Anda di halaman 1dari 24

BABY FARAH CANDY BARS

Bahan-bahannya
1 cawan peanut butter chunky
1 cawan sirap jagung
1/2 cawan gula perang, dipadatkan
1/2 cawan gula pasir
6 cawan cornflakes, diramas
1 cawan semisweet chocolate chips
1 cawan kacang, dicincang
Cara-caranya
1. Dalam saucepan, gunakan api sederhana,
masukkan peanut butter, sirap jagung, gula perang dan gula pasir. Masak
sambil dikacau selalu sehingga rata. Angkat dari atas api, cepat-cepat
masukkan cornflakes, chocolate chips dan kacang sambai semuanya digaul
dengan sebati
2. Tekan adunan dalam loyang 9 x 13 inci yang telah disapukan dengan
mentega. Potong sewaktu masih panas. Saya dapat 18 bars.
REVIEW: Sedap, kalau dah makan tak boleh stop... boleh juga gunakan resipi
untuk buat jual....
Tips: tekan adunan dengan padat kalau tidak susah untuk potong senang
berderai... kasi 8 out of 10 rating...

CHOCOLATE TRUFFLES
Coklat buatan sendiri 3
Bahan-bahannya
80 gram whipped cream
200 gram dark chocolate, dipotong kecil
20 gram mentega lembut
serbuk koko
Cara-caranya
1. Didihkan whipped cream dan masukkan coklat.
Kacau hingga sebati. Ketepikan ia hingga sejuk
selama 10 minit.
2. Masukkan mentega lembut dan gaul sebati.
Biarkan ia sejuk. Simpan dalam peti sejuk sehingga
ia keras.
3. Keluarkan dari peti sejuk. Gaul adunan hingga
lembut dan letakkan dalam beg piping. Paip keatas
kertas kuih. Simpan didalam peti sejuk sehingga ia
keras dan bentukkan menjadi bebola.
4. Sadurkan bebela coklat dengan serbuk koko dan letakkan kedalam
mangkuk kertas yang kecil, simpan di tempat dingin yang bersuhu 20 darjah
C.
Nota: Gunakan milk chocolate jika mahu sebab anak-anak mungkin tidak
suka dark chocolate sebab rasanya tak berapa manis

WHITE ROCHERS
Coklat buatan sendiri 2
Bahan-bahannya
200 gram badam hiris
40 gram gula aising
200 gram coklat putih, dicairkan
Cara-caranya
1. Basahkan badam hiris dengan air dan taburkan gula
aising diatas dan gaulkan.
2. Alaskan kertas kuih diatas loyang pembakar dan
bakar badam pada suhu 180 darjah C. Sentiasa
terbalikkan badam sehingga ia berwarna kuninig
keemasan. Keluarkan dari ketuhar dan ketepikan
sebentar supaya ia sejuk.
3. Campurkan coklat cair dengan kacang badam yang
telah dipanggan dengan sempurna.
4. Titis satu sudu aduann ke atas kertas minyak. Paipkan sedikit corak coklat
hitam diatas.
5. Simpan dalam peti sejuk selama 5-10 minit atau sehingga ia keras.
Keluarkan dari peti sejuk dan simpan ditempat dingin yang bersuhu 20 darjah
C.
Nota: Corak diatas Rochers masukkan coklat putih didalam beg plastik dan
gunting hujung sikit sahaja dan line-linekan coklat putih diatas rochers.
Exactly macam yang jual dikedai coklat!! Kalau tak suka coklat putih boleh
gantikan dengan dark chocolate atau milk chocolate. Atasnya pula gariskan
dengan coklat putih

THREE IN ONE
Coklat buatan sendiri 1
Bahan-bahannya
Dark chocolate, dicincang
Kacang badam, dipanggang (kacang badam sebijisebiji ya jangan dicincang)
Kacang hazel, dipanggang
Kacang walnut, dipanggang

Cara-caranya
1. Cairkan coklat hitam dan masukkan kedalam
beg piping. Paipkan bentuk bulat leper lepar 4cm
diatas kertas kuih.
2. Aturkan kacang badam, hazel dan walnut diatas
coklat leper itu.
3. Sejukkan didalam peti sejuk selama 2 minit atau sehingga ia keras. Siap
untuk dihidang.
Nota: Boleh gunakan sebarang jenis coklat seperti milk chocolate, semi sweet
dan sebagainya.

