Anda di halaman 1dari 21

FALSAFAH DAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA (EDU3101)

2013

1

1.0 PENDAHULUAN
Kertas kerja yang dibentangkan dalam Seminar Pendidikan, anjuran Persatuan Guru-Guru,
Bandar Seri Begawan pada Tahun 1981 telah mengaskan bahawa seseorang guru itu
mempunyai dua tugas yang penting. Tugasnya yang pertama ialah sebagai seorang ahli
profesion perguruan bagi memberikan pendidikan formal kepada murid-murid di bangku
sekolah, tetapi sebagai seorang ahli masyarakat dia mempunyai tugas yang kedua iaitu
tugas kemasyarakatan. Hal ini menunjukkan betapa besar dan beratnya peranan seorang
guru yang hukan sahaja menjalankan tugas di sekolah malah seorang guru harus
menunaikan tanggungjawab guru dalam kehidupan bermasyarakatnya. Pernyataan ini jelas
mengingatkan para guru bahawa tugas membimbing dan mendidik pelajar bukannya terhenti
di sekolah tetapi berterusan sehingga di luar waktu sekolah. Selaras dengan kehendak dan
matlamat yang ingin dicapai oleh Falsafah Pendidikan Kebangsaan, seorang guru harus
menjalankan beberapa peranan penting. Hal ini disebabkan oleh pentingnya peranan guru
sebagai tunjang utama dalam memperkasakan dan memajukan bidang pendidikan nagara.

2.0 PERANAN GURU DALAM MENJAYAKAN HASRAT FPK DAN FPG

FALSAFAH DAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA (EDU3101)
2013

2

2.1 Sentiasa Menambah Ilmu Pengetahuan
Sebagai pemangkin ke arah transformasi pendidikan, guru dilihat sebagai wadah penting
bagi melahirkan pelajar-pelajar yang kreatif, analitikal dan progresif. Perubahan demi
perubahan terus dilaksanakan oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia bagi melakukan
transformasi pendidikan agar taraf pendidikan negara dapat berdiri setanding dengan
pendidikan negara maju. Namun, tanpa sokongan jitu daripada golongan guru, segala usaha
ini akan terbantut dan menjadi sia-sia.
Guru sebagai agen perubahan haruslah berkomited menegakkan aspirasi negara. Ini
selaras dengan Falsafah Pendidikan Guru yang mahu melahirkan guru yang menjunjung
aspirasi negara. Oleh itu, untuk mencapai cita-cita Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang
mahu melahirkan generasi yang berilmu pengetahuan, seorang guru itu sendiri harus
berusaha untuk terus menambah ilmu pengetahuan diri. Timbalan Perdana Menteri ketika
berucap dalam perutusan hari guru 2010 telah berkata, guru perlu sentiasa meningkatkan
ilmu dan kemahiran sebagai seorang guru untuk membolehkan ia memberikan perkhidmatan
yang bermutu tinggi pada setiap masa. Ucapan ini menggambarkan betapa pentingnya
seorang guru sentiasa berusaha untuk meningkatkan pengetahuan dan kebolehan diri bagi
membolehkan ia menjadi seorang guru yang komited dengan aspirasi negara seterusnya
dapat melahirkan generasi baru yang berilmu pengetahuan.
Perkembangan dan perubahan yang berlaku dalam dunia global masa kini menuntut
seorang guru agar sentiasa mengikuti perubahan. Sebagai guru, menguasai pengetahuan
dan kemahiran terkini menjadi suatu kemestian. Pelajar-pelajar masa kini bukan lagi seperti
para pelajar sewaktu zaman penjajah. Pelajar masa kini mempunyai pengetahuan yang luas
disebabkan perkembangan dunia teknologi dan komunikasi pada masa kini yang
memudahkan mereka mendapatkan maklumat dengan hanya sekadar menekan butang
kekunci pada hujung jari. Para guru harus peka tentang perkara ini, jika mereka masih lagi di
takuk yang lama, mereka akan gagal untuk berada si barisan hadapan bagi memacu arus
pendidikan agar sentiasa dinamik dan progresif. Justeru, guru harus meningkatkan
profesionalisme diri masing-masing. Profesionalisme diri merupakan hasil daripada suatu
proses pemikiran profesional dan tindakan dalam pembelajaran sepanjang hayat. Ia suatu
proses di mana guru menyemak semula, membaharui dan melanjutkan komitmen mereka
sebagai agen perubahan terhadap tujuan pengajaran; mereka menguasai dan
memperkembangkan secara kritikal pengetahuan, kemahiran serta kecerdasan pelbagai
yang diperlukan dalam pengajaran (Day,1999).

FALSAFAH DAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA (EDU3101)
2013

3

Pelbagai usaha telah dijalankan oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia bagi
meningkatkan pengetahuan dan kenolehan seseorang guru. Pelbagai program serta kursus
telah dijalankan agar seorang guru dapat menguasai kemahiran terbaru bagi membolehkan
mereka meningkatkan kualiti pengajaran mereka. Antara program yang telah diperkenalkan
oleh pihak kementerian ialah Program Pensiswazahan Guru, Program Kursus Dalam Cuti,
Program Guru Lestari serta pelbagai bengkel serta seminar yang bertujuan meningkatkan
pengetahuan guru. Malah, kerajaan juga menyediakan pelbagai bantuan dan biasiswa
kepada para guru yang ingin melanjutkan pengajian. Ini kerana, kerajaan peka dan sedar
bahawa jika mahukan generasi masa hadapan yang berilmu pengetahuan, agen perubahan
itu sendiri harus menjadi seorang yang berili pengetahuan. Justeru itu, kerajaan serta pihak
kementerian telah berusaha dengan bersungguh bagi mencapai keseluruhan guru di
Malaysia mempunyai sekurang-kurangnya pendidikan tahap ijazah. Namun, kunci utamanya
ialah para guru itu sendiri. Jika mereka tidak peka dengan tugas dan peranan mereka segala
usaha ini hanya sia-sia dan tidak berbaloi.
KPM berhasrat bukan sahaja melahirkan guru yang berkualiti, tetapi juga
memastikan mereka yang berkualiti kekal dalam sistem pendidikan negara dan kekal
berkualiti di sepanjang tempoh perkhidmatan. Petikan ucapan yang dibuat oleh YB Dato Sri
Hishamuddin bin Tun Hussein ini tercatat di dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan
2006-2010. Hanya guru yang berpengetahuan luas akan menjadi guru yang kekal berkualiti
di sepanjang tempoh perkhidmatan. Jika guru gagal meningkatkan pengetahuan serta
kemahiran mengikut perkembangan zamannya, tidak mungkin seorang guru itu akan kekal
berkualiti sepanjang tempoh perkhidmatannya. Guru yang berpengetahuan perlu serba tahu
dengan menambah pembacaan untuk peningkatan ilmu serta dapat membawa isu-isu
semasa untuk dibincang dan mencari penyelesaian. Isu-isu semasa berkaitan dengan
kekeluargaan dan komuniti, ekonomi dan sebagainya. Guru yang berpengetahuan dapat
melahirkan generasi anak didik yang cemerlang di kemudian hari.
Ucapan Y.A.B Perdana Menteri di Parlimen pada 23 April 2011 telah memberi
penekanan iaitu RMK-10 telah menyediakan asas pembangunan sumber tenaga manusia
untuk menyokong pembangunan ekonomi berasaskan pengetahuan serta mempertingkatkan
produktiviti dan daya saing. Antara tenaga kerja yang turut tidak terkecuali malah merupakan
antara yang terpenting adalah golongan pendidik. Asas pembangunan tenaga manusia yang
dimaksudkan ialah pendidikan sepanjang hayat. Guru bukan sahaja harus perlu
mengaplikasikan pendidikan sepanjang hayat dalam kehidupan mereka malah menjadi suri
tauladan agar pendidikan sepanjang hayat menjadi suatu budaya baharu dalam masyarakat
kita.
FALSAFAH DAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA (EDU3101)
2013

