Anda di halaman 1dari 16

RIS

PEMARKAHAN

SEMESTER 1 SESI 2010/2011


KOD & NAMA KURSUS

PPGPJJ SEMESTER 2 SESI 2013/2014


KAL3023 PERKEMBANGAN MORAL KANAK-KANAK
TAJUK TUGASAN
1.Dengan bantuan gambar rajah,huraikan vokal dan konsonan Bahasa Melayu.
2.Bincangkan hal mengenal pasangan minimal Bahasa Melayu.
3.Bincangkan hal mengenai sistem Ejaan Baharu Bahasa Melayu serta contohcontoh perkataan dalam 18 jenis keselarasan vokal dalam ejaan baharu bahasa
Melayu tersebut.

DISEDIAKAN OLEH
NAMA

NO. MATRIK

PUSAT PEMBELAJARAN: UPSI01(A132PJJ)


NO UNTUK DIHUBUNGI:
NAMA TUTOR E-LEARNING:
TARIKH SERAH: 21 Mei 2014
Isi kandungan
1

Bil
1.

Isi Kandungan
Pengenalan

Muka surat
3

2.

Vokal dan konsonan

49

3.

Pasangan minimal

10 11

4.

Sistem ejaan baru

12 14

5.

Kesimpulan

15

6.

Bibliografi

16

Pengenalan

Tanpa kita sedari bahawa pembelajaran utama dan pertama yang diperolehi
olehmanusia adalah bahasa. Bahasa dalam hal ini tidak hanya memiliki pengertian sebagai
serangkaian huruf dan kata, akan tetapi meliputi seluruh persamaan komunikasi verbal
mahupun nonverbal. Hal ini secara alamiah dunia kebahasaan telah terintegrasi dalam diri
setiap manusia.
Sistem fonologi bahasa Melayu mengkaji tentang sistem atau peraturan yang terdapat
dalam bunyi bahasa Melayu.. Terdapat beberapa definisi atau pengertian yang berkaitan
dengan fonologi. F. Parker mendefinisikan fonologi sebagai suatu bidang yang mengkaji tentang
sesuatu bahasa iaitu tentang rumus - rumus yang menentukan sebutan. Kamus Linguistik pula
memberikan pengertian fonologi sebagai bidang dalam linguistik yang menyelidiki bunyi- bunyi
bahasa mengikut fungsinya. Abdullah Hassan mentakrifkan fonologi dalam bukunya Linguistik
Am untuk Guru Bahasa Melayu ( 1993 ) sebagai ilmu yang mengkaji bunyi bunyi yang
berfungsi dalam sesuatu bahasa.
Dalam buku Fonetik dan Fonologi bahasa Melayu, fonologi dapat disimpulkan sebagai
kajian terhadap fungsi fungsi bahasa. Bidang ini, menentukan sistem bunyi sesuatu bahasa
sama ada bunyi itu bersifat distingtif ( membezakan makna ) atau tidak distingtif. ( tidak
membezakan makna ). Dalam pengertian yang lain, fonologi ialah cabang ilmu bahasa yang
mengkaji bunyi bunyi bahasa yang berfungsi. Bunyi bunyi berfungsi ini ialah bunyi bunyi
yang digunakan dalam sesuatu pertuturan.