TART TERAP aka Tart Bunga


Bahan:
450 gm tepong gandum
260 gm butter
75 gm tepong susu
1s/m icing sugar
3 biji kuning telor
1 biji puteh telor
1 s/m Minyak sapi QBB
2 titik pewarna lemon yellow
1/2 s/t garam

1) Butter, gula, telor ,QBB, pewarna,garam di gaul rata.


2) Masokkan tepong susu, tepong gandum lalu di gaul hingga sebati.
3) Adunan di perap 1/2 jam kemudian dia canai dan di terap dgn acuan
tart.
4) Aturkan diloyang pembakar,isikan inti nenas lalu di bakar.

Kuih Tart Bungkus


Bahan Pastri:
625g butter (pilih buttercup - lebihkurang 2-1/4 @ 21/2 buku yang 250g)
1kg tepung gandum
Bahan 1 - Gaulkan sebati hingga menjadi doh
4 biji kuning telur + 1 biji putih telur
Sedikit essen vanila dan pewarna kuning telur
sedikit garam
Bahan 2 - Satukan
Jem Nenas (seeloknya nenas yang diparut - so bila
makan nanti ia macam bertali2 dan tak bersepai
rapuh)
Cara Membuatnya:
Butter dibiar pada suhu bilik. Gaulkan butter bersama
tepung gandum (Bahan 1) sehingga sebati. Satukan
kuning telur, putih telur, essen vanila, garam dan
pewarna kuning (Bahan 2). Setelah adunan butter dan tepung (Bahan
1)menjadi doh.. masukkan Bahan 2. Uli sehingga sebati.
Ambil sedikit doh, buat macam kita buat kuih buah melaka tu..., masukkan
jem nenas kedalamnya. Bentukkan seperti nenas dan gunting atau sepit
seperti nenas. Sebelum bakar..sapukan sedikit kuning telur yang dicampur
dengan 2..3..titis pewarna kuning ke atas kuih tadi. Bakar pada suhu 180
darjah celcius selama 40 minit.

BISKUT SARANG SEMUT


Sumber: NoorMasri
Bahan
250 gm butter
100 gm gula halus
350 gm tepung gandum.....]
100 gm tepung kastad.......] di ayak
1 biji kuning telur
1 s/teh esen vanilla
hiasan
Sedikit coklat rice
sedikit manik gula kecil(warna-warni)
secukupnya paper-cup kecil
Cara...
1. Pukul kembang butter dan gula.
2. Masukkan kuning telur dan esen vanilla dan gaul rata.
3. Masukkan tepung dan gaul rata.
4. Parutkan adunan kedalam mangkuk kecil dan isudukan kedalam papercup.
5. Taburkan coklat rice dan manik gula kecil.
6. Bakar dalam oven dgn suhu 150 'C sampai masak.
7. Sejukkan ...simpan dalam bekas kedap udara.

BISKUT TEMBIKAI
Bahan-bahan
150 g gula kastor
250 g mentega
1 biji kuning telur Gred C
1 sudu besar susu pekat
290-320 g tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
secubit garam
sedikit pewarna merah dan hijau
2-3 sudu besar bijan hitam
Paper cups
1 biji putih telur (utk menyapu doh agar ianya
melekat...tapi Aries tak pakaipun putih telur)
Cara membuatnya
Pukul gula dan mentega hingga sebati, masukkan kuning telur dan susu pekat.
Putar lagi hingga rata. Bubuh tepung gandum yg sudah diayak dengan serbuk
penaik dan garam. Uli perlahan menjadi doh. Bahagikan 3 bahagian, ambil 2
bahagian dan campurkan dengan bijan hitam dan pewarna merah. Ambil baki
doh, campurkan dengan pewarna hijau. Buatkan bebola kecil dengan doh
merah.
Canai doh hijau setebal 3 mm. Sapu sedikit putih telur pada bebola merah
kemudian salutkan dengan doh hijau. Simpan seebentar di dalam peti sejuk
(supaya mudah memotongnya). Belah 4 bebola tadi dan atur di dalam paper
cups dan barulah di letak di atas tin pembakar. Bakar pada suhu 160 C selama
20-25 min atau hingga masak.
* Peringatan
Masukkan tepung sikit2 ulu....

BISKUT FANCY ICE-CREAM


Bahan-bahannya
130gm butter
60gm gula icing
160gm tepung gandum
20gm tepung jagung (1 sudu besar penuh)
20gm tpg kentang
10 gm tepung kastad
1/4 sudu serbuk penaik
20gm serbuk badam
Buat macam cookies biasa. Lepas tu gelek
dgn pengelek gerigi dan
terap dgn acuan ais krim. dah masak celup
dgn coklat hujung nya dan tabus
manik berwarna.
topping
cairkan coklat dlm oven
dan letak minyak masak gaul rata.