4

Disebabkan itu, guru harus menjadi agen yang bertanggungjawab menyebarkan
budaya pendidikan sepanjang hayat bukan sahaja untuk diterapkan dalam diri para
pelajarnya malah dalam komuniti dan masyarakat. Bagi memenuhi tuntutan itu, pendidik
perlu terus belajar perkara-perkara yang baru dan seterusnya mencuba menyebarkan ilmu
kepada golongan yang berbagai dalam komuniti setempat untuk memantapkan lagi
keterampilan guru dan membina keyakinan dalam diri mereka. Pembelajaran sepanjang
hayat adalah satu perkara yang patut dititkberatkan dalam kalangan guru agar mereka
sentiasa menambah ilmu pengetahuan (Suseela Malakolunthu, 2005).
Oleh itu, tidak dapat disangkal serta dinafikan lagi betapa pentingnya seorang guru
agar sentiasa menambah ilmu pengetahuan. Ianya menjadi peranan serta tugas penting
kepada seorang guru yang bertanggungjawab mendidik para pelajar dan genarasi muda
dalam tempoh zaman globalisasi yang sukar ini. Para pendidik masa kini harus
mengambalikan integriti demi mendapatkan semula kepercayaan dan penghormatan
daripada masyarakat dan ibu bapa. Guru harus bertindak menjadi insan berilmu yang
dinamik dan progresif. Hal ini sebabkan hanya dengan ilmu, martabat seseorang itu akan
terangkat. Para pendidik seharusnya melihat pendidikan bukan sesuatu yang mempunyai
penghujung sebaliknya suatu usaha berterusan bagi melahirkan individu minda kelas
pertama. Mereka juga haruslah sentiasa menambah kepakaran dan ilmu dalam bidang
masing-masing sehingga ke tahap tertinggi. Hanya dengan cara inilah, negara kita akan
dapat melahirkan generasi berilmu pengetahuan seperti yang dikehendaki oleh FPG dan
FPK.
2.2 Kreatif Dalam Pengajaran dan Pembelajaran
Peranan penting seterusnya yang perlu dijalankan oleh seorang guru ialah kreatif dan
pengajaran dan pembelajaran. Seorang guru yang kreatif dalam melaksanakan tugasnya
akan menjadi seorang guru yang disukai. Seterusnya, pemahaman pelajar-pelajar akan
bertambah baik. Melalui kaedah dan teknik pembelajaran yang kreatif dan inovatif seorang
guru akan berjaya memperkembangkan potensi individu selari dengan kehendak Falsafah
Pendidikan Kebangsaan. Terdapat sesetengah indivdu dilahirkan dengan bakat dan potensi.
Dengan itu, guru harus berfungsi sebagai mentor untuk mengilap potensi pelajar demikian.
Bakat dan potensi boleh terjelma melalui interaksi sosial dan alam sekeliling. Implikasi
perkembangan potensi individu akan menjadikan pendidikan sebagai medium menzahirkan
bakat mereka.

FALSAFAH DAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA (EDU3101)
2013

5

Sebuah rencana dalam akhbar Utusan Malaysia yang dikeluarkan pada 10 Disember
2012 telah menulis mengenai kreativiti dan inovasi dalam pendidikan. Rencana ini
menekankan kepentingan seorang guru menerapkan elemen kreativiti dan inovasi secara
tidak langsung dalam pengajaran dan pembelajaran yang dilakukan secara terancang.
Mempelbagaikan aktiviti pembelajaran seperti kuiz, forum, syarahan, bahas, membuat
projek, kerja berkumpulan dan tugasan luar bilik darjah sangat digalakkan. Aktiviti tersebut
akan menggalakkan murid berfikir, berbincang, membuat rujukan, menyediakan nota dalam
menghasilkan tugasan tersebut. Ini akan menggalakkan percambahan idea dan dapatan
baru yang melibatkan unsur-unsur kreativiti dan inovasi di kalangan murid.
Sesungguhnya murid yang kreatif dan inovatif akan menjadi seorang yang sentiasa
berfikir, ingin mencipta, bercita-cita besar, berani dan yakin kepada diri sendiri. Inilah ciri-ciri
murid yang perlu kita lahirkan untuk menjadi warganegara bagi menghadapi cabaran masa
depan terutama dalam memasuki era 2020. Bagi menanganinya tidak menghairankan
mengapa kerajaan berbelanja besar dalam Bajet 2013 untuk pendidikan. Di samping itu
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah memberi peruntukan tambahan
sebanyak RM500 juta kepada Kementerian Pelajaran bagi melaksanakan aktiviti latihan guru
yang berfokus kepada kemahiran berfikir aras tinggi atau high order thinking skills.
Kreativiti akan lebih terserlah jika seorang guru memaksimumkan penggunaan ICT
dalam pembelajaran. Guru harus mempelbagaikan aktiviti yang menggalakkan pelajar-
pelajar menggunakan ICT selaras dengan elemen yang terdapat dalam Falsafah Pendidikan
Guru yang mehukan seorang guru berkembang maju dan berpandangan saintifik. Guru
haruslah memunyai kemahiran professional dalam menyediakan bahan pengajaran dan
pembalajaran untuk menarik perhatian pelajar. Aktiviti dalam kelas yang kreatif dan menarik
juga menunjukkan bahawa guru tersebut berpengetahuan dalam bidangnya. Menurut
Pengarah Pelajran Malaysia, Datuk Abd. Ghafar Mahmud, guru-guru disarankan supaya
mengaplikasikan kaedah pengajaran dan pembelajaran terkoni dan kreatif seiring dengan
proses globalisasi agar kekal relevan dan mampu menarik minat murid-murid untuk
menimba ilmu.
Matlamat wawasan 2020 menekankan kepentingan melahirkan warga Malaysia yang
kreatif dan inovatif. Storm & Storm (2002) menyatakan kepentingan kreativiti dalam
masyarakat telah lama disedari. Para pemimpin, ahli perniagaan,saintis, ahli sejarah,
pendidik dan ahli psikologi menyatakan kreativiti sangat diperlukan untuk kelangsungan
hidup penduduk di dalam sebuah negara. Dalam konteks Malaysia sebagai sebuah negara
yang pesat membangun dan berhasrat menjadi negara maju menjelang tahun 2020,
keperluan kepada kreativiti rakyatnya adalah lebih mendesak.
FALSAFAH DAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA (EDU3101)
2013

