Anda di halaman 1dari 23

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

SCHOOL OF SOCIAL SCIENCES


MASTER OF PUBLIC ADMINISTRATION

SPA 507 : ISU-ISU EKONOMI MALAYSIA
DR. SAI DATULAKMAL MOHD






MASALAH PENGANGGURAN DI MALAYSI A: KESAN TERHADAP NEGARA DAN
LANGKAH-LANGKAH MENGATASI NYA.



By :
MUHAMAD IZZWANDY BIN MAMAT (P-SM0081/09)












MASALAH PENGANGGURAN DI MALAYSIA AKIBAT KEJATUHAN EKONOMI
DUNIA: KESAN TERHADAP NEGARA DAN LANGKAH-LANGKAH
MENGATASINYA.

PENGENALAN
Dalam krisis ekonomi pada masa ini, pekerja dalam syarikat dan kilang akan mudah
diberhentikan oleh majikan apabila permintaan ke atas produk negara daripada rakan dagangan
utama seperti Amerika Syarikat (AS) dan Kesatuan Eropah (EU) mulai mengecil dan
menyebabkan kejatuhan eksport. Syarikatsyarikat besar juga akan merasai kesannya seperti
kekurangan modal dan pelaburan akan memaksa beberapa syarikat untuk mengurangkan operasi
atau muflis. Syarikat-syarikat seperti GM Motors, Citigroup, Intel, IBM dan banyak lagi syarikat
multinasional yang mengalami proses mengurangkan pekerja.
Implikasinya, nasib pekerja dalam syarikat dan kilang yang mudah terjejas dengan krisis
ekonomi khususnya syarikat dan kilang milik tempatan dan multinasional yang berorientasikan
eksport yang mana pasaran mereka tertumpu di luar negara. Kesan dari krisis ekonomi ini akan
menyebabkan menyebabkan puluhan ribu hilang pekerjaan dan sumber pendapatan.
Pengangguran dikategorikan sebagai tenaga buruh tetapi tidak menyumbang kepada
keluaran negara. Pengangguran boleh didefinisikan sebagai tenaga buruh yang tidak melakukan
sebarang aktiviti ekonomi tetapi giat mencari pekerjaan dalam ekonomi. Masalah pengangguran
di Malaysia masih rendah berbanding negara maju. Jerman misalnya, kadar penganggurannya
kira-kira 12 peratus, Perancis (9 peratus), Amerika Syarikat (5.5 peratus) dan Jepun antara 4
hingga 5 peratus pada 2004.

PERNYATAAN MASALAH

Sejak kebelakangan ini pengangguran yang semakin meningkat, oleh itu pelbagai usaha
telah diambil untuk menambah peluang latihan semula pekerja, antaranya adalah melalui
penggunaan lebih meluas Tabung Pembangunan Sumber Manusia. Pada masa yang sama, untuk
mengeluarkan tenaga buruh terlatih untuk jangka masa panjang terus diberi keutamaan selaras
dengan permintaan ekonomi baru.
Terdapat pelbagai langkah yang ditumpukan untuk mempercepatkan pertumbuhan
ekonomi, seperti perkembangan permintaan dalam negeri dan sebagainya telah dilaksanakan
oleh kerajaan. Justeru, prospek pekerjaan baru dijangka wujud dalam bidang berkaitan teknologi
maklumat, dengan bilangan jawatan yang kekal tinggi. (Sumber : Pelan atasi pengangguran,
Jabatan Tenaga kerja Malaysia 2010)

Biarpun masalah pengangguran negara ini masih dalam keadaan terkawal, sebagai
langkah persediaan, kerajaan perlu merangka pelan strategik bagi mengatasi kemungkinan yang
dijangka boleh berlaku. Pelan Tindakan Pekerjaan Nasional (NAPE) 2008-2010 yang
dilancarkan bakal menjadi landasan kepada kerajaan memberi tumpuan kepada usaha menangani
masalah pengangguran di negara kita. Pelan itu bertindak sebagai langkah persediaan awal bagi
menghadapi kemungkinan peningkatan dalam kadar pengangguran pada masa hadapan.
( Pelan Tindakan Pekerjaan Nasional (NAPE) 2008-2010)


