Anda di halaman 1dari 7

http://cikgufarhan.blogspot.

com/2011/04/analisis-cerpen-anak-anak-
pejuang_17.html#axzz3D0VYUICs
Analisis Cerpen - Anak-Anak Pejuang
Anak-Anak Pejuang
Ghazali Lateh
Sinopsis
Cerpen ini mengisahkan tentang seorang ayah iaitu Pak Denan yang mempunyai semangat
patriotik yang tinggi. Pak Denan telah menyuarakan hasrat kepada kedua-dua anaknya
bahawa dia ingin ke Kuala Lumpur hujung bulan ini. Namun hasrat itu ditentang oleh kedua-
dua anaknya iaitu Abdul Rahman dan Abdul Razak. Tujuan Pak Denan adalah ingin
merayakan sambutan Hari Kemerdekaan Negara. Namun akhirnya anak-anak Pak Denan
beralah kepada ayahnya. Oleh kerana anaknya tidak muncul-muncul juga Pak Denan telah
mengikut Ah Bee ke Kuala Lumpur. Namun apabila Abdul Rahman sampai di rumah pada
pagi esoknya, didapatinya ayahnya sudah tiada. Apabila Abdul Rahman berhenti di kedai kopi
Maniam dia terlihat ayahnya di kaca televisyen. Ayahnya telah berada di Kuala Lumpur
menyertai perarakan Hari Kemerdekaan. Abdul Rahman dan Abdul Razak akhirnya menemui
ayahnya di hadapan tugu Negara. Namun ayahnya amat kesal dengan kedua-dua anaknya itu.
lalu kedua-duanya menyesal kerana melupakan perjuangan ayahnya suatu ketika dahulu. Pada
hari itu barulah mereka sedar bahawa mereka adalah anak-anak pejuang.


Tema
Semangat Patriotik atau cintakan Negara.
Pak Denan hanya diam ketika itu. fikirannya melayang jauh ke lorong sejarah yang pernah
dilaluinya. Dia pejuang. Pejuang kemerdekaan(hal.71).

Persoalan

a.Tanggungjawab kepada orang tua
Abdul Rahman dan Abdul Razak yang sering melawat ayahnya di kampung. Kami boleh
balik setiap bulan untuk mejenguk ayah(hal.71)

b.Perpaduan antara kaum
Antara Masyarakat Melayu dan Cina. ketika darurat dahulu, anak Ah Yau itu memerap di
rumahnya.(hal.74)

Aspek Bahasa
Bahasa yang mudah difahami

Hiperbola
Bebayang mula rebah merentasi laman rumah yang semakin dipenuhi semak(hal.70).

Simile
Seperti barisan askar yang berbondang-bondang menuju ke medan perang(hal.76)

Metafora
Lorong sejarah(hal.71)

Pemilihan kata/Diksi
Kata-kata yang mudah difahami. Penggunaan kata-kata sehari-harian.
Jika mereka tidak pulang, dia yang akan pergi(hal.70)

Penggunaan kata ganda
anak-anaknya, sekali-sekala,mundar-mandir,bebayang(hal.70)

Aliterasi
Dalam samar-samar malam, Pak Denan berjalan ke simpang jalan(hal.74) perulangan
konsonan M sebanyak 6 kali.
Ayah duduklah di rumah(hal.71) perulangan konsonan D sebanyak 3 kali.

Asonansi
Hari ini Hari Kemerdekaan(hal.78) perulangan vokal I sebanyak 4 kali.
Maafkan kami, ayah(hal.77) perulangan vocal A sebanyak 4 kali.
Teknik

Teknik dialog
Contohnya Ayah nak ke Kuala Lumpur hujung bulan ini Buat apa ayah susah-susah nak
ke Kuala Lumpur?(hal.70-71).
Contohnya Pak Nan, malam-malam mana mau pergi, tegur Ah Bee dari atas lori kecilnya.
Ah Bee malam ini ada hantar sayur ka? Esok hari besar, tak cuti? Balas Pak Denan(hal.74)

Imbas kembali
Contohnya Lima tahun usia Abdul Razak, isteri Pak Denan menghembuskan nafas
terakhir(hal.72)
Contohnya Di situ jugalah lebih 45 tahun yang lalu dia bersama-sama penduduk lain
bermesyuarat untuk meniupkan semangat kebangsaan dalam kalangan penduduk
setempat(hal.73)