6

Mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Mahathir Mohamad dalam satu ucapan
ketika majlis makan malam anjuran Akademi Sains Malaysia telah mencabar komuniti para
saintis di Malaysia agar dapat melahirkan seorang pemenang hadiah nobel di kalangan
rakyat Malaysia menjelang tahun 2020(Sachi, 2004). Beliau juga berpendapat bahawa
generasi pewaris yang hidup dalam abad ke-21 perlu berfikiran kreatif dan kritis di samping
bersifat kaya maklumat serta maju dalam bidang sains dan teknologi. Justeru itu, usaha
untuk melahirkan genarasi kreatif seharusnya bermula di sekolah dengan diteraju oleh guru
yang perlu bersikap kreatif dan inovatif dalam aktiviti yang dijalankan.
Daya imaginasi yang tinggi juga menjadi asas utama untuk menjadi pendidik yang
kreatif (Mohamad Shatar, Jasni, Azali: 2008). Untuk menjadi seorang guru yang kreatif dan
berinovasi, seseorang guru haruslah mempunyai daya imaginasi dalam aktiviti yang
dirancang. Sebagai warga pendidik, seorang guru harus bijak menyesuaikan pelbagai aktiviti
dengan tajuk yang ingin diajarkan. Guru seharusnya mencuba pendekatan yang baharu dan
menarik dalam menyampaikan ilmu. Situasi demikian akan menghidupkan suasana
pengajaran dan pembelajaran tanpa menjemukan pelajar semasa mengikuti kuliah dan amali
yang disampaikan.
Dalam menyampaikan pengajaran seorang guru harus mempunyai ketegasan namun
perlu dicampur dengan unsur humor dan kecindan untuk menambah minat pelajar dan
mewujudkan suasana yang ceria. Guru juga perlu berusaha supaya mempelbagaikan teknik
dan kaedah agar tidak terikat dengan hanya satu kaedah pengajaran sahaja untuk
mengelakkan kebosanan dalam kalangan pelajar. Oleh itu seorang guru mesti berani
mencuba pelbagai teknik pengajaran dan berkongsi pengalaman serta idea dengan warga
pendidik yang lain tentang kaedah pengajaran. Selain itu seorang pendidik juga haruslah
banyak membaca serta sentiasa mendapatkan maklum balas daripada pelajar tentang
kaedah pengajarannya.
Kebanyakan guru pada masa kini hanya menumpukan kepada objektif pembelajaran
tanpa berusaha untuk membina kreativiti para pelajar melalui aktiviti yang dipelbagaikan.
Hakikat ini dibuktikan dengan kajian yang dilakukan oleh Idris (2002) yang telah menganalisa
wacana pedagogi beberapa buah sekolah di Malaysia melalui rakaman audio sepuluh aktiviti
pembelajaran yang berlaku di bilik-bilik darjah dan beliau telah menyimpulkan bahawa guru
bukan sahaja mengawal dan menguasai suasana pembelajaran dalam bilik darjah bahkan
guru juga banyak mengemukakan soalan soalan-soalan tertutup yang dilihat gagal membuka
percambahan idea dan pendapat para pelajar. Perkara ini bukan sahaja akan membosankan
aktiviti pembalajaran malah akan menyekat kreativiti dan inovasi para pelajar.
FALSAFAH DAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA (EDU3101)
2013

7


Kajian-kajian menunjukkan bahawa agak sukar untuk memupuk kreativiti kiranya
guru sahaja yang mengawal dan menguasai suasana pembelajaran dalam bilik darjah.
Untuk memupuk kreativiti dalam bilik darjah interaksi guru dengan pelajar mestilah dua hala.
Guru tidak seharusnya mendominasi dan mengawal aktiviti pembelajaran tetapi pelajar juga
harus memainkan peranan yang aktif di samping memberikan maklum balas. Selain dari itu,
soalan-soalan tertutup adalah soalan yang memerlukan pelajar memberikan satu jawapan
yang betul dan tepat dan biasanya bila menjawab soalan-soalan tertutup pelajar banyak
menggunakan pemikiran konvergen iaitu pemikiran yang logik, sistematik, berstruktur dan
tidak menggunakan daya imaginasi. Oleh kerana itu soalan-soalan tertutup tidak membantu
dalam meningkatkan daya kreativiti pelajar.
2.3 Menerapkan Nilai Keagamaan dan Kerohanian
Falsafah Pendidikan Guru telah menekan bahawa guru sebagai pembangun individu dan
pengekal disiplin masyarakat. Pembangunan individu yang yang dimaksudkan bukan
sekadar pembangunan dan kecermerlangan jasmani semata-mata sebaliknya aspek
pembangunan rohani ataupun spritual menjadi agenda utama. Justeru ini, guru berperanan
sebagai egen yang menerapkan nilai keagamaa dan kerohanian dalam diri para pelajar bagi
membangun individu patuh dan percaya kepada Tuhan. Dengan mengakui wujudnya Tuhan,
seseorang itu akan turut mengakui Tuhan sebagai pencipta alam dan manusia. Seterusnya,
individu ataupun pelajar akan berusaha mengamalkan ajaran agama yang dianuti lantas
menyedari bahawa dia bertanggungjawab sepenuhnya terhadap dirinya sendiri dan
perbuatannya.
Dalam konteks agama Islam, guru dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan
tugas tarbiyah. Islam menekankan dalam ajarannya bahawa seluruh masa yang digunakan
oleh seorang guru dalam mendidik para pelajanya dikira sebagai ibadah. Setiap langkah dari
rumah ke sekolah dan pulang ke rumah dari sekolah akan mendapat satu pahala dan
dihapuskan satu dosa. Islam turut menegaskan bahawa seseorang guru yang
menyampaikan ilmu secara hikmah dan ikhlas semata-mata kerana Allah merupakan jihad
yang paling tinggi pada pandangan Islam seperti mana yang dituntut dalam syariat Islam.
Firman Allah s.w.t maksudnya : serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan
hikmah kebajaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka
(yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik. (Surah al-Nahl ayat 125)