BISKUT RANGUP WARNA WARNI


Bahan-bahan:
3 1/2 cawan tepung jagung } diayak
1 cawan mentega
1/2 cawan gula halus
2 biji kuning telur
1 sudu kecil esen vanilla
sedikit sugar strands } hiasan
Cara membuat:
Kacau mentega dan gula halus hingga sebati.
Masukkan kuning telur, esen vanilla dan
kacau rata
Masukkan tepung jagung dan diuli
Canaikan adunan dan terapkan bentuk yg anda suka
Sapukan kuning telur di atasnya
Kemudian hiaskan di atasnya dgn gula urai warna warni
Bakar di dalam ketuhar hingga masak kemudian sejukkan atas rak

BISKUT ARAB aka CRISTALL BALL


Bahan
250 gm tepung gandum
125 gm gula halus
125 gm minyak sapi
pewarna..merah ..kuning dan hijau
Caranya:
1. Gaulkan semua bahan sehingga sebati.
2. Bahagikan adunan kepada 3 warna dan
masukkan warna yg berlainan saperti merah,
kuning dan hijau.
4. Bentukkan adunan saperi bebola dan
cantumkan 3 warna saperti dalam gambar.
5. Masukan adunan dalam paper-cup kecil.
6. Bakar pada suh 180'c selama 25 - 20 minit.

CHOCOLATE ALMOND BARS


Bahan-bahannya
(A)
250 gram mentega
190 gram gula aising
secubit rasa garam
(B)
1 biji telur
(C)
380 gram tepung gandum
90 gram badam kisar
Cara-caranya
1. Putar (A) sehingga lembut dan tambah (B). Putar sehingga tidak berbintilbintil.
2. Campurkan (C) yang telah diayak dan adun hingga sebati.
3. Simpan dalam peti sejuk selama 30 minit atau sehingga keras.
4. Canaikan doh di antara kepingan kertas minyak sehingga menjadi 3mm
tebal.
5. Potong menjadi 5sm x 2.5 sm dan bubuh atas kertas pembakar.
6. Bakar pada suhu 175 darjah C selama 15-20 minit atau sehingga kuning
keemasan.
7. Biarkan ia sejuk. Tangkup 2 kping dengan coklat yang telah dicairkan.
8. Selaputkan dengan coklat cair dan letakkan ke atas kertas minyak. Paipkan
sedikit jejalur coklat putih di permukaan.
9. Simpan dalam peti sejuk selama 2 minit. Biar ia keras.

Biskut Lemak
Bahan-bahannya:40g lemak sayuran
90g Mentega
60g Guka Aising
2 Biji kuning telur
60g serbuk santan
60g Tepung Jagung
40g Tepung beras
90g Tepung berserbuk penaik
40g Susu tepung
Coklat chip untuk hiasan
Cara membuatnya:
1. Putar lemak sayuran bersama mentega, gula aising dan kuning telur
sehingga sebati.
2. Masukkan serbuk santan bersama tepung jagung, tepung beras, tepung
berserbuk penaik
dan susu tepung, uli sehingga sebati dan menjadi doh.
3. Bentukkan doh bulat dan leperkan sedikit.
4. Hias coklat chip diatasnya.
5. Bakar biskut pada suhu 180 C, sehingga masak.

BISKUT MAKMUR TABURAN


Bahan A - Doh
160 gram mentega lembut
100 gram Crisco putih
1 biji telur kecil
80 gram gula powder
1 sudu teh serbuk vanilla
1/2 sudu teh emplex
400 gram tepung Hong Kong, diayak
60 gram tepung custard
Bahan B - Inti
150 gram kacang gajus, dibakar dan dikisar kasar
180 gram gula powder
60 gram mentega lembut
Bahan C - Tabur
190 gram kacang gajus, dibakar dan dikisar
200 gram gula kaster
Cara untuk Bahan A
Pukul dengan "K" beater mentega, gula, telur, Crisco, emplex dan vanilla.
Apabila rata masukkan tepung Hong Kong dan custard. Pukul lagi sehingga
rata dan perap selama 10 minit. Kemudian ambil 30 gram atau 40 gram doh
dan dileperkan. Isikan dengan Bahan B dan sepit diatas bentuk daun,
kemudian atur dalam dulang biskut dan bakar dengan kepanasan 150 darjah
C selama 25 - 30 minit. Setelah masak tabur rata dengan bahan C.
Cara untuk Bahan B
Gaul rata semua Bahan B sehingga sebati. Perap selama 10 minit. Ambil
sedikit adunan dan bentukkan mengikut kecil besarnya biskut yang hendak
dibuat.
Cara untuk Bahan C
Gaul rata semua Bahan C yang diperlukan untuk menabur biskut yang baru
dimasak.

