Anda di halaman 1dari 10

1.

0 Pengurusan dan Perancangan Perkhemahan


1.1 Konsep Perkhemahan
1. Pemantapan Intergrasi
a) Pengagihan peserta kepada 4 platun
b) Intergrasi melalui aktiviti
c) Memasak berkumpulan
2. Pertandingan
a) Kawad secara kumpulan atau Individu mewakili kumpulan /platun
b) Seni Perkhemahan

Pintu Gerbang
Gajet
Kraf Perkhemahan

- Pertandingan Persembahan

Kategori Putera
Kategori Puteri

3. Khidmas
- Gotong royong membersih kawasan perkhemahan.
4. Kerohanian dan moral
a) Solat Jemaah/kuliah maghrib/subuh bagi orang Islam
b) Ceramah Moral bagi yang bukan Islam
1.2 Tujuan Perkhemahan
1. Rekreasi
mementingkan kemudahan / keselesaan makan-minum / tempat tidur. Tidak
mementingkan kegiatan
kemahiran Ilmu perkhemahan.
2. Khusus
1

- kurang mementingkan keselesaan tetapi lebih penekanan terhadap kemahirankemahiran ilmu perkhemahan yang berlatar belakang suasana back woods .
( ala hutan ).
3. Pengembaraan ekspedisi
- berkhemah sementara di sesuatu lokasi sewaktu dalam perjalanan jauh untuk
tujuan berehat / perancangan baru.
4. Misteri
- siri penjelajahan untuk mencari sesuatu yang tersembunyi berdasarkan
panduan yang diberikan sama ada menggunakan peta atau kompas atau keduaduanya.
5. Penyelidikan
- membuat kajian terhadap sesuatu yang mungkin memerlukan jangkamasa
yang lama di sesuatu lokasi.
6. Ikhtiar hidup ( survival )
a) untuk tujuan yang lebih khusus
b) biasanya untuk pengembaraan yang lasak, berunsur ilmiah, menguji
kemahiran yang telah dipelajari dan membina semangat serta ketahanan diri.
1.3 Jenis Perkhemahan
Perkhemahan unit beruniform
1.4 Perancangan dan Persiapan Awal (sebelum, semasa, selepas
1. Sebelum
a) Buat perancangan
Membuat kertas kerja ( organisasi / bajet / kos / logistik ).
Mengadakan mesyuarat dengan J/K Pengelola.
Senarai petugas / Jadual bertugas.
Penentuan jumlah penyertaan / syarat / peraturan.

Peralatan / Perkakasan untuk kemudahan pegawai / peserta.


Pengisian aktiviti
Senarai pegawai & peserta
Atur cara program a) Pelan A b) Pelan B
Makan minum ( Kaedah )
Pengangkutan peserta ( persendirian atau berkumpulan )
Peralatan perhubungan radio komunikasi .
Mengambil insuran tambahan ( jika difikirkan perlu ).
Jika program melibatkan jemputan sekolah yang datang dari luar daerah atau
negeri Perak, ikuti
prosedur biasa iaitu melalui PPD / JPN yang berkenaan.
b) Pemilihan lokasi
Berdasarkan objektif / keperluan / kemudahan / kesesuaian & keselamatan.
c) Memperolehi kebenaran
Pemilik / Penguasa Lokasi ( Ikuti prosedur )
Kementerian / JPN / PPD / pihak swasta dll.
Surat Permohonan / Lantikan / jemputan / makluman
Surat kebenaran membawa pelajar keluar daripada kawasan sekolah daripada
Pengetua.
Surat kebenaran ibu bapa pelajar.

d) Iklan, pengumuman, makluman.


Memaklumkan kepada pihak polis / pusat kesihatan / renjer hutan
Memaklumkan kepada pelajar / peserta program
Taklimat awal kepada para peserta program
3

e) barangan yang dibawa dan sebagainya.


f) apa yang perlu dan yang tidak perlu disediakan.
g) hal-hal lain yang berkaitan kebajikan / keselamatan & kemudahan ibubapa.

2. Semasa
Semasa perkhemahan perkara atau tindakan yang perlu diambil ialah:
a) Memastikan kesihatan dan kebajikan para peserta sepanjang perkhemahan
terkawal dan terjamin, khususnya berkaitan perkara-perkara berikut:
i)

Jangkitan penyakit seperti malaria, campak, selsema dan lain-lain.

ii)

Keracunan makanan.

iii)

Kemudahan-kemudahan asas.

iv)

Sistem komunikasi.

b) Memastikan Prosedur Keselamatan dilaksanakan dan dipatuhi.


c) Memastikan

Jadual Perkhemahan dilaksanakan mengikut perancangan.