FALSAFAH DAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA (EDU3101)
2013

8


Islam melihat tugas guru dalam mendidik masyarakat amatlah besar dan luas. Seseorang
guru bukan sekadar perlu menyampaikan ilmu akidah dan keimanan malah perlu
meyampaikan ilmu pengetahuan Islam meliputi fardhu ain dan fardhu kifayah. Peranan dan
tugas ini tidak dikecilkan skop tugasannya hanya kepada guru agama semata-mata. Malah,
setiap guru harus menerapkan nilai-nilai ini dalam aktiviti-aktiviti yang dijalankan agar
pelajar-pelajar sedar bahawa segala urusan harian mereka tidak dapat dipisahkan dengan
agama. Hanya dengan kesedaran inilah kita akan melahirkan generasi yang mampu
mencapai kesejahteraan diri selaras dengan kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Dalam mengharungi cabaran globalisasi masa kini, nilai agama dan kerohanian
dilihat sebagai benteng utama yang mampu menyelamatkan generasi muda daripada
terjebak dengan perkara-perkara yang tidak sihat seperti seks bebas, rasuah, penipuan dan
segala keruntuhan moral yang lain.perkara inilah yang telah ditegaskan oleh Imam al-
Ghazali dalam kitabnya ihya Ulum ad-Diin yang menjelas bahawa seorang guru harus
mengambil berat terhadap didikan agama kanak-kanak dengan mengajarkan al-Quran
hadis-hadis Nabi seta sejarah para sahabat. Jika kita mahukan generasi hari ini hebat
seperti kegemilangan golongan muda pada zaman Rasulullah s.a.w, kita mestilah
mengajarkan sejarah para sahabat yang bukan sahaja hebat dalam bidang yang diceburi
malah hebat dalam pembentukan agama dan moralnya. Guru harus memandang serius
perkara ini kerana kita tidak mahu melahirkan generasi yang cemerlang dan hebat dalam
akademik tetapi lemah dan gagal dalam pembentukan agama dan kerohanian. Ini kerana,
agama dan kerohanian yang tinggilah yang akan menjadikan seseorang itu insan yang
berjaya dalam hidupnya.
Begitu juga dalam konteks agama-agama yang lain. Setiap agama yang wujud di
dunia ini sentiasa menggalakkan semua pengganutnya untuk melakukan perkara-perkara
yang baik dengan ikhlas dan jujur. Dengan tersemainya nilai-nilai mulia yang diperoleh
daripada didikan agama yang baik ini, tidak mustahil negara akan dapat membanteras
segalan gejala sosial dan keruntuhan akhlak yang melanda masyarakat kita pada hari ini.
Malah, berbekalkan kekuatan rohani yang tinggi dalam diri setiap individu yang dilahirkan
melalui sistem pendidikan negara, kita pasti akan dapat menghapuskan segala
penyelewangan dalam kerjaya seperti rasuah, pecah amanah, penyelewengan wang dan
sebagainya. Perkara-perkara seperti inilah yang sebenarnya merencatkan pembangunan
negara seterusnya membantutkan usaha kita untuk berdiri sebagai negara maju mengikut
acuan kita sendiri menjelang tahun 2020.
FALSAFAH DAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA (EDU3101)
2013

9



Guru mempunyai peranan yang sangat besar dalam menjayakan matlamat
pendidikan untuk melahirkan masyarakat yang beriman, berilmu bertaqwa dan
berketerampilan yang dapat menyumbang kepada pembangunan agama, masyarakat dan
negara. Justeru itu, untuk menerapkan nilai keagamaan dan kerohanian dalam diri para
pelajar, warga pendidik itu sendiri tanpa mengira guru agama mahupun guru akademik perlu
mempunyai syaksiah keagamaan. Untuk itu, seorang guru itu harus menambah
pengetahuan agama dan kerohanian dalam diri mereka. Sebagai warga pendidik, para guru
hendaklah bijak mencari peluang menambah ilmu agama ke arah kecemerlangan akademik
pelajar menurut perspektif Islam atau nilai-nilai agama yang berkaitan dari segi kebaikan dan
keberkatan menuntut ilmu.
Guru-guru pada hari ini harus berubah dari guru mudarris yang bermaksud guru
yang hanya mengajar mata pelajaran kemahiran mereka sahaja kepada guru murabbi yang
bermaksud guru yang mendidik, memelihara, mengasuh, menunjukkan jalan yang benar
serta mentarbiah anak didiknya menjadi manusia yang berilmu dan beramal soleh. Jika
setiap guru sedar akan tugas dan peranan mereka yang satu ini, pasti segala aspirasi
negara akan berjaya dilaksanakan dengan mudah. Segala hasrat yang terkandung dalam
FPK dan FPG akan secara sendirinya tercapai. Ini kerana, pembentukkan agama dan
morallah yang akan membantu dan menyumbang kepada pembentukan aspek-aspek yang
lain iaitu intelek, jasmani, emosi dan sosial.
Peranan dan tugas guru yang satu ini akan mudah dilaksanakan jika seorang guru
itu bertanggungjawab terhadap tugas mereka. Orang yang cemerlang ialah apabila diberikan
tugas, maka dia melakukan dengan penuh kesungguhan dan kebertanggungjawaban (Mohd
Shatar, Jasni dan Azali : 2008). Golongan pendidik ini adalah dari kalangan mereka yang
benar-benar faham akan tugas sebagai seorang guru serta mempunyai kesedaran sosial
yang tinggi bahawa pembentukan agama dan moral generasi masa kini berada pada tahap
kritikal. Seorang warga pendidik perlu mempunyai kesedaran yang tinggi bahawa mereka
mempunyai tugas yang maha berat untuk memperbetulkan semula kecelaruan fitrah yang
melanda generasi muda dalam zaman globalisasi ini.
2.4 Menjadi Pembimbing, Fasilatitor dan Motivator
Sebagai pembimbing, pendidik umpama ibu dan bapa kepada pelajar (Mohd Shatar, Jasni
dan Azali :2008). Pendidik yang cemerlang bukan hanya berperanan sebagai penyampai
FALSAFAH DAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA (EDU3101)
2013

