Anda di halaman 1dari 13

Guru Sebagai Satu Profesion

GURU SEBAGAI SATU PROFESION Pendahuluan (Konsep Profesion) Dalam mencapai misi
Nasional, Pendidikan adalah merupakan salah satu faktor penting bagi tujuan tersebut. Bagi
menjayakan misi dalam memertabatkan profesion keguruan, guru adalah merupakan tunjang sebagai
penjana dan pencetus bagi merealisasikan matlamat tersebut. Menurut Kamus Dewan (1970), guru
bererti pendidik, pengajar dan pengasuh. Jika dihuraikan dengan lebih mendalam lagi, pendidik
bermaksud orang yang memelihara dan melatih. Pengajar ialah seorang yang menjadi petunjuk
kepada orang lain, manakala pengasuh memberi makna orang yang memelihara, menjaga dan
mendidik. Manakala keguruan ialah sesuatu yang mempunyai perkaitan dengan bidang menuntut
ilmu atau tempat mendapatkan ilmu seperti sekolah, tempat belajar, pengajaran dan pembelajaran
dan sebarang perkara yang mempunyai perkaitan dengan guru. Berdasarkan ciri-ciri profesion, Mok
Soon Sang (1996) merumuskan secara ringkas konsep profesionalisme sebagai suatu pekerjaan
yang khusus dan dijalankan oleh orang yang mempunyai kelulusan dan latihan iktisas yang cukup
bermutu . Untuk menjadi seorang yang profesional haruslah bersikap jujur, dedikasi,
bertanggungjawab dan bermoral tinggi serta mempunyai outonomi bertugas dengan mematuhi kod
etika yang ditentukan oleh organisasinya. Etika profesion perguruan adalah merupakan satu set
tingkahlaku atau tanggungjawab guru terhadap masyarakat dan negara, pelajar, rakan sejawat dan
ibu bapa. Garis panduan etika ini bertujuan menjadikan bidang perguruan sebagai satu kerjaya yang
professional yang disanjung dan dihormati oleh masyarakat. Setiap warga pendidik wajar mengikuti
dan mentaati nilai-nilai asas etika dalam menjalankan tugas sebagai pendidik. Oleh itu, Kementerian
Pelajaran telah berusaha memperkenalkan dasar-dasar dan garis panduan sejak dahulu lagi untuk
menjadikan dan memartabatkan profesion perguruan sebagi satu bidang profesional. Untuk itu,
Laporan Suruhanjaya DiRaja Mengenai Perkhidmatan Perguruan Malaysia Barat(Laporan Aziz,
1971), telah mencadangkan supaya diadakan Etika Profesion Perguruan(EPP) bagi Pembentukan
Tatasusila Guru). Seterusnya , keguruan adalah merupakan satu profesion yang telah menjadi satu
konsep yang amat penting dan menekankan kepada ciri-ciri tertentu seperti : 1. Perkhidmatan yang
unik dan penting 2. Banyak menggunakan keupayaan. 3. Mendapat latihan yang khusus. 4.
Mempunyai autonomi semasa menjalankan tugas. 5. Mementingkan mutu perkhidmatan serta
dedikasi terhadap kerja. 6. Merupakan ahli kepada autonomi yang menentukan nilai taranya. 7.
Bertanggungjawab terhadap semua keputusan yang dibuat. Maka adalah amat jelas maksud
profesion adalah merupakan sesuatu perkerjaan yang dilaksanakan secara khusus oleh seseorang
yang mempunyai kelulusan dan latihan ikhtisas yang cukup bermutu, amanah, penyayang, jujur,
berdedikasi, bertanggungjawab dan bermoral tinggi serta mematuhi kod etika yang ditetapkan oleh
sesebuah organisasi. Profesion adalah merupakan perkhidmatan yang unik dan penting seperti.
Proffesion juga bayak menggunakan keupayaan dan mendapatkan laithan khusus supaya pihak yang
dilatih mempunyai outonomi semasa menjalan tugas. Terdapat berbagai-bagai bidang profesion di
negara kita seperti khidmat guaman, perubatan, akauntan, perniagaan, kaunseling dan lain-lain lagi.
Dalam bidang profesion juga mementingkan mutu perkhidmatan serta dedikasi terhadap kerja .Malah,
profesion juga merupakan ahli kepada autonomi yang menentukan nilai antaranya dan
bertanggungjawab terhadap semua keputusan yang dibuatnya. Dalam kontek pendidikan guru, telah
dijelaskan melalui kamus dewan (1989), adalah diertikan sebagai pengajaran, misalnya perguruan
kepada guru pelatih, murid,dan sebagainya. Manakala keguruan pula telah ditakrifkan sebagai
perkara yang berkaitan dengan guru iaitu yang merangkumi peranan, tugas, dan kelayakan sebagai
guru serta . Profesion keguruan adalah merupakan salah satu pekerjaan yang membawa bersama
tanggungjawab, integriti dan akauntabiliti terhadap masyarakat. Sebagai contoh masyarakat
menyanjung sifat-sifat keguruan iaitu peranan serta tugas guru yang luhur. Konsep guru sebagai satu
profesion boleh ditakrifkan sebagai satu skop pengajaran yang memerlukan pendidikan dan
pengetahuan yang tinggi dan mendapat latihan khas misalnya latihan yang dijalankan di maktabmaktab perguruan. Manakala,profesion keguruan merupakan satu pekerjaan yang berkaitan dengan
peranan,tanggungjawab, sifat dan kualiti guru. Adakah keguruan sebagai satu profesion atau bukan

profesion? Dalam mempersoalkan perkara tersebut, terdapat perbezaan penerangan di antara keduaduanya. Perguruan menurut Kamus Dewan (1989), adalah diertikan sebagai PENGAJARAN,
misalnya perguruan kepada guru-pelatih, murid dan sebagainya. Manakala perkataan keguruan boleh
diertikan sebagai PERKARA YANG BERKAITAN DENGAN GURU, iaitu yang berkaitan dengan
peranan, tugas dan kelayakan sebgai seorang guru. Maka, profesion perguruan adalah sebagai satu
perkerjaan pengajaran yang memerlukan kepakaran dan pelajaran yang tinggi dan latihan khas.
Profesion keguruan pula merupakan satu pekerjaan yang membawa bersama tanggungjawab,
integriti dan akauntabiliti terhadap masyarakat. Keguruan sebagai satu profesion. 1. Mempunyai
latihan ikhtisas dalam latihan keguruan. 2. Mempunyai autonomi menentukan kaedah-kaedah
mengajar dalam bilik darjah. 3. Menjadi ahli kesatuan yang menentukan kod etika sebagai panduan
guru dalam segala aktiviti. 4. Pekerjaannya merupakan perkhidmatan yang penting kepada individu
dan negara. 5. Guru digolongkan sebagai pakar dalam pendidikan. Keguruan dalam konsep bukan
profesional 1. Perkerjaan guru tidak terhad kepada guru terlatih sahaja. Orang yang tidak mempunyai
latihan ikhtisas dalam bidang perguruan juga boleh digelar sebagai guru, selagi dia menjalankan
tugas mengajar. Selain itu, seseorang itu tidak semestinya peroleh ilmu pengetahuan daripada buku
sahaja, tetapi juga daripada telivisyen, majalah, buku dan sebagainya. 2. Kemasukan ahli dalam
profesion keguruan tidak sukar dan tidak banyak persaingan. 3. Autonomi seseorang guru adalah
terhad. Kebanyakan keputusan tidak boleh dibuat oleh pentadbir sekolah. 4. Kesatuan guru tidak
mempunyai kuasa untuk memecat guru daripada mengajar di sekolah jika guru itu tidak mematuhi
kod etika yang ditentukan oleh kesatuannya. 5. Bukan semua guru diwajibkan menjadi ahli dalam
kesatuan guru. Tambahan pula, terdapat banyak kesatuan guru yang mempunyai matlamat penbuhan
mereka yang berbeza. Kepentingan Kod Etika Perguruan Malaysia Perkara utama yang perlu
dilaksanakan ialah guru itu harus memahami konsep sebenar kod etika keguruan. Kod etika
menyediakan garis panduan bagaimana tingkah laku dalam profesion perguruan sesuai untuk dirujuk
dan diamalkan oleh guru . Kod Etika Perguruan menyatakan dengan jelas tentang tanggungjawab
guru sebagai pemegang amanah dalam bidang pendidikan. Kod Etika ini digubal dalam bentuk
dokumen, supaya usaha untuk menyemak semula kod ini dapat dilakukan. Bagi memartabatkan
profesion keguruan, guru adalah subjek utama yang akan menyumbang ke arah pencapaian
matlamat ini. Setiap organisasi kerajaan ataupun swasta mempunyai kod etika yang tersendiri untuk
membentuk ahlinya ke arah yang dikehendaki. Bagi seorang guru yang telah memilih pekerjaan ini
sebagai profesion dalam hidupnya juga tidak terlepas dengan kod etika keguruan. Kod etika keguruan
adalah bertujuan untuk menjaga status, akhlak dan maruah dalam profesionnya. Menurut Dewan
Bahasa & Pustaka, 1995 bahawa etika merupakan satu sistem dasar akhlak, adat atau tingkah laku
atau kesusilaan. Manakala dalam Kamus Oxford, 1994 pula didapati etika diertikan sebagai prinsip
moral atau set prinsip moral. Moral menurut Keith(2006) pula merujuk` to that part of human behavior
that can be evaluated in terms of right or wrong. Menurut The Oxford School Dictionary(1994),
Science of Morals pula`Morals itself is defined as concerned with goodness or badness of character
or disposition or with the distinction between right or wrong. Oleh itu, etika dan moral mempunyai
perkaitan yang sangat rapat dan berkaitan antara satu sama lain memandangkan kedua-duanya
mempunyai pengertian yang hampir sama. Akan tetapi perbezaannya hanyalah berkaitan situasi
tempat seseorang itu berada dan bekerja. Etika lebih sesesuai dan tepat bagi kegiatan dan
tingkahlaku seseorang terhadap profesion yang diceburi, manakala moral pula berkaitan kehidupan
seseorang secara umum. Etika profesion perguruan adalah merupakan satu set tingkah laku atau
tanggungjawab guru terhadap masyarakat dan negara, pelajar, rakan sejawat dan ibu bapa. Garis
panduan etika ini bertujuan menjadikan bidang perguruan sebagai satu kerjaya yang professional
yang disanjung dan dihormati oleh masyarakat. Setiap warga pendidik wajar mengikuti dan mentaati
nilai-nilai asas etika dalam menjalankan tugas sebagai pendidik. Oleh itu, Kementerian Pelajaran
telah berusaha memperkenalkan dasar-dasar dan garis panduan sejak dahulu lagi untuk menjadikan
dan memartabatkan profesion perguruan sebagi satu bidang profesional. Untuk itu, Laporan
Suruhanjaya DiRaja Mengenai Perkhidmatan Perguruan Malaysia Barat(Laporan Aziz, 1971), telah
mencadangkan supaya diadakan Etika Profesion Perguruan(EPP) bagi Pembentukan Tatasusila

