratus dan kekerapan ( bilangan )
bagi data- data seperti gender, opsyen guru pelatih, bilangan mewakili di dalam sukan, wakili
IPG serta soalan- soalan bahagian B yang memerlukan dapatan mengenai Amalan
Pengurusan IPG bagi meningkatkan kecemerlangan sukan. Semua data- data ini direkod,
disusun serta dianalisis dengan penggunaan SPSS Window 16.5.


Kajian Rintis
Pengkaji telah memilih seramai 25 orang responden ( 10% daripada jumlah
responden kaji selidik ) di dalam populasi kajian. Responden dipilh daripada responden yang
tidak akan dipilih pada kajian yang sebenar. Tatacara pengujian adalah sama dengan
tatacara pengujian yang akan dibuat semasa kajian sebenar. Kajian rintis ini dijalankan dua
ninggu sebelum kajian sebenar dijalankan. Setelah kaji selidik dijalankan di dalam kajian
rintis ini maka menerusi ujian Alpha Cronbach mendapat keputusan .7211. Menurut Nunally (
1978 ), alpha koefisyen yang ditetapkan oleh piawaian minima adalah .7000. Secara
keseluruhannya soalan yang telah dibuat melalui ubah suai mengikut kehendak tempatan (
Malaysia ) menunjukkan bahawa ianya boleh diguna pakai bagi diteruskan kajian yang
sebenar. Keseluruhannya kebolehpercayaan soalan kaji selidik ini menerusi kajian rintis ini
adalah melebihi tahap piawaian minima ( .7000 ) iaitu .7211.

Dapatan Kajian
Kajian ini untuk melihat dan mengenal pasti masalah- masalah yang terdapat dalam
amalan pengurusan sukan di IPG Zon Timur yang akan meningkatkan kecemerlangan sukan
di IPG Zon Timur. Keputusan yang diperolehi adalah berdasarkan penaksiran responden
terhadap kaji selidik yang diedarkan. Dapatan dan hasil kajian ini akan dibincangkan dan
dirumuskan bagi menjawab semua persoalan kajian.

Dalam memberikan justifikasi terhadap pandangan responden bagi setiap item yang
dikemukakan, pengkaji telah menyediakan satu nilai tara min. Nilai min item yang terletak
diantara 3.01 hingga 5.00 adalah menunjukkan bahawa responden bersetuju dengan kata
lain berpandangan positif terhadap item. Sebaliknya nilai min item dinilai 1.00 hingga 3.00
mewakili pandangan negatif responden terhadap item tersebut.





Jadual 4 :

Bilangan Responden Mengikut Jantina
__________________________________________________________________________
Kelompok Jantina
( N=240 ) Lelaki (%) Perempuan (%)
__________________________________________________________________________

PPISMP 43 ( 29.9 ) 17 (17.7)

PISMP 32 ( 22.2 ) 28 (29.2)

KPLI 29 ( 20.1 ) 31 (32.2)

KDC 40 ( 27.8 ) 20 (20.8)
__________________________________________________________________________

Jumlah 144 ( 60.0 ) 96
(40.0)
__________________________________________________________________________


Sebagai langkah pertama, untuk melihat secara terperinci berkaitan dengan
permasalahan yang wujud dalam pengurusan untuk meningkatkan kecemerlangan sukan di
IPG Zon Timur, pengkaji telah mengkategorikan item- item dengan berdasarkan soalan yang
dikemukakan dalam soal selidik dengan merangkumi pemboleh ubah bebas.










Jadual 5 :

Pembahagian Mengikut Kelompok dan Nombor Soalan/ Item
__________________________________________________________________________
Kelompok utama Nombor Soalan/ Item
__________________________________________________________________________

Kepimpinan 1, 7, 13, 19, 25

Pensyarah Sukan/ Jurulatih 2, 8, 12, 14, 20, 24, 26, 29, 31

Program Sukan 3, 9, 15, 21, 27, 30

Kemudahan Sukan 4, 10, 16, 22

Penyertaan Ibu Bapa 5, 6, 11, 17, 23, 28
__________________________________________________________________________

Jadual 6 :

Peratus, Kekerapan, Min dan Analisa bagi Faktor Kepimpinan
__________________________________________________________________________
Soalan/ Item Kekerapan, Peratus, Min, Analisa
STS (%) ST (%) TP (%) S (%) SS (%)
Min Analisa
__________________________________________________________________________

1 0 (0) 5 (2.1) 39 (16.3) 131 (54.6) 65 (27.1)
4.0667 +ve

7 0 (0) 5 (2.1) 43 (17.9) 132 (55.0) 60 (25.0)
4.0292 +ve

13 0 (0) 15 (6.3) 75 (31.1) 111 (46.3) 39 (16.3)
3.7250 +ve

19 0 (0) 10 (4.2) 40 (16.7) 128 (53.3) 62 (25.8)
4.6083 +ve

25 0 (0) 7 (2.9) 43 (17.9) 130 (54.2) 60 (25.0)
4.0125 +ve
__________________________________________________________________________
Keseluruhan 3.968 +ve
__________________________________________________________________________