10

ilmu tetapi juga sebagai pembimbing kepada para peljar. Tugas seorang guru bukan hanya
tertumpu kepada membacakan nota kuliah kemudian memberikan tugasan sahaja. Mereka
juga bertanggungjawab mengambil berat tentang kefahaman mereka serta membimbing
mereka memahami isi tersurat mahupun tersirat tentang pelajaran yang diajar.
Guru yang menyedari tugas dan peranan mereka sebagai pembimbing akan
sentiasa bersama pelajar supaya kehadiran mereka dirasai dan dihayati oleh pelajar. Guru
harus berusaha sedaya mungkin agar tidak hanya menjadi kaset kuliah yang hanya
mengeluarkan suara tanpa menghiraukan para pelajar di hadapan mereka. Pendidik yang
berperanan sebagai pembimbing yang baik akan memastikan pelajar memahami kandungan
kuliah dan amali dengan sebaik-baiknya. Oleh itu, pendidik perlu meransang, meyakinkan,
dan memberikan sepenuh tumpuan kepada keperluan pelajar yang sedang berhadapan
dengan ilmu. Para pelajar mempunyai tahap kefahaman yang berbeza. Seseorang guru
tidak boleh mengatakan bahawa objektif tercapai jika dua taupun tiga orang pelajar dapat
memahami isi pelajaran. Tetapi, seorang guru harus memastikan setiap pelajar mencapai
tahap kefahaman yang dikehendaki dengan cara terus membimbing mereka dengan sabar
dan ikhlas.
Setiap guru perlu sentiasa membimbing pelajar dalam menjalankan tugas sama ada
di dalam atau pun di luar bilik darjah. Semasa mengajar guru perlulah sentiasa
memerhatikan pelajar sama ada mereka melibatkan diri secara aktif atau tidak. Semasa
mengajar guru bukan sahaja memastikan sukatan pelajaran dapat dihabiskan mengikut
perancangan tetapi juga memastikan pelajar-pelajar memberikan tumpuan dan terlibat
sepenuhnya di dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu menjadi tanggungjawab
guru memberikan perhatian ke atas aspek ini. Kadang kala pelajar-pelajar mengambil
kesempatan atas kealpaan guru terutamanya semasa aktiviti kumpulan. Pelajar yang kurang
berminat dengan tugasan yang diberi oleh guru tidak akan melibatkan diri secara aktif.
Bukan itu sahaja guru juga perlu berperanan sebagai fasilitator atau pemudah cara
iaitu sebagai individu yang menggerakkan pelajar-pelajarnya dalam menyiapkan sesuatu
tugasan yang diberikan di dalam sesuatu aktiviti pembelajaran. Oleh itu, para pendidik harus
mewujudkan hubungan secara kolaboratif dengan para pelajar. Selain itu juga para pendidik
juga perlu membantu mengekalkan suasana pembelajaran yang terbuka di mana semua
pelajar tidak takut dan merasa bebas untuk memberikan pendapat dan pandangan. Dengan
cara demikian, para pelajar akan merasakan diri mereka dihargai serta dapat membantu
mereka untuk lebih bersemangat mengambil bahagian dalam aktiviti yang dijalankan oleh
guru. Justeru, secara tidak langsung ia akan membantu menjadikan proses pembelajaran
menjadi lebih berkesan.
FALSAFAH DAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA (EDU3101)
2013

11

Untuk menjadi seorang pemudah cara ataupun fasilitator yang baik, para guru perlu
berusaha untuk melengkapkan diri dengan beberapa ciri. Antara ciri seorang fasilitator yang
baik ialah sensittif terhadap perasaan individu dan berkeupayaan mendengar dengan baik.
Maksudnya seorang guru itu perlu bijak dalam membaca perasaan dan kefahaman pelajar
dengan cara menjadi pendengar yang baik dan memberikan tindak balas terhadap perkara
yang didengar. Guru yang mempunyai sikap ini akan mudah didekati oleh pelajar serta akan
dapat menjalankan sesi kolaborasi dengan lebih berkesan. Mohd Shatar, Jasni dan Azali
(2008) telah menegaskan bahawa pendidik perlu menghormati dan berudaha memahami
pelajar walaupun statusnya lebih tinggi. Namun begitu pendidik hari ini merasakan jika
mereka mengamalkan ciri-ciri fasilitator yang baik ini, para pelajar akan hilang rasa hormat
terhadap mereka.
Menghormati pelajar bukanlah bermaksud para pendidik perlu menundukkan kepala
atau memberikan tabik hormat kepada pelajar. Sebaliknya menghormati pelajar bermaksud
bahawa pendidik memahami kelakuan dan permasalahan yang dihadapi oleh pelajar, tidak
lokek dangan senyuman dan membuatkan dirinya mudah untuk didekati pelajar. Pepatah
melayu juga ada menyebut bahawa ular yang menyusur akar tidak akan hilang bisanya.
Dengan menghormati pelajar, secara tidak langsung sahsiah dan pencapaian diri pelajar
akan menjadi lebih cemerlang. Ini kerana, pendidik sebegini akan menjadikan dirinya
sebagai pusat pertanyaan yang sentiasa membantu pelajar dalam menyelesaikan sesuatu
masalah yang dihadapi. Ciri-ciri inilah yang menjadikan seseorang guru itu sebagai pemudah
cara yang baik.
Antara ciri lain pendidik yang berperanan sebagai fasilitator ialah peka dan mampu
berkomunikasi dengan baik. Pendidik yang mempunyai ciri fasilitator yang baik perlulah peka
terhadap perubahan yang berlaku sama ada di luar ataupun dalam persekitaran pelajar.
Dengan menyedari betapa besarnya peranan mereka sebagai pemudah cara, seseorang
pendidik akan berusaha untuk lebih peka dan terbuka demi pembentukan para pelajar yang
mempunyai ciri insan kamil. Andrea (1996) menyatakan bahawa kegagalan institusi dalam
melahirkan graduan yang berkebolehan mempunyai hubung kait antara kepekaan pendidik
dengan isu-isu yang berlaku dalam kehidupan harian. Untuk menjadi seorang guru yang
peka seorang pendidik perlu menghormati isu-isu yang diketengahkan oleh pelajar kerana
para pelajar merupakan klien dalam pendidikan. Sebagai klien, para pelajar berhak untuk
menyatakan apa yang mereka rasa dan perlukan. Sebagai pemudah cara pula, para
pendidik harus membimbing para pelajar untuk melakukan perkara yang betul dan menyelia
dengan penuh kepekaan bagi membimbing pelajar membuat penentuan apa yang baik dan
tidak baik untuk pelajarnya.
FALSAFAH DAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA (EDU3101)
2013