Guru). Menyedari betapa besarnya peranan dan tanggungjawab segai seorang guru dalam bidang
pelajaran dengan usaha menuju ke arah pembentukan warganegara yang berilmu, yang taat setia,
yang bertanggungjawab dan berkebolehan, yang menyedari betapa pentingnya usaha menuju kearah
kebenaran dan ke arah pencapaian hasrat yang gemilang dan yang percaya demokrasi, kebebasan
perseorangan dan prinsip-prinsip rukunegara sesorang guru sewajarnya menghayati dan memahami
betapa besarnya tanggungjawab yang diamanahkan kepada mereka. Semua garis panduan yang
bertujuan meningkatkan tahap kualiti, produktiviti dan disiplin dalam perkhidmatan dengan memberi
penekanan terhadap semua aspek yang berkaitan dengan peraturan dan peradaban, peranan nilai,
serta tingkah laku profesion dalam masyarakat. Skop Etika Perguruan (ETP) dibentuk untuk
meningkatkan profesionalisme keguruaan yang didasari kepada : 1. Mencakupi sebahagian besar
kehidupan ahli profesional kecuali hal-hal yang benar-benar peribadi seperti mencuci kereta,
menanam bunga dan lain-lain. 2. Dalam Islam, etika ialah akhlak yang diamalkan oleh manusia yang
bertakwa dalam keseluruhan hidupnya. 3. Etika Perguruan bermaksud satu tingkah laku atau
tanggungjawab guru terhadap masyarakat , negara, pelajar, rakan sejawat dan ibu bapa pelajar. Etika
Profesion Perguruan telah dibentuk dengan menggariskan empat tanggungjawab yang perlu diikuti
oleh seseorang guru. Pertama sekali adakah tanggungjawab terhadap pelajar. Pihak guru harus
mengutamakan kebajikan dan keselamatan pelajar kami daripada hal-hal lain. Mereka juga perlu
bersikap adil terhadap setiap orang pelajar tanpa mengira faktor-faktor jasmani, mental,emosi, politik,
ekonomi, sosial, keturunan atau agama. Untuk melindungi kepentingan murid,merahsiakan maklumat
ikhtisasatau sulit mengenai pelajar kecuali kepada mereka yang berhak mengetahuinya. Peranan
guru adalah membimbing atau mengajar seseorang pelajar dalam darjah sendiri atau dalam mata
pelajaran yang diajar di bilik darjah tanpa sebarang bayaran. Sebagai teladan , pihak guru perlu
menunjukkan suatu cara pakaian, pertuturan dan tingkah laku yang dapat memberikan contoh yang
baik kepada pelajar. Sebagai seorang guru juga harus memelihara dan membaiki kecekapan ikhtisas,
persidangan, mesyuarat atau seminar supaya pengajaran mencapai mutu yang setinggi-tingginya.
Seterusnya kod etika perguruan yang kedua adalah berkaitan tanggungjawab guru terhadap ibubapa.
Sebagai seorang guru yang profesion harus berusaha mewujudkan hubungan yang mesra terutama
di antara ibu bapa serta sentiasa memberi kerjasama yang erat di antara institusi pendidikan dengan
menghormati tanggungjawab utama ibu bapa terhadap anak-anak mereka. Selain itu,pihak guru perlu
menganggap semua maklumat yang diberikan kepada ibu bapa berhubung dengan keadaan rumah
tangga atau berkaitan dengan anak mereka sebagai sulit dan tidak akan membocorkan kepada
sesiapa. Jika perlu , guru akan memberikan maklumat kepada ibu bapa demi kepentingan anak-anak
mereka dan mengutamakan maklumat yang diterima daripada ibu bapa secara teliti dan bijaksana.
Manakala guru juga harus mengelakkan diri daripada menggunakan atau dipengaruhi oleh
kedudukan sosial dan ekonomi ibu bapa pelajar serta mengelakkan diri daripada mengeluarkan katakata atau melakukan sesuatu yang boleh menjejaskan kepercayaan pelajar terhadap ibu bapa. Selain
itu kod etika perguruan yang ketiga adalah berkaitan tanggungjawab terhadap masyarakat dan
negara. Guru sebagai seorang guru yang profesion , guru harus memupuk dalam diri setiap pelajar
sikap dan nilai yang boleh membantu dan membimbing mereka untuk menjadi warganegara yang taat
setia, bertanggungjawab dan berguna, menghormati orang-orang yang lebih tua dan menghormati
adanya perbezaan kebudayaan, keturunan, dan agama serta mengelakkan diri daripada
menyebarkan sesuatu ajaran yang boleh merosakkan kepentingan pelajar, masyarakat, negara
ataupun yang bertentangan dengan Rukun Negara. Untuk menjadi seorang guru yang cemerlang ,
guru perlulah memupuk dalam diri setiap pelajar sikap dan nilai yang dapat membantu, dan sentiasa
memberi sumbangan cergas untuk meninggikan moral kehidupan dan kecendiakiawan masyarakat.
Di samping itu semua guru harus berpengang kepada tingkah laku yang sopan yang diterima oleh
masyarakat serta menggalakkan kerjasama dan kesefahaman di antara komoniti setempat dan
menjalani kehidupan yang baik dalam rutin kehidupannya. IMPLIKASI KOD ETIKA PERGURUAN
MALAYSIA KEPADA AKAUNTABILITI GURU Definisi Akauntabiliti Melalui Dewan Bahasa dan
Pustakan, akuantabiliti adalah disimpulkan adalah merupakan satu dasar akhlak, adat atau tingkah
laku atau kesusilaan .Sementara kamus dewan edisi keempat pula menyatakan, akauntabiliti

