Anda di halaman 1dari 23

1

2
Masalah pencemaran dan kemerosotan kualiti
alam sekitar merupakan salah satu cabaran
dalam kehidupan masa kini, baik di peringkat
tempatan mahu pun global.
Permasalahan alam sekitar biasanya bersifat
kompleks dan melibatkan perhubungan di
antara banyak faktor.
Sebahagian daripada masalah alam sekitar
yang berlaku pada hari ini adalah berkait
dengan keputusan yang dibuat di peringkat
individu.
3
PANDANGAN DAN SIKAP
MANUSIA TERHADAP ALAM
SEKITAR
Pandangan dan sikap seseorang
mengenai persoalan alam sekitar boleh
dilihat dalam tiga kategori yang utama :

Dominasi (Domination)
Kekhalifahan (Stewardship)
Romantisisme (Romanticism / Deep
Ecology)
4
Pandangan ini membenarkan eksploitasi dan
kawalan manusia terhadap alam sekitar demi
memenuhi keperluan manusia.
Alam semulajadi dianggap sebagai satu gedung
sumber atau bahan untuk kehidupan. Alam
semulajadi tidak mempunyai nilai intrinsik dan
kepentingan tersendiri.
Alam merupakan satu bentuk komoditi dan
tertakluk kepada keperluan manusia.
Manusia dan alam dilihat sebagai dua entiti yang
terpisah.
5
2. Kekhalifahan (Stewardship)
Pandangan ini mengatakan bahawa
manusia adalah khalifah di bumi dan
bukannya tuan punya alam ini.
Manusia bertanggungjawab di dalam
memakmurkan alam dan bukan
mengeksploitasinya secara sembarangan.
Manusia dan alam semulajadi merupakan
dua entiti yang berbeza tetapi saling
berkaitan di antara satu sama lain.
6
3. Romantisisme
(Romanticism / Deep Ecology)
Pandangan ini meletakkan nilai intrinsik dan
kegunaan kepada setiap bentuk kehidupan.
Spesies hidupan selain daripada manusia
dilihat sebagai suatu entiti yang perlu
dihormati haknya.
Alam semulajadi perlu dihormati dan dijagai
sebagai suatu yang suci.
Pandangan ini menganggap bahawa
manusia dan alam merupakan entiti yang
sama.
Manusia adalah sebahagian daripada alam.
7
PRINSIP-PRINSIP ISLAM
DI DALAM HUBUNGAN
MANUSIA DAN ALAM SEKITAR
Tawhid
Syariah
Khalifah &
amanah
Keadilan &
kesederhanaan
8
(a) Tawhid


Konsep tawhid merujuk kepada konsep keesaan
Tuhan iaitu tiada Tuhan selain Allah s.w.t. Umat
Islam seharusnya sentiasa mengingati Allah s.w.t.
dalam setiap perbuatan, pemikiran dan
perasaannya.
Matlamat utama segala perbuatan, pemikiran dan
perasaan adalah untuk mendapat keredaan-Nya.
Manusia adalah bertanggungjawab terhadap apa
yang dilakukannya dan akan mendapat balasan
setimpal di hari akhirat.
Konsep tawhid ini tidak terhad kepada persoalan
ibadah semata-mata tetapi turut merangkumi setiap
aspek kehidupan termasuklah persoalan hubungan
manusia dan alam sekitar.
9
Tawhid
Manusia harus sedar bahawa bumi yang didiami ini adalah hak
milik Allah s.w.t. jua. Spesies manusia hanyalah sebahagian
daripada makhluk ciptaan-Nya; manusia perlu berinteraksi
dengan lain-lain spesies yang mendiami bumi ini.

Meskipun diberikan kelebihan sebagai khalifah untuk
memakmurkan bumi, manusia tidak boleh bertindak sewenang-
wenangnya. Sebaliknya manusia mestilah mengambil kira kesan
dan akibat tindakannya terhadap spesies-spesies lain.

Ini kerana manusia bertanggungjawab atas segala tindakannya
dan akan dipersoalkan di hari kemudian kelak.

Nabi Muhammad s.a.w. pernah bersabda, maksudnya, Semua
ciptaan Allah s.w.t. adalah seperti satu keluarga; dan Dia paling
menyayangi mereka yang paling baik terhadap keluarga-Nya.