Vokal dan konsonan


3

Vokal

Perkataan vokal berasal dari perkataan latin iaitu vocalis, yang bermaksud berbicara.
Vokal juga disebut sebagai huruf hidup adalah suara di dalam bahasa lisan yang di ciri khaskan
dengan pita suara yang terbuka sehingga tidak ada tekanan udara yang terkumpul di atas
glotis. Pada kebanyakkan bahasa , perbualan tidak mungkin dilakukan tanpa melibatkan
peranan bunyi-bunyi vokal. Vokal juga membentuk inti atau puncak dari suku kata. Huruf vokal
Bahasa Melayu ialah a, e ,i,o,u.
Vokal ialah bunyi yang dihasilkan secara lantang dan udara akan bergerak terus
menerus dari paru-paru ke rongga pertuturan tanpa halangan. Bunyi-bunyi vokal melibatkan
udara agresif sahaja iaitu udara yang dihembus keluar semasa menghasilkan bunyi. Ketika
bunyi-bunyi vokal dihasilkan, tiada sekatan dan penyempitan berlaku di antara titik artikulasi
dengan artikulator.
Menurut Radiah Yussof (2005), untuk mendeskripkan sesuatu vokal, kita perlu
menggunakan aspek lidah iaitu sama ada tinggi, tengah atau rendah, bahagian lidah iaitu sama
ada tengah atau belakang, dan keadaan bibir sama ada neutral, leper atau bundar.
Daniel Jones (1956) pula mengelasan vokal yang terbaik adalah berdasarkan vokal
sistem kardinal. Vokal kardinal adalah seperti yang berikut apabila menghasilkan bunyi-bunyi
vokal, lidah dan bibir dianggap mempunyai peranan terpenting. Lelangit lembut (terutama
velum) pula akan menentukan sama ada bunyi vokal itu bunyi atau bunyi sengau.Lidah boleh
memberikan berbagai-bagai bentuk dan rupa bagi menghasilkan bunyi-bunyi vokal yang
berbeza. Lokasi dan kedudukan lidah berasaskan kepada dua paksi iaitu yang mendatar dan
yang menegak. Bahagian mendatar ialah dari depan ke belakang mulut sementara yang
menegak pula ialah dari lantai mulut hingga ke bumbung mulut. Terdapat empat bahagian bagi
paksi menegak, iaitu bahagian sempit atau tinggi, bahagian separuh sempit atau tinggi,
bahagian separuh luas atau rendah, bahagian luas atau rendah. Paksi menegak ini bermula
dari lantai lidah hingga ke atas iaitu ke bahagian lelangit. Tinggi atau sempit merujuk kepada
4

kedudukan lidah yang hampir dengan bumbung mulut.


kedudukan depan, tengah dan belakang lidah.

Tiga titik mendatar

pula ialah

Selain lidah, bibir turut memainkan peranan yang penting. Bentuk bibir boleh
dibahagikan kepada bundar dan hampar. Bibir akan menjadi bundar apabila menghasilkan
bunyi-bunyi vokal belakang. Manakala bentuk hampar akan terjadi apabila bunyi-bunyi vokal
depan dibunyikan . Bunyi diftong juga berkait dengan vokal, ini adalah kerana bunyi diftong
melibatkan dua deretan vokal yang hadir serentak.
Menurut Nor Hashimah Jalaluddin (1998), bunyi diftong terhasil apabila vokal hadir
selepas bunyi vokal yang satu lagi menggeluncur ke arah vokal yang mula-mula hadir tanpa
menunjukkan sebarang puncak kelantangan. Ketiadaan puncak kelantangan semasa
penghasilan bunyi diftong menjadi bunyi tersebut sebagai satu sukukata sahaja.Terdapat tiga
jenis diftong dalam bahasa Melayu iaitu /ai/, /oi/ dan /au/.Bunyi /i/ aka menggeluncur ke bunyi
/a/ dan bunyi /i/ akan hilang puncak kelantangannya. Begitu juga bunyi /i/ pada diftong /oi/
dan /u/ pada diftong /au/.
Vokal

Lambang

Nama vokal

[i]

vokal depan sempit

[e]
sempit

vokal depan separuh

[a]

vokal depan luas

Vokal tengah

[ ]

vokal tengah

Vokal belakang

[u]

vokal belakang sempit

[o]