bermaksud sifat bertanggungjawab kepada seseorang atau terhadap suatu tindakan, keputusan dan
sebagainya serta bersedia memberikan penjelasan, justifikasi yang diperlukan. Sebagai contoh,
seorang guru mengutip yuran daripada pelajarnya perlu menjelaskan butiran-butiran yang hendak
dikutip dengan jelas kepada pelajar. Sebagai seorang guru yang berkualiti mestilah mempunyai ciriciri akauntabiliti yang tinggi supaya dapat membina generasi baru yang berguna dan berwibawa.
Dengan ini barulah bidang perguruan dapat membantu atas perkembangan negara. Akauntabiliti
adalah satu proses mendatangkan keputusan maksimum. Akauntabiliti pendidikan bermakna sistem
pendidikan yang dibentuk adalah bertanggungjawab untuk mencapai objektif-objektif pendidikan.
Secara lebih luas lagi, akauntabiliti merupakan satu laporan umum oleh satu kumpulan pemeriksa
bebas tentang pencapaian pelajar yang diharapkan bagi sesuatu perbelanjaanwang atau
penggunaan sumber. Akauantabiliti bermaksud maklum balas dan merupakan keuntungan pelajar
secara berseorangan.Sekolah sepatutnya mempunyai intensif untuk membolehkan setiap pelajar
mencapai kejayaan dan pelajar berhak menuntut ganti rugi jika pihak sekolahgagal. Tujuannya ialah
mengekal dan memajukan sistem pendidikan dan menyediakan maklumat untuk menunjukkanusaha.
Implikasinya Terhadap Akauntabilti Guru a) Akauntabiliti terhadap diri sendiri Seorang guru haruslah
menjaga kebersihan dan kesihatan dirinya agar dapat menjalankan tugas sebagai pendidik dengan
sempurna. Emosi hendaklah di kawal oleh guru sendiri dan juga perlu menghindarkan diri dari
sebarang ketegangan jiwa yang boleh mengganggu tugasnya. Di samping itu, guru-guru juga akan
mempunyai sikap yang positif terhadap profesionnya. Guru harus mementingkan kebajikan pelajar
daripada perkara lain. Guru perlu memberi tumpuan kepada pelajar yang lemah, menyediakan
tugasan yang lebih mencabar kepada pelajar yang cemerlang supaya mencapai objektif pengajaran
dan pembelajaran. Guru bersikap adil. Guru membantu pelajar-pelajarnya tanpa mengira kaum,
bangsa, status sosio ekonomi. Guru juga harus mempunyai sikap yang tegas dengan memberi
hukuman atau ganjaran dengan sesuai. Yang penting, guru harus mempunyai tingkah laku yang
sesuai. Antara tingkah laku yang sesuai ialah bertatasusila, ada perasaan belas kasihan, sabar, jujur,
bersih dan menepati masa dan sebagainya. Dengan ini, barulah guru dapat menjadi teladan baik
yang dapat dipelajari oleh pelajar-pelajarnya. Sebagai seorang guru, guru hendaklah bijak
menguruskan kewangan dengan bijaksana dan mengimbangi pendapatan dengan perbelanjaan. Ini
adalah kerana jika guru gagal menguruskan kewangan maka guru akan menghadapi masaalah
luaran yang boleh menjejaskan tumpuannya terhadap proses pengajaran di sekolah. Guru juga di
galakkan melengkapkan diri dengan pelbagai ilmu pengetahuan. dan peka terhadap peristiwa di
sekeliling melalui media massa atau elektronik supaya mudah memberikan imput yang berguna
terhadap profesionnya. Guru juga boleh melibatkan diri dalam sesuatu hobi dan aktiviti berfaedah di
masa lapang yang boleh menjadikan guru itu sihat dari segi mental dan fizikal. Di samping itu juga,
sebagai seorang guru haruslah menunjukkan teladan yang baik kepada pelajarnya. Oleh itu, melalui
kod etika, guru akan berusaha meningkatkan pengetahuan diri. Guru harus menguasai subjek yang
diajar degan mendalam dan mahir. Pengajaran tidak dapat diasingkan daripada pembelajaran. Guru
harus belajar tentang bidang pengajarannya dengan lebih mendalam pada setiap masa. Melalui kod
etika tersebut guru akan mempunyai pengetahuan tentang kanak-kanak. Guru akan mempunyai
pengetahuan psikologi tentang kanak-kanak, iaitu tingkah laku, minat, bakat, minat-minat dan
keperluan kanak-kanak. Selain daripada itu, guru juga harus mempunyai pelbagai kemahiran yang
tertentu. Antaranya ialah kemahiran unutk menyampaikan pengajaran yang berkesan, kemahiran
mengemukakan soalan, menggunakan contoh-contoh, kemahiran menyediakan soalan-solan yang
baik, kemahiran melibatkan semua pelajar dalam pelajaran, kemahiran pengurusan bilik, kemahiran
mengawal disiplin pelajar dan sebagainya. Pelbagai kemahiran patut dimiliki oleh gurusupaya pelajarpelajarnya dapat mengaplikasikan kemahiran mengguna, menganalisis, membuat sintesis serta
penilaian, aktiviti pengajaran dapat dijalankan dengan lancar, pelajar-pelajarnya dapat menyerap ilmu
pengetahuan dengan berkesan dan dengan cara yang menarik. Hal ini disebabkan guru dapat
memahami kebolehan dan minat setiap pelajarnya supaya guru dapat menyediakan aktiviti-aktiviti
yang sesuai bagi setiap pelajar mengikuti tahap yang berbeza. Oleh itu, pelajar dapat menjalankan
sesuatu aktiviti dengan menarik dan dapat menikmati kejayaannya. Selain itu, melalui Guru perlu

mempunyai pengetahuan tentang mata pelajaran yang diajar dan kaedah mengajar yang sesuai
supaya pelajarnya boleh mendapat ilmu pengetahuan dengan berkesan. Setiap matapelajaran
mempunyai kaedah mengajar yang berbeza. Kaedah mengajar yang berkesan akan mencapai
objektif pengajaran dan pembelajaran di samping pelajar yang lemah juga mendapat manfaatnya dan
guru juga perlu mengambilkira keperluan-keperluan pelajar yang cerdas supaya mereka tidak berasa
bosan. Sebagai seorang guru yang professional perlu memiliki kefahaman yang mendalam tentang
tugasnya. Guru perlu mempunyai kefahaman terhadap pelajar-pelajarnya, kefahaman tentang mata
pelajaran yang diajar serta kefahaman terhadap diri sendiri. Guru mempunyai kefahaman yang
mendalam tentang tugasnya supaya proses pengajaran dapat dijalan dengan lancar,berupaya
meneliti sesuatu konsep dari suatu perspektif yang lebh luas danmengawal emosi sendiri dengan
baik. b) Akauntabiliti Terhadap Pelajar Guru bertanggungjawab melengkapi pelajar-pelajarnya dengan
pelbagai ilmu pengetahuan supaya mereka dapat lulus dalam peperiksaan di samping
memperkembangkan diri sendiri dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dengan sempurna. Guru
juga bertanggungjawab menwujudkan suasana emosi bilik darjah yang tenang supaya pelajarnya
dapat kestabilan emosi. Sebagai seorang guru yang professional, akauntabiliti terhadap pelajar ialah
lebih mementingkan kebajikan pelajarnya daripada hal-hal lain. Pembentukan akhlak pelajar yang
baik merupakan tanggungjawab seorang guru. Penerapan nilai-nilai murni dan pendidikan agama
dapat meninggikan taraf akhlak pelajarnya. Guru juga perlu melatih pelajarnya dapat bersosialisasi
dengan baik supaya pelajarnya dapat berkomunikasi dengan orang lain dengan baik. Perkara ini
dapat dilatih melalui aktiviti-aktiviti kokurikulum di dalam sekolah dengan menyertai persatuan, unitunit beruniform dan sukan. Maka aktiviti kumpulan di dalam kelas juga dapat membantu pelajar
meningkatkan sosialisasi pelajarnya. c) Akauntabiliti Terhadap Ibu Bapa Sebagai ibu bapa, mereka
pasti mengharapkan anak-anak mereka mendapat keputusan yang baik dalam akademik. Oleh itu,
mereka akan menginginkan guru-guru anak mereka dapat meningkatkan prestasi akademi anakanaknya. Ibubapa mengharapkan nilai-nilai murni dapat diterapkan semasa mereka belajar didalam
kelas sepanjang masa. Apabila anak-anak mereka besar nanti akan menjadi seorang yang
bertanggungjawab, berinisiatif, proaktif serta bersedia untuk menghadapi segala cabaran hidup.
Selain itu, ibu bapa juga mengharapkan guru dapat membantu anak-anak mereka membina
kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif, kemahiran membaca pantas serta mencari dan memilih
maklumat, patriotik, kemahiran tentang bidang teknologi maklumat serta kemahiran dari aspek
interpersonal supaya pelajar dapat membuat keputusan dengan bijak serta intrapersonal supaya
pelajar dapat mengawal emosinya dengan baik. Di samping itu, ibu bapa mengharapkan guru dapat
menjadi kaunselor anak-anaknya. Untuk itu seorang guru haruslah menjalankan tugasnya dengan
penuh dedikasi di bilik darjah termasuk mematuhi masa dalam jadual waktu serta melaksanakan
pengajaran dan pembelajaran mengikut kaedah dan teknik yang berkesan. Bagi pelajar yang lebih
lemah, guru harus lebih memberi tumpuan kepadanya supaya mereka dapat menguasai konsepkonsep yang ingin disampaikan. Bagi pelajar yang cemerlang juga perlu diberi perhatian. Merekaperlu
diberi latihan yang lebih mencabar supaya tidak berasa bosan terhadap akademik. Ibu bapa juga
mengharapkan anak mereka bersopan-santun. Guru perlu mengendalikan masalah-masalah yang
dihadapi oleh pelajar-pelajar kepada ibu bapanya. Misalnya masalah berbentuk akademik, sosio
emosi dan sebagainya. Guru harus membudayakan seluruh kehidupannya yang positif supaya murid
memperohi model yang terbaik untuk dicontohi. Ini adalah kerana seorang guru merupakan orang
yang di hormati oleh pelajarnya, oleh yang demikian perlulah guru menjaga profesionalisme guru
supaya mereka tidak di benci,di pandang serong dan tidak di hormati lagi oleh anak muridnya. d)
Akauntabiliti Guru Terhadap Program Pendidikan Setiap program yang direncanakan melalui program
pendidikan adalah berasaskan kepada kecemarlangan keseluruhan pelajar (JERI). Oleh itu, guru
perlu memastikan aktiviti program pendidikan dijalankan dengan berkesan supaya dapat mencapai
matlamat-matlamat program pendidikan. Dengan ini pelajar akan menjadi berbudi pekerti,
berpandangan progresif dan saintifik, berdisiplin serta bersedia menjunjung aspirasi negara dapat
dibentuk. Tugas guru ialah mengajar, membimbing, memberi dorongan kepada pelajar supaya
mereka dapat berfikir secara kritis dan kreatif. Oleh itu guru haruslah sentiasa memberi sokongan

yang sepenuhnya bagi memastikan setiap program yang dijalankan oleh Kementerian Pendidikan
berjalan lancar dengan jayanya. e) Akauntabiliti Guru Terhadap Negara Sistem pendidikan negara
adalah satu institusi yang menjalankan dasar dalam membentuk generasi bagi menghasilkan tenaga
pekerja mengikut keperluan-keperluan negara. Kurikulum yang digunakan seharus bersepadu supaya
perkembangan individu akan menjadi seimbang melalui sistem persekolahan. Setiap guru telah
diamanahkan bagi menjayakan dasar ini dan diberi imbuhan yang setimpal dengan kerjayanya. Oleh
itu, mereka bertanggungjawab untuk menjawab atau memberi penerangan kepada atas segala
kegagalan atau kelemahan kepada negaranya. Guru perlu memberi penjelasan kepada kerajaan jika
kegagalan menyempurnakan sesuatu perkara. Ciri-Ciri Dan Kualiti Guru Yang Profesional Profesion
perguruan adalah merupakan perkerjaan yang khusus dimana ia dilaksanakan oleh seseorang yang
berpendidikan tinggi atau mempunyai kelulusan dam latihan ikhtisas yang cukup bermutu. Tugas guru
bukan sahaja menyebar ilmu pengetahuan. Guru juga merupakan contoh teladan kepada muridmurid. Oleh itu,seorang guru yang profesional seharusnya mempunyai ciri-ciri dan kualiti peribadi,
profesional dan sosial yang baik. Seorang guru yang bersifat baik akan melaksanakan tugas dan
tanggungjawabnya sebagai pendidik dan pengajar.Seseorang guru yang baik seharusnya mempunyai
sifat dan kualiti peribadi seperti suka berjenaka, dedikasi, baik hati, tegas, toleransi dan sebagainya.
Pelajar menghabiskan tempoh hampir enam jam di bilik darjah, masa yang begitu panjang di dalam
bilik darjah akan membawa kebosanan kepada para pelajar. Jadi guru harus bijak berjenaka pada
masa yang sesuai untuk mewujudkan suasana bilik darjah yang gembira agar menghilangkan
kebosanan murid-murid di bilik darjah. Selain itu, suasana yang riang ini juga membawa kesan yang
baik kepada pengajaran dan pembelajaran.Ia akan menjadikan pembelajaran lebih bermakna dan
menarik. Guru merupakan pendidik atau pengasuh kanak-kanak agar mereka akan menjadi modal
insan dan memberi sumbangan kepada negara. Kelahiran generasi baru yang berkaliber ini adalah
untuk memajukan negara kita dalam setiap bidang dan menuju Wawasan 2020. Guru juga
memainkan peranan yang penting dalam bidang pendidikan. Pendekatan individu merupakan
komponen kemahiran dan teknik personal pada seseorang guru semasa proses interaksi berlaku
antara guru dan pelajar. Kebolehan guru bagi mewujudkan persefahaman dan rasa saling percaya
mempercayai dengan pelajar dengan mengambil kira beberapa aspek. Ciri-ciri personal guru yang
digemari oleh pelajar akan membolehkan guru dengan lebih mudah diterima dan mendapat sokongan
daripada pelajar-pelajar, seterusnya memudahkan tugas pengurusan dan pengajaran guru di sekolah
dan di bilik darjah. Pada umumnya, pelajar menyanjung tinggi guru-guru yang memiliki ciri-ciri
personal yang berhemah tinggi. Ciri-ciri personal guru yang berhemah tinggi ini juga sangat penting
bagi membolehkan guru yang menjadi model yang berwibawa dan dihargai oleh pelajar-pelajar. Di
antara ciri-ciri personal yang digemari oleh pelajar ialah mempunyai sifat sabar, tenang, dedikasi,
periang, bertimbang rasa, adil, rajin.mesra, kreatif, inovatif, kesediaan mendengar kritikan dan
teguran. Penampilan juga memainkan peranan dalam membentuk personaliti seseorang guru. Guru
perlu menampilkan ciri-ciri seperti pemilihan pakaian, kebersihan tubuh badan dan kekemasan diri.
Penampilan guru yang boleh mengganggu tumpuan pelajar adalah seperti imej guru yang tidak
kemas, selekeh, tidak bersih, memakai perhiasan diri yang keterlaluan ataupun haruman yang
melampau mencerminkan keperibadian guru tersebut. Cara duduk guru turut mendapat permerhatian
pelajar di sekolah. Pelajar sentiasa memerhati kelakuan guru terutamanya ketika proses pengajaran
dan pembelajaran.Sekiranya guru berada dalam posisi duduk, pastikan tidak terlalu menyandar ke
kerusi. Duduk dalam keadaan tegak mahupun condong sedikit ke hadapan bagi menunjukkan yang
guru berminat dengan pelajar. Bagi posisi berdiri pula, guru digalakkan berdiri secara berhadapan
dengan pelajar. Posisi ini akan membolehkan guru melihat keseluruhan tingkah laku tanpa lisan yang
ditunjukkan oleh guru itu. Guru juga perlu mempunyai tahap tenaga yang mencukupi apabila melayan
pelajar. Tahap tenaga yang ditunjukkan akan memberi gambaran pada mood guru sama ada dalam
keadaan cergas, bersemangat, letih, lesu ataupun tidak berminat dengannya. Biasanya tahap tenaga
akan memberi kesan pada hubungan yang dibina bersama pelajar. Guru yang dalam keadaan
bersemangat akan mengajar dengan bersemangat juga dan secara tidak langsung akan bersungguhsungguh menyampaikan ilmu.Pelajar turut bersemangat untuk terus belajar setelah melihat

kesungguhan guru semasa mengajar. Keberkesanan dalam usaha mengajar dan mendidik pelajar
mungkin mempunyai pengertian yang berbeza di kalangan para guru. Ini adalah bergantung kepada
kefahaman dan penekanan mereka mengenai konsep berkenaan. Ada guru yang mengutamakan
penguasaan pelajar mengenai isi pengajaran dan pembelajaran manakala ada juga guru yang
berpendapat pengajaran yang berkesan membawa maksud kemajuan dalam pertumbuhan dan
perkembangan sosial pelajar yang dinilai dari sudut, sama ada pelajar tersebut telah mencapai sikap
yang positif mengenai diri sendiri dan orang lain. Kemungkinan bagi kebanyakkan guru berpendapat
bahawa pengajaran yang berkesan adalah satu imbangan yang sempurna di antara kemajuan
pemikiran dan perasaan dan di antara penekanan kepada isi mata pelajaran dan pelajar. Personaliti
guru merupakan di antara faktor-faktor guru yang memainkan peranan penting dalam pengajaran
yang berkesan atau tidak di sekolah. Besar kemungkinan bahawa dua orang guru yang mempunyai
kelulusan akademik yang sama, dan latihan perguruan yang serupa masih berbeza dari segi
kebolehan mereka, menggalakkan motivasi pelajar dalam pembelajaran. Sebahagian daripada
perbezaan itu adalah disebabkan oleh kesan atau pengaruh personaliti guru terhadap pelajar. Aspek
tingkah laku guru tanpa lisan dan aspek fizikal turut memainkan peranan dalam mewujudkan proses
pengajaran dan pembelajaran berlaku dengan baik. Keadaan serta lokasi bilik perlu dipastikan sesuai
dan sekiranya komunikasi bersifat serius,ianya perlu mengambil kira beberapa keadaan seperti
keadaan dan lokasi bilik yang selesa, suasana tidak terlalu sejuk ataupun panas dan kondusif. Bagi
membina hubungan yang berkesan adalah digalakkan supaya duduk di atas kerusi secara
berhadapan ataupun duduk dalam keadaan yang membolehkan guru dapat melihat keseluruhan
posture (kedudukan tubuh) dan gesture(gerakan badan) pelajar. Guru juga perlu memastikan ruang
komunikasi tidak terlalu dekat ataupun tidak terlalu jauh iaitu kira-kira sedepa tangan guru atau antara
1 meter hingga 1.5 meter dengan pelajar bagi mewujudkan kontek atau hubungan mata yang sesuai.
Dari aspek tingkah laku tanpa lisan pula, guru perlu membentuk ekspresi wajah, kedudukan dan
pergerakan badan yang sesuai ketika proses pengajaran. Guru perlu membentuk item-item tanpa
lisan seperti ekspresi wajah, mimik muka, sinaran ataupun pandangan mata, kedutan dahi, bentuk
senyuman dan kedudukan serta pergerakan tubuh badan seperti pergerakan tangan dan kaki serta
suara separa bahasa. Guru yang baik juga perlu mengetahui aspek-aspek komunikasi dan tingkah
laku tanpa lisan kerana mesej-mesej yang lahir daripadanya boleh memberi makna-makna tertentu
kepada guru. Ekspresi wajah guru pula menunjukkan guru dalam keadaan gembira, marah,
terperanjat, sedih dan sebagainya dengan kombinasi pergerakan mata, kening, pipi, hidung dan
mulut. Bagi pelajar yang memahami pergerakan tubuh, guru yang kerap berpeluk tubuh
menggambarkan marah, kurang bersedia, rasa tidak selamat dan defensive. Pergerakan yang
berjalan ke hulu dan ke hilir menggambarkan seseorang itu dalam keadaan resah, gelisah dan
bimbang. Manakala pergerakan yang mengangkat bahu mambawa maksud ragu-ragu dan tidak tahu.
Suara guru turut memainkan peranan yang mana bunyi-bunyi suara seperti mengecis, menarik
ataupun menghela nafas, tinggi atau rendah nada suara ataupun pic suara yang dikeluarkan dan juga
kelajuan percakapan. Semua aspek ini mempengaruhi pelajar untuk menarik minat terhadap
pengajaran yang disampaikan oleh guru. Menurut Mel Silberman(2004) kecenderungan seseorang
pelajar lupa tentang apa yang didengarinya adalah berkaitan dengan kelajuan seseorang guru, ini
menunjukkan pelajar hanya berupaya mendengar antara 50 hingga 100 patah perkataan sahaja
dalam masa seminit atau pun separuh daripada apa yang diperkatakan oleh guru. Ini menunjukkan
tahap pemahaman pelajar banyak bergantung kepada kelajuan percakapan guru ketika mengajar.
Personaliti ini banyak dipengaruhi oleh pengaruh budaya dan amalan yang biasa dilakukan oleh
individu dan masyarakat setempat. Guru perlu mempunyai kemahiran mendengar bagi membantu
guru menafsir dan membuat penilaian yang baik pada maklumat yang disampaikan oleh pelajar.
Ianya juga dapat membantu guru memberi maklum balas yang tepat kepada pelajar berkaitan
maklumat yang diterimany bagi membuar rumusan ataupun cadangan. Setiap individu yang bergelar
pendidik, perlu membina hubungan interpersonal bagi mewujudkan persefahaman dan rasa saling
percaya mempercayai dengan pelajar iaitu mengambil kira beberapa aspek positif seperti prihatin,
mengambil berat, mesra,ikhlas dan mempunyai sikap menerima. Kebolehan-kebolehan ini juga

memerlukan beberapa kemahiran tertentu bagi memastikan hubungan yang diterima berada di tahap
situasi yang diterima baik dalam hubungan sosial biasa. Kemahiran interpersonal ini memerlukan
masa untuk menyesuaikan diri dengan tugas sebagai seorang guru dan seseorang guru perlu
menanamkan sifat ini di hari pertama bergelar pendidik. Kemahiran ini akan terus berkembang dari
masa ke semasa mengikut pengalaman guru itu berkhidmat. Personaliti guru mudah dikenali oleh
masyarakat umumnya. Personaliti guru ini tidak dididik secara formal sewaktu kita belajar di Maktab
Perguruan atau di Universiti tetapi pada hakikat sebenarnya profession sebagai pendidik membentuk
personaliti guru sebenarnya. Guru harus mengekalkan personality yang diterapkan sejak dari dulu
lagi. Biarlah walaupun seseorang itu tidak memperkenalkan dirinya sebagai seorang guru, tetapi
ianya tetap dikenali sebagai seorang guru berdasarkan penampilan dan perwatakan seorang guru.
Kesemua sifat personal pengurus yang berkesan bagi seseorang guru ini amat penting dimiliki oleh
guru-guru untuk melayakkan mereka menjadi pendidik yang berwibawa dan dapat mencorakkan
prestasi kerjaya yang cemerlang. Sifat-sifat ini akan dapat mencorakkan kualiti personal yang
berkesan untuk menangani pelbagai masalah, perubahan dan cabaran dalam dunia pendidikan dan
dalam dunia profesion perguruan yang mengalami perkembangan yang terbuka dan dinamik.
Personaliti guru sentiasa mendapat perhatian dari anak didik dan secara tidak langsung masyarakat
membuat penilaian terhadap guru. Kepercayaan masyarakat terhadap profesion pendidikan banyak
dinilai dari sikap dan tingkah laku seseorang guru, secara tidak langsung rasa hormat dan elemen
persefahaman serta rasa mempercayai adalah mustahak bagi menjayakan hubungan berkesan di
antara guru, pelajar dan ibubapa. Ini penting ini bagi memastikan proses pengajaran dan
pembelajaran berjalan dengan lancar dan baik dan secara tidak langsung membantu pelajar minat
terhadap apa yang disampaikan oleh guru kepada palajar. Di samping itu guru memerlukan satu
pengorbanan. Kepentingan individu sentiasa diketepikan berbanding dengan kepentingan pelajar.
Sifat dedikasi guru amat diperlukan. Guru yang berdedikasi akan melaksanakan tugasnya dengan
sempurna, malah akan menjalankan pelbagai tugas di luar waktu kerjanya. Kejadian ini akan berlaku
semasa pelajarnya menghadapi masalah. Guru sanggup mengorbankan masanya untuk mendengar
kesusahan murid itu dan membantunya dengan mengadakan kelas tambahan bagi pelajar yang lebih
lemah dalam pelajaran. Guru yang berdedikasi akan meluangkan masanya untuk mengadakan
aktiviti-aktiviti yang luar kelas untuk membantu pelajar dari segi fizikal, rohani dan emosi. Di samping
itu, sikap baik hati dan timbang rasa seseorang guru amat dihargai oleh para pelajar. Guru yang
bertimbang rasa akan memberi murid-murid belajar dalam suasana yang tenteram, yakin dan senang
hati.Sebaliknya, guru juga berperanan sebagai seorang pendisiplin dalam bilik darjah. Di dalam kelas,
guru mestilah menjamin peraturan-peraturan dapat dipatuhi oleh pelajar. Bagi mewujudkan disiplin
pelajar yang baik, guru yang tegas tetapi adil amat diperlukan bagi melancarkan pengajaran dan
pembelajaran guru dalam kelas. Semasa menjalankan tugas, guru akan menghadapi pelbagai jenis
masalah disiplin, pelajar yang lemah dalam akademik dan sebagainya. Pada masa itu, sifat toleransi
amat diperlukan. Sekiranya guru kurang bertoleransi akan bertindak terburu-buru dalam
menyelesaikan masalahitu. Misalnya, semasa menghadapi masalah disiplin, guru mungkin akan
menghukum pelajar berkenaan tanpa membuat penyiasatan dalam kes terseut. Tindakan ini akan
menimbulkan perasaan tidak puas hati atau benci terhadap guru. Guru yang bertoleransi pula akan
menghadapi setiap masalah dengan penuh sabar. Guru akan berusaha memahami setiap masalah
yang ditimbul dan berfikir sebelum mengambil sesuatu tindakan. Sifat dan kualiti profesional yang
tinggi merupakan salah satu syarat bagi seorang pendidik. Seorang guru yang profesional akan
membentuk pelajar yang pintar serta pengajaran dan pembelajarannya adalah berkesan. Guru
sebagai seorang profesional hendaklah peka terhadap kebolehan, keperluan-keperluandan minat
seseorang pelajar. Contohnya, apabila timbul situasi yang bosan, guru harus peka terhadap situasi ini
dan berusaha menghilangkan kebosanan dalam bilik darjah. Selain itu, dalam aktiviti seharian di
kelas, terdapat pelajar yang bertindak aktif, ada yang pasif atau pemalu. Guru yang peka patut
berusaha melibatkan pelajar yang malu dalam aktiviti supaya pelajar boleh berkomunikasiantara satu
sama lain. Bagi setiap profesional, sifat dedikasi juga salah satu sifat yang penting. Guru yang
berdedikasi tentu akan menjalankan tugasnya dengan sempurna dan memainkan peranannya

sebagai seorang pendidik. Tambahan pula, guru yang berdedikasi akan mementingkan tugasnya
daripada perkara-perkara peribadinya.Seseorang guru yang profesional sedar tentang keperluankeperluan kebangsaan. Keperluannya seperti perpaduan negara, warganegara yang taat setia
kepada raja, semangat patriotik, mematuhi undang-undang dan sebagainya. Guru yang kerap
mengingati keperluan ini akan berusaha ke arah memenuhinya. Sebagai contoh, bagi memenuhi
keperluan perpaduan negara, guru sentiasa memastikan aktiviti kurikulum atau kokurikulum adalah
disertai oleh pelajar daripada pelbagai kaum. Selain itu, guru yang ingin menjadi pelajarnya
warganegara yang taat setia kepada raja dan mencintai negara akan menerapkan nilai-nilai dalam
pengajarannya. Seseorang profesional hendaklah sentiasa memperkenalkan sesuatu yang baru.
Guru yang inovatif akan berusaha mencuba strategi pengajaran yang baru atau alat-alat bantu
mengajar yang baru dan inovasi. Guru juga harus sentiasa untuk meningkatkan mutu pengajaran
dengan menghadiri kursus-kursus, taklimat atau seminar yang berkaitan dengan pengajaran. Dalam
zaman era globalisasi ini, guru yang inovatif memperkenalkan penggunaan komputer dalam
pengajaran dan pembelajaran seharian. Selain daripada ciri-ciri dan kualiti peribadi dan profesional,
sifat dan kualiti sosial juga sangat penting. Antaranya ialah bermoral, sifat kepimpinan,berbudi pekerti,
merendah diri dan lain-lain lagi. Guru hendaklah memainkan peranan untuk menyebarkan nilai-nilai
murni kepada pelajar. Oleh itu, guru yang bermoral tinggi mestilah menjadi contoh pelajar. Guru dapat
mempraktikkan nilai-nilai murni dalam aktiviti-aktiviti seharian dengan mengadakan kerja
kumpulandan nilai-nilai tolak ansur, bekerjasama, tolong-menolong, bertoleransi dansebagainya.
Dengan ini, semua nilai-nilai murni dapat ditekankan dengan lebihberkesan berbanding dengan
penerangan nilai-nilai tersebut. Dari segi sosial,sifat kepimpinan harus ditonjolkan oleh guru di dalam
kelas. Guru merupakan pemimpin dalam kelas kerana guru bertanggungjawab untuk menganjurkan
aktiviti-aktiviti seperti gotong-royong, kempen-kempen dan sebagainya. Sebagai seorang pemimpin,
guru harus membuat rancangan secara teliti dan memastikan aktiviti dijalankan dengan lancar dan
berjaya. Setiap kegiatan yang dijalankan mempunyai tujuannya, jadi guru mestilah menjelaskan
tujuan dan cara pelaksanaannya.Sebagai seorang guru yang berjaya, guru diharapkan dapat
menonjolkan sifat budi pekerti. Ini termasuklah kelakuan guru yang bersopan santun semasa bergaul
dengan rakan-rakan sejawat atau pelajarnya. Sifat ini sangat pentingbagi seorang guru kerana sifat
ini akan sentiasa dihormati dan disanjungi oleh orang ramai begitu juga dengan murid-muridnya.
Selain itu, sifat merendahkan diri akan disenangi oleh orang ramai. Tiada orang suka bergaul dengan
orang yang sombong, terutamanya guru. Guru tidak boleh mempunyai sifat sombong kerana guru
merupakan teladan bagi pelajar. Oleh itu, sifat merendah diri perlu ada pada seseorang guru.Secara
umumnya, guru yang mempunyai ciri-ciri dan kualiti peribadi,profesional dan sosial akan disanjungi
dan dihormati oleh orang ramai dan pelajarnya. Guru adalah merupakan seorang pendidik dan
bertanggungjawab bagi menyebarkan ilmu pengetahuan dan peliti untuk murid-murid. Hanya guru
yang memiliki sifat ini dapat melaksanakantugas serta kewajipannya dengan sempurna. Seseorang
guru dalam profesion keguruan ini perlu serba tahu. Guru diharapkan dapat mambawa isu-isu
semasa untuk perbincangan dan mencari penyelesaiannya bersama-sama pelajar di dalam kelas.
Contohnya, di Malaysia kadar kemalangan jalan raya adalah tinggi, pendidikan memandu kereta
adalah satu perkara yang dipandang serius oleh kerajaan pada masa ini. Keselamatan di jalan raya
dan cara-cara memandu yang selamat dan bertimbang rasa boleh dibincangkan di dalam kelas untuk
menyedarkan pelajar tentang keperluan memperbaiki situasi yang terdapat sekarang, dengan
harapan mereka tidak akan berkelakuan sedemikian apabila mereka menjadi pemandu kelak. Melalui
pembacaan guru dapat menambah pengetahuan mengenai isu-isu semasa sama ada yang berkaitan
dengan kekeluargaan , komuniti, isu semasa, ekonomi dan juga politik. Dalam hal seperti ini, guru
diharapkan dapat menggunakan kebijaksanaan dan inisiatif sendiri dalam menggunakan isu-isu
semasa untuk dikaji dan dibincangkan dengan pelajar. Dalam perubahan-perubahan system
pendidikan yang semakin mencabar ini, profesion keguruan juga perlu menyediakan diri dengan
amalan nilai dan akhlak yang terpuji. Dalam kurikulum pendidikan peringkat rendah dan menengah
telah ditegaskan nilai-nilai murni perlu diterapkan dalam pengajaran. Pelaksanaan penerapan nilai
penting untuk menyediakan para pelajar menjadi warga yang berguna kepada negara pada masa

hadapan. Hal yang sama juga perlu dihayati oleh guru. Enam belas nilai murni yang disarankan
dalam kurikulum pendidikan perlu dimiliki oleh guru terlebih dahulu. Sebagai seorang pendidik yang
bertanggungjawab, guru hari ini perlu menyedari bahawa tugas dan amanah yang diberikan itu
adalah untuk mendidik generasi yang akan menerajuai negara ini. Oleh itu kemahiran dan
pengetahuan mengenai method-method pendidikan harus diperkemaskan dari semasa ke semasa .
Untuk mendepani cabaran dan tuntutan daripada perubahan-perubahan kurikulum berkenaan, guru
hendaklah sentiasa berminat untuk berusaha melengkapkan diri dengan strategi-strategi pengajaran
dan pembelajaran di dalam bilik darjah Sehubungan dengan kehendak tersebut guru harus mengikuti
kursus-kursus pendidikan yang dianjurkan oleh pihak Kementerian Pendidikan , Jabatan Pendidikan
Negeri dan Pejabat Pendidikan Daerah. Contohnya para guru boleh mengikuti Kursus Dalam
Perkhidmatan ataupun Kursus Peningkatan Profesionalisme Keguruan.Kursus-kursus pendidikan
yang dihadiri penting bagi seseorang guru untuk mempertingkatkan keupayaan dan prestasi dalam
profesion pendidikan yang kian mencabar dan kompleks ini. Memandangkan keperluan pendidikan
untuk menyokong usaha-usaha kerajaan, maka profesion keguruan diharapakan dapat membuat
anjakan paradigma kepada budaya yang berasaskan ilmu dan pemikiran( Rohani Abdul Hamid,1998)
Individu yang terlibat dalam profesion keguruan sebenarnya akan terlibat sebagai pentadbir,
pengurus, perancang, pelaksana, penilai, penyelia, pengawal dan sebagainya.Sebagai pentadbir
ataupun pengurus, guru harus boleh membuat sesuatu keputusan dalam melaksanakan sesuatu
tindakan dan menilai semula hasil sesuatu perkara yang dijalankan.Perubahan-perubahan dalam
kurikulum pendidikan juga memerlukan guru untuk menguasai kemahiran berfikir secara kritis dan
kreatif. Pendekatan ini bukan sahaja perlu digunakan oleh guru dalam pengajaran dan pembelajaran
di dalam bilik darjah,tetapi jika perlu keadah berfikir secara kritis dan kreatif boleh diaplikasikan dalam
pentadbiran,mengurus ataupun dalam perancangan sesuatu program. Untuk itu sebagai
melengkapkan ciri-ciri kualiti guru yang profesional, guru adalah merupakan individu yang berupaya
membuat keputusan dan menyelesaikan masalah serta mampu berfikir secara kritis dan kreatif dalam
pelbagai perkara. Penutup Dengan memahami dan menghayati makna sebenar guru satu profesion
yang terangkum di dalamnya konsep etika perguruan dan akauntabiliti , guru dapat memahami
tanggungjawabnya yang sebenar. Penghayatan etika perguruan haruslah di hayati sepenuhnya
kerana akan dapat meningkatkan tahap profesionalisme keguruan. Ini kerana penghayatan tersebut
membolehkan semua guru dapat menjalankan tanggungjawab dan tugas-tugasnya dengan penuh
komited dan dedikasi. Akauntabiliti atau tanggungjawab seorang guru merangkumi akuntabilitinya
terhadap sekolah, diri sendiri , murid-murid dan profesion keguruan akan dapat ditingkatkan sekiranya
seseorang guru itu benar-benar menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang pendidik dengan
berkesan. Selain itu guru juga dapat melaksanakan tugas itu dengan bersungguh-sungguh dan penuh
dedikasi sekiranya guru tahu tanggungjawabnya terhadap kerjayanya. Kesedaran kepada
akauntabiliti akan menjadikan seseorang guru itu lebih bertanggungjawab terhadap tanggungjawab
yang di laksanakannya. Peningkatan dalam bidang tersebut melambangkan tingginya kualiti
seseorang guru yang juga akan meningkatkan taraf profesionalisme keguruan. Selain itu guru juga
dapat melaksanakan tugas itu dengan bersungguh-sungguh dan penuh dedikasi sekiranya guru tahu
tanggungjawabnya terhadap kerjayanya. Kesedaran kepada etika perguruan akan menjadikan
seseorang guru itu lebih bertanggungjawab terhadap tanggungjawab yang di laksanakannya. Oleh
yang demikian, etika perguruan perlulah dihayati oleh semua guru. Sekiranya seseorang guru itu
mengabaikan etika perguruan , maka tanggungjawabnya tidak dapat di jalankan dengan baik dan
akan gagal melahirkan modal insan seperti yang di cita-citakan negara. Ini akan menjatuhkan
martabat profesion perguruan oleh kerana perbuatan yang tidak bertanggungjawab terhadap amanah
yang di berikan.
1.0 PENDAHULUAN Keguruan ialah satu jawatan professional seperti mana kerjaya-kerjaya lain
dalam masyarakat dunia. Sebagai guru yang profesional, guru perlu melaksanakan kerjayanya
dengan sepenuh hati, bersedia menanggung semua konsekuen yang sesuai dengan nilai profesion

ini. (Dr Ragbir Kaur a/p Joginder Sigh, 2007) Salah satu agenda penting dalam matlamat
perancangan pembangunan pendidikan bagi RMK-9 ialah membangunkan istem pendidikan
bertaraf dunia. Dalam agenda ini kerajaan akan memperkukuhkan kurikulum sekolah yang
seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek, mempunyai disipin yang tinggi, bersikap
kerjasama, dan mampu memainkan peranan dalam masyarkat, serta melahirkan sejumlah sekolah
yang baik dan cemerlang untuk dijadikan show case kepada negara-negara lain di dunia. (Ucapan
menteri Pendidikan Malaysia dalam Perhimpunan Bulanan Kementerian Pelajaran Malaysia). Dr
Ismail Zain, dalam kertas kerjanya yang bertajuk Pendidikan Bertaraf Dunia Kearah Pembestarian
Dalam Proses Pengajaran dan Pembelajaran (selepas ini di tulis p&p) menjelaskan pendidikan
bertaraf dunia sebagai wacana dalam dasar pendidikan negara yang meletakkan proses pendidikan
sebagai satu bidang yang penting dalam kehidupan seharian khususnya di sekolah-sekolah yang
berfungsi sebagai institut perkembangan ilmu. 2.0 CIRI-CIRI GURU BERKUALITI Ciri dalam Kamus
Dewan 2007 didefinisikan sebagai sifat (unsure,tanda) yang khusus pada sesuatu atau
membezakannya daripada yang lain. John Macdovalo (1993) menyatakan kualiti sebagai
memenuhi keperluan atau kehendak pelanggan. Jemaah Nazir Sekolah pula mendefinisikan kualiti
sebagai ciri-ciri atau sifat kecemerlangan yang dikehendaki oleh sesuatu barang, alat perkakas,
dan perkhidmatan (ISO8402). Maka, dapatlah dikatakan untuk menghasilkan pendidikan bertaraf
dunia, ciri-ciri guru yang berkualiti ialah guru yang memenuhi keperluan pelajar dalam pelbagai
aspek sama ada dari segi p&p, sahsiah, kemahiran, kepakaran dan pengurusan. Oleh itu antara
ciri-ciri yang perlu ada pada guru berkualiti bagi menghasilkan pendidikan bertaraf dunia, guru
perlulah: 2.1 Bertindak sebagai penyebar ilmu Menurut Ragbir Kaur (2007), fungsi guru ialah
mendidik murid dalam pelbagai ilmu pengetahuan dan kemahiran daripada pelbagai disiplin dalam
kurikulum sekolah. Para guru haruslah memiliki sifat-sifat amanah, dedikasi, komited pada tugas,
ikhlas, sanggup berkorban masa dan tenaga dan mempunyai sikap membantu dan menyampaikan
seberapa banyak ilmu kepada murid-muridnya. Penekanan di sini ialah mengenai sikap dan
penampilan guru itu sendiri terhadap konsep ilmu. Guru harus mendalami ilmu sebanyak mungkin
supaya dapat menyebarkan ilmu kepada para pelajar bagi melahirkan insan dan warganegara yang
berilmu. Dalam era transformasi pendidikan guru hendaklah menghasilkan pelajar yang mampu
berfikir secara kreatif dan kritis serta memperkembangkan potensi pelajar dalam semua aspek
JERIS (Jasmani, Emosi, Rohani, Intelek dan Sosial) bagi mencapai pendidikan bertaraf
antarabangsa. 2.2 Bertindak sebagai Pembentukan Nilai / Role Model Nilai merupakan kriteria
penting bagi mengukur mutu sesuatu benda. Menurut Ragbir Kour (2007) guru harus membentuk
murid-murid untuk memiliki akhlak yang mulia dan mempunyai nilai-nilai murni yang tinggi. Nilainilai yang perlu diterapkan ialah moral, agama, terminal dan instrumental. Jadi, guru seharusnya
mempunyai sifat dan kualiti peribadi, profesional, dan sosial yang baik dan murni supaya dapat
menjalankan tugas sebagai pendidik dengan sempurna. Sebagai ibu bapa kedua kepada muridmurid, segala nilai dan tingkah laku guru menjadi contoh teladan kepada para pelajar. Nilai-nilai
murni yang ditonjolkan oleh guru di sekolah secara tidak langsung akan diterapkan dalam jiwa
pelajar. Menurut Ee Ah Meng (2003) guru yang beriltizam akan menjadi role model kepada para
pelajarnya. Secara tidak langsung, guru berkenaan akan dapat memupuk beberapa ciri peribadi
yang positif melalui amalan-amalannya di dalam bilik darjah. 2.3 Bertindak Sebagai Pengamal
Budaya Ilmu Menurut Mok Soon Sang 2007, Profesor Syed Muhammad al-Altas menyatakan ilmu
merupakan sesuatu yang bermakna dan membawa penyuburan serta semangat kepada jiwa
manusia. Hal ini menunjukkan ilmu merangkumi semua aspek kehidupan luaran dan dalam jiwa
manusia. Guru sebagai pengamal ilmu perlu mempraktikkan budaya ilmu seperti membaca,
berfikir, memerhati, berkarya, bersumbangsaran, dan bertukar fikiran serta mencari pengalaman
baru (Ragbir Kour (2007)). Dalam p&p, guru akan memindahkan ilmu yang baik, meninggikan
adab murid, serta memberi petunjuk ke arah kebenaran sebagai seorang pengamal ilmu. Sebagai
seorang guru, budaya ilmu harus menjadi kriteria utama dan harus dipupuk dalam diri supaya
menjadi teladan bagi para pelajar mencontohinya. Budaya ilmu di kalangan guru dan pelajar
adalah sejajar dengan salah satu matlamat yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan
Kebangsaan iaitu melahirkan generasi yang mencintai ilmu pengetahuan dan seterusnya menjadi
teras dan tunjang dalam amalan pendidikan seumur hidup. 2.4 Mengamalkan kemahiran
profesional Guru merupakan tenaga ikhtisas di dalam bidang perguruan yang
dipertanggungjawabkan untuk mendidik murid-murid di seklah. Oleh itu, guru yang mempunyai

kemahiran profesional serta kecerdasan emosi yang tinggi memainkan peranan besar dalam
menghasilkan generasi yang berpendidikan, berkemahiran, berbudaya ilmu dan berakhlak selaras
dengan Falsafah Pendidikan Negara. Peranan ini penting bagi membawa pendidikan negara
Malaysia ke arah pendidikan yang bertaraf dunia (Dr. Ragbir Kaur, 2007). Antara kemahiran yang
perlu ditekankan ialah kemahiran berfikir dan pemikiran konstruktif. Para pelajar mestilah dididik
menggunakan daya fikir tinggi dan minda untuk melahirkan pelajar-pelajar untuk belajar
sepanjang hayat dan mempunyai modal intelektual tinggi menghadapi era globalisasi. Kemahiran
berfikir dan pemikiran konstruktif perlu juga terarah kepada pandangan jauh dan luar biasa
(Mohamad bin Muda, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pendidikan Guru Kementerian Pendidikan
Malaysia). 2.5 Bersifat profesional dan peka dengan segala perkembangan pendidikan Craft (2002)
menyarankan bahawa untuk menjadi pendidik yang profesional, seorang guru perlu peka terhadap
inisiatif pendidikan yang terkini.. Guru yang profesional juga sentiasa mengikuti perkembangan
terhadap kajian-kajian lampau dan terkini bagi mengemaskinikan pengetahuan dan kemahiran
p&p guru. Mak Soon Sang (2007), menegaskan guru hendaklah melengkapkan diri dengan
menguasai kemahiran menggunakan internet untuk memperolehi maklumat tentang
perkembangan matematik dan pedagogi pengajaran masa kini di samping membimbing muridmurid menggunakan internet sebagai p&p. Selain itu guru perlu mengaplikasikan teknologi
maklumat (ICT) di dalam bilik darjah melalui program SLE (Smart Learning Environment) yang
bertujuan meningkatkan pengetahuan guru terhadap penggunaan ICT. Antaranya aplikasi word
processing, spreadsheet, database, desktop publishing, dan graphing (Dr Ranbir Kaur a/p Joginder
Sigh, 2007). 2.6 Mengamalkan pengajaran efektif Mak Soon Sang (2007) mengenalpasti ciri-ciri
pengajaran efektif dari segi perancangan, pelaksanaan, dan penilaian pengajaran. 2.5.1
Perancangan pengajaran Clarke dan Cutler (1990) menyatakan keberkesanan pengajaran
bergantung kepada perancangan, pelaksanaan, penilaian terhadap proses dan objektif
pembelajaran. Oleh itu, mengenalpasti objektif pengajaran merupakan salah satu ciri kualiti
pengajaran yang diperlukan dalam perancangan. Cohn et al, (1987) selanjutnya menyokong
pendapat ini dengan menyatakan guru harus membuat refleksi kendiri untuk menilai objektif
pengajarannya setelah selesai melaksanakan pengajaran. Oleh itu guru harus mempunyai
kemahiran dalam memilih strategi p&p yang sesuai kerana ia merupakan suatu rancangan untuk
melaksanakan aktiviti p&p juga mahir dalam penggunaan kaedah dan teknik mengajar untuk
menyampaikan isi pelajaran dengan cara yang berkesan, kerana pemilihan kaedah dan teknik
mengajar yang sesuai akan menjamin keberkesanan pengajaran serta pencapaian objektifnya
secara optimum. 2.5.2 Pelaksanaan pengajaran Mok Soon Sang (2002), mengatakan peranan guru
dalam pelaksanaan dan kejayaan proses pengajaran dan pembelajaran meliputi tugas-tugas
seperti menganalisis objektif dan isi kandungannya, menentukan keperluan pelaksanaan seperti
melengkapkan diri dengan kemahiran mengajar dan penyediaan bahan-bahan pelajaran,
merancang dan melaksanakan pengajaran, membuat penilaian untuk mengenalpasti kelemahan
dengan tujuan meningkatkan keberkesanan dalam pelaksanaan pengajaran dengan membuat
pengubahsuaian dalam rancangan mengajar. 2.5.3 Penilaian pengajaran Yap, Wan, dan Ismail
(1985) dalam Kertas Kerja oleh Profesor Dr. Saedah Siraj mentakrifkan penilaian dalam pendidikan
dan pembelajaran sebagai satu aktiviti untuk mendapatkan maklumat yang berguna bagi
menentukan pencapaian sesuatu objektif p&p. Ingham (dalam Saedah Siraj, 2000) menyarankan
supaya pendidik membuat penilaian dan menghargai perbezaan setiap individu kerana setiap
perbezaan itulah yang akan menentukan cara setiap individu itu belajar dan juga boleh memberi
pengalaman pembelajaran kepada masing-masing. 3.0 KESIMPULAN Oleh itu dalam menuju
pendidikan bertaraf dunia, guru adalah agen terpenting dalam merealisasikan pendidikan anak
bangsa Malaysia dalam mengharung cabaran di tahap yang lebih tinggi. Pengisian guru yang
berkualiti seperti yang di bentangkan iaitu guru perlulah bertindak sebagai penyebar ilmu,
pengamal budaya ilmu, guru sebagai role-model, mengamalkan pengajaran efektif, peka dengan
segala perkembangan pendidikan, dan mengamalkan kemahiran profesional mampu meyediakan
generasi muda untuk menghadapi kemungkinan-kemungkinan yang berupa masyarakat industri,
ekonomi yang global, kebanjiran teknologi tinggi dan sentiasa bertambah canggih, penggunaan
komputer sebagai keperluan urusan harian dan limpahan maklumat sejagat. Sebagaimana yang
ditegaskan oleh Mohamad bin Muda, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pendidikan Guru
Kementerian Pendidikan Malaysia dalam ucapannya, para pendidik adalah wahana yang boleh

menentukan corak manusia yang mampu menghadapi alaf baru, abad ke-21.BIBILIOGRAFI Kamus
Dewan, Edisi Keempat. Dewan Bahasa Dan Pustaka Kuala Lumpur 2007. Dr. Ragbir Kaur a/p
Joginder Singh (2007). Panduan Ulangkaji Pendidikan Untuk KPLI Sekolah Menengah dan Sekolah
Rendah. Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. Kuala Lumpur. Dr Wan Shamsuddin Bn Wan Mamat
(Disember 1998). Pengisian Wawasan Pendidikan Negara Menuju Abad
21.http://citacita.tripod.com/nota/wawasdidik.htm%20online%20on%2024/02/2008. Dr Ismail
Zain, Pendidikan Bertaraf Dunia Ke Arah Pembestarian Dalam Proses Pengajaran Dan
Pembelajaran. http://www.tutor.com.my/ online on 24/02/2008 Mak Soon Sang (2007). Ilmu
Pendidikan Untuk KPLI (Komponen 3: Profesional Keguruan) Sekolah Rendah. Kumpulan Budiman
Sdn. Bhd., Subang Jaya. Mohamad Bin Muda (1991), Ketua Penolong Pengarah Bahagian
Pendidikan Guru Kementerian Pendidikan Malaysia. Cabaran Dan Harapan dalam Pendidikan
Menghadapi Alaf Baru. Professor Dr Saedah Siraj dan Nurhayati Ishak (26-28 Disember 2006).
Peningkatan Kualiti Pengajaran Di Institut Pengajian Tinggi Di Aceh, Prosiding Persidangan
Antarabangsa Pembangunan Aceh, UKM Bangi. http://pkukmweb.ukm.my online on 24/02/2008

Anda mungkin juga menyukai