12

Seorang tokoh pendidik cemerlang pernah mengatakan bahawa langkah pertama
kecemerlangan pendidikan bermula dengan komunikasi berkesan. Ciri ini juga perlu dimiliki
oleh seorang guru yang berperanan sebagai pemudah cara kepada pelajarnya. Untuk
menjadi pendidik yang mempunyai komukasi yang berkesan, seorang guru harus
menggunakan bahasa yang jelas dan berkesan dalam menyampaikan isi pembelajaran.
Dengan menggunakan perkataan-perkataan yang mudah dan jelas difahami, para murid
akan lebih yakin dengan apa yang disampaikan oleh guru. Seorang pemudah cara yang
mempunyai ciri komunikasi yang baik perlu berusaha untuk bercakap perkara yang positif
sahaja serta murah dengan penghargaan dan pengiktirafan. Berbekalkan ciri-ciri fasilitator
yang baik, akhirnya tujuan akhir kepada peranan ini akan dapat dicapai. Bryan Coombs
(1995) bentuk pengajaran yang paling tidak berkesan adalah apabila guru bercakap
dihadapan dan para pelajar hanya menjadi pendengar yang pasif. Sekiranya peranan guru
sebagai pemudah cara ini tercapai, pelajar akan dapat melibatkan diri dalam setiap aktiviti
yang dijalankan. Proses pembelajaran akan menjadi dua hala dan secara tidak langsung
akan dapat meningkatkan kefahaman para pelajar kerana mereka akan dapat bertanya,
memberi pendapat serta berinteraksi sewaktu guru meyampaikan isi pelajaran.
Guru sebagai motivator pula berperanan sebagi penggerak keperluan yang ada pada
setiap pelajar untuk belajar dan terlibat secara aktif dalam pengajaran dan pembelajran
dalam bilik darjah. Sebuah pepatah Inggeris ada menyebutkan bahawa you can lead a
horse to water, but you cant make him drink. Guru sebagai fasilitator berperanan untuk
menggerakkan pelajar melaksanakan aktiviti namun untuk menjadikan pelajar aktif dan
bersungguh-sungguh dalam pelajran, guru harus pula berperanan sebagai motivator.
Untuk memotivasikan pelajar, seorang warga pendidik itu sendiri perlu mempunyai
motivasi yang tinggi. Pendidik yang bermotivasi secara tidak langsung akan menyebabkan
para pelajar turut termotivasi untuk belajar. Pendidik yang bermotivasi terus menuju ke arah
kecemerlangan tanpa menghiraukan rintangan. Sebagai motivator, para guru perlu bijak
untuk merangsang dan meningkatkan usaha pelajar untuk menimba ilmu pengetahuan. Guru
juga harus berusaha untuk mewujudkan suasana pembelajaran yang penuh keilmuan dan
semangat yang berterusan untuk maju ke hadapan.
2.5 Guru Sebagai Suri Tauladan Untuk Dicontohi
Peranan dan tanggungjawab guru yang satu ini tidak dapat disangkal lagi, malah sudah
sebati dengan kehidupan masyarakat kita. Sehinggakan kita mampu mencipta pepatah guru
kencing berdiri, murid kencing berlari. Ini kerana guru dilihat sebagai model bergerak yang
harus ditaulani dan dicontohi. Guru dilihat sebagai agen yang bertanggungjawab
FALSAFAH DAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA (EDU3101)
2013

13

menyemaikan nilai murni dalam diri para pelajar. Malah, sekiranya pelajar mengahadapi
permasalahan akhlak dan keruntuhan moral, insan pertama yang akan dipersalahkan ialah
guru. Jika masyarakat kita pada hari runtuh kemanusiaan dan tipis kemuliaannya, semua
pihak tidak akan teragak-agak menuding jari ke arah guru. Justeru itu, sebagai seorang guru,
tugas dan peranan yang satu ini dilihat paling berat dan paling mencabar untuk
dilaksanakan.
Menurut Wan Modhd Zahid (1988) telah mendefinisikan nilai murni sebagai
tanggapan kepada perkara perkara yang dihajati dan pada masa yang sama juga menjadi
kriteria atau ukuran. Nilai-nilai murni sesuatu masyarakat biasanya diasaskan kepada
agama. Antara elemen yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Guru ialah seorang
guru mestilah berperawakan mulia dan berdisiplin kerana guru akan menjadi contoh kepada
murid-muridnya. Guru juga haruslah pandai menghargai anak-anak murid dan meraikan
fitrah mereka yang mempunyai beraneka ragam.
FPG amat menekankan bahawa seorang guru mesti berperawakan mulia kerana
hanya dengan guru yang berakhlak mulialah hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang
mahu melahirkan rakyat Malaysia yang berakhlak mulia akan dapat dicapai. Dengan wujud
atau lahirnya rakyat yang berakhlak mulia, kita akan semakin hampir melangkah ke arah
negara maju yang majmuk tapi dapat hidup dengan aman kerana rakyat saling menghormati
dan berpegang teguh kepada prinsip-prinsip moral sebagai prinsip diri.
Mohd Shatar, Jasni dan Azali (2008) telah mengatakan bahawa pendidik perlulah
bijak dalam pemikiran, kata-kata, tindakan dan penampilan. Hal ini kerana, setiap perlakuan,
perbuatan mahupun gerak-geri guru sentiasa diperhatikan. Malah, pelajar bukan sekadar
melihat tetapi turut menilai serta meniru perbuatan, percakapan, gaya dan tindakan seorang
guru. Jika guru melakukan perkara yang salah, pelajar turut akan terdorong melakukan hal
yang sama dengan alasan guru mereka boleh melakukannya.
Justeru para guru perlu sedar dan peka bahawa mereka sentiasa diperhatikan.
Mereka ibarat model yang bergerak yang berperanan sebagai agen yang menyemai nilai-
nilai murni dalam diri pelajar. Namun harus diingatkan bahawa peranan ini tidak terhenti
hanya di sekolah sebaliknya terus berjalan walaupun guru tersebut berada di luar kawasan
sekolah. Dalam erti kata yang lain, seluruh kehidupan guru itu harus diterapkan dengan nilai-
nilai mulia kerana mereka diperhatikan di sekolah dan di luar sekolah.
Aspek yang paling penting bagi seorang guru yang berperanan sebagai tauladan
kepada pelajar ialah penampilan yang menarik. Penampilan yang menarik akan menjadikan
seseorang guru itu mudah didekati kerana pelajar tertarik kepadanya. Dengan itu, secara
FALSAFAH DAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA (EDU3101)
2013