vokal belakang separuh

Vokal depan

sempit

Penelitian terhadap ciri-ciri fizikal atau sifat bunyi bahasa yang menggunakan sejenis
alat yang dikenali sebagai spektrogram itu melibatkan bunyi nada, kelantangan dan
kepanjangan. Dengan menggunakan spektrogram bunyi-bunyi bahasa yang dihasilkan oleh
manusia itu dapat ditentukan tahap frekuensi dan tahap lebar gelombang dan getaran bunyi
pada sesuatu masa.
Bunyi vokal hadapan nadanya lebih tinggi, manakala bunyi vokal belakang nadanya
lebih rendah. Contoh bunyi vokal hadapan dalam bahasa Melayu ialah bunyi [i] dan [e], dan
bunyi vokal belakang dalam bahasa Melayu ialah bunyi [u] dan [o]. Demikianlah halnya dengan
bunyi-bunyi bersuara yang disebabkan getaran pada pita suara berbanding dengan bunyi-bunyi
tidak bersuara yang disebabkan oleh tiada getaran pada pita suara didapati nada bunyi-bunyi

bersuara lebih tinggi tahap frekuensi dan tahap lebar gelombang dan getaran bunyi
berbanding dengan bunyi-bunyi tidak bersuara.
Alat Atrikulasi

Langkah- langkah dan keadaan alat Artikulasi ketika mengeluarkan bunyi.


Contoh-contoh daripada huruf vokal
Semasa membunyikan vokal depan sempit [ i ]:
Keadaan bibir hampar.Depan lidah dinaikkan setinggi mungkin kearah lelangit keras.Anak tekak
dan lelangit lembut dinaikkan bagi menetup rongga hidung supaya udara tidak keluar melalui
rongga hidung.Udara dari paru-paru keluar ke rongga hidung.Pita suara digetarkan
Contohnya pada perkataan:
-Ikan - [i]kan
-Bila - B[i]la
-Tali - Tal[i]
Semasa membunyikan vokal depan separuh sempit [ e ]
Keadaan bibir hampar.Depan lidah dinaikkan separuh tinggi ke arah gusi.Anak tekak dan
lelangit lembut dinaikkan bagi menutup rongga hidung supaya udara tidak keluar.Udara dari
paru-paru keluar ke rongga hidung.Pita suara digetarkan
Contohnya pada perkataan:
-Enak [e]nak
-Teleng tel[e]ng
-Tempe temp[e]

Konsonan
Konsonan ialah bunyi yang dihasilkan dengan menyekat arus pernafasan menggunakan
organ-organ pertuturan. terdapat 21 huruf yang mewakili konsonan, iaitu B, C, D, F, G, H, J, K,
L, M, N, P, Q, R, S, T, V, W, X, Y, dan Z.
Perkataan konsonan berasal dari kata dasar tak langsung Latin iaitu cnsonant- , dari
cnsonns (littera).Huruf berbunyi bersama, iaitu terjemahan pinjaman dari bahasa Yunani iaitu
smphnon. Seperti yang pernah dianggap oleh ilmuan Plato, smphna merupakan
konsonan hentian yang dihuraikan sebagai tidak boleh disebut bunyi vokal bersebelahan .
Istilah ini tidak meliputi konsonan malar yang boleh disebut tanpa vokal dalam sebilangan kecil
bahasa.
.Konsonan terhasil apabila terdapat gangguan atau halangan oleh alat artikulasi
terhadap udara dari peparu.Konsonan terdiri daripada konsonan bersuara dan konsonan tidak
bersuara.Konsonan bersuara bermaksud konsonan yang terhasil apabila tekanan udara yang
keluar dari peparu menggetarkan pita suara manakala konsonan tidak bersuara adalah
konsonan yang terhasil apabila udara dari peparu tidak menggetarkan pita suara.
Profesor Dr. Abdul Hamid Mahmood dan Nurfarah Lo Abdullah (2007) menerangkan
bahawa konsonan ialah bunyi bahasa selain daripada bunyi vokal . Sekiranya bunyi vokal itu
adalah bunyi yang dihasilkan oleh alat artikulasi dengan suara keluar terus-menerus tanpa
sekatan atau gangguan oleh alat artikulasi ,maka bunyi konsonan ialah bunyi yang semasa
menghasilkannya terdapat gangguan atau halangan oleh alat artikulasi. Konsonan boleh terdiri
daripada konsonan bersuara dan konsonan tidak bersuara. Konsonan bersuara ialah konsonan
yang semasa penghasilannya, pita suara digetarkan oleh arus suara yang keluar dari paruparu,contohnya [ b ], [ d ] dan [ g ]. Konsonan tidak bersuara pula adalah konsonan yang
dihasilkan tanpa mengalami getaran pita suara oleh arus suara seperti [ p ], [ t ] dan [ k ].
Konsonan dalam bahasa Melayu terdiri daripada dua golongan, iaitu konsonan asli dan
konsonan pinjaman. Konsonan asli bahasa Melayu merupakan konsonan yang sedia ada dan
diguna oleh penutur bahasa Melayu tanpa sebarang perlakuan adaptasi oleh penutur.
Menurut Yunus Maris, terdapat 19 jenis konsonan iaitu dua konsonan letupan dua bibir
bersuara dan tidak bersuara ( p, b ),dua konsonan letupan gusi bersuara dan tidak bersuara ( t,
d ), dua konsonan letupan lelangit lembut bersuara dan tidak bersuara ( k, g ), satu konsonan
hentian glotis. ( ? ), dua konsonan letusan bersuara dan tidak bersuara ( , ),dua konsonan
geseran tidak bersuara, iaitu geseran gusi tidak bersuara ( s) dan geseranglotis bersuara (h),
satu konsonan getaran bersuara ( r ), satu konsonan sisian bersuara ( i ), empat konsonan
sengau bersuara (m, n, , ),dua konsonan separuh vokal bersuara, iaitu 1 separuh vokal dua
bibir bersuara (w)dan 1 konsonan separuh vokal lelangit keras bersuara ( j ). Penghasilan
konsonan-konsonan tersebut melibatkan daerah-daerah artikulasi seperti dua bibir, gusi, lelangit
keras, lelangit lembut, pita suara, glotis ,rongga hidung dan lain-lain.

