Anda di halaman 1dari 3

TEMA HARI GURU 2014, MAKSUD DAN HURAIAN

Tema Sambutan Hari Guru Kali ke 43 Tahun 2014 ialah Guru: Pencetus Kreativiti, Penjana Inovasi.
Pemberitahuan Tema Hari Guru 2014 serta Maksud dan Huraianini merujuk surat Datuk Dr. Ketua
Pengarah Pelajaran Malaysia yang bertarikh 08 April 2014. Pemilihan tema ini telah dipersetujui oleh
Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pendidikan Malaysia. Semoga makluman ini dapat
dikongsikan kepada semua warga pendidik di Malaysia. Untuk makluman, Logo Hari Guru 2014 akan
dikemaskini.

APAKAH MAKSUD TEMA HARI GURU 2014


Merujuk Surat Pemberitahuan KPM. Maksud, Definisi dan Huraian Guru: Pencetus Kreativiti, Penjana
Inovasi iaitu Tema Hari Guru tahun ini ialah seperti berikut
DEFINISI: GURU PENCETUS KREATIVITI, PENJANA INOVAS

GURU: Kata GURU merangkumi semua warga pendidik yang menyumbang khidmat bakti dalam
semua bentuk institusi pendidikan yang menjadi penggerak serta pendukung kepada
pembangunan pendidikan negara.

PENCETUS: Merujuk maksud peranan untuk menimbulkan sesuatu ilham/idea atau


mengeluarkan sesuatu seperti ilmu. Guru bertindak sebagai pencetus idea kepada kreativiti
dalam usaha melahirkan generasi intelek.

KREATIVITI: Didefinisikan sebagai penghasilan idea, kebolehan untuk mencipta atau proses
pemikiran yang mendorong dalam pencetusan idea baru dan berdaya kreatif.

PENJANA: Merujuk maksud guru sebagai penggerak atau perantara yang paling penting dalam
proses transformasi ke arah keberhasilan.

INOVASI: Didefinisikan sebagai pengaplikasian kreativiti, pembaharuan, modifikasi, kaedah dan


sistem bagi mencari jalan untuk menghasilkan produk baru dan perkhidmatan yang lebih baik,
bermakna dan bernilai.

HURAIAN TEMA HARI GURU 2014


Tema Hari guru Tahun 2014 dicadangkan iaitu Guru Pencetus Kreativiti Penjana Inovatif adalah selaras
dengan transformasi pendidikan ke arah membangunkan kemahiran abad ke-21 iaitu berfikiran kritis
dan kreatif serta menggalakkan perkembangan sahsiah murid yang holistik dan seimbang seperti yang
terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025.

Sistem pendidikan Malaysia berhasrat memastikan setiap murid mencapai potensi sepenuhnya agar
menjadi generasi gemilang iaitu berpengetahuan dan berkemahiran, pemikiran kritis, kreatif dan
inovatif; kemahiran memimpin, memiliki sahsiah dan nilai serta semangat identiti nasional. Hal ini
sangat relevan dalam PPPM yang terus mendukung hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan untuk
pendidikan seimbang sebagai asas aspirasi setiap murid.

Guru memainkan peranan penting sebagai penggerak agen perubahan yang sentiasa kreatif dan
inovatif, mempunyai keterampilan yang tinggi dari segi personaliti, mempunyai pemikiran luas dan
strategik serta mampu mencetus ledakan ilmu yang dapat diterapkan kepada murid bagi membolehkan
mereka menghubungkan pelbagai disiplin ilmu untuk mencipta ilmu yang baharu bertaraf dunia.

Membudayakan inovasi merupakan agenda berterusan dalam gelombang transformasi pendidikan bagi
melahirkan generasi muda yang bersedia mencapai kecemerlangan dalam persekitaran yang kompetitif
secara global. Keupayaan warga pendidik menyediakan peluang kepada murid bagi mendapat
pengalaman pembelajaran lebih bermakna, pengalaman pembelajaran dalam menyelesaikan masalah,
kreativiti dan pemikiran kritikal dilihat mampu meningkatkan kemahiran murid yang dapat berfikir
secara kritis dalam konteks akademik dan persekitaran kehidupan sebenar.

Dunia dan ekonomi yang bersifat global hari ini memerlukan pesaing yang mampu berfikir dengan
lebih kritis dan kreatif dan inovatif. Justeru peranan guru sebagai penggerak generasi yang intelek dan
berdaya saing perlu menghasilkan kualiti pengajaran yang gemilang dengan memperkukuh am alan
terbaik dalam pendidikan.
Sumber: http://www.hootoh.my/2014/04/tema-hari-guru-2014-maksud-dan-huraian.html

Anda mungkin juga menyukai