Anda di halaman 1dari 5

SCE3102 Pembelajaran Sains Kanak-kanak

1
TOPIK 6 Teori Pembelajaran Ausubel
Sinopsis
Topik ini memperkenalkan Teori Pembelajaran Ausubel. Anda akan belajar
tentang pembelajaran deduktif dan ekspositori. Anda juga akan diperkenalkan
konsep pembelajaran verbal dengan menggunakan penyusunan awal (advance
organizers) . serta implikasi teori ini dalam mengajar sains sekolah rendah.
Hasil Pembelajaran
Menerangkan Teori Pembelajaran Ausubel .
Membezakan pembelajaran deduktif dan ekspositori.
Penggunaan Penyusunan Awal dalam pengajaran sains sekolah rendah.
Kerangka Tajuk-tajuk (Peta konsep)
Teori Pembelanjaran
Ausubel
Pembelajaran deduktif/
ekspositori
Pembelajaran verbal
dengan penyusunan
awal
Implikasi Teori dalam
pengajaran sains
sekolah rendah
SCE3102 Pembelajaran Sains Kanak-kanak
2
6.1 Teori Pembelajaran Ausubel
David Ausubel adalah seorang ahli psikologi pendidikan. Teori
pembelajaran Ausubel merupakan salah satu teori pembelajaran yang menjadi
dasar dalam pembelajaran koperatif. Menurut Ausubel bahan subjek yang
dipelajari kanak-kanak mestilah bermakna (meaningfull). Pembelajaran bermakna
merupakan suatu proses mengaitkan informasi baru pada konsep-konsep relevan
yang terdapat dalam struktur kognitif seseorang. Struktur kognitif ialah fakta-fakta,
konsep-konsep, dan generalisasi-generalisasi yang telah dipelajari sebelumnya.
Pembelajaran bermakna juga adalah satu proses pembelajaran yang mana
informasi baru dihubungkan dengan struktur pengertian yang sudah dimiliki
seseorang kanak-kanak yang sedang melalui proses pembelajaran.
Pembelajaran bermakna terjadi apabila seorang kanak-kanak dapat
mengaitkan fenomena baru ke dalam struktur pengetahuan mereka. Ini bererti
bahan subjek itu mestilah sesuai dan relevan dengan struktur kognitif yang
dimilikinya.
Selanjutnya Ausubel mengatakan bahwa ada dua jenis pembelajaran, iaitu
pembelajaran bermakna (meaningful learning) dan pembelajaran menghafal (rote
learning). Bahan pelajaran yang dipelajari haruslah bermakna. Pembelajaran
menghafal adalah tidak bermakna kerana kanak-kanak memperoleh pengetahuan
baru tanpa mengaitkannya dengan pengetahuan sedia ada dalam struktur kognitif
mereka. Seseorang kanak-kanak seharusnya belajar dengan menoganisasikan
fenomena, pengalaman dan fakta-fakta baru ke dalam skemata yang telah
dipelajari.
Ausubel juga mendakwa bahawa faktor paling penting yang mempengaruhi
pembelajaran adalah apa yang kanak-kanak telah mengetahui. Oleh itu,
mengenalpasti pengetahuan sedia ada kanak-kanak adalah satu tugas yang
penting sebelum guru memulakan sesuatu pengajaran.
SCE3102 Pembelajaran Sains Kanak-kanak
3
6.2 Pembelajaran Verbal dengan Penyusunan Awal
Penyusunan Awal (Advance Organizers) telah diperkenalkan oleh Ausubel
untuk menyesuaikan skema kanak-kanak dengan bahan pembelajaran, supaya
pembelajaran optima berlaku. Salah satu strategi untuk memastikan wujudnya
kesesuaian tersebut ialah memulakan pembelajaran berpandukan kepada
penyusunan awal. Ia merupakan struktur yang menerangkan hubungan antara
konsep-konsep yang hendak disampaikan pada hari tersebut.
Fungsi penyusunan awal ialah untuk menjelaskan kepada kanak-kanak
tentang perkara-perkara yang perlu difahami bagi sesuatu tajuk pelajaran.