Jadual 7 :

Peratus, Kekerapan, Min dan Analisa bagi Faktor Pensyarah Sukan/ Jurulatih
__________________________________________________________________________
Soalan/ Item Kekerapan, Peratus, Min, Analisa
STS (%) ST (%) TP (%) S (%) SS (%)
Min Analisa
__________________________________________________________________________

2 0 (0) 9 (3.8) 35 (14.6) 119 (49.6) 77 (32.1)
4.1000 +ve

8 0 (0) 3 (1.3) 10 (4.2) 124 (51.7) 103 (42.9)
4.3625 +ve

12 0 (0) 14 (5.8) 37 (15.4) 136 (56.7) 53 (22.1)
3.9500 +ve

14 0 (0) 11 (4.6) 44 (18.3) 132 (55.0) 53 (22.1)
3.9458 +ve

20 0 (0) 7 (2.9) 17 (7.1) 132 (55.0) 84 (35.0)
4.2208 +ve

24 0 (0) 4 (1.7) 28 (11.7) 119 (49.6) 89 (37.1)
4.2208 +ve

26 0 (0) 11 (4.6) 52 (21.7) 124 (51.7) 53 (22.1)
3.9125 +ve

29 0 (0) 9 (3.8) 46 (19.2) 137 (57.1) 48 (20.0)
3.9333 +ve

31 0 (0) 6 (2.5) 41 (17.1) 128 (53.3) 65 (27.1)
4.0500 +ve

__________________________________________________________________________
Keseluruhan 4.0590
+ve
__________________________________________________________________________


Jadual 8 :

Peratus, Kekerapan, Min dan Analisa bagi Faktor Program Sukan
__________________________________________________________________________
Soalan/ Item Kekerapan, Peratus, Min, Analisa
STS (%) ST (%) TP (%) S (%) SS (%)
Min Analisa
__________________________________________________________________________

3 0 (0) 3 (1.3) 32 (13.3) 134 (55.8) 71 (29.6)
4.1375 +ve

9 0 (0) 28 (11.7) 83 (34.6) 87 (36.3) 42 (17.5)
3.5958 +ve

15 0 (0) 2 (0.8) 16 (6.7) 125 (52.1) 97 (40.4)
4.3208 +ve

21 0 (0) 13 (5.4) 52 (21.7) 128 (53.3) 47 (19.6)
3.8708 +ve

27 0 (0) 5 (2.1) 32 (13.3) 137 (57.1) 66 (27.5)
4.1000 +ve

30 0 (0) 16 (6.7) 54 (57.1) 106 (44.2) 64 (26.7)
3.9083 +ve


__________________________________________________________________________
Keseluruhan 4.0590
+ve
__________________________________________________________________________

Jadual 9 :
Peratus, Kekerapan, Min dan Analisa bagi Faktor Kemudahan Sukan
__________________________________________________________________________
Soalan/ Item Kekerapan, Peratus, Min, Analisa
STS (%) ST (%) TP (%) S (%) SS (%)
Min Analisa
__________________________________________________________________________

4 0 (0) 7 (2.9) 16 (6.7) 121 (50.4) 96 (40.0)
4.2750 +ve

10 0 (0) 7 (2.9) 21 (8.8) 135 (56.3) 77 (32.1)
4.1750 +ve

16 0 (0) 6 (2.5) 40 (16.7) 146 (60.8) 48 (20.0)
3.9833 +ve

22 0 (0) 12 (5.0) 61 (25.4) 106 (44.2) 47 (17.9)
3.8333 +ve

_________________________________________________________________________
Keseluruhan 4.0670
+ve
__________________________________________________________________________

Jadual 10 :

Peratus, Kekerapan, Min dan Analisa bagi Faktor Penyertaan Ibu Bapa
__________________________________________________________________________
Soalan/ Item Kekerapan, Peratus, Min, Analisa
STS (%) ST (%) TP (%) S (%) SS (%)
Min Analisa
__________________________________________________________________________

5 0 (0) 14 (5.8) 46 (19.2) 132 (55.0) 48 (20.0)
3.8917 +ve

6 0 (0) 23 (9.6) 59 (24.6) 122 (50.8) 36 (15.0)
3.7125 +ve

11 0 (0) 18 (7.5) 73 (30.4) 110 (45.8) 39 (16.3)
3.7083 +ve

17 0 (0) 15 (6.3) 70 (29.2) 112 (46.7) 43 (17.9)
3.7625 +ve

23 0 (0) 12 (5.0) 61 (25.4) 106 (44.2) 61 (25.4)
3.9000 +ve

28 0 (0) 8 (3.3) 55 (22.9) 136 (56.7) 41 (17.1)
3.8750 +ve


__________________________________________________________________________
Keseluruhan 3.8420 +ve
__________________________________________________________________________