Cara

Daerah sebutan
7

sebutan
Bibir
Letupan

Gigi - gusi

p,b

t,d

Letusan
s

Getaran

r
m

Sisian
Separuh
vokal

Lelangit
lembut
k ,g

Glotis
k[]

c[]j[]

Geseran

Sengauan

Lelangit
keras

/ ny/ [ ]

/ ng / [ ]

l
w

Langkah- langkah dan keadaan alat Artikulasi ketika mengeluarkan bunyi.


Contoh contoh daripada huruf konsonan
Konsonan geseran gusi tidak bersuara [s]
Hadapan lidah dinaikkan ke gusi untuk membuat sempitan pada arus udara.Lelangit lembut dan
anak tekak dinaikkan ke belakang rongga tekak untuk menyekat arus udara dari paru-paru ke
rongga hidung.Pita suara direnggangkan.Arus udara dari paru-paru melalui rongg mulut tanpa
menggetarkan pita suara.Udara keluar melalui sempitan depan lidah dan gusi untuk
menghasilkan bunyi konsonan geseran gusi tidak bersuara
Contohnya pada perkataan:

Silap [s]ilap
Lasak La[s]ak
Lemas Lema[s]

Konsonan getaran gusi bersuara [ r ]


Hujung lidah dikenakan pada gusi.Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan ke belakang
rongga tekak untuk membuat sekatan arus udara dari paru-paru ke rongga hidung.Pita suara
dirapatkan.Arus udara yang keluar dari paru-paru melalui rongga tekak menggetarkan pita
suara.Arus udara melalaui rongga mulut menggetakan hujung lidah
8

Contohnya pada perkataan:

Rapat [r]apat
Tiram Ti[r]am
Lebar Leba[r]