ALMOND CORNFLAKES CRUNCH


Bahan-bahannya
(A)
130 gram mentega
145 gram gula
secubit garam
1/2 sudu teh glucose
(B)
1 biji telur
(C)
200 gram tepung gandum
1 sudu teh baking powder
1 sudu besar tepung susu
1/2 sudu teh serbuk kulit kayu manis
(D)
50 gram cornflakes
70 gram badam, hiris
Untuk Hiasan
sedikit badam, dicincang
sedikit ceri hijau
Cara-caranya
1. Pukul (A) sehingga lembut. Masukkan (B). Pukul sehingga licin.
2. Tambahkan (C) yang telah diayak dan adun hingga sebati.
3. Akhirnya, campurkan (D) dan gaul rata.
4. Sendukkan 1 sudu teh adunan tadi dan bentukkan menjadi bebela.
Selaputkan dengan badam cincang. Letakkan diatas dulang yang telah digris.
Hias atasnya dengan ceri hijau dan tekan sedikit.
5. Bakar pada suhu 170 darjah C selama 12 - 15 minit atau hingga kuning
keemasan.
Nota: Biskut ini boleh juga diselaputi dengan oats yang telah dikisar untuk
menggantikan badam cincang.

Biskut Tulip
Bahan-bahannya:200gm mentega
250gm tepung gandum
50gm gula aising
1 biji kuning telur
20gm tepung jagung
30gm susu tepung
1 sudu kecil esen vanilla
sedikit prune
sedikit badam cincang
Cara menyediakan:1. Satukan mentega, gula dan esen vanilla. Pukul
sehingga kembang.
2. Masukkan kuning telur, tepung jagung, susu
tepung dan tepung gandum.
Gaul hingga menjadi doh.
3. Gunakan penggelek yg bergerigi utk. mencanai
dan terap dengan acuan tat.
4. Bentukkan seperti bunga tulip. Sebelum dibakar, sapukan kuning telur di
atasnya.
Letakkan buah prune sebagai hiasan. Buatkan tangkainya berwarna hijau.

BISKUT MAMA CARRIE


Bahan-bahannya
(A)
200 gram mentega
110 gram gula aising
secubit rasa garam
(B)
1 biji telur
(C)
300 gram tepung gandum
1 sudu besar tepung susu
1/2 sudu teh serbuk penaik
Untuk Topping
1 biji putih telur
180 gram gula aising
sedikit coklat masakan, dicairkan
Cara-caranya
1. Putar (A) sehingga lembut. Campurkan (B) dan putar hingga tidak berbintil.
2. Tambahkan (C) yang telah diayak dan adun hingga sebati.
3. Simpan dalam peti sejuk selama 60 minit atau sehingga keras.
4. Canaikan doh di antara 2 kepingan plastik sehingga menjadi 5mm tebal.
5. Potong dengan pisau bulat berukuran 5 sm dan alaskan di atas kertas
pembakar.
6. Bakar pada suhu 170 darjah C selama 20 minit atau sehingga kuning
keemasan.
7. Biarkan ia sejuk. Paipkan bahaian topping di permukaan. Gunakan
pencungkil gigi untuk membuat garisan ke atas coklat cair yang telah disapu.
Biarkan ia keras selama 30 minit.
8. Masukkan dalam ketuhar dn pakar pada suhu 150 darjah C selama 10
minit.
Cara untuk Topping
Campurkan putih telur dan gula aising dan gaul hingga sebati.

BISKUT KACANG & COKLAT CIPS


Bahan
160 g butter
80 g gula kastor
1 biji kuning telur
1 s/k essen vanilla
200 g coklat cips
100 g badam cincang[panggang]
200 g tepung gandum
1 s/k soda bikarbonat
1 s/b serbuk koko

Cara
1. Pukul gula dan butter sehingga hancur.
2. Masukkan telur dan esen vanilla. Kacau rata
3. Masukan badam cincang dan coklat cips.
4. Masukkan tepung dan bahan yg telah diayak. Gaulkan rata.
5. Sudukan atas loyang yg telah disapukan majerin
6. Bakar dalam suhu 180'C selama