10
(b) Khalifah dan amanah
Al-Quran menjelaskan bahawa alam ini dijadikan
mengikut ukuran tertentu dan berada dalam
keadaan seimbang dan harmoni.
Alam bersifat teratur dan boleh difahami. Ianya
menjadi ayat atau tanda bagi manusia
memahami hakikat kewujudan Allah s.w.t.
Ini dinyatakan dalam Surah Taha, ayat 53-54,
yang bermaksud: Yang telah menjadikan bagimu
bumi sebagai hamparan dan telah menjadikan
bagimu bumi itu jalan-jalan dan menurunkan dari
langit air hujan. Maka kami tumbuhkan dengan
air hujan itu berjenis-jenis dari tumbuhan yang
bermacam-macam... Makanlah dan
gembalakanlah binatang-binatangmu.
Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat
tanda-tanda kekuasaan Allah bagi orang yang
berakal.
11
Khalifah dan amanah
Manusia dipilih sebagai khalifah kerana kelebihannya
dikurniakan Allah s.w.t. dengan akal fikiran berbanding
makhluk-makhluk lain.
Sebagai khalifah, manusia bertanggungjawab menjaga
keharmonian dan keseimbangan alam dan bukannya
mendominasi alam ini.
Amanah yang diberikan Allah s.w.t. kepada manusia ini
perlu dijaga kerana pada akhirnya setiap individu akan
dipersoalkan tentang tanggungjawabnya.
Dunia ini adalah tempat ujian bagi manusia dalam
menentukan kesudahan di hari akhirat.
Surah al-Anam, ayat 165 menyatakan: Dialah yang
menjadikan kamu khalifah-khalifah di bumi. Dia
meninggikan setengah kamu atas setengah yang lain
dengan beberapa darjat supaya Dia boleh menguji kamu
apa yang telah dikurniakan-Nya. Tuhan menurunkan
azab amat seksanya tetapi sesungguhnya Dia Maha
Pengampun Lagi Maha Mengasihani.
12
(c) Syariah
Syariah menggariskan asas etika dan norma serta
perundangan untuk menjadi panduan umat Islam.
Syariah adalah berasaskan kepada ajaran al-Quran
dan juga contoh teladan yang ditunjukkan oleh
Rasulullah s.a.w.
Matlamat akhir hukum syariah adalah untuk kebaikan
umum semua makhluk ciptaan Tuhan dalam
kehidupan dunia dan juga akhirat.
Hukum syariah berkembang daripada kepercayaan
tentang konsep tawhid atau keesaan Tuhan.
Allah s.w.t. adalah Maha Pencipta dan kepada-Nya
jugalah tempat kembali bagi semua makhluk di dunia
ini, sebagaimana dinyatakan dalam Surah Mulk, ayat
2, yang bermaksud: Dialah yang menjanjikan adanya
mati dan hidup, supaya Dia boleh menguji siapa di
antara kamu yang lebih baik amalnya dan Dia Maha
Perkasa Lagi Maha Penyayang.
13
(d) Keadilan dan kesederhanaan
Adil bermaksud meletakkan sesuatu pada
tempatnya.
Al-Quran dalam Surah 16, ayat 90 menyatakan
bahawa: Sesungguhnya Allah s.w.t. menyuruh kamu
berlaku adil dan berbuat kebajikan.
Konsep adil dalam alam ini dapat dilihat daripada
penciptaan alam semulajadi yang mematuhi ukuran-
ukuran tertentu serta sentiasa berada dalam
keseimbangan dan keharmonian.
Islam juga menganjurkan umatnya hidup dalam
kesederhanaan dan tidak berlebih-lebihan.
Dalam persoalan alam sekitar, Allah s.w.t. tidak
melarang manusia menggunakan sumber semulajadi
tetapi penggunaan ini tidaklah sehingga berlebih-
lebihan, sebaliknya cukup sekadar memenuhi
keperluan.
14
Keadilan dan kesederhanaan
Misalnya dalam Surah An Nahl, ayat 5 ada
menyatakan: Dan binatang ternakan, diciptakan-
Nya untuk kalian daripadanya mendapat pakaian
panas dan keperluan (lain-lain) dan
sebahagiannya untuk kalian makan.