Pasangan minimal
Kamus Linguistik (1997:172) mendefinisikan pasangan minimal sebagai dua butir
linguistik yang hanya berbeza pada satu unit. Menurut Abdul Hamid Mahmood dan Nik Hassan
Basri Nik Ab Kadir (2012),pasangan minimal ialah pasangan terkecil perkataan, iaitu pasangan
perkataan yang hampir sama dari segi sebutan dan juga cara menghasilkan bunyi perkataan
tersebut tetapi wujud perbezaan fonem yang membezakan makna antara perkataan tersebut.
Pasangan minimal adalah satu cara bagi mengenal pasti bunyi-bunyi fonem
berdasarkan perkataan-perkataan berpasangan minimal. Kanak-kanak yang mempunyai
masalah pembelajaran kerap menghadapi masalah dalam menyebut bunyi-bunyi konsonan
tertentu. Mereka kerap tersalah menyebut konsonan yang mempunyai perbezaan bunyi yang
paling minimum dalam perkataan sehingga menyebabkan makna perkataan itu tersasar jauh,
misalnya d dalam perkataan ladang disebut sebagai l sehingga bertukar menjadi perkataan
lalang. Oleh itu guru perlu menyediakan senarai perkataan yang mengandungi konsonan
d dan l dan meminta murid menyebutnya berulang-ulang kali sehingga mahir.
Dengan menggunakan bahan pasangan minimal ini, kita dapat pelbagai kebaikan
kepada pelajar. Antaranya ialah dapat melibatkan murid secara langsung dalam aktiviti
pembelajaran selain murid dapat membunyikan perkatan itu dengan bunyi fonem yang betul.
Ini dapat mengelakkan daripada salah faham dalam membunyikan sesuatu perkataan
terutamanya perkataan yang membawa maksud yang berbeza. Selain itu,bahan ini mudah alih
selain dapat membantu pelajar dengan melihat gambar
seterusnya menyebut
nama gambar tersebut. Tambahan pula, bahan pasangan minimal ini sesuai untuk kanak-kanak
pemulihan yang mempunyai masalah dalam pembelajaran. Guru boleh membuat bahan
dengan menyediakan beberapa perkataan yang hampir sama bunyinya dan setiap perkataan itu
disertakan dengan gambar. Kemudian,murid diminta untuk menyebut perkataan tersebut
sehingga mendapat bunyi fonem yang betul. Aktiviti ini diulang sehingga
murid
dapat menyebut perkataan yang diberikan dengan bunyi yang betul sehingga murid tidak
keliru dengan perkataan tersebut.

10

Contoh Aktiviti Pasangan minimal


1) Beberapa pasangan perkataan berbentuk pasangan minimal dituliskan pada kad manila.
2) Kad tersebut diedarkan kepada setiap murid.
3) Guru menyebut salah satu daripada perkataan berpasangan itu.
4) Murid diminta menunjuk dan menandakannya di atas kertas masing-masing.
5) Seterusnya guru memberi arahan kepada murid untuk membaca perkataan tersebut dengan
berulang-ulang sehingga murid tidak keliru dengan perkataan tersebut.

Contoh perkataan pasangan minimal.


1.

Tali

Tadi

2.

Dadu

Dada

3.