Namun perancangan boleh diubahsuai jika berlaku perkara-perkara yang tidak


dapat dielakkan seperti faktor-faktor alam, manusia dan lain-lain.
d) Mesyuarat penyelarasan harus dibuat pada akhir aktiviti setiap hari bagi
menilai dan membincangkan masalah-masalah yang timbul untuk diperbaiki
pada masa hadapan.
e) Memastikan pemantauan terhadap aktiviti dilakukan sepanjang masa.

3. Selepas
Perkara-perkara yang perlu dilakukan selepas perkhemahan:
a) Memastikan keperluan logistik atau peralatan perkhemahan mencukupi dan
berada dalam keadaan bersih dan baik.

b) Memastikan kawasan perkhemahan berada dalam keadaan bersih

seperti

sebelumnya.
c) Memohon kebenaran daripada pemilik atau penduduk setempat untuk
meninggalkan kawasan perkhemahan.
d) Mengadakan post-mortem bagi menilai semula aktiviti yang dijalankan dan
mengenalpasti kelemahan-kelemahan untuk diambil tindakan selanjutnya.
e) Membentang dan membuat laporan:
i)

Kewangan.

ii)

Aktiviti.

f) Mengedar surat penghargaan kepada pihak terlibat dan sijil pencapaian serta
penyertaan kepada peserta perkhemahan.
g) Mendokumentasikan program tersebut sebagai panduan dan rujukan pada
masa hadapan.
1.5 Pemilihan Tempat
Pemilihan kawasan tapak perkhemahan adalah merupakan satu perkara yang
sangat penting ketika melaksanakan aktiviti berkhemah kerana kesilapan
membuat penilaian boleh mendatangkan bencana dan kecelakaan kepada
pengembara-pengembara. Ianya juga merupakan satu perkara yang tidak dapat
ditetapkan

tanpa mengambil

kira beberapa faktor-faktor

penting

kerana

walaupun kita sudah biasa dan pernah berkhemah kita masih akan mengalami
masalah didalam membuat pemilihan kawasan tapak perkhemahan. Kita akan
dapati amat sukar untuk mendapat satu kawasan tapak yang sempurna dalam
mana ianya memenuhi segala kehendak-kehendak dari segi tanah datar dan
lapang, kedapatan punca air, banyak bahan-bahan bakar, mudah disampai oleh
pihak tertentu dalam masa kecemasan, laluan yang baik dan mudah keluar dan
masuk untuk membeli bekalan dan sebagainya. Maka apabila kita berbincang
mengenai pemilihan kawasan tapak perkhemahan, kita perlu ambil kira
beberapa faktor seperti berikut :(a) Corak Perkhemahan

Bagi pengembaraan berjalan kaki yang mempunyai laluan seperti Trek Balak,
Trek Kampung, Trek Orang Asli, Denai dan sebagainya kita mungkin perlu
mencari tapak perkhemahan yang berhampiran dengan laluan atau trek ini.
Walau bagaimana pun kita adalah dinasihatkan untuk memilih tapaknya lebih
kurang

20 - 30 meter dari trek tersebut, ini supaya kita tidak diganggu oleh

mereka yang mungkin menggunakan laluan tersebut atau binatang-binatang


ternakan / liar yang juga kebiasanya akan menggunakan laluan tersebut.
Keperluan seperti air dan jika kita menggunakan dapur kayu maka kayu api juga
hendaklah mudah diperolehi. Pilih tapak yang peling sesuai dari segi lapang,
tidak semak, tiada pohon-pohon besar yang mudah sekah atau reput dan
tanahnya tidak selut atau lembab.
(b) Jangkamasa Berkhemah
i) Tapak perkhemahan yang kita pilih untuk bermalam kadangkala tidak sesuai
untuk berkhemah lebih dari satu malam. Ini mungkin disebabkan disitu
ketiadaan air, bahan bakar, tiada tempat yang sesuai untuk tandas dan
sebagainya. Atau ianya terlalu dekat dengan kediaman orang yang mana
mungkin untuk satu malam kita dibenarkan tetapi untuk hari selanjutnya
kebenaran tidak diberikan.
ii) Apabila kita bercadang untuk berkhemah bagi satu jangka masa yang lama
maka kita perlu sediakan beberapa perkara yang mungkin kita tidak perlu
adakan untuk berkhemah bagi tempoh sehari. Paling utama ialah bekalan air
bukan sahaja untuk minum, membasuh dan mandi tetapi juga untuk lain-lain
kegunaan. Ini bererti kita perlulah bekalan air yang banyak, oleh itu maka
kawasan yang kita hendak pilih mestilah memenuhi kehendak ini.
iii) Selain dari itu kemudahan membuang air kecil dan besar perlu disediakan.
Kita perlu juga bekalan kayu api yang mencukupi untuk jangkamasa yang kita
akan berada disitu dan jika kita berkhemah untuk jangkamasa yang lama
masalah bekalan makanan juga akan kita hadapi jika tiada peruntukan tersiap.
(c) Bilangan Yang Terlibat
Apabila kita berkhemah seorang, tapak yang kita pilih tidak perlu luas dan
keperluan air serta bahan bakar pun tidak perlu banyak. Tetapi keperluan ini
akan berlipat ganda apabila kita berkhemah