Daripada segala maklumat yang didapati daripada hasil dapatan kajian ini telah
menunjukkkan perkaitan yang positif di antara amalan pengurusan sukan yang cemerlang
bagi meningkatkan kecemerlangan kegiatan sukan dengan pembolehubah- pembolehubah
di dalam kajian ini seperti kepimpinan pengurusan, peranan pensyarah sukan atau jurulatih,
program yang dirancang oleh pihak pengurusan sukan IPG, kemudahan sukan yang
disediakan oleh pihak IPG dan yang terakhir adalah penglibatan ibu bapa di dalam kegiatan
sukan di IPG dari segi kerjasama sokongan moral mahu pun sokongan dari segi kewangan.

Rumusan

Zulkafli ( 1997 ), hubungan kepimpinan adalah kuat dengan aspek pentadbiran IPG.
Pengarah sebagai penentu kejayaan aktiviti sukan IPG yang sempurna. Wee ( 1996 )
menyatakan bahawa kepimpinan merupakan sesuatu keupayaannya mempengaruhi orang
lain bekerjasama dalam keadaan yang harmoni dan bagi mencapai matlamat yang telah
ditetapkan dalam pentadbiran sukan adalah penting di dalam meningkatkan kecemerlangan
IPG. Hasil dapatan menunjukkan bahawa responden mempunyai pandangan yang positif
dan menyokong persoalan terhadap tenaga mahir, pengalaman, kejayaan dalam
pertandingan, meningkatkan minat atlet, motivasi, disiplin dan etika pertandingan yang perlu
dititikberatkan oleh setiap pensyarah sukan serta jurulatih dalam mencapai kecemerlangan
sukan IPG.

Martens ( 1990 ), berpendapat sesuatu program sukan yang Berjaya ialah jika guru
pelatih aktif dalam satu aktiviti sukan yang dijalankan secara aktif. Setiap program sukan
yang hendak dijalankan perlu mengambil kira keseronokan, kemahiran dan kepelbagaian
program sukan. Di samping itu, program sukan juga memerlukan perancangan jangkamasa
panjang dengan menyediakan kemudahan sukan serta latihan yang dijalankan sepanjang
tahun. Penyediaan kemudahan sukan yang mencukupi merupakan factor yang terpenting
dalam menjayakan sesuatu pengurusan kecemerlangan sukan IPG. Ibu bapa juga
berperanan meningkatkan kecemerlangan sukan dan ianya juga merupakan faktoer yang
penting di dalam menjayakan sesuatu pengurusan kecemerlangan sukan IPG.

Masalah kekurangan kemudahan dan prasarana bukan lagi merupakan topic
perbualan yang baru bagi warga IPG. Ia dikategorikan sebagai factor yang utama berkaitan
dengan masalah peruntukan kewangan yang tidak mencukupi, sekali gus ianya memberikan
bebanan kepada kelancaran program sukan yang telah dirancang. Perkara ini buak sahaja
membebankan pensyarah- pensyarah sukan atau jurulatih tetapi memberikan suatu bentuk
gambaran yang jelas terhadap kelemahan dari aspek kepimpinan yang merangkumi pihak
pentadbiran. Aspek kewangan adalah merupakan sebagai satu masalah yang utama.




Cadangan

Adalah dicadangkan supaya sokongan dan peranan utama memihak kepada pentadbir
amatlah diperlukan yang berperanan penting dalam menjayakan sesuatu program dan
latihan sukan di IPG. Antara cadangan lain adalah seperti :

i. Peruntukkan sumber kewangan yang stabil danyeudahan sukan diaan kemn
baik, nescaya segala perancangan aktiviti program sukan serta penyediaan
kemudahan sukan akan dapat mencapai matlamat.
ii. Sokongan padu pihak pengurusan hendaklah diikuti sokongan yang kuat
daripada kedua ibu bapa dalam member sokongan moral kepada guru pelatih
dalam melahirkan guru pelatih yang seimbang dari segi JERIS
iii. Jurulatih atau pensyarah- pensyarah sukan membuat persediaan menyeluruh
dan berkeyakinan tinggi, serta berusaha dalam memberikan input kepada
guru pelatih.