Contoh lain tentang kesederhanaan dalam
kehidupan seharian ialah ketika berwuduk
sebelum menunaikan sembahyang, di mana
hanya anggota tubuh tertentu sahaja yang wajib
dibasahi dan bukannya seluruh badan.

Selain itu, umat Islam juga digalakkan
mengamalkan sikap berjimat cermat dan tidak
membazir dalam penggunaan air.
15
APLIKASI PRINSIP-PRINSIP ISLAM
DI DALAM HUBUNGAN
MANUSIA DAN ALAM SEKITAR
Hubungan
manusia
dan haiwan
Hubungan manusia
dan tumbuh-tumbuhan
Penggunaan
dan pemilikan
tanah
16
Hubungan manusia & haiwan
Islam menganjurkan supaya manusia sentiasa mengamalkan
sikap yang baik walaupun kepada haiwan.

Hadis : Kebaikan yang dibuat oleh seseorang itu terhadap
haiwan adalah sama baiknya dengan kebaikan yang dibuatnya
terhadap manusia; sementara kejahatan yang dilakukan terhadap
haiwan adalah sama jahatnya dengan perbuatan kejam yang
dilakukan terhadap manusia.

Islam juga membenarkan manusia memelihara dan menternak
haiwan untuk dijadikan makanan (misalnya ayam, itik dan
kambing), kenderaan tunggangan atau menarik pedati (misalnya
unta, kuda dan kaldai) dan juga kegunaan-kegunaan lain yang
berpatutan.

Namun, setiap haiwan peliharaan perlu diberikan haknya!

Jika haiwan perlu dibunuh atau disembelih, ianya mestilah
dilakukan dengan kaedah yang betul bagi mengurangkan
kegelisahan dan rasa sakit kepada haiwan itu.

Kisah pada zaman Rasulullah saw : Lelaki dengan anjing &
Wanita dengan kucing.
17
Hubungan manusia & tumbuh-tumbuhan
Hadis Rasulullah s.a.w. : Dunia ini hijau dan cantik
dan Tuhan telah melantik kamu sebagai pengurusnya.
Dia melihat apa yang kamu lakukan.
Al-Quran dan hadis banyak menyebut tentang
kegunaan tumbuh-tumbuhan kepada manusia serta
juga keperluan untuk manusia bercucuk tanam.

Al-Quran, surah 80, ayat 24 hingga 32 menyatakan
tentang tumbuhan sebagai makanan manusia. Ayat
itu bermaksud: Maka hendaklah manusia itu
memperhatikan makanannya. Sesungguhnya Kami
telah benar-benar mencurahkan air dari langit.
Kemudian kami belah bumi dengan sebaik-baiknya.
Lalu kami tumbuhkan biji-bijian di bumi itu. Anggur
dan sayur-sayuran. Zaitun dan pohon kurma. Kebun-
kebun (yang lebat) dan buah-buahan serta rumput-
rumputan untuk kesenanganmu dan binatang-
binatang ternakmu.
18
Kepentingan bercucuk tanam dan mengekalkan kehijauan bumi
sememangnya mendapat keutamaan dan amat digalakkan oleh
Islam

Nabi Muhammad s.a.w. mengingatkan bahawa sekiranya sewaktu
hampir kiamat ada di tangan seseorang itu sebatang pokok, maka
pokok itu hendaklah ditanam.

Allah s.w.t. menjanjikan ganjaran bagi mereka yang bercucuk
tanam.

Hadis : Sesiapa yang menanam pokok dan menjaganya dengan
baik sehingga besar dan mengeluarkan hasil akan mendapat
ganjaran di akhirat.

Hadis : Jika ada sesiapa yang menanam sebatang pokok dan
bercucuk tanam dan manusia serta haiwan atau burung-burung
mendapat makanan darinya, ia hendaklah menganggapnya sebagai
satu kebajikan.

Pemeliharaan hutan dan tumbuh-tumbuhan adalah menjadi amalan
pemerintahan Rasulullah s.a.w. di Mekah dan Madinah.