Mana

Mata

11

Sistem ejaan baru


Perjumpaan antara pihak Malaysia dengan Indonesia dalam meneliti ejaan Malindo
telah mengemukakan pendapat lain iaitu satu kertas kerja tentang ejaan baharu. Setelah
kedua-dua pihak membuat penelitian dan pemerhatian yang mendalam terhadap usul-usul yang
dikemukakan berdasarkan tiga prinsip iaitu praktis, ekonomi dan ilmiah, satu laporan lengkap
yang berkaitan tentang sistem ejaan baru telah di tandatangani oleh kedua-dua pihak pada 27
Jun1967.
Penyelarasan dan Perlaksanaan Ejaan Rumi Sistem ejaan bahasa Melayu telah
bermula pada tahun 1904 dan diisytiharkan penggunaannya secara rasmi pada 16 Ogos 1972.
Ini adalah hasil kesepakatan bersama Majlis Bahasa Indonesia-Malaysia. Lukman Ali (2000)
menyatakan bahawa sistem Ejaan yang Disempurnakan di Indonesia ini disahkan secara
rasmi oleh Presiden Soharto melalui surat keputusan no. 57, bertarikh 17 Ogos1972.Oleh itu,
sistem ejaan ini telah diguna pakai oleh kedua-dua buah negara. Sistem ejaan ini dinamakan
sebagai Sistem Ejaan Rumi Baharu. Sistem ejaan ini berjaya dicipta
hasil kerjasama
antara Jawatankuasa Bahasa dan ejaan Bahasa Melayu Malaysia yang diketuai oleh
Syed Nasir bin Ismail dengan Kumpulan Ahli Bahasa Indonesia yang diketuai oleh S.W. Rudjati
Muljadi. Sistem ejaan tersebut adalah seperti huruf vokal a, e, i, o, u ,huruf diftong ai, au, oi ,
huruf konsonan iaitu huruf selain huruf vokal dan juga huruf konsonan gabungan gh, kh, ny,
ng, sy.
Ejaan Rumi Baharu merupakan pernyataan pertama daripada perancangan
korpus pada peringkat supranasional yang menjadi asas bagi pembinaan dan pengembangan
bahasa Melayu serantau seterusnya. Sebagai sistem ejaan yang dirancang untuk keperluan
dua buah masyarakat bahasa yang berlainan latarbelakang sosiolinguistik dan sejarah
pertumbuhannya, Ejaan Rumi Baharu dirumuskan sedemikian rupa supaya dapat diterima
oleh semua golongan pengguna kedua-dua bahasa Melayu dan bahasa Indonesia . Rumusan
Ejaan Rumi Baharu memperlihatkan prinsip linguistik, ekonomi , kesederhanaan, kejelasan dan
fleksibeliti serta taraf standartitasi yang tinggi berbanding sistem yang dulu. Sistem Ejaan Rumi
baharu ini merupakan sistem wahana yang cekap dan mudah untuk sistem ejaan rumi yang
akan datang.
Menurut Sulaiman Masri et al. (2006) perkara-perkara penting yang terdapat dalam
sistem ini ialah penggunaan abjad, penulisan kata dan penulisan unsur serapan. Dalam
sistem ini ejaan baru ini mengandungi 26 huruf iaitu a, b, c, d, e, f, g, h, i, j, k, l, m, n, o,
p, q, r, s, t, u, v, w, x ,y dan z. Dokumen yang menjadi rujukan rasmi tentang
Sistem Ejaan Rumi Baharu Bahasa Malaysia (SERBBM) termasuklah penerbitan - penerbitan
oleh Dewan Bahasa dan Pustaka antaranya ialah :
1. Pedoman Umum Ejaan Bahasa Malaysia (1975, edisi kedua 1987),
2. Pedoman Umum Pembentukan Istilah Bahasa Malaysia(1975, edisi semakan 1991),
3. Daftar Ejaan Rumi Bahasa Malaysia (1981, edisikedua 1988),
4. Pedoman Ejaan Rumi Bahasa Melayu(1996),
12

5. Pedoman Sebutan Baku Bahasa Melayu(1994),


6. Pedoman Ejaan dan Sebutan Bahasa Melayu(1996)
7. Pedoman Ejaan Jawi Yang Disempurnakan (1986, edisi kedua 1987, edisi ketiga 1993)
8. Pedoman Ejaan Jawi Bahasa Melayu (1996)
9. Daftar Kata Bahasa Melayu,Jilid I (A-K) danJilid II (L-Z) (2001).
Menurut sistem ejaan ini, hanya ada satu huruf e bertanda () atau huruf e pepet
terdapat
dalam
sistem
ejaan
Zaba
digugurkan
contohnya
mak menjadi
emak ,kledek menjadi keledek . Walaupun digugurkan, fungsi huruf e yang melambangkan
pepet dan e taling dikekalkan. Perubahan konsonan juga berlaku dalam sistem ejaan baru
ini. Contohnya gabungan dua perkataan yang di gugurkan salah satunya yang membawa
maksud yang sama seperti ch akan menjadi c dalam perkataan chuba menjadi cuba dan
chuacha akan menjadi cuaca. Manakala bagi perkataan lain adalah dh menjadi d
dalam perkataan mudharat menjadi mudarat dan sh menjadi sy dalam perkataan sharat
menjadi syarat. Manakala perubahan dalam penggunaan () dan () yang melambangkan
hamzah dan ain akan digugurkan dan digantikan dengan konsonan k. Contohnya maana
menjadi makna dan perkataan enche menjadi encik. Dalam sistem ini juga konsonan v dan
x diperkenalkan untuk digunakan secara meluas.
Sistem ejaan ini menetapkan lapan belas keselarasan yang utama. Keselarasan
disini bererti kesesuaian huruf vokal yang membentuk dua suku kata pradasar iaitu pasangan
antara huruf vokal pada suku praakhir dengan huruf vokal pada suku kata tertutup.
Jadual perubahan keselarasan sistem Zaaba
a-e taling