Monolog dalaman
Contohnya Ah masa itu sudah berlalu,fikirnya(hal.73)
Contoh, Ah menyusahkan! Abdul Rahman mendengus dalam hati(hal.76)

Pemerian
Contohnya Pak Denan berjalan gagah di barisan depan, lengkap berbaju Melayu dan
bertenggkolok. Di pinggangnya tersisip sebilah keris. Tidak ubah seperti seorang pahlawan
bersiaga ke medan juang. Cuma langkahnya nampak goyah kerana bertongkat(hal.76)

Konflik Luaran
Contoh, Siapa kamu? Tanya Pak Denan setelah anak-anaknya tunduk untuk meminta maaf.
Aku tak ada anak. Anak-anak aku dah mati. Aku bangga mereka mati kerana
mempertahankan negara(hal.77).

Suspen
Contoh, Apabila Abdul Rahman sampai pagi esoknya, rumah ayahnya kosong dan berkunci.
Anak pejuang itu terkejut. Puas dicari di serata kampung, orang tua itu tiadak ada(hal.76).

Plot
Plot cerpen ini mengikut kronologi.

Permulaan
Pada bahagian ini pengarang menunjukkan watak-watak yang terlibat. Contohnya
Sepatutnya Abdul Rahman sudah pulang dengan kembarnya(hal.70).

Perkembangan
Permintaan Pak Denan tidak dipersetujui oleh anak-anaknya. Namun Pak Denan tetap merayu
agar dia dapat menghadirkan diri pada sambutan Hari Kemerdekaan. Akhirnya anak-anak Pak
Denan bersetuju akan permintaan ayah mereka itu. Contohnya Pak Denan tetap memujuk
Abdul Rahman. Seminggu selepas itu ketika Abdul Razak pulan, itulah juga permintaannya.
Dia merayu lagi. Dia memujuk lagi. Hasratnya memang besar. Sekali pun cukuplah
katanya.(hal.73)

Puncak/klimaks
Pada tahap ini ketika Abdul Rahman pulang ke kampung, pada pagi hari Sambutan
kemerdekaan. Didapati ayahnya telah tiada di rumah. Kedua beradik itu saling menuding jari
ke atas kehilangan Pak Denan. Apabila Abdul Rahman sampai pagi esoknya, rumah ayahnya
kosong dan berkunci. Anak pejuang itu terkejut. Puas dicari di serata kampung, orang tua itu
tiadak ada(hal.76).

Penurunan/peleraian
Pak Denan sebenarnya telah berada di Kuala Lumpur. Dia menyertai perarakan tersebut.
Kemudian terlihat oleh Abdul Rahman wajah ayahnya di kaca televisyen. Lalu kedua beradik
itu pergi bertemu ayahnya. Contohnya Pak Denan masuk TV! Pak Denan masuk
TV!(hal.76)

Penyelesaian
Abdul Rahman dan Abdul Razak bertemu ayahnya di Tugu Negara. Pada masa itu barulah
mereka sedar kesilapan masing-masing. Selain itu mereka menyedari bahawa mereka adalah
anak-anak pejuang. Contohnya Cuma kali ini anak-anaknya itu yang berpandangan sesame
sendiri. Berdiam seketika seperti menginsafi diri(hal.77).

Watak dan Perwatakan

Watak utama

Pak Denan
- Ayah kepada dua orang anak
- Lelaki yang telah berumur/lelaki tua
- Kematian isteri/duda
- Semangat cintakan Negara yang tinggi - Pak Denan hanya diam ketika itu. fikirannya
melayang jauh ke lorong sejarah yang pernah dilaluinya. Dia pejuang. Pejuang
kemerdekaan(hal.71).
- Seorang yang berani. - Dalam samar-samar malam, Pak Denan berjalan ke simpang
jalan(hal.74)
- Seorang yang tetap pendirian. - Jika mereka tidak pulang, dia yang akan pergi.Nekad!
itulah yang bertulis di kotak fikirannya sejak petang tadi(hal.70)

Watak sampingan:

Abdul Rahman
- Anak Sulung Pak Denan
- Golongan elit
- Abang Abdul Razak
- Seorang yang bertanggungjawab. -
Sering pulang ke kampung untuk melawat ayahnya.
Pak Denan memberitahu Abdul Rahman yang pulang hujung minggu baru-baru ini(hal.70)
- Seorang yang angkuh dan sombong. - Lagi pun tidak ramai golongan elit sepertinya yang
sanggup bersusah payah ke Dataran Merdeka untuk melihat perarakan itu(hal.72-73)
- Seorang yang menginsafi kesilapan. - Maafkan kami ayah. Selama ini kami terlupa bahawa
kami anak seorang pejuang. Perlahan sekali suara Abdul Rahman(hal.77)

Abdul Razak
- Anak kedua Pak Denan
- Adik kepada Abdul Rahman
- Seorang yang bertanggungjawab. - Sering pulang ke kampung melihat ayahnya. Seminggu
selepas itu ketika Abdul Razak pulang (hal.73)
- Seorang yang menjaga hati ayahnya. - Sering pulang ke kampung melihat ayahnya.
Seminggu selepas itu ketika Abdul Razak pulang (hal.73)
- Seorang yang menjaga hati ayahnya. -
Abdul Razak terpaksa bersetuju. Pura-pura bersetuju(hal.73)

Ah Bee
- Berbangsa cina
- Bekerja sebagai peniaga sayur
- Seorang yang rajin bekerja. - Kerja macam saya mana ada cuti, kalau saya cuti, orang
Kuala Lumpur tak makan sayurlah!. Jawab Ah Bee sambil tergelak kecil(hal.74)
- Seseorang yang mengenang budi. - Ah Bee dan adik-adiknya tidak pernah lupa akan jasa
Pak Denan(hal.74)
- Seorang yang baik hati - Ah Bee dan adik-adiknya tidak pernah lupa akan jasa Pak Denan.
Ada sahaja sumbangan yang dihulurkan(hal.74)

Latar

Latar Masyarakat.
Masyarakat kampung yang berjiwa patriotisme.
Ditonjolkan melalui watak Pak Denan. Pak Denan mundar-mandir di ruang serambi rumah
tua di hujung kampung(hal.70).
Masyarakat Bandar daripada golongan elit.
Digambarkan oleh watak Abdul Rahman dan Abdul Razak. Baginya kedatangan ayahnya ke
Kuala Lumpur akan lebih menyusahkan hidupnya. Lagipun, tidak ramai golongan elit
sepertinya yang sanggup bersusah payah ke Dataran Merdeka untuk melihat perarakan
itu(hal.72-73).

Latar Masa.

Pagi
Apabila Abdul Rahman sampai pagi esoknya, rumah ayahnya kosong dan berkunci. Anak
pejuang itu terkejut. Puas dicari di serata kampung, orang tua itu tiada ada(hal.76).

Petang
Itulah yang tertulis dalam kotak fikirannya sejak petang tadi(hal.70)

Malam
Pak Nan, malam-malam mana mau pergi, tegur Ah Bee dari atas lori kecilnya. Ah Bee
malam ini ada hantar sayur ka? (hal.74).

Zaman Penjajahan
Akhirnya, penentangan itu berhasil apabila Malcome Macdonald membentuk sebuah
jawatankuasa untuk menyelesaikan tentangan orang Melayu terhadap Malayan
Union(hal.72).

Latar Tempat

Rumah Pak Denan
Apabila Abdul Rahman sampai pagi esoknya, (hal.76).

Kuala Lumpur
Kehadiran ayahnya di Kuala Lumpur menyusahkan dirinya berbanding (hal.71)

Dataran Merdeka
yang sanggup bersusah payah ke Dataran Merdeka untuk melihat (hal.72-73).

Kedai Kopi Maniam
di kedai kopi Maniam (hal.76)

Tugu Negara/Kebangsaan
ditemui berbaring di kaki Tugu Kebangsaan(hal.71)

Rumah Abdul Rahman
Dahulu, ketika datang ke rumah Abdul Rahman, dia hilang dari rumah(hal.71)

Sudut Pandangan
Sudut pandangan orang ke tiga.
Cerpen ini menggunakan sudut pandangan orang ke tiga serba tahu. Pegarang banyak
menggunakan kata ganti nama ketiga iaitu dia.

Pengajaran

Kita mestilah mempunyai semangat patriotik yang tinggi dalam diri.
Pak Denan berjalan gagah di barisan depan, lengkap berbaju Melayu dan bertenggkolok. Di
pinggangnya tersisip sebilah keris. Tidak ubah seperti seorang pahlawan bersiaga ke medan
juang. Cuma langkahnya nampak goyah kerana bertongkat(hal.76).

