Anda di halaman 1dari 13

JANGAN LUPA AYAT : KEMAHIRAN MENGHAFAZ SURAH

Mohd Hazri Bin Abdul Rani


SK EWA, Langkawi
ABSTRAK
Hafazan sememangnya satu bidang yang amat ditakuti oleh murid-murid saya. Mereka
menganggapnya sebagai satu kemahiran yang sukar dikuasai. Selalunya mereka tidak
akan dapat menguasai surah yang melibatkan kemahiran hafazan. Ini menyebabkan
soalan dalam bidang tilawah yang memerlukan murid menjawab dengan berpandukan
kepada daya ingatan mereka akan ditinggalkan kosong oleh murid

atau sekadar

meneka jawapan yang disediakan. Saya memfokuskan kajian ini kepada kemahiran
menghafaz surah, dan memilih 33 orang murid Tahun 4 sebagai kumpulan sasaran.
Tinjauan awal telah dilakukan dengan menggunakan kaedah pemerhatian dan Ujian
Diagnostik. Perasaan negatif yang ketara ialah perasan takut. Ini mungkin disebabkan
sikap saya yang agak garang. Keputusan Ujian Diagnostik pula menunjukkan cuma 60%
murid dapat menjawab soalan berbentuk fokus kajian dengan betul dan peratus ini
merupakan peratus terendah berbanding bentuk-bentuk soalan lain.
Aktiviti-aktiviti yang dijalankan adalah penggunaan kad ayat dan lagu dalam hafazan
yang diperkenalkan dapat menyakinkan murid tentang wujudnya kaedah lebih mudah
untuk menghafal. Selain itu disediakan juga hadiah dan ini menjadikan bidang tilawah
adalah masa yang dinanti-nanti oleh murid.
Perbandingan keputusan sebelum aktiviti dijalankan dengan selepas aktiviti dijalankan
amat memberangsangkan. Bilangan murid yang telah menguasai hafazan telah
meningkat kepada 80%, manakala min bagi perasaan takut juga telah jatuh ke paras
tidak signifikan. Ini bermakna tindakan yang diambil dalam kajian tindakan ini adalah
tepat dan berkesan.
Walaupun pelbagai halangan dihadapi sepanjang melaksanakan kajian ini, saya berasa
cukup berpuas hati apabila melihat murid yang paling malas dalam kelas ini turut
melibatkan diri dan menyatakan seronok belajar menghafal.

1.0 REFLEKSI PENGAJARAN & PEMBELAJARAN LALU


Sekolah Kebangsaan Ewa merupakan sebuah sekolah yang digolongkan
dalam kategori sekolah luar bandar. Apa yang hendak saya luahkan di sini
adalah, mata pelajaran Pendidikan Islam sering diambil mudah dan
dipandang sebagai mata pelajaran elektif oleh sebilangan murid. Ini
kerana, pada anggapan mereka mata pelajaran Pendidikan Islam adalah
satu mata pelajaran yang kurang penting kerana mata pelajaran ini tidak
termasuk di dalam senarai mata pelajaran yang akan dijawab oleh muridmurid terbabit semasa

Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR).

Mereka juga menganggap mata pelajaran Pendidikan Islam menjadi satu


bebanan kepada mereka kerana mereka terpaksa berhadapan dengan
beberapa pecahan bidang yang terdapat di dalam mata pelajaran
Pendidikan Islam seperti aqidah, ibadah, sirah, tilawah al-Quran, akhlak,
jawi dan amali.
Bidang tilawah Al-Quran contohnya, mempunyai

beberapa pecahan

kemahiran yang perlu dipelajari seperti bacaan surah, hafazan dan


pengertian

surah.

Bidang

hafazan

misalnya,

amat

memerlukan

penumpuan yang penuh dan teliti terhadap surah-surah yang ingin dihafaz
dan ini berlainan dengan mata pelajaran lain yang boleh dipelajari dengan
hanya membaca dan memahami formula atau fakta tertentu dan tidak
memerlukan kepada hafalan.

ii

2.0 FOKUS KAJIAN


Hasil daripada ujian pra, saya dapati seramai 33 orang murid tahun empat
gagal mentasmiq hafazan dengan baik di hadapan guru. Terdapat juga
sebilangan pelajar yang cuma dapat menghafaz separuh dan ada juga
pelajar yang menghadapi masalah untuk menghafaz dengan bacaan yang
betul dari aspek makhraj huruf, tajwid dan sebagainya.
Sesetengahnya pula tidak dapat membezakan di antara hujung atau
permulaan ayat yang mempunyai bunyi yang hampir sama. Kelemahan
ini dikenal pasti berpunca daripada kaedah pengajaran guru yang kurang
menarik minat murid, dan kekurangan bahan bantu mengajar yang lebih
berkesan dan juga sikap murid itu sendiri.
Sekiranya masalah ini tidak dapat diatasi dengan berkesan, maka
dikhuatiri, murid-murid ini akan menghadapi masalah untuk menghafaz
surah-surah dalam peringkat yang berikutnya dan ini boleh berlanjutan
sehingga mereka memasuki alam persekolahan menengah nanti.
(Keputusan ujian : rujuk lampiran A : Keputusan Ujian Hafazan Tahun
Empat 2009)

iii

3.0 OBJEKTIF KAJIAN


3.1 Objektif Am:
Meningkatkan minat murid terhadap mata pelajaran Pendidikan Islam
khususnya dalam bidang hafazan dan para pelajar dapat menggunakan
kaedah hafazan yang bersesuaian dengan kemampuan diri masing-masing.
3.2 Objektif Khusus:
i.