menjadi

a-i

a-o

menjadi

a-u

A pepet e taling

menjadi

e-i

Contoh :
aleh - alih
Contoh:
batok batuk
Contoh :
lebeh - lebih

Abdul Hamid Mahmood (1998) menyatakan bahawa dalam usaha memperbaiki


sistem ejaan itu, Jawatankuasa harus juga mengambil kira perkara-perkara dari segiteknik,
praktis, dan ilmiah. Perkara dari segi teknik adalah menggunakan satu huruf bagi
melambangkan satu fonem. Perkara dari segi praktis pula ejaan yang hendak digunakan
hendaklah boleh digunakan dengan mudah, sesuai dari segi mesin taip dan mesin cetak.
Manakala dari segi ilmiah pula mengkehendaki sistem ejaan itu menunjukkan satu hasil kajian
yang ilmiah yang boleh digunakan dengan baik dalam kemajuan bahasa dan imu. Berdasarkan
pertimbangan-pertimbangan tersebut, Jawatankuasa Bahasa Melayu Malaysia dan pasukan
Ahli Bahasa (KOTI) dari Indonesia telah mengadakan perundingan di Dewan Bahasa dan
Pustaka di Kuala Lumpur selama beberapa hari dan telah mencapai persetujuan mengadakan
13

satu sistem ejaan bersama antara Malaysia dan Indonesia. Ejaan baharu yang diputuskan itu
harus ilmiah, ekonomis, dan praktis, iaitu sesuai digunakan dikedua-dua Negara Malaysia dan
Indonesia.

14

Kesimpulan
Pendedahan tentang alat-alat pertuturan atau artikulasi adalah penting untuk
meningkatkan kefahaman pelajar bahawa alat-alat artikulasi atau organ-organ yang berperanan
dalam mengeluarkan bunyi-bunyi bahasa mempunyai fungsi yang sangat penting dalam
kehidupan kita sehari-hari terutamanya untuk berkomunikasi antara individu.Tambahan
pula,penguasaan ilmu fonetik dan fonologi ini dapat memudahkan pelajar untuk mempelajari
cara-cara menghasilkan bunyi dengan sebutan yang betul. Alat-alat artikulasi yang telah
dijelaskan di atas sememangnya memainkan peranan yang amat penting dalam penghasilan
bunyi bahasa. Bunyi-bunyi bahasa yang dikeluarkan bergantung kepada alat artikulasi dan
daerah artikulasi yang digunakan.

15

Bibliografi
Ismail bin Dahaman (Penyunting) 1996. Pedoman Ejaan dan Sebutan Bahasa Melayu.
Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
Nik Safiah Karim et.al., 1993. Tatabahasa Dewan. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Abdul Hamid Mahmood (1998).Menguasai ejaan baharu bahasa Melayu. Kuala Lumpur:
Bintang Baru Sdn. Bhd.
Asmah Haji Omar (2004). Muafakat bahasa: sejarah MBIM/MABBIM sebagai pembinabahasa.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Hashim Musa (1997). Epigrafi Melayu: Sejarah sistem tulisan dalam bahasa Melayu.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

16

Anda mungkin juga menyukai