OBJEKTIF KAJIAN
Kajian ini di jalankn untuk mengetahui dan memahami masalah pengangguran yang
sentiasa berlaku di malaysia. Selain itu kajian ini juga adalah untuk:
1. Mengatahui punca berlakunya pengangguran
2. Kajian ini juga adalah untuk mengatahui jenis-jenis penganguran yang wujud di
Malaysia.
3. Selain itu kajian ini adalah bertujuan untuk mengetahui kesan-kesan
pengangguran terhadap negara dari segi ekonomi dan social.
4. Dan seterusnya mencari dan mencadangkan langkah-langkah yang sesuai untuk
mengatasinya.
DEFINISI PENGANGGURAN
Menurut Slamon, J. (1999) penganggur ialah mereka yang tidak bekerja walau pun
berusia di dalam lingkungan umur orang bekerja tetapi mereka sedia ada untuk bekerja mengikut
kadar gaji semasa.
Manakala di dalam Kamus Dewan (Edisi Empat), pula menyatakan perihal meng-
anggur adalah di mana keadaan seseorang itu tidak mempunyai pekerjaan disebabkan oleh
kesukaran untuk mendapat kerja ataupun akibat dari pengurangan pekerja oleh kerajaan dan
disebabkan keadaan cuaca yang tidak membolehkan sesuatu pekerjaan dilaksanakan.


Mengikut Lai (2000) didalam buku mikroekonominya menyatakan pengangguran
bergantung dan berkaitan dengan :
1. Jumlah penduduk dalam sesebuah negara boleh dibahagikan kepada dua kumpulan, iaitu:
a) Tenaga buruh penduduk yang sanggup bekerja,
b) Bukan tenaga buruh penduduk yang tidak sanggup bekerja.
2. Pengangguran berlaku apabila penduduk dalam kumpulan tenaga buruh gagal
mendapatkan pekerjaan.
3. Tenaga buruh adalah penduduk yang berumur di antara 15 64 tahun, sihat dari segi
mental dan fizikal serta bersedia mencari pekerjaan.
4. Penduduk dalam kumpulan bukan tenaga buruh merujuk kepada mereka yang berumur
kurang daripada 16 tahun atau lebih daripada 63 tahun, cacat, pelajar dan suri
rumahtangga adalah contoh-contoh penduduk bukan tenaga buruh.
5. Pendek kata, pengangguran merupakan satu masalah ekonomi yang merujuk kepada
sebilangan penduduk yang sanggup bekerja tetapi tidak mendapatkan pekerjaan.
6. Kadar pengangguran mengukur peratus tenaga buruh yang menganggur dalam Negara. Ia
dapat dihitung dengan rumusan berikut:

Kadar pengangguran = Jumlah Penganggur x 100%
Jumlah Tenaga Buruh

Menurut Jomo & Ishak (2003) pengangguran boleh di takrif sebagai keadaan apabila
sebahagian dari tenaga buruh yang ingin berkerja pada kadar upah yang tertentu dipasaran tetapi
tidak mendapat sebarang pekerjaan.
JENIS-JENIS PENGANGGURAN
Pengangguran dapat dibahagikan kepada beberapa jenis seperti pengangguran geseran
atau normal, pengangguran struktur, pengangguran kitaran, pengangguran teknologi,
Menurut Jomo (2003) Pengangguran normal/geseran berlaku apabila dalam suatu
ekonomi terdapat pengangguran sebanyak dua atau tiga peratus dari jumlah tenaga buruh maka
ekonomi itu sudah dipandang sebagai mencapai gunatenaga penuh. Pengangguran sebanyak dua
atau tiga peratus tersebut dinamakan pengangguran normal atau geseran. Para penganggur ini
tidak ada pekerjaan bukan kerana tidak dapat memperolehi kerja, tetapi kerana sedang mencari
kerja lain yang lebih baik. Dalam ekonomi yang melambung, pengangguran adalah rendah dan
pekerja susah diperoleh. Maka pengusaha menawarkan upah yang lebih tinggi. Ini akan
mendorong para pekerja untuk meninggalkan pekerjaannya yang lama dan mencari pekerjaan
baru yang lebih tinggi gajinya atau yang lebih sesuai dengan kemahirannya.
Boleh dikatakan juga Pengangguran geseran berlaku untuk sementara waktu sahaja.
Pekerja tidak puas hati dengan pekerjaan sekarang dan sedang berusaha untuk mencari pekerjaan
lain yang lebih baik. Penganguran bermusim pula hanya berlaku pada masa-masa tertentu sahaja
dan cenderung wujud dalam sektor utama seperti sektor pertanian dan sektor perikanan.