Murid dapat membaca surah Al-Adiyat dengan baik, fasih, lancar dan
bertajwid

ii.

Murid dapat menghafaz surah Al-Adiyat dengan betul, lancar dan


mengikut hukum tajwid.

iii.

Murid dapat menghafaz makna ayat-ayat dalam surah Al-Adiyat dengan


betul.

4.0 KUMPULAN SASARAN


Semua murid tahun empat dijadikan kumpulan sasaran bagi kajian ini dengan
lebih memfokuskan kepada 33 orang murid tahun empat yang gagal dalam
ujian pra sebelum ini.

iv

5.0 PROSEDUR KAJIAN


5.1 Tinjauan Awal
Kesukaran murid untuk memahami konsep dan kaedah hafazan yang
sebenar dan mudah

merupakan cabaran utama yang perlu saya

rungkaikan untuk membantu mereka meningkatkan keyakinan diri mereka


terhadap bidang hafazan ini. Permasalahan murid-murid ini dapat saya
perincikan kepada aspek-aspek berikut:
(a)Pengetahuan sedia ada murid tentang surah yang akan dihafaz
(b)Sejauh mana murid terdedah kepada bacaan dan hafazan alquran
(c)Permasalahan yang murid hadapi untuk menguasai kaedah hafazan.
 Untuk membuktikan kewujudan masalah kajian, kaedah yang saya
gunapakai ialah ujian dan soal selidik.

Aktiviti 1: Penggunaan power point dan kad ayat.

Guru telah menyediakan satu bahan power point tentang surah yang dihafaz
dan juga hiasan-hiasan.

Murid diperdengarkan dengan bacaan surah yang dipilih dari beberapa orang
qari melalui komputer.

Murid juga telah dihidangkan dengan kad ayat surah yang dihafaz.

Murid telah mendengar bacaan dari surah yang dibacakan qari tersebut
melalui komputer.

Guru memperkenalkan beberapa kalimah yang sukar dan murid dilatih


menyebut

kalimah-kalimah

tersebut

berulang-ulang

secara

individu,

kumpulan dan kelas.


Pemerhatian.
Hasil daripada pemerhatian saya, murid didapati tertarik dengan bahan yang
disediakan. Ini mendorong mereka mengikuti setiap langkah yang dijalankan
dengan baik dan memberikan kerjasama kepada guru semasa P&P dijalankan.
Refleksi.
Menerusi aktiviti ini, murid dilihat menunjukkan minat untuk menghafal. Ini
memberikan kepuasan kepada saya.

vi

Aktiviti 2: Penggunaan lagu dalam hafazan ayat dan makna

Guru memperkenalkan murid kepada kaedah hafazan secara berlagu.

Murid diperdengarkan dengan bacaan guru.

Lagu yang telah diperkenalkan bukanlah merupakan lagu-lagu yang sukar


seperti dibaca oleh para qari tetapi merupakan lagu yang mudah dan bersifat
kanak-kanak dan dekat di hati mereka.

Murid-murid menghafaz ayat satu persatu bersama makna ayat secara


berlagu.

Murid mengulang ayat bersama makna secara berulang kali dan murid telah
didedahkan dengan posisi yang berbeza semasa mereka mengulang
hafazan.

Murid diarahkan

berdiri, duduk, berpaling ke kanan dan ke kiri sambil

mengulang ayat yang dihafaz. Ini diharap dapat mengelakkan murid daripada
berasa bosan semasa sesi hafazan dijalankan.

Murid-murid ini juga telah dirakam suaranya, dan seterusnya murid lain akan
menilai hafazan murid-murid tersebut dan diminta mentasmiq hafazan ayat
dan makna ayat tadi sesama rakan mereka sebelum mereka mentasmiq di
hadapan guru.

Murid-murid yang diyakini dapat menghafaz dengan baik telah dilantik


sebagai murid turus untuk membantu rakan-rakan mereka yang belum dapat
menghafaz dengan fasih dan lancar.

vii

Pemerhatian.
Hasil

daripada

pemerhatian

saya,

menerusi

aktiviti

ini

murid

didapati

menunjukkan peningkatan dalam hafazan. Ini mendorong mereka untuk


berlumba menjadi murid turus.

Refleksi.
Menerusi aktiviti ini, murid dilihat menunjukkan minat untuk menghafal. Ini
memberikan kepuasan kepada saya setelah didapati hafazan murid semakin
meningkat dari semasa ke semasa walaupun masih terdapat murid yang tidak
dapat menghafaz dengan baik.