Penyusunan awal juga boleh menghubungkan konsep baru dengan konsep yang
telah dipelajari. Jadi terdapat tiga tujuan penggunaan penyusunan awal, iaitu
memberi gambaran tentang apa yang penting dalam pelajaran, menjelaskan
hubungan antara konsep yang akan dihuraikan dan menggerakkan minda pelajar
untuk ingat semula konsep berkaitan yang telah dipelajari.
Ausubel mementingkan penyusunan konsep dalam satu bentuk
pengetahuan yang disusun secara hirarki iaitu dari konsep yang umum ke
spesifik. Konsep tersebut adalah tersusun dan dikaitkan secara bermakna. Idea
yang umum dalam subjek itu sepatutnya dipersembahkan dahulu dan dijelaskan
secara terperinci dari segi butirannya.
Ausubel juga mengemukakan pembelajaran verbal (lisan) bermakna
(meaningful verbal learning), termasuk pentingnya maklumat lisan, idea dan
hubungan antara idea yang dikenali sebagai Konsep Penyusunan Awal.
Bagaimanapun, hafalan (rote memorization) tidak dianggap sebagai pembelajaran
bermakna.
SCE3102 Pembelajaran Sains Kanak-kanak
4
6.3 Pembelajaran Ekspositori/ Deduktif
David Ausubel mengemukakan teori pembelajaran yang menyatakan
bahawa manusia memperoleh ilmu kebanyakannya dalam bentuk pembelajaran
resepsi dan bukan pembelajaran penemuan. Model pembelajaran ini kadang-
kadang dikenali sebagai Model Pembelajaran Ekspositori atau deduktif.
Teori pembelajaran ekspositori yang dikemukakan oleh Ausubel
menekankan penerangan bahan pembelajaran oleh guru dalam bentuk fakta yang
tersusun dan dijelaskan mengikut urutan serta dengan fakta yang lengkap. Ausubel
menegaskan pembelajaran sepatutnya berkembang dalam bentuk deduktif
daripada umum kepada spesifik atau daripada prinsip kepada contoh. Tugas guru
ialah menyusun konsep dan prinsip untuk dipersembahkan kepada pelajar.
6.4 Implikasi Teori Ausubel untuk mengajar sains sekolah rendah
Teori pembelajaran dan pengajaran Ausubel boleh digunakan dalam
pengajaran sains sekolah rendah dengan memberikan perhatian kepada dua
perkara berikut:
Ausubel mencadangkan supaya guru menggunakan pembelajaran deduktif
atau pengajaran ekspositori kerana guru dapat menyampaikan maklumat yang
lengkap dalam susunan yang teratur supaya kanak-kanak dapat memahami
keseluruhan konsep.
Menggunakan penyusunan awal dalam pengajaran untuk menggalakkan
kanak-kanak mengingati semula konsep yang telah dipelajari dan
mengaitkannya dengan konsep baru yang akan dipelajari serta mengingatkan
mereka tentang perkara-perkara penting dalam sesuatu tajuk pelajaran.
SCE3102 Pembelajaran Sains Kanak-kanak
5
Soalan tutorial
1. Terangkan macamana anda dapat mengaplikasikan teori Ausubel untuk
mengajar satu tajuk sains sekolah rendah.
2. Bandingkan kelebihan dan kelemahan Teori Ausubel dan Teori Bruner
dalam proses pengajaran dan pembelajaran sains sekolah rendah.
Rujukan:
Abruscato, J. (2000). Teaching Children Science. A Discovery Approach. (5
th
Edition) USA, Allyn & Bacon.
Esler, W. K. & Esler, M. K. (2001). Teaching Elementary Science (8
th
Edition).Washington: Wadsworth Publishing Company.
http://scied.gsu.edu/Hassard/mos/2.10.html (Ausubel Meaningful Learning Model)
http://wik.ed.uiuc.edu/index.php/Advance_organizers (Advance organisers)
http://www.hsc.csu.edu.au/pro_dev/teaching_online/how_we_learn/cognitive.html
(Cognitive Learning Theories)

Anda mungkin juga menyukai