Anda di halaman 1dari 2

AGAR-AGAR SANTAN SIRAP ROSE

BY: Naz @ovenkecil.blogspot.com



Bahan-bahan :
1 paket serbuk agar-agar 10 gm atau 11 gm
1 liter air (4 cawan)
200 gm gula pasir (lebih kurang 1 cawan)
200-250 ml santan pekat (1 cawan) - (Naz guna santan kotak jer & boleh kurang kuantiti
kalau nak dapatkan lapisan santan/atas yang nipis sedikit)
1 biji telur ayam - masukkan dalam santan dan kocak sikit dengan garfu
Secubit garam
1-2 sudu besar sirap rose ATAU beberapa titis pewarna pink dan perisa rose
2 helai daun pandan - dibasuh dan disimpulkan

Cara-cara:
1. Masak 1 liter air bersama gula dan serbuk agar-agar hingga gula larut.
2. Kecilkan api dan masukkan campuran santan bersama telur, garam dan sirap rose.
Masukkan juga simpulan daun pandan.
3. Kacau dan tunggu hingga menggelegak atas api sederhana. PENTING!! Bila
menggelegak, biar seketika lebih kurang 1-2 minit atau boleh kuatkan api dapur dan
biar adunan mengelegak kuat sambil dikacau-kacau. Kacau ni untuk mengelakkan
adunan membuak dan melimpah dari periuk. Pandai-pandailah adjust api dapur tu ye.
Nanti akan kelihatan adunan santan jadi berbintil-bintil. Tutup api.
4. Basahkan loyang atau apa-apa acuan kegemaran dengan air. Kemudian tuang adunan
agar-agar santan dan biarkan mengeras. Boleh simpan di dalam peti ais untuk
mendapatkan agar-agar yang sejuk dan umpphhh bila masuk ke tekak..heheheeee...

TIPS DAN NOTA NAZ:
Banyak orang yang tertanya-tanya kenapa bila membuat agar-agar santan, tidak
mendapat 2 lapisan seperti yang sepatutnya walaupun masing-masing selalunya
dah ikut betul-betul resepi yang mereka guna. Jadi, tipsnya ialah selepas
memasukkan santan ke dalam periuk, biar adunan menggelegak lama sikit
dalam 1 minit atau lebih. Ataupun, selepas masukkan santan, bila adunan mula
mengelegak, kuatkan api dapur hingga adunan mengelegak kuat. Tapi kena hati-
hati jangan sampai adunan membuak dan melimpah keluar dari periuk. Kacau-
kacau adunan dalam 1 minit. Insyallah..confirm anda akan mendapat hasil agar-
agar yang mempunyai 2 lapisan selepas keras nanti.
(edited-13/09/2012) Kalau yang suka lapisan santan tu nipis jer, kurangkan
kuantiti santan di dalam resepi ye. Nanti dapatlah lapisan santan (yang bahagian
atas tu), nipis sikit berbanding dengan bahagian bawahnya.

Nanti Naz tunjukkan pula hasil agar-agar santan dengan resepi yang sama tetapi tidak
mempunyai 2 lapisan seperti agar-agar kali ini. Tunggu untuk melihat perbezaannya... KLIK
DI SINI UNTUK MELIHAT PERBEZAAN HASIL AGAR-AGAR SANTAN INI
SERTA SEBAB BERLAKUNYA BEGITU..

Anda mungkin juga menyukai