5.2 PENILAIAN.
Ujian Hafazan :
Pengukuran kejayaan kajian tindakan ini dapat diukur semasa sesi P&P dan
peperiksaan pertengahan tahun yang telah dilaksanakan. Saya dapati murid
dapat menghafaz dengan baik dan menjawab soalan yang diberikan dengan
lebih bersedia dan yakin.

5.3 REFLEKSI KAJIAN


i.

Pencapaian murid
a. Keberkesanan pengajaran dan pembelajaran dapat dinilai daripada
lembaran kerja yang diberikan kepada murid, ujian hafazan
semasa sesi P&P dan ujian pertengahan tahun didapati
mempunyai peningkatan yang memberangsangkan.

viii

ii. Aktiviti yang dijalankan


a. Murid dilihat tertarik dengan aktiviti yang disediakan dengan
dibantu oleh bahan bantu mengajar yang menarik minat murid.

iii. Kajian tindakan ini.


a. Saya amat yakin bahawa kajian tindakan ini dapat memberi
manfaat kepada murid-murid. Ini juga membantu saya melihat
kejayaan murid dan seterusnya memberikan kepuasan kepada
saya setelah melihat murid berjaya.

6.0 CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA


Kajian tindakan yang saya jalankan ini adalah sebahagian dari masalah yang
sering dihadapi oleh saya dalam proses P&P. Masalah ini sedikit sebanyak
mempengaruhi prestasi murid-murid saya.
Pada kajian yang seterusnya saya bercadang untuk memfokuskan kepada caracara untuk membantu murid yang tidak dapat menguasai tulisan jawi dengan
baik. Ini kerana, melalui pemerhatian saya, saya dapati masih ramai murid belum
mempunyai kemahiran yang baik dalam menyambung huruf-huruf jawi. Ini
menyebabkan mereka menyambung apa sahaja huruf yang diberi tanpa
mengetahui huruf tersebut boleh disambung atau sebaliknya.
Dengan kajian ini, saya berharap dapat menyelesaikan masalah tersebut dan
dapat membantu murid menguasai tulisan jawi dengan baik sebelum mereka
melangkah ke alam sekolah menengah.

ix

LAMPIRAN
KEPUTUSAN UJIAN HAFAZAN TAHUN 4 2009
BIL
NAMA MURID
1
Murid A
2
Murid B
3
Murid C
4
Murid D
5
Murid E
6
Murid F
7
Murid G
8
Murid H
9
Murid I
10 Murid J
11 Murid K
12 Murid L
13 Murid M
14 Murid N
15 Murid O
16 Murid P
17 Murid Q
18 Murid R
19 Murid S
20 Murid T
21 Murid U
22 Murid V
23 Murid W
24 Murid X
25 Murid Y
26 Murid Z
27 Murid A1
28 Murid B1
29 Murid C1
30 Murid D1
31 Murid E1
32 Murid F1
33 Murid G1
34 Murid H1
35 Murid I1
36 Murid J1
37 Murid K1
38 Murid L1
39 Murid M1
40 Murid N1
41 Murid O1

UJIAN
PRA
KELAS
4M
4M

4M

4M

4M
4M
4M
4M

4M

4M

4M

4M
4M
4M
4M

4M

4M

4M
4S
4M

4M

4M

4M

4M

4M

4M

4S

4M

4M

4M

4M

4S

4S

4M

4M

4M

4S
4S
4M

4S

4M

42
43
44
45
46
47
48
49
50
51
52
53
54
55
56
57
58
58
60
61
62
63
64
65
66
67

Murid P 1
Murid Q1
Murid R1
Murid S1
Murid T1
Murid U1
Murid V1
Murid W1
Murid X1
Murid Y1
Murid Z 1
Murid A2
Murid B2
Murid C2
Murid D2
Murid E2
Murid F2
Murid G2
Murid H2
Murid I2
Murid J2
Murid K2
Murid L2
Murid M2
Murid N2
Murid O2

4S
4M

4M

4S

4S

4S

4S
4S
4S

4S

4S

4S

4S

4S

4S

xi

4S

4S

4S

4S

4S

4S

4S

4S

4S

4S

4S

LAMPIRAN
KEPUTUSAN AKHIR UJIAN HAFAZAN TAHUN 4 2009
BIL
NAMA MURID
KELAS
1
Murid P
4M
2
Murid S
4S
3
Murid U
4M
4
Murid W
4M
5
Murid Y
4M
6
Murid Z
4M
7
Murid A1
4S
8
Murid E1
4M
9
Murid F1
4S
10 Murid G1
4S
11 Murid I1
4M
12 Murid J1
4M
13 Murid N1
4S

xii

UJIAN
PRA

UJIAN
AKHIR

14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
31
32
33

Murid O1
Murid P 1
Murid R1
Murid S1
Murid U1
Murid X1
Murid Z 1
Murid A2
Murid B2
Murid C2
Murid E2
Murid F2
Murid H2
Murid I2
Murid J2
Murid K2
Murid L2
Murid M2
Murid N2
Murid O2

xiii

4M

4S

4M

4S

4S

4S

4S

4S

4S

4S

4S

4S

4S

4S

4S

4S

4S

4S

4S

4S

Anda mungkin juga menyukai