Pengangguran struktur berlaku disebabkan perubahan struktur ekonomi dalam
sesebuah negara. Pada masa dahulu sektor pertanian memainkan peranan penting dalam
menyediakan peluang pekerjaan yang banyak kepada tenaga buruh. Dengan perkembangan
sektor industri dan pembinaan, penyumbang terbesar dalam penyediaan peluang pekerjaan telah
beralih ke sektor tersebut. Oleh kerana sebilangan tenaga buruh tidak mempunyai kelayakan dan
kemahiran maka berlakulah pengangguran. Perubahan sektor ini juga berlaku kerana kurangnya
penawaran dari sektor pertanian atau terdapat kekurangan permintaan terhadap keluarannya.
Kekurangan permintaan ini adalah disebabkan berlakunya peningkatan kos pengeluaran,
persaingan, terdapatnya keluaran baru dalam pasaran dan sebagainya. ( Ooi, 1996)
Manakala pengangguran kitaran wujud akibat daripada ekonomi tidak selalu
berkembang dengan teguh. Ada kalanya permintaan agregat lebih tinggi, dan ini mendorong
pengusaha menaikkan pengeluaran. Lebih banyak pekerja baru digunakan dan pengangguran
berkurang. Akan tetapi pada masa lainnya permintaan agregat merosot dengan banyaknya.
Misalnya, dalam kes Malaysia, ini boleh berpunca dari kejatuhan harga-harga komoditi eksport.
Kemerosotan permintaan agregat ini mengakibatkan perusahaan-perusahaan mengurangi pekerja
atau menutup perusahaannya, maka pengangguran akan bertambah
Pengangguran teknologi boleh pula ditimbulkan oleh adanya penggantian tenaga
manusia oleh jentera-jentera dan bahan kimia. Racun lalang dan rumpai, misalnya, telah
mengurangi penggunaan tenaga buruh untuk membersihkan ladang. Begitu juga jentera telah
mengurangi keperluan tenaga buruh untuk membuat lubang, memotong rumput, membersihkan
kawasan, dan memungut hasil. Manakala di kilang-kilang, adakalanya robot telah menggantikan
kerja-kerja manusia. Pengangguran yang ditimbulkan oleh penggunaan jentera dan kemajuan
teknologi lainnya dinamakan pengangguran teknologi. Pengangguran teknologi juga berlaku
apabila penggunaan tenaga buruh dalam proses pengeluaran telah diambil alih oleh mesin dan
robot. Ini disebabkan berlakunya perkembangan teknologi yang telah berjaya mencipta alatan
yang lebih baik untuk meningkatkan pengeluaran dengan kos pengeluaran yang semakin
berkurangan. (Jomo & Ishak, 2003)
Berasaskan ciri-ciri pengangguran yang berlaku, Jomo & Ishak (2003) mengatakan
pengangguran dibezakan pula menjadi: pengangguran terbuka, pengangguran tak ketara
(tersembunyi),dan pengangguran bermusim,
Pengangguran sukarela atau terbuka berlaku apabila tenaga buruh secara sukarela enggan
bekerja apabila ditawarkan pekerjaan. Ini disebabkan oleh pekerjaan yang ditawarkan tidak
sesuai dengan kelulusan, kemahiran, pengalaman dan sebagainya dengan tenaga buruh.
Pengangguran ini juga mungkin wujud sebagai akibat pertambahan peluang pekerjaan yang lebih
rendah daripada pertambahan tenaga buruh.
Sebagai akibatnya dalam ekonomi akan terdapat tenaga buruh yang tidak dapat memperolehi
pekerjaan. Maka di dalam suatu jangka masa yang cukup panjang mereka tidak melakukan
sebarang pekerjaan. Jadi mereka menganggur secara nyata dan sepenuh masa, dan oleh
kerananya dinamakan pengangguran terbuka. Pengangguran terbuka boleh wujud sebagai akibat
dari kegiatan ekonomi yang merosot, dari kemajuan teknologi yang menjimat penggunaan tenaga
buruh, atau sebagai akibat dari kemerosotan perkembangan sesuatu industri.
Pengangguran tersembunyi atau ketara berlaku apabila terdapatnya lebihan penggunaan
tenaga buruh dalam sesuatu ekonomi.. Kehadiran tenaga buruh yang berlebihan ini tidak akan
menambahkan pengeluaran dan ketiadaan tenaga buruh ini juga tidak akan menjejaskan
pengeluaran. Pengangguran ini kebanyakan wujud disektor pertanian atau perkhidmatan. Setiap
kegiatan ekonomi memerlukan tenaga buruh, dan jumlah tenaga buruh yang digunakan
bergantung kepada banyak faktor. Antara lain faktor yang perlu dipertimbangkan adalah: saiz
perusahaan, jenis kegiatan perusahaan, jentera yang digunakan (sama ada intensif buruh atau
intensif modal) dan tingkat pengeluaran yang dicapai.
Di banyak negara membangun kerapkali didapati bahawa jumlah pekerja dalam suatu
kegiatan ekonomi adalah lebih banyak daripada yang sebenarnya diperlukan supaya ia dapat
menjalankan kegiatannya dengan cekap. Kelebihan tenaga buruh yang digunakan digolongkan
dalam pengangguran tersembunyi. Contoh-contohnya ialah pelayan restoran yang lebih banyak
daripada yang diperlukan dan keluarga petani yang mengerjakan saiz tanah yang sangat kecil.
Pengangguran bermusim pula jarang berlaku dan kebanyakannya berlaku di sektor
pertanian dan perikanan. Pada musim hujan penoreh getah dan nelayan tidak dapat melakukan
pekerjaan mereka dan terpaksa menganggur. Pada musim kemarau pula para pesawah tidak
dapat mengerjakan tanahnya. Di samping itu pada umumnya para pesawah tidak begitu aktif di
antara masa di atas para penoreh getah, nelayan dan pesawah tidak melakukan pekerjaan lain
maka mereka terpaksa menganggur.