14

sendirinya, mereka akan mencontohi penampilan guru tersebut malah lama-kelamaan murid
akan turut terpengaruh dengan gaya berjalan, gaya percakapan dan semua aspek tentang
guru tersebut.
Pendidik yang tidak mementingkan penampilan seperti memakai pakaian yang
berkedut dan lusuh akan memberikan gambaran bahawa pendidik tersebut malas. Secara
tidak langsung, guru tersebut akan menjadi contoh yang negatif kepada pelajar. Malah, guru
tersebut juga akan sukar untuk menerapkan segala nilai-nilai murni dalam pembelajarannya
kerana penampilannya telah merosakkan imej beliau.
Sebagai model tauladan yang baik, pendidik itu sendiri harus membudayakan nilai-
nilai murni dalam diri mereka. Antara nilai-nilai yang harus disemai dalam diri para pelajar
ialah guru harus sentiasa menjaga kebersihan diri dan memiliki sahsiah yang positif dan
optimis. Guru harus cuba membiasakan diri dengan nilai-nilai murni bermula dengan
perkara-perkara yang mudah seperti murah dengan senyuman.
Sebagai insan yang dicontohi dan ditauladani juga, seorang guru harus berfikiran
terbuka dalam dalam menerima kritikan serta berusaha memperbaiki kelemahan diri. Para
pendidik tidak akan terlepas dari melakukan kesalahan dan kesilapan, namun mereka
haruslah berusaha memperbaiki diri untuk sentiasa menjadi lebih baik kerana mereka adalah
contoh tauladan bukan sekadar dalam kalangan pelajar malah dalam kalangan masyarakat.
Jika ingin disenaraikan kesemua nilai-nilai murni yang dapat diterapkan oleh guru
ketika proses pembelajaran adalah terlalu banyak. Ia bermula dari sekecil-kecil perkara
seperti memberi salam, senyuman, menolong rakan seningga kepada perkara yang besar
seperti tanggungjawab, amanah dan patriotisme. Namun, terpulanglah kepada seorang guru
itu sendiri untuk menyesuaikan nilai-nilai murni dangan aspek pelajaran mahupun isi
kandungan yang ingin disampaikan.
Namun, janganlah pula seorang guru itu bersikap hipokrit dengan tidak melakukan
apa yang dikatakan. Jika guru menyuruh pelajar pelajar menepati masa tetapi guru itu
sendiri yang datang lewat ke kelas, proses penyerapan nilai ini tetap tidak akan berlaku.
Guru perlu benar-benar melaksanakan apa yang dikata. Kajian psikologi menunjukkan
bahawa pelajar lebih gemar meniru apa yang dilakukan guru berbanding apa yang dikatakan
oleh guru.
Di samping itu, untuk menjadi role model yang baik juga, seorang guru harus bijak
mendekati pelajar malah mudah untuk didekati pelajar. Seorang guru harus bijak dalam
menyampaikan nasihat agar perlakuannya menjadi ikutan. Seorang guru juga harus bijak
FALSAFAH DAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA (EDU3101)
2013

15

menyemaikan nilai agar nasihat-nasihat mereka digunapakai. Hanya dengan cara inilah,
seorang guru dapat menjalankan tugas mereka sebagai role model dengan berkesan.
Dalam syarahan maal hirjah tahun 2008 dengan tema guru berkualiti menjana insan
cemerlang telah menyatakan bahawa kualiti guru yang keempat ialah berakhlak mulia. Guru
sebagai ibu dan bapa disekolah merupakan contoh teladan bagi murid. Justeru itu guru perlu
terlebih dahulu berakhlak mulia sebelum dapat melahirkan murid yang berakhlak mulia.
Nabi S.A.W daripada riwayat Abu Ya'la :
Ertinya: Sesungguhnya kamu sekalian tidak akan boleh mempengaruhi manusia dengan
hartamu,maka dari itu pengaruhilah mereka dengan wajah yang manis dan berbudi perkerti.
Jelaslah pada kita, bahawa akhlak mulia mampu merubah manusia sedangkan
akhlak buruk yang dipamerkan oleh guru hanya mendatangkan kejelekan. Lihat sahajalah
bagaimana media massa memaparkan beberapa siri keganasan guru terhadap murid. Sikap
panas baran dan melampau bukan akhlak yang mulia. Guru-guru terbabit bukan sahaja
gagal mendidik, bahkan dicerca kerana tidak menunjukkan contoh yang baik.















FALSAFAH DAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA (EDU3101)
2013

16

3.0 REFLEKSI
Pertama dan selamanya, saya ingin memanjatkan rasa syukur ke hadrat kudrat yang Maha
Mulia, Allah Rabbul Izzati. Dengan nikmat dan kesempatan waktu, tenaga, dan kekuatan
yang telah dikurniakan dapatlah kiranya saya menyiapkan kerja kursus ini dengan jayanya.
Seterusnya ucapan terima kasih yang tidak terhingga diucapkan buat pensyarah
pembimbing yang tidak kenal erti penat dan lelah memberikan bantuan dan tunjuk ajar
sepanjang proses saya menyiapkan kerja kursus ini. Tidak lupa juga saya ingin menitipkan
penghargaan buat rakan-rakan guru pelatih yang telah berpenat lelah membantu dan tidak
kekok berkongsi idea dan pandangan mereka bagi sama-sama menjayakan tugasan ini.
Kerja kursus ini telah banyak membantu saya mempelajari pelbagai perkara baru
bagi mempersiapkan diri untuk mengahadapi tugas dan kehidupan sebagai seorang
guru.melalui tugasan yang telah diberikan, banyak pengetahuan baharu yang berjaya saya
perolehi. Bagi saya pengetahuan-pengetahuan seperti ini amat penting untuk saya miliki
agar menjadi seorang guru yang baik suatu hari nanti.
Kerjaya sebagai seorang guru bukanlah sesuatu yang mudah. Tugasan ini telah
mengajar saya bahawa seorang guru itu mempunyai peranan dan tanggungjawab yang
maha besar dalam mendidik generasi pelapis negara. Segala beban dan tanggungjawab
bagi melaksanakan aspirasi negara terletak di atas bahu seorang insan yang bergelar guru.
Guru bukan sahaja bertanggungjawab terhadap perkembangan akademik semata-mata
malah turut bertanggungjawab ke atas pencapaian batiniah ataupun rohani seorang pelajar
agar insan kamil seperti yang kita ingini dapat dilahirkan.
Tugasan pertama yang diberikan dalam kerja kursus ini adalah bagi menyiapkan
portfolio berkaitan bidang masing-masing. Sebagaimana yang kita semua sedia maklum,
perlaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah masih baharu. Justeru itu, pengumpulan
portdolio berkaitan KSSR dilihat sangat relaven untuk dijadika tugasan kerja kursus ini.
Dengan mengumpul segala dokumen yang berkaitan, ianya bukan sahaja akan
memudahkan para guru pelatih ketika menghadapi praktikum kelak, malah turut membantu
para guru apabila ditempatkan disekolah kelak.
Pengumpulan bahan-bahan berkaitan KSSR ini akan dapat membantu para guru
pelatih mendalami tentang kokurikulum baharu ini. Ini kerana, para guru pelatih merupakan
golongan yang menjadi harapan para guru di sekolah untuk mkenerangkan kepada mereka
tentang perlaksanaan kurikulum baharu ini. Mereka beranggapan, guru pelatih telah
diberikan pendedahan yang secukupnya tentang perkara ini ketika berada di institusi latihan.
Justeru itu, menjadi tanggungjawab para guru pelatih yang bakal melaksanakan kurikulum ini
FALSAFAH DAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA (EDU3101)
2013