Amalan melindungi pokok-pokok ini juga dilakukan di waktu
peperangan di mana umat Islam dilarang daripada mencabut atau
membunuh tumbuhan sekiranya tidak diperlukan.

19
Penggunaan dan pemilikan tanah
Penggunaan tanah menurut undang-undang Islam boleh
dibahagikan kepada empat jenis yang utama iaitu tanah yang
sudah dibangunkan (amir), tanah terbiar (mawat), tanah yang
dilindungi (harim) dan tanah yang dirizabkan secara kekal
(hima).

Tanah yang sudah dibangunkan atau amir merujuk kepada
mana-mana kawasan yang telah didiami manusia atau
mengandungi aktiviti-aktiviti pertanian.

Tanah terbiar atau mawat merupakan tanah yang tidak didiami
manusia dan tidak digunakan untuk bercucuk tanam,
misalnya padang ragut liar dan kawasan hutan.

Mawat boleh dimajukan oleh sesiapa sahaja sama ada secara
usaha sendiri atau mendapat kebenaran dari kerajaan.

Antara usaha yang boleh dilakukan untuk menghidupkan
kembali tanah yang telah mati ini termasuklah menggali
telaga, mengairi tanah sekiranya terlalu kering, mengeringkan
tanah sekiranya terlalu basah, membersihkan pokok-pokok,
bercucuk tanam atau membuat bangunan.
20
Tanah dilindungi atau harim pula merujuk kepada
kawasan yang dilindungi yang letaknya di sekitar
tanah yang dimajukan.
Tujuan harim adalah untuk melindungi sumber yang
ada di kawasan pembangunan berkenaan dan juga
menyediakan laluan masuk ke kawasan tersebut.
Hima pula merupakan mawat yang tidak boleh
dibangunkan sama sekali atau dirizabkan secara kekal.
Secara umumnya, harim dan hima mempunyai tujuan
yang sama iaitu sebagai kawasan yang dilindungi atau
tidak dibangunkan.
Perbezaannya ialah harim diuruskan oleh individu atau
masyarakat setempat manakala hima pula diuruskan
oleh kerajaan untuk kegunaan dan faedah awam.
Contoh harim adalah tanah di sekitar perigi
persendirian, tebing sungai dan bahu jalan.
Contoh hima pula adalah kawasan hutan simpanan
untuk pemuliharaan tumbuhan dan juga hidupan liar
atau sebagai tempat simpanan kuda-kuda yang
digunakan semasa peperangan.
21
Pembahagian tanah tersebut dibuat secara
berhati-hati dan mengikut penggunaan yang
ditetapkan.

Selain itu persoalan kepentingan bersama untuk
masyarakat setempat turut diberi perhatian.

Misalnya penggunaan tanah awam untuk dijadikan
zon hima adalah dibuat secara adil.

Hima hanya diwujudkan sekiranya benar-benar
perlu dan kawasannya hendaklah tidak terlalu luas
sehingga menganggu kegunaan orang ramai.

Meskipun kerajaan berhak untuk mewartakan
sesuatu hima, namun ianya tidak dilakukan
dengan sewenang-wenangnya kerana kepentingan
awam adalah diutamakan.
22
Pemanasan Suhu dunia
Krisis tenaga nuklear
Pencemaran udara dan jerebu
Banjir kilat
23
KESIMPULAN
Alam ini merupakan manifestasi keagungan Allah
s.w.t. dan menjadi ayat dalam memahami hakikat
kewujudan dan keagungan Allah s.w.t.
Kesejahteraan alam ini perlu dipelihara sebagai tanda
kesyukuran dan demi mendapat keredaan Allah.
Tugas pemeliharaan dan pemuliharaan alam
sebenarnya merupakan tanggungjawab setiap
manusia yang mendiami alam ini, tanpa mengira
batasan agama.
Setiap agama dan kepercayaan di dunia mempunyai
panduan tertentu dalam menyatakan perhubungan
mengenai manusia dan alam sekitar.
Apa yang penting adalah keupayaan dan usaha
penganut setiap agama dalam merealisasikan prinsip-
prinsip panduan menjadi amalan kehidupan seharian.
Hasil dan kesan daripada perlakuan manusia pada
hari ini akan menentukan kesejahteraan alam pada
masa akan datang.

Anda mungkin juga menyukai