Seorang anak mestilah menunaikan tanggungjawab ke atas orang tuanya.
Abdul Rahman dan Abdul Razak sering pulang ke kampung untuk melawat ayahnya.Pak
Denan memberitahu Abdul Rahman yang pulang hujung minggu baru-baru ini(hal.70)

Kita haruslah sentiasa mengenang jasa orang lain.
Ah Bee dan adik-adiknya tidak pernah lupa akan jasa Pak Denan(hal.74)

Nilai

Nilai Kemanusiaan

Baik Hati
Ah Bee dan adik-adiknya tidak pernah lupa akan jasa Pak Denan. Ada sahaja sumbangan
yang dihulurkan(hal.74)

Mengenang Jasa
Ah Bee dan adik-adiknya tidak pernah lupa akan jasa Pak Denan(hal.74)

Bertanggungjawab
Tanggungjawab anak-anak kepada orang tuanya.Pak Denan memberitahu Abdul Rahman
yang pulang hujung minggu baru-baru ini(hal.70)

Nilai Kemasyarakatan

Bantu-membantu
ketika darurat dulu, anak Ah Yau itu memerap di rumahnya. Mereka sama-sama tidur
sekelambu dalam parit besar yang kering ketika apa kekacauan memuncak(hal.74)

Menganalisis Cerpen
Di postingan ini saya akan menulis tentang Analisis Cerpen, di simak baik-baik ya cara
menganalisis cerpen di bawah ini.


Menganalisis cerpen berarti menganalisis unsurnya. Unsur cerpen dan prosa pada
umumnya dibedakan menjadi unsur intrinsik dan ekstrinsik. Unsur intrinsik cerpen
sebagai berikut.

a. Tema
Tema adalah suatu yang menjadi pokok masalah atau pokok pikiran pengarang yang di
tampilkan dalam karangannya. Tema biasanya di ambil dari dunia di sekitar pengarang,
baik yang dialami sendiri maupun orang lain, baik jerjadi dalam kehidupan sehari-hari,
maupun hannya insidental.

b. Amanat
Amanat atau nilai kadang berupa pesan atau kesan. Ini adalah sesuatu yang dapat
diambil dari karya sastra setelah kita membacanya. Sesuatu di sini dapat memberikan
tambahan pengetahuan, pendidikan, sesuatu yang bermakna dalam hidup yang
memberikan penghiburan, kepuasan batin, dan kekayaan batin kita terhadap hidup.

c. Plot atau alur
Disebut juga jalan cerita, berupa peristiwa-peristiwa yang disusun saling berkaitan
menurut hukum sebab akibat dari awal sampai akhir cerita. Istilah lainnya adalah trap.
Secara tradisional plot dirinci menjadi perkenalan, konflik pertama (pertikaian),
perumitan, klimaks, peleraian, dan penutup.

d. Perwatakan atau penokohan
Disebut juga karakteristik. Artinya bagaimana pemgarang melukiskan watak tokoh.
Pelukisan watak tokoh harus sesuai dengan tema dan amanat. Penokohan berhasil
apabila mampu mewakilu sifat atau tipe manusia yang dikehendaki dalam tema dan
amanat cerita. Walaupun demikian pengambaran watak di sini harus wajar dan dapat
diterima akal.

e. Latar
Kerkenaan dengan tempat, situasi, dan waktu terjadinya peristiwa yang berlangsung
atas seseorang pelaku. Latar yang baik adalah yang dapat mendukung pelaksanaan
tema dan amanat.

f. Dialog
Dialog atau cakapan adalah ajuran yang dilakukan oleh para tokoh dalam cerita. Dialog
mempunyai kedudukan yang sangat penting dalam cerita, sebab dapat menunjang plot.
Perwatakan, dan latar Dialog kadang sebagai sentral dalam cerita. Dialog yang tidak ada
hubungannya dengan jalan cerita harus dibuang.

g. Pusat pengisahan
Disebut sudut pandang atau point of view. Artinya kedudukan pengarang dalam cerita.
Cara pengarang mengarang atau gaya pengarang. Disini kedudukan pengarang dapat
sebagai tokoh utama, pengarang sebagai tokoh bawahan, pengarang sebagai
pengamat, dan campuran, kadang pengarang sebagai pengamat, tapei bisa juga
sebagai tokoh utama, atau sebagai tokoh pembantu

Anda mungkin juga menyukai