17

menguasai sepenuhnya segala aspek berkaitan KSSR. Bukan itu sahaja, dengan adanya
portfolio ini juga, ianya akan membantu saya untuk mendalami dan mengakaji sukatan dan
segala perkara baharu berkaitan dengan KSSR. Dengan itu, saya akan dapat mengetahui
dengan jelas apa yang ingin dicapai dalam kurikulum baharu ini.
Tugasan kedua yang diberikan berkaitan peranan dan tugas sebagai seorang guru
dilihat sebagai satu perkara yang sangat memberikan kesan kepada guru pelatih
terutamanya saya sendiri. Tugasan ini telah memberikan kesedaran kepada saya bahawa
seorang guru bukan sekadar perlu melaksanakan tanggungjawab profesionalnya malah turut
mempunyai tugas kemasyarakatan seperti yang telah ditekankan dalam Seminar Guru-Guru
tahun 1981. Melalui tugasan ini, saya banyak belajar mengenai tugasan dan peranan
sebenar yang harus dimainkan oleh seorang guru agar mecapai matlamat dan objektif
seperti yang dikehendaki oleh FPG dan FPK.
Tugasan ini telah memberikan semangat baru kepada saya untuk melaksanakan
perubahan serta menjadi seorang guru yang baik apabila saya ditempatkan kelak. Malah,
saya turut sedar bahawa kegagalan seorang guru menjalankan peranannya dengan baik
seperti yang digariskan oleh FPG dan FPK akan membawa kepada kajatuhan serta
kegagalan sistem pendidikan kita pada masa akan datang. Melalui tugasan inilah saya mulai
sedar betapa pentingnya peranan guru sebagai tunjang utama dalam memperkasakan dan
mamajukan bidang pendidikan negara.
Walaubagaimanapun, tidak dapat dinafikan bahawa dalam menyiapkan kerja kursus
ini saya menghadapi beberapa masalah seperti kekurangan bahan dan kekangan masa.
Setelah terlibat dalam Jawatankuasa Perwakilan Pelajar, jadual saya semakin padat
menyebabkan saya menghadapi sedikit kekangan untuk menumpukan sepenuh perhatian
saya terhadap tugasan ini. Namun saya sedar bahawa sebagai seorang pelajar, saya harus
bijak untuk membahagikan masa. Numun dengan bantuan rakan-rakan serta usaha keras
dapat jugalah saya menyiapkan tugasan ini dengan jayanya.
Di samping itu juga, selain ilmu baharu yang saya dapati melalui hasil tugasan ini
saya juga mempelajari tentang banyak perkara seperti kerjasama, samangat berpasukan,
tolong-menolong dan nilai kerajinan. Saya dapati nilai-nilai ini amat penting dalam diri
seorang guru yang baik. Saya bukan sahaja akan mengaplikasikan nilai ini sewaktu di
sekolah malah akan dapat pula mengajarkan nilai-nilai ini kepada anak didik saya agar
mereka tidak menjadi insan yang mementingkan diri dalam melaksanakan sesuatu gerak
kerja. Saya sangat percaya bahawa faktor utama yang membentuk sebuah pengurusan
kokurikulum yang berjaya dan mantap adalah nilai-nilai murni yang telah saya sebutkan tadi.
FALSAFAH DAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA (EDU3101)
2013

18

Akhir sekali, saya ingin mengambil kesempatan memohon maaf diatas segala
kekurangan serta kelemahan yang terdapat dalam penulisan saya. Saya masih berusaha
untuk meningkatkan mutu kerja saya serta berharap semoga penulisan saya akan lebih baik
pada masa akan datang. Sekali lagi saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua
pihak yang telah membantu saya malaksanakan kerja kursus ini. Semoga segala kerja kita
semua menjadi amal ibadah dan mendapat keredhaan Allah S.W.T.
SYAHMI AFIF SYAHIR BIN ABDUL RANI
(930222-08-6067)






















FALSAFAH DAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA (EDU3101)
2013

19

4.0 RUJUKAN

Abdullah Hassan (1996) , Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) dan
Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). Tesis. Universiti Terbuka Malaysia
Cawangan Kelantan (OUM).

Abdul Rahim M. Ali (2001). Ilmu Pendidikan Untuk KPLI. Kuala Lumpur:
Utusan Publications & Distrubators Sdn. Bhd.

Abdullah Sani Yahaya ( 2003 ). Perkembangan Pendidikan di Malaysia. Bentong,
Pahang : PTS Publications & Distributor Sdn. Bhd.

Atan Long, (1984), Pendidik dan Pendidikan, Serdang,
Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Hassan Langgulung (1989). The Ummatic Paradigm of Psychology. Kertas Kerja
International Seminar on Islamic Philosopy and Science, USM, Pulau
Pinang.

Kamaruddin Hj. Husin. (1994). Asas Pendidikan III : Perkembangan dan
Perlaksanaan Kurikulum. Kuala Lumpur: Longman.

Mohd Shatar et.al, (2008), 19 Tips Pendidik Cemerlang, Kuala Lumpur,
Utusan Publications & Distrubators Sdn. Bhd.

Noriati A. Rashid et.al, (2010), Guru dan Cabaran Semasa, Shah Alam,
Oxford Fajar Sdn. Bhd

Omardin Ashaari, (2001), Peranan, Tugas dan Tanggungjawab Guru Di Sekolah,
Utusan Publications & Distrubators Sdn. Bhd.

Syed Ismail Syed Mustafa, Ahmad Subki Miskon (2011). Pengantar Pendidikan,
Selangor, Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

Taba. H. (1962). Curriculum Development-Theory & Practise. New York : Harcourt, Brace
and World.
FALSAFAH DAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA (EDU3101)
2013

20


T. Subahan Mohd Merah dan Zahara Aziz (2007). Kurikulum dan Pedagogi.
Universiti Kebangsaan Malaysia.
Abu Basher, (2010) Tugas dan Tanggungjawab Seorang Guru,
http://abubasyer.blogspot.com/2010/11/tugas-dan-tanggungjawab sebagai
guru.html, Diakses pada 1 Mac 2013.
(2011), Tugas dan Tanggungjawab Guru, http://bkree66.blogspot.com/u,
Diakses pada 1 Mac 2013.
Admin, (2010), Tugas dan Peranan Guru Cemerlang, http://mgcpgu02.blogspot.com/,
Diakses pada 4 Mac 2013.
Shelva, (2011), Tugas Peranan dan Tanggungjawab Guru,
http://shealva.blogspot.com/2011/08/peranan-tugas-dan-tanggungjawab-guru.html,
Diakses pada 4 Mac 2013.
(2011), Tugas dan Fungsi Guru, http://www.sarjanaku.com/2011/03/tugas-dan-fungsi
guru.html, Diakses pada 10 Mac 2013.
Deeya, (2010), Tanggungjawab dan Peranan Guru,
http://www.scribd.com/doc/8527541/tanggungjawab-dan-peranan-guru, Diakses pada
10 Mac 2013.
Azwari Che Mat Nor (2010), Peranan dan Tanggungjawab Guru Penyelaras Bestari,
http://pkgltrg.blogspot.com/2012/01/peranan-dan-tanggungjawab-guru.html, Diakses
pada 11 Mac 2013.







FALSAFAH DAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA (EDU3101)
2013

21








LAMPIRAN

Anda mungkin juga menyukai