beramai. Maka perhatian

hendaklah diberi untuk memenuhi keperluan ini seperti khemah yang besar,
6

perlatan yang banyak

dan bekalan makanan yang lebih. Oleh yang demikian

dengan bilangan yang ramai, mahupun didalam jangkamasa yang singkat


keperluannya tetap berganda. Disini perancangan awal adalah diperlukan
sebelum berkhemah agar jumlah peserta yang ramai tidak akan mendatangkan
masalah bukan sahaja semasa perkhemahan malah selepas perkhemahan.
(d) Alam Persekitaran
i) Walau bagaimana sekalipun persediaan awal diambil atau dirancang, alam
persekitaran akan menentukan kejayaan satu-satu perkhemahan, kita tidak
boleh memandang remeh diatas perkara ini. Disinilah perlunya peninjauan
dilakukan sebelum kita keluar berkhemah. Peninjauan ini tidak semestinya kita
perlu pergi ketempat tersebut, ini boleh dilakukan samada dengan memahami
keadaan kawasan tersebut melalui peta topo atau dari maklumat penduduk
tempatan / orang yang pernah kekawasan tersebut.

ii) Memahami keadaan fizikal sesuatu kawasan yang kita pilih untuk berkehmah
akan membantu kita menentukan

jenis peralatan dan khemah yang perlu

dibawa dan digunakan. Berkhemah dikawasan pergunungan atau tanah tinggi


berbeza dari berkehmah dikawasan rendah dan daatar. Khemah yang digunakan
dikawasan pergunungan atau kawasan tinggi perlu berwarna gelap dan jenis
rendah. Ini disebabkan warna gelap mudah meresap panas matahari dan
kerendahan khemah akan mengekalkan suhu panas yang mana kita perlu
disebabkan hawa sejuk dikawasan pergunungan. Disamping itu ada kawasan
tanah tinggi yang kerap berlaku hujan dan angin kencang dan tempat seperti ini
kita perlu pastikan khemah kita betul-betul kalisair dan tahan lasak apabila
dirempuh angin kencang. Dikawasan tanah tinggi juga kadangkala susah nak
dapat air dan bekalan bahan bakar, maka keperluan kepada perkara ini juga
perlu difikirkan.
iii) Berkhemah dihutan belantara pula memerlukan khemah jenis lain. Khemah
yang sesuai ialah harus tinggi dan berwarna cerah dan kadangkala perlu ada
kelambu. Khemah jenis tinggi sesuai kerana ianya dapat pengaliran udara dan
warna cerah akan dapat memantulkan panas cahaya matahari. Kelambu pula
untuk tidak membenarkan serangga masuk kedalam khemah kita. Disamping itu
khemah berwarna cerah juga adalah baik dari segi keselamatan kerana ianya
mudah kelihatan dan mungkin mudah untuk diberi bantuan jika berlaku apa-apa
7

kecemasan.

Berkhemah dihutan lebih mudah dari berkhemah dikawasan

pergunungan memandangkan kita boleh menggunakan bahan-bahan hutan


seperti ranting,akar,daun dan sebagainya untuk membantu pembinaan khemah.
Bahan-bahan ini mungkin tidak dapat diperolehi dikawasan tanah tinggi.
iv) Bagi pengembaraan berkayak / bot disungai dan laut maka pilihan kita agak
sempit. Kita perlu berkhemah berhampiran dengan sungai atau

pantai. Maka

yang perlu kita ambil kira ialah kesesuaian tapak yang letaknya tidak jauh dari
kayak / bot kita. Seberapa boleh jangan berkhemah terlalu hampir dengan
sungai / pantai. Dinegara kita paras aiar sungai akan naik dengan mendadak jika
berlaku hujan terutamanya dikawasan tinggi dan pendalaman. Jika boleh bawa
kayak / bot kita bersama ke darat dan kalau berat, ikat ditebing sungai / pantai
dengan tali panjang agar ianya selamat walaupun berlaku kenaikan paras air
dengan tiba-tiba.
v) Perhatikan kesan paras air ditebing sungai / pantai. Kesan atau paras air
mudah dikenali dengan adanya garisan lumpur, kayu-kayu mati,daun, kulit siput
dan lain-lain bahan yang dihanyutkan oleh air.
Adalah dinasihatkan tidak dibenarkan mendirikan khemah kecuali setelah
mendapat arahan dari anggota penunjuk jalan (Guide) atau Ketua Pasukan.
Disamping itu sewaktu memilih tapak untuk mendirikan khemah, perkaraperkara berikut perlu diberi perhatian dan penekanan :(a)