Bibliografi

Abdul Rahman, ( 2000). Pengkajian Dalaman Kehidupan Manusia. Universiti Utara Malaysia
: Prentice Hall ( M ) Sdn Bhd.
Ahmad Shafie, Zubairi Rejab dan Mohd Ghazali Hassan ( 1996 ). Manual Latihan Bola
Sepak Tunas Cemerlang. Pustaka Delta Pelajaran Sdn Bhd.
Ahmad Wafi, ( 1996 ). Olahraga Padang Siri Teras Sukan. Kuala Lumpur : Goodmark
Enterprise.
Alias Baba ( 1997 ). Statistik Penyelidikan Dalam Pendidikan Dan Sains Sosial. Bangi:
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.
Arasoo, V. T. ( 1987 ). Kegiatan KoKurikulum Penyeliaan Dan Pentadbiran. Kuala Lumpur:
Fajar Bakti Sdn Bhd.
Bard Schmookler, A. ( 2000 ). A Coach Tells Team Whats Most Important. Christian Science
Monitor 92, 19.
Blair, S. N., Cheng, Y., & Holder, J. S. ( 2001 ). Is Physical Activity or Physical Fitness more
important in defining health benefits ? Medicine and Science in Sports and Exercise,
33, S379 S399.
Butcher, C. A., & Krotee, M. L. ( 2002 ). Management of Physical Education and Sport. 12
th
.
Ed. Boston, MA: McGraw- Hill.
Covey, S. R. ( 1966 ). Tujuh Tabiat Orang Yang Amat Berkesan ( Terjemahan ). Selangor
Darul Ehsan: Prentice Hall ( M ) Sdn Bhd.
Cummingham W. G., Cordeiro P. A. ( 2000 ). Educational Administration, A Problem Based
Approach. United State of America. ( dalam buku Allyn and Bacon ).
Danish S. J., Petitpas, A. J. ( 1993 ). Life Development Intervention For Athletes: Life Skills
Through Sports Counselling Psychologist 21, 352.
Frankel, J. R, & Wallen, N. E. ( 2003 ), How to design and evaluate research in education.
McGraw Hill, ( 5
th
Ed. ).
Gay, L. ( 2000 ). Educational Research: Competencies for analysis and application ( 5
th
ed ).
Englewood Cliff, NJ: Merril.
Gioia D. A., Thomas J. B., ( 1986 ). Identify, Image And Issues Interpretation, Sense Making
During Strategic Change In Academic. Administrative Science Quarterly Vol. 41, 370.
Grove, J. R., Stoll, O. ( 1999 ). Performance In Sports Personal Resources and Perceived
Stress, Journal of personal and Interpersonal Loss 4. 203.
Horine, L. ( 1995 ). Administration of physical education and sports programs ( 3
rd
ed ).
Madison, WI: Brown & Benchmark.
Johnson J., & Deshpande C. ( 2000 ). Health Education and Physical Education : Diciplines
Preparing Students As Productive Healty Citizens for The Challenges of the 21
st

Century. Journal of School Health 70. 66.
Kementerian Pendidikan Malaysia ( 1984 ), Laporan Jawatankuasa Kabinet : Mengkaji
Perlaksanaan Dasar Pelajaran Kebangsaan 1979. Kuala Lumpur : Ministry of
Education.
Kementerian Pendidikan Malaysia ( 1998 ). Pelaksanaan mata pelajaran Pendidikan
Jasmani dan Pendidikan Kesihatan & Penilaian kecergasan fizikal sekolah. Kuala
Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum.
Kementerian Pendidikan Malaysia ( 1998 ). Sukatan Pelajaran Pendidikan Jasmani. Kuala
Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia.
Konting. M. M. ( 1994 ). Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka.

Martens, M. P. & Webber, S. N. ( 2002 ). Psychometric Properties of the Sports Motivation
Scale: An Evaluation with College Varsity Athletes from the U. S.,Journal of Sports
and Exercise Psychology 24: 254 70.
Nunnally, J. ( 1978 ). Psychometric theory ( 2
nd
ed. ). San Fransisco, CA: Jossey- Bass.
Omardin Ashaari ( 1998 ). Pengurusan Sukan Kuala Lumpur. Kuala Lumpur : Utusan
Publication and Distributions Sdn. Bhd.
Ooi Lay Beng, ( 2001 ). Way of Champion: Secret of their success. Petaling Jaya :
Percetakan Solai.
Slack, T. ( 1997 ). Understanding Sports Organizations. Champaign, IL: Human Kinectics.
Schmoker, M., & Wilson, R. B. ( 1993, January ). Transforming School Through Total Quality
Education. Phi Delta Kappan, 389 395.
Yaacob, A ( 2002 ). Why institutions of higher learning need sports ? Paper presented at the
8
th
Asia Pacific Students Services Association Conference, The University of Malaya,
Kuala Lumpur, Malaysia.
Yusof Ismail ( 1993 ). Gimnastik. Shah Alam. Penerbit Fajar Bakti.
Zhu, W. ( 1997, September ). Alternative assessment for physical education. Journal of
Physical Education, Recreation and Dance, 68, 17 18.

Anda mungkin juga menyukai