STATISTIK GUNA TENAGA, TENAGA BURUH DAN PENGANGGURAN DI
MALAYSIA PADA TAHUN 1996-2000
Butir 1996 1997 1998 1999 2000
Jumlah tenaga buruh
(000)
8 641.4 9 038.2 8 880.9 9 010.0 9 194.0
Jumlah guna tenaga
(000)
8 426.5 8 817.4 8 596.9 8 741.0 8 928.0
Jumlah pengangguran
(000)
214.9 220.8 284 269 266
Kadar pengangguran
(%)
2.5 2.4 3.2 3.0 2.9
Berdasarkan jadual di atas Kadar pengangguran dapat dihitung seperti berikut;

Dari jadual jelas menunjukkan kadar pengangguran dari tahun 1996 hingga tahun 2000
adalah turun naik. Pada tahun 1996 dan 1997, kadar pengangguran turun dari 2.5% kepada 2.4%.
Pada tahun 1998, kadar pengangguran semakin meningkat kepada 3.2% dan kemudiannya terus
menurun dari 3.0% dalam tahun 1998 ke 2.9% dalam tahun 2000. (Sumber: Laporan Ekonomi
Tahun 2000, kementerian kewangan Malaysia)

BILANGAN DAN KADAR PENGANGGURAN MENGIKUT NEGERI BAGI SUKU
TAHUN KEDUA 2009 (Q2 2009)

NO NEGERI BILL (,000) KADAR PENGANGGURAN
(%)
0 MALAYSIA 415.7 3.6
1 PULAU PINANG 16.6 2.3
2 MELAKA 7.5 2.5
3 KELANTAN 13.2 2.5
4 WP. KUALA LUMPUR 19.6 2.8
5 PAHANG 17.9 2.9
6 PERLIS 2.8 3.2
7 JOHOR 43.5 3.2
8 SELANGOR 78.0 3.6
9 TERENGGANU 15.1 3.7
10 N.SEMBILAN 15.2 3.7
11 PERAK 39.7 4.1
12 KEDAH 31.9 4.3
13 SARAWAK 47.1 4.5
14 SABAH / LABUAN 67.5 4.8



Melaka mencatatkan kadar pengangguran sebanyak 2.5% bagi suku tahun kedua 2009;
meningkat berbanding 0.9% pada suku tahun kedua 2008.
Malaysia pula mencatatkan kadar pengangguran sebanyak 3.6% bagi suku tahun kedua
2009; lebih tinggi berbanding 3.5% pada suku tahun kedua 2008.
Kadar pengangguran tahunan terendah telah dicatatkan pada tahun 1999 2001 dan 2004
2006; pada tahun 2002-2003 Pulau Pinang telah mengatasi Melaka dan pada tahun
2007 diatasi oleh Johor.
Melaka kembali mencatatkan kadar pengangguran tahunan terendah pada tahun 2008.
Bilangan penganggur Melaka pada suku tahun kedua 2009 adalah seramai 7,500 orang;
lelaki = 5,200 orang, perempuan = 2,300 orang
Bilangan penganggur teramai: dari segi umur ialah 15 24 tahun : 5,000 orang (66.7%);
dan dari segi pendidikan ialah lepasan menengah : 5,700 orang (76%)

( Sumber: Direktorat Pelaksanaan Negeri (DPN), Jabatan Ketua Menteri Melaka
20 Oktober 2009 dan Penyiasatan Tenaga Buruh, Jabatan Perangkaan Malaysia )







PUNCA-PUNCA PENGANGGURAN

Pengangguran yang berlaku sekarang juga berpunca daripada penggantian buruh dengan
mesin, kemunduran dalam industri, kemelesetan ekonomi dunia dimana dan sebab sebab lain.
Selain itu, masalah pengangguran selalu berlaku dalam ekonomi kerana permintaan agregat
adalah kurang daripada penawaran agregat yang dihasilkan oleh faktor-faktor pengeluaran. Oleh
itu, pada sebarang masa tertentu, terdapat faktor-faktor pengeluaran yang tidak digunakan oleh
ekonomi. Ada kalanya, kegiatan ekonomi mencapai tingkat yang sangat tinggi sehingga semua
tenaga buruh di dalam ekonomi digunakan sepenuhnya. Keadaan ini dikatakan sebagai guna
tenaga penuh ( Sodono, 1992).

Kitaran ini berulang lagi apabila dunia mengalami resesi pada awal tahun 90-an dan
disusuli dengan perkembangan ekonomi dunia pada pertengahan 90-an. Krisis matawang Asia
pada akhir tahun 90-an yang mengakibatkan ekonomi Asia jatuh dengan teruknya. Kini, pada
awal abad ke-20 ini, kita kembali pula kepada fasa perkembangan ekonomi yang pesat.

Menurut Slamon, J. (1999) Isu pengangguran mengikut satu kitaran (cyclical) turun-
naik persis seperti ekonomi dunia dan kedua-duanya saling berhubung kait di antara satu sama
lain. Pada awal 80-an, kadar pengangguran meningkat akibat resesi (recession) yang melanda
dunia ketika itu. Tetapi pada pertengahan 80-an, kadar pengangguran kembali turun, hasil
daripada perkembangan (expansion) ekonomi dunia. Kitaran ini berulang lagi apabila dunia
mengalami resesi pada awal tahun 90-an dan disusuli dengan perkembangan ekonomi dunia pada
pertengahan 90-an.

Secara am juga Sikap rakyat tempatan yang tidak mahu bekerja dalam persekitaran kotor
merupakan antara sebab utama belia menganggur dan kekosongan itu direbut oleh warga asing.
Sikap memilih kerja dikalangan belia tempatan itu menyebabkan mereka sukar mencari
pekerjaan dan mendorong pertambahan jumlah warga asing di negara ini. Gaji yang berpatutan
dibayar kepada pekerja tempatan berbanding pekerja asing, namun mereka hanya bertahan
sehingga dua atau tiga minggu dalam perkhidmatan seperti hospitaliti, pelancongan dan
penyediaan serta penjualan makanan. Peluang pekerjaan yang terdapat dalam sektor ini tidak
dihargai oleh belia tempatan dan mereka rela menjadi penganggur sehingga mendapat kerjaya
yang diminatirakyat tempatan menganggur kerana tidak mahu bekerja dalam sektor yang
menjadi tumpuan warga asing.
Pekerja yang gemar menukar tempat kerja, mereka ini tidak bertanggungjawab dan
mementingkan diri sendiri. Pekerja sekarang mudah jemu dengan apa yang dilakukan. Mereka
ingin mencari pekerjaan baru. Oleh itu mereka akan menukar tempat kerja. Sebab atau alasan
yang sering mereka gunakan ialah ingin menukar angin ataupun suasana. Antara alasan yang
sering mereka gunakan ialah majikan tidak mengambil berat tentang pekerja dan peluang untuk
mereka memajukan diri di tempat kerja tersebut adalah terhad.




\

KESAN-KESAN PENGANGGURAN
Kesan Negatif Ekonomi
1. Pengangguran bermakna tenaga buruh tidak digunakan dengan sepenuhnya dan faktor-
faktor pengeluaran lain iaitu modal tetap seperti kilang serta faktor tanah seperti tanah
pertanian dibazirkan. Keadaan ini akan mengurangkan KNK benar yang dicapai dan
seterusnya ini akan mengurangkan KNK benar < KNK potensi.
2. Pengangguran menyebabkan pembaziran faktor-faktor pengeluaran. Kesannya ialah firma
mengalami ketidakcekapan dalam pengeluaran. Had kemungkinan pengeluaran tidak
tercapai dalam ekonomi.
3. Pengangguran menyebabkan pembaziran faktor-faktor pengeluaran. Keadaan ini juga
merendahkan keupayaan pengeluaran semasa dan seteusnya menghalang pertumbuhan
ekonomi pada masa hadapan.
4. Pengangguran mengurangkan KNK benar dan seterusnya mengurangkan pendapatan
negara. Apabila bilangan penduduk bertambah, pendapatan per kapita negara berkenaan
akan jatuh. Kesannya ialah taraf hidup rakyat menurun.
5. Pengangguran menambahkan kadar kemiskinan dalam negara. Kenaikan kadar
pengangguran menjejaskan usaha kerajaan untuk meninggikan kemajuan ekonomi
(Jomo & Ishak, 2003)
Masalah pengangguran amat membimbangkan kerana kadar pengangguran tinggi boleh
mengurangkan pendapatan negara dan memberi kesan yang langsung kepada Negara. kerajaan
akan kekurangan dana dan sumber pendapatan. Ia akan melambatkan proses pembangunan
negara apabila kerajaan tidak dapat menyediakan pelbagai kemudahan infrastruktur untuk
menjana pertumbuhan ekonomi di samping menambahkan lagi jurang kemiskinan dalam
masyarakat.
Kesan Negatif Sosial
1. Pengangguran menyebabkan penganggur kehilangan pendapatan. Ini seterusnya
menyulitkan penganggur membuat perbelanjaan ke atas barang-barang keperluan serta
perkhidmatan penting seperti pendidikan. Kesulitan tersebut mungkin memaksa
penganggur melakukan jenayah seperti merompak dan mencuri. Keadaan ini akan
menjejaskan ketenteraman social dalam negara.
2. Kehilangan pendapatan dan kemampuan berbelanja akan mengakibatkan masalah
kewangan dalam keluarga penganggur. Ini seterusnya memburukkan perhubungan
kekeluargaan.
3. Pengangguran menambahkan bilangan keluarga miskin dalam masyarakat. Pengangguran
juga menyebabkan penganggur kehilangan keyakinan diri, malahan mengalami tekanan
jiwa. Oleh itu, pertambahan bilangan penganggur akan mengancam kesejahteraan sosial
(Jomo & Ishak, 2003).
Dengan kata lain masalah pengangguran amat membimbangkan kerana kadar
pengangguran tinggi boleh mengurangkan pendapatan negara dan memberi kesan langsung
kepada jumlah pungutan cukai pendapatan dan cukai keuntungan syarikat. Kerajaan akan
kekurangan dana dan sumber pendapatan. Ia akan melambatkan proses pembangunan negara
apabila kerajaan tidak dapat menyediakan pelbagai kemudahan infrastruktur untuk menjana
pertumbuhan ekonomi di samping menambahkan lagi jurang kemiskinan dalam masyarakat.

Pengangguran jika tidak dikawal dan ditangani secara holistik akan memberi kesan
kepada struktur sosial dan budaya yang boleh mewujudkan suasana tidak tenteram dalam
keluarga dan masyarakat di samping meningkatkan kejadian antisosial. Ini akibat masalah
kewangan daripada pengangguran yang teruk. Penganggur sanggup merompak, culik, bunuh dan
sebagainya untuk mendapatkan wang serta meningkatkan masalah tekanan jiwa dan tiada
keyakinan diri seseorang.

LANGKAH-LANGKAH MENGATASI
Rancangan menggalakkan penyesuaian dan mobiliti dalam pasaran pekerjaan sangat
perlu bagi memastikan komitmen dan pengekalan sumber tenaga kerja serta menggalakkan
pembangunan modal insan dan pembelajaran berterusan. Pekerja berpengalaman dan berusia
sangat penting diberi perhatian serta layanan agar kepakaran dan kemahiran mereka dapat
dimaksimumkan dan menjadi aset utama kepada sesebuah organisasi. Usaha mengukuhkan lagi
kesamaan gender dalam setiap bidang pekerjaan yang bersesuaian hendaklah dilaksanakan
agar tidak wujud rasa tidak puas hati kepada mana-mana individu.

Dalam keadaan ekonomi global yang tidak menentu sekarang dan peluang pekerjaan
semakin terbatas, kerajaan bakal berdepan dua cabaran besar iaitu memastikan rakyat
mempunyai pekerjaan dan mengekalkan pekerjaan mereka serta lepasan universiti mempunyai
tempat dalam pasaran. Masalah kedua pula mengekalkan aliran kredit bagi memastikan pemilik
perniagaan dapat meneruskan operasi perniagaan dengan dana latihan yang diperuntukkan
kerajaan. Oleh itu, masalah pengangguran rakyat diyakini dapat dikurangkan seminimum
mungkin pada masa hadapan. (Siti Rohani, 1990)
Pada masa kini, terdapat ahli ekonomi di setengah-setengah negara yang mencadangkan
supaya kerajaan melaksanakan dasar perlindungan untuk mengatasi pengangguran di negara
mereka. Menurut mereka, dengan menyekat kemasukan barang-barang import, industri tempatan
dapat dilindungi dan seterusnya menjamin peluang kerajaan kepada rakyat tempatan. Secara
amnya, ahli ekonomi tidak bersetuju dengan dasar perlindungan kerana ia mengehadkan
perkembangan perdagangan antarabangsa dan seterusnya. Di samping itu, apabila sebuah Negara
mengamalkan dasar perlindungan, negara lain juga akan turut berbuat demikian sebagai tindakan
balas. Akibatnya, semua pihak akan mengalami kerugian.
Dari segi praktiknya, sesebuah kerajaan itu patut berhati-hati apabila melaksanakan
dasar-dasar tertentu untuk mengatasi masalah pengangguran dengan berkesan. Misalnya,
masalah pengangguran di sesebuah negara itu mungkin bukan disebabkan oleh faktor-faktor
yang lain seperti dalam kes pengangguran struktur. Oleh yang demikian, dasar yang dibentuk
harus sesuai dalam menghadapi jenis pengangguran yang wujud. Dengan mengetahui sifat
pengangguran tersebut, kerajaan boleh mengelakkan daripada membuat dasar yang tidak sesuai
atau yang kurang berkesan. (Jomo & Ishak, 2003).
Mengikut Lai (2000), Bagi menambahkan permintaan untuk buruh, pelaburan perlu
ditambahkan. Penggunaaan intensif buruh perlu digalakkan. Kerajaan boleh menarik pelaburan
dari negara asing dengan member insentif seperti taraf perintis (pengecualian cukai syarikat) dan
dengan penyediaan kawasan industri. Kerajaan boleh menambahkan mobiliti pekerja. Kerajaan
boleh menambahkan mobiliti geografi dan mobiliti pekerjaan dengan member kemudahan
pengangkutan dan kediaman serta latihan semula. Mobiliti buruh juga boleh ditambah melalui
pendidikan terutama sekolah vokasional dan teknik untuk menyesuaikan mereka yang ada
kemahiran.
Di samping itu juga, kerajaan juga memainkan peranan penting untuk menambahkan
maklumat tentang peluang pekerjaan dengan mendirikan lebih pejabat pendaftaran buruh di
merata-rata tempat. Kerajaan juga perlu menyediakan pelajar-pelajar yang sesuai dengan
kehendak ekonomi masa depan. Misalnya untuk mencapai wawasan 2020 kerajaan telah
menyusun semula mata pelajaran sains dan matematik dari peringkar rendah. Pelan untuk
mengurangkan kadar pertambahan penduduk adalah cara yang berkesan sekali untuk
mengurangkan pengangguran dalam jangka panjang.
Kerajaan telah mengambil langkah bijak untuk mengatasi masalah pegangguran dengan
pelbagai cara yang berkesan. Misalnya baru-baru ini kerajaan memperbanyakan jawatan kontrak
di sektor awam untuk mengatasi masalah ini. Jikalau tahap kerja yang baik dan stabil kakitangan
kontrak tadi akan diserap terus ke jawatan tetap sektor awam. Selain itu kerajaan menggalakan
siswazah yang menganggur menyambung pengajian di IPTA dan IPTS ke peringkat Sarjana dan
Phd. Yuran pengajian ditanggung penuh oleh kerajaan untuk setiap yang Berjaya menyambung
pelajaran. Dana yang terlibat ialah sebahagian daripada Bajet mini 2009. Dengan cara ini
dapatlah masalah pengangguran dikalangan siswazah.
Dasar fiskal melibatkan perubahan perbelanjaan kerajaan dan cukai yang diamalkan.
Kekurangan perbelanjaan agregat menyebabkan ekonomi tidak dapat berkembang dengan cepat.
Ini menyebabkan peluang pekerjaan tidak dapat disediakan. Perbelanjaan agregat yang rendah
juga mungkin disebabkan masalah deflasi yang berlaku. Oleh sebab itu kerajaan boleh
meningkatkan perbelanjaannya, mengurangkan cukai di kalangan masyarakat atau melaksanakan
kedua-dua instrument ini secara serentak.

Tindakan ini akan meningkatkan pendapatan boleh guna. Oleh itu penggunaan akan
meningkat. Oleh sebab penggunaan ialah salah satu komponen perbelanjaan agregat maka
perbelanjaan agregat akan meningkat. Oleh itu jumlah barang dan perkhidmatan yang
diurusniaga dapat ditingkatkan. Keluaran negara akan meningkat dan ini sekaligus akan
menghapuskan masalah deflasi yang wujud. (Abdul Kadir, M. Y. ,2003)
Dasar kewangan melibatkan perubahan bekalan wang dan perubahan kadar bunga dalam
ekonomi. Sewaktu deflasi, perbelanjaan agregat adalah rendah, oleh itu fenomena pengangguran
akan wujud dalam ekonomi. Oleh itu dasar kewangan perlu dilonggarkan supaya perbelanjaan
agregat dapat ditingkatkan. Kerajaan melalui bank pusat akan menambahkan bekalan wang
dalam ekonomi dan menurunkan kadar bunga supaya pelaburan menjadi lebih kos efektif. Oleh
itu perbelanjaan di kalangan pengguna akan meningkat, keluaran negara akan meningkat
sekaligus dapat menghapuskan masalah pengangguran dan deflasi. . (Jomo & Ishak, 2003).
Secara umumnya peranan dasar kewangan boleh diterangkan dengan menggunakan
mekanisme transmisi Keynes. Iaitu apabila bekalan wang ditambah, kadar bunga jatuh, oleh itu
pelaburan naik. Oleh sebab pelaburan adalah salah satu komponen perbelanjaan agregat maka,
jumlah perbelanjaan agregat akan meningkat. Ini akan meningkatkan pendapatan negara dan
menghapuskan lompang deflasi yang wujud dalam ekonomi.




KESIMPULAN
Kadar pengangguran global sangat membimbangkan banyak negara, termasuk negara
maju ketika dunia berhadapan dengan krisis ekonomi kronik yang menyebabkan puluhan ribu
hilang pekerjaan dan sumber pendapatan. Biarpun begitu, walaupun masalah pengangguran
negara ini masih dalam keadaan terkawal, sebagai langkah persediaan. Kerajaan perlu merangka
pelan strategik bagi mengatasi kemungkinan yang boleh berlaku.















REFERENCES
Abdul Kadir, M. Y. (2003). Ekonomi Makro. Pearson Malaysia Sdn. Bhd.
Ghazali, M. (2002). Politik Malaysia: Perspektif Teori dan Praktik. Penerbit Universiti
Kebangsaan Malaysia.
Jamal, A. (2003). Ekonomi Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka dan
Kementerian Pendidikan Malaysia.
Jomo, K. S., & Ishak, S. (2003). Makroekonomi. Utusan Publications & Distributions
Sdn. Bhd.
Slamon, J. (1999) di dalam buku Economics (Edisi Keempat),
Lai, M. C. (2000). Siri Teks STPM Makroekonomi. Pearson Education Malaysia Sdn.
Bhd.
Ooi, K. L. (1995). Ekonomi Lengkap Makroekonomi STPM. Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Sadono, S. (1992). Makroekonomi (Edisi ke-3). Aneka Publishing.
Siti Khadijah, C. M., Fauzi, H., & Mohd Razani, M. J. (2003). Ekonomi Malaysia. PTS
Publications & Distributions Sdn. Bhd.
Siti Rohani, Y. (1990). Kemelesetan Ekonomi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka dan Kementerian Pendidikan Malaysia.
Laporan Ekonomi Tahun 2000, KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA,
http://www.treasury.gov.my.
Pelan atasi pengangguran, Mohamad Sofee Razak.JTK http://jtksm.mohr.gov.my/
Direktorat Pelaksanaan Negeri (DPN), Jabatan Ketua Menteri Melaka
20 Oktober 2009 dan Penyiasatan Tenaga Buruh, Jabatan Perangkaan Malaysia )
( Pelan Tindakan Pekerjaan Nasional (NAPE) 2008-2010)

Anda mungkin juga menyukai