Tanah yang rata (selesa untuk berbaring)

(b)

Ada perlindungan dari angin

(c)

Tidak terlalu hampir dengan punca air

(d)

Mempunyai pemandangan yang menarik disekitarnya


(seronok, ,lapang dan terhibur apabila melihatnya)

(e)

Boleh

mendapatkan

sinaran

matahari

bagi

mengeringkan

keadaan

sekitarnya yang lembab, terutama diwaktu pagi bagi mengeringkan

khemah

(terutama bahagian dalam) pakaian dan alat-alat yang basah


(f)

Mempunyai hubungan dengan trek atau denai supaya memudahkan

bergerak semula dan bagi tujuan kecemasan.

1.6 Aspek Keselamatan


a) Tentukan khemah sentiasa ditutup apabila meninggalkannya.
b) Kedudukan tempat yang merbahaya seperti lereng curam, tanah licin, tunggul
kayu, dahan reput, pokok berduri / gatal, ampaian baju dan lubang-lubang
(termasuk lubang tandas / sampah ) hendaklah ditandakan dan diberitahu
kepada semua. Mana-mana rintangan yang boleh dihapuskan hendaklah segera
dihapuskan.
c) Sistem kawalan malam hendaklah diadakan pada waktu malam.
d) Bagi mengelakan dari gangguan binatang merayap atau serangga, bahan
kimia seperti belerang atau kapur hendaklah ditabur disekeliling khemah kita.
e) Alat-alat janganlah dibiarkan bersepah. Ianya mestilah diletakkan setempat
supaya mudah untuk dimuatkan semula kedalam beg.
f) Kedudukan khemah janganlah terlalu jauh antara satu sama lain hingga
menyusahkan perhubungan dan janganlah pula terlalu dekat kerana jika berlaku
kebakaran / kecemasan api akan cepat merebak dan susah hendak lari. Jarak
yang sesuai boleh ditentukan mengikut kesesuiaan tempat.
g) Jangan membuat bising dikawasan berkhemah seperti melaung, bertempik,
ketawa yang keterlaluan dan gembira yang amat sangat.
h) Pilihlah satu tempat atau arah tertentu yang harus dituju jika berlaku
kecemasan yang memaksa kita meninggalkan khemah dengan segera.
i) Patuhilah segala pantang larang.
1.7 Kemudahan Asas
a) Tempat

yang

ingin

dijadikan

tapak

perkhemahan

wajib

mempunyai

kemudahan asas seperti air


b) Meneliti sama ada terdapat kedai menjual bahan makanan mentah di
kawasan berhampiran tapak perkhemahan
c) Jika tiada, barang mentah dari rumah perlu dibawa
d) Terdapatnya sistem perhubungan seperti jalan raya, talian telefon dan
sebagainya
1.8 Pemeriksaan Pagi

Semasa perkhemahan, kebersihan diri dan kekemasan khemah serta kawasan


perkhemahan perlu diambil kira. Pemeriksaan pagi dilakukan oleh beberapa
orang pemimpin perkhemahan yang mengadakan lawatan ke setiap khemah.
Lazimnya, pemeriksaan pagi dilakukan pada pukul 8.00 pagi. Antara aspek-aspek
yang dinilai termasuklah:
a)
b)
c)
d)

Kebersihan dalam dan persekitaran khemah


Susun atur barang dan peralatan kumpulan
Pakaian yang dibawa
Gajet yang dibawa

Cara pemeriksaan pagi dilaksanakan adalah seperti berikut:


a) Membersihkan kawasan perkhemahan, membersihkan periuk dan peralatan
masak yang digunakan, menyusun peralatan perkhemahan dan sarapan pagi
hendaklah selesai sebelum pemeriksaan pagi.
b) Satu tiupan wisel panjang dibunyikan oleh pemimpin yang bertugas bagi
menandakan pemeriksaan pagi akan dilakukan.
c) Ketika pemeriksaan pagi, semua ahli berdiri sebaris mengikut kumpulan
masing-masing.
d) Semasa pemimpin tiba, seorang ketua kumpulan akan bergerak ke hadapan
lalu memberi tabik hormat dan melapor kepada pemimpin bertugas.
e) Kemudian, pemimpin akan melakukan pemeriksaan di dalam barisan
seterusnya pemimpin tersebut akan memberikan ucapan ataupun arahan.
f) Selepas selesai mendengar amanat dari pemimpin, ketua kumpulan akan
meminta kebenaran daripada pemimpin untuk menjalankan tugas-tugas lain.
g) Selepas pemimpin beredar, ketua kumpulan mengarahkan ahlinya keluar
baris.

10

Anda mungkin juga menyukai