Anda di halaman 1dari 3

KAUNSELING KELOMPOK

1. Definisi kaunseling kelompok


Aminah Haji Hashim (1996) menegaskan Kaunseling Kelompok adalah suatu
proses perhubungan antara individu secara berkelompok, yang melibatkan
seorang kaunselor dengan beberapa orang ahli yang mencerminkan diri mereka
serta situasi yang dialami. Tujuan perhubungan tersebut adalah untuk mengubah
sikap dan kelakuan.
Corey (1990) menegaskan kaunseling kelompok adalah satu proses antara
individu (interpersonal process) yang melibatkan seorang kaunselor dengan
beberapa orang ahli atau klien yang meneroka diri serta situasi yang di alami.
Process tersebut menekankan pemikiran yang sedar, perasaan dan kelakuan.
Hansen, Warner dan Smith (1980) menghuraikan kaunseling kelompok sebagai
satu perhubungan di antara kaunselor dengan beberapa orang klien atau ahli-
ahli. Mereka menilai diri dan keadaan dalam usaha mengubah sikap dan
kelakuan. Fokusnya adalah pada pencegahan dan rawatan. Kaunseling
pencegahan menolong ahli-ahli menyelesaikan masalah sebelum ia bertambah
rumit.
Carl Rogers (1970) mendefinisikan kaunseling kelompok sebagai orientasi
permasalahan dan pemulihan proses yang mana setiap orang dirasionalkan
mengikut kehendak ramai.
Gladding (1995) mendefinisikan kaunseling kelompok ialah dua orang atau lebih
yang berkumpul bersama untuk tujuan beberapa interaksi yang telah dirancang.
Pemimpin membentuk kumpulan untuk membincangkan atau membuat
keputusan tentang sesuatu perkara, meneroka masalah peribadi atau untuk
menyiapkan tugas khusus untuk mencapai matlamat yang spesifik.

2. Peranan kaunselor sebagai pemudahcara
Menyoal
Soalan-soalan yang digunakan untuk membantu ahli-ahli kelompok
menimbangkan aspek-aspek diri. Soalan ini dapat menukarkan kesenyapan
kepada perbincangan yang produktif. Jenis soalan yang dikemukakan hendak
merupakan soalan terbuka supaya dapat memperolehi banyak maklumat dari
ahli-ahli. Soalan tertutup yang memerlukan ya atau tidak hendaklah
dikurangkan.
Klien: Saya rasa tidak mempercayai ibu bapa saya. Ibu bapa saya selalu sibuk
dengan kerja mereka yang menyebabkan saya menagih dadah.
Kaunselor: Nampaknya saudara tidak mempercayai ibu bapa saudara yang
selalu sibuk dengan kerja ibu bapa. Cuba ceritakan lagi tentang
kepercayaanyang diharapkan oleh saudara.

Mencungkil
Apabila kaunselor mengemukakan soalan, klian hanya akan membincangkan
secara ringkas sahaja. Oleh itu, kaunselor hendaklah sensetif kepada perasaan
dan pemikiran klien. Ia mendorong klien mengkaji masalah-masalah klien
dengan lebih mendalam.
Klien: Saya tahu saya ada perasaan marah di dalam diri saya. Tapi saya tidak
tahu puncanya.
Kaunselor: Jadi, saudara tahu saudara ada perasaan marah tetapi tidak tahu
mengapa. Cuba saudara berikan situasi di mana saudara berasa lebih marah
daripada yang lain.

Menyediakan suasana kelompok
Suasana yang sesuai adalah penting bagi menjamin keberkesanan kelompok.
Kaunselor boleh menyediakan suasana yang kondusif dengan pelbagai cara
termasuk susunan fizikal (kedudukan kerusi dan meja), jenis kepimpinan dan
aktiviti yang dicadangkan bagi klien. Dengan ini, klien memikirkan tentang
tingkah laku , perasaan dan cara hendak bertindak balas.
Kaunselor: Setakat ini kita hanya menumpukan yang ingin mengubah masalah
diri kita. Bagaimana kita berkongsi maklumat tentang aspek-aspek diri kita
hendak kekalkan. Ali, cuba mulakan

Anda mungkin juga menyukai