Anda di halaman 1dari 8

Mengadakan ceramah, pameran atau kempen

- Perbezaan saiz, berat badan dengan rakan sebaya ( terlebih


berat badan- menimbulkan masalah sosial dan masalah
penyesuaian )- guru haruslah menasihati murid-murid supaya
tidak menghirau apa yang diejek atau dicakap oleh rakan
sebaya
- pada umur 7-12 tahun, guru boleh mengadakan pameran
yang berkaitan seperti pameran kesihatan , pameran gaya
hidup sihat dan sebagainya. Dengan adanya ini, mereka akan
sedar bahawa kepentingan menjaga kesihatan supaya mereka
dapat berkembang dengan baik dari segi fizikal.
- Pada peringkat 12-15 tahun, berlaku perubahan fizikal seperti
ketinggian, saiz dan bentuk badan mula ke arah dewasa.
- Apabila mencapai akil baligh, bentuk badan remaja
perempuan mula menunjukkan sifat kewanitaannya dan bulu
ketiak mula tumbuh. memberi ceramah kepada pelajar yang
berumur 12-15
- Guru boleh merancang dan melaksanakan aktiviti seperti
ceramah, kaunseling yang dapat membantu remaja menerima
dirinya, rupa dan bentuk badan.
- tujuan guru mengadakan ceramah pada umur 10-14 tahun
adalah disebabkan kerana guru haruslah menyampaikn mesej
perubahan yang berlaku tidak kira dari segi fizikal ataupun lain,
dan selepas ceramah yang diadakan tersebut diakhiri, mereka
akan mengetahui ilmu pengetahuan yang baru tentang
perkembangan fizikal dan tidak berasa malu terhadap
perubahan yang berlaku terutamanya perempuan.
- saya mahu berkongsi tentang pengalaman saya semasa
masa saya kecil, kira-kira berumur 12 tahun, masa itu saya
sudah mencapai akil baligh, dan saya merupakan perempuan
yang paling cepat mencapai akil baligh dalam kelas dan pada
masa itu, saya memiliki tubuh badan yang besar dan rupa
penuh dengan jerawat, pada masa itu, tiada pameran, kempen
atau ceramah yang disediakan pada masa itu, dan semua
kawan saya ketawa terhadap saya, pada masa itu, saya berasa
malu terhadap perkembangan fizikal saya seperti pembesaran
buah dada dan sebagainya, dan saya cuba menyembunyikan
perkembangan saya seperti pertumbuhan dada, saya sengaja
bonggol, maksudnya membengkok bahu saya. Pada masa itu,
tiada guru, ibu bapa atau kawan tegur saya, lama-kelamaan,
sampai sekarang bahu saya menjadi bonggol. Bukan niat saya
mahu salahkan mana-mana pihak, tetapi saya mahu
menyampaikan mesej bahawa guru memainkan peranan yang
penting dalam perkembangan fizikal kanak-kanak. Jika guru
mengadakan ceramah, semua kanak-kanak yang berumur 10-
14 tahun akan tahu dan mereka akan mengambil perkara
tersebut sebagai perkara yang biasa dan segala-gala ejekan
atau cemuhan daripada kawan-kawan.

Kolaborasi antara ibu bapa dengan guru
- Interaksi antara ibu bapa dengan guru haruslah diwujudkan, hal
ini demikian kerana jika berlaku apa-apa masalah dalam
perkembangan fizikal seseorang kanak-kanak, ibu bapa atau
guru boleh mengambil tindakan awal supaya masalah tersebut
tidak berkembang menjadi besar.
- Contohnya, jika di sekolah, guru terjumpa kanak-kanak tersebut
menghadapi masalah motor halus dan motor kasar, guru boleh
berbincang dengan ibu bapa untuk mencari jalan penyelesaian
secepat mungkin.
- Dalam kata yang sama, pada tahun 10-14 tahun, sebilangan
remaja lelaki dan perempuan sudah mencapai kematangan,
oleh itu, jika guru di sekolah terjumpa masalah yang boleh
menjejaskan perkembangan fizikal remaja tersebut, ibu bapa
boleh mengadakan kolaborasi dengan ibu bapa dan mencari
jalan penyelesaian.
- Pada waktu rehat, jika guru terjumpa kanak-kanak makan
makanan yang tidak berkhisat yang disediakan oleh ibu bapa
atau pihak lain, guru boleh berinteraksi dengan ibu bapa dan
memberitahu bahawa makanan yang disediakan untuk kanak-
kanak pada peringkat tertentu haruslah berkhiasat supaya
kanak-kanak dapat berkembang dengan baik dan sihat.
Guru haruslah memastikan ruang dan kemudahan sukan
disediakan dengan baik dan sempurna.. keselamatan
- Dengan adanya ruang dan kemudahan sukan yang disediakan
oleh sekolah dengan baik dan sempurna, kanak-kanak boleh
berkembang dari segi motor halus dan motor kasar dengan
bagus. mereka boleh melakukan aktiviti seperti berlari, bermain
bola dan sebagainya. Aktiviti seperti ini dapat membantu
mengembangkan perkembangan fizikal kanak-kanak.
- Keselamatan juga sangat penting. Hal ini demikian kerana
keselamatan yang tidak bagus juga akan membantut
perkembangan fizikal kanak-kanak. Dalam sesuatu situasi yang
menyatakan bahawa jika terdapat seorang guru yang tidak
mementingkan keselamatan murid dan menjalankan sesuatu
aktiviti dalam persekitaran yang bahaya, kanak-kanak
berkemungkinan besar akan cedera. Kecederaan tersebut
mungkin akan membantut perkembangan fizikal kanak-kanak.
- Oleh itu, guru haruslah memastikan keselamatan kanak-kanak
supaya mereka dapat berkembang dalam keadaan yang bagus
dan sempurna.
Berita Benar!!! ( Sinar Harian 21 April 2014 )

Kantin sekolah masih jual makanan Larangan ( Utusan Online )
16-05-2011 Kuala Lumpu 15 Mei, Rata-rata pengusaha kantin
sekolah masih menjual pelbagai jenis makanan termasuk
makanan ringan seperti kentang goreng, keropok lekor, sosej,
bebola ikan dan burger walaupun kerajaan telah mengumumkan
cadangan larangan penjualan makanan yang tidak berkhasiat
baru-baru ini. Penjualan minimum berkarbonat.
Sunday July 31, 2011
Ceramah Kesihatan dan Keselamatan
Ceramah Kesihatan Keselamatan telah diadakan pada 28 Julai
2011 di Bilik SSB Sekolah Kebangsaan Tengku Bariah jam 7.40
hingga 9.40 pagi. Seramai 179 murid tahun 1 dan 2 terlibat.
Ceramah di sampaikan oleh Penolong Kanan HEM Puan Nor
Ainee bt Ngah dan Kaunselor Sekolah En.Wan Mohd Shukri b
Wan Mohamad.Tujuan Ceramah diadakan adalah untuk
meningkatkan kesedaran kesihatan dan keselamatan di kalangan
murid sekolah rendah.
Kursus Pra Akil Baligh 12/07/2008
12/ 07/ 2008 Kursus Pra Akil Baligh melibatkan murid-murid tahun
enam SK. Pekan Keningau telah diadakan di dewan sebaguna Sk.
Pekan Keningau. Penceramah jemputan terdiri dari Pn. dari Klinik
Kesihatan Ibu dan anak KKIA Keningau dan Ust. Mohd Saiful
Izzuar A Razak Ceramah berkaitan dengan perkembangan murid-
murid ke alam remaja dan panduan bagi murid-murid tentang
bersuci dan tanggunjawab seorang muslim mukallaf. Penceramah
Moral terdiri daripada En. Alfonsos dan Pn. Juriah Gabriel
memperkatakan tentang nilai-nilai murni yang perlu diterapkan
dan perlu dipatuhi.
Cemas Lutut Pelajar Tersepit Mulut Longkang ( 23 mei 2014 )
Kuala Lumpur Seorang murid perempuan sebuah sekolah
rendah di Sentul di sini, menempuh detik cemas apabila kaki
kirinya tersepit pada besi penutup longkang di hadapan kelasnya.

Dalam kejadian jam 11 pagi semalam, anggota bomba dan
penyelamat dari Balai Bomba Sentul terpaksa dipanggil untuk
mengeluarkan kaki kiri mangsa berusia 12 tahun itu.

Jurucakap bomba berkata, kejadian berlaku apabila mangsa
terpijak besi itu hingga menyebabkan lututnya tersangkut dan
gagal keluar daripada longkang kecil berkenaan.

Menurutnya, pihak bomba yang menerima panggilan kecemasan
sekitar jam 11.12 pagi kemudian bergegas ke lokasi kejadian.

Sepasukan lima pegawai dan anggota bersama sebuah jentera
diketuai Pegawai Bomba Abdul Halim Hassan tiba di sekolah itu
pada jam 11.20 pagi.

Pemeriksaan kemudian mendapati lutut mangsa tersepit pada
besi penutup longkang. Kami terpaksa meletakkan minyak
sebelum cuba memusingkan tubuh mangsa. Keseluruhan kaki kiri
mangsa akhirnya dapat dikeluarkan dalam masa kurang tiga minit,
katanya di sini, semalam,

ARKIB : 17/06/2014
Murid Tahun Satu parah dilanggar kereta di hadapan sekolah
SANDAKAN 17 Jun - Seorang murid Tahun Satu mengalami cedera
parah selepas dilanggar sebuah kereta ketika melintasi jalan raya di
hadapan sekolahnya di Jalan Cecily Utara Batu 4 dekat sini semalam.

Ketua Polis Daerah Sandakan ACP Rowell Marong berkata, mangsa
yang dikenali sebagai Mohd Zul Hakeem Hamsah, 7, belajar di
Sekolah Rendah Kebangsaan (SRK) Sung Siew.

Dalam kejadian 5.50 petang itu menyebabkan mangsa mengalami
patah kaki kanan dan masih menerima rawatan di Hospital Duchess
of Kent Sandakan, katanya di sini hari ini.
Rowell berkata pemandu kereta berkenaan sudah tampil membuat
laporan polis berhubung kemalangan itu. - BERNAMA
Artikel Penuh:
http://utusan.com.my/utusan/Jenayah/20140617/je_12/Murid-Tahun-
Satu-parah-dilanggar-kereta-di-
hadapan-sekolah#ixzz3AO0JK9rH
Utusan Melayu (M) Bhd

ARKIB : 17/02/2014
SK Setiawangsa perintis Program Makanan Sihat
Ruslan Madon memantau pelaksanaan Program Makanan Sihat
pada waktu rehat di SK Setiawangsa, Kuala Lumpur baru-baru ini.
Pelaksanaan Program Makanan Sihat hasil inisiatif Sekolah
Kebangsaan (SK) Setiawangsa dan Kementerian Kesihatan wajar
dipuji kerana dapat mendidik murid mengambil makanan yang sihat
dan seimbang untuk mengelakkan jangkitan penyakit atau masalah
obesiti.
Guru Besar Cemerlang sekolah itu, Ruslan Madon berkata, dalam
program yang masih di peringkat rintis ini, murid yang terlibat diberi
makanan yang sihat dan seimbang dari segi keperluan piramid
makanan beserta air minuman.
"Ibu bapa yang memilih untuk memasukkan anak masing-masing
mengikuti program ini perlu membayar RM3 sehari dan bayaran
dibuat secara bulanan.

"Murid yang terlibat perlu mengambil makanan pada waktu rehat di
tempat duduk khas di kantin sekolah untuk memudahkan
pemantauan dan pengumpulan data," jelasnya ketika ditemui di
pejabatnya di Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Pengumpulan data dilakukan oleh seorang pegawai pemakanan
daripada Kementerian Kesihatan yang ditempatkan di sekolah itu.
Data yang direkodkan antaranya termasuklah berat murid, kehadiran
ketika waktu makan dan baki makanan yang tidak dihabiskan.
Menurut Ruslan, penempatan Pegawai Pemakanan ini amat
membantu terutama dalam memastikan pelaksanaannya tidak
memberi beban tugas tambahan kepada guru.
"Malah, Pegawai Pemakanan ini diberi kebenaran untuk mengajar
tentang bidang pemakanan dalam kelas Pendidikan Jasmani dan
Kesihatan," ujarnya.
Di samping itu, kata Ruslan, pegawai berkenaan turut memberi
khidmat nasihat dan runding cara dalam aspek pemakanan sihat
bukan sahaja untuk murid malah meliputi semua warga sekolah.
"Warga sekolah turut dididik mengenai pemakanan sihat melalui
maklumat berkaitan kandungan kalori makanan dalam poster dan
sampel makanan yang diletakkan di kantin sekolah," tambahnya.
Sementara itu, Ketua Penolong Pengarah (Pemakanan), Jabatan
Kesihatan Wilayah Persekutuan, Nor Azah Ahmad berkata, pakej
makanan yang disediakan dalam program ini seimbang dari segi
kandungan karbohidrat, protein dan sumber air.
"Pemantauan dilakukan bermula daripada proses penyediaan
makanan sehingga siap dihidang oleh pengusaha kantin sekolah.
"Hal ini bagi memastikan makanan yang disediakan bersih, seimbang,
sihat dan selamat dimakan," katanya
Artikel Penuh:
http://utusan.com.my/utusan/Pendidikan/20140217/pe_02/SK-
Setiawangsa-perintis-Program-Makanan-Sihat#ixzz3APBtEfPl
Utusan Melayu (M) Bhd

Anda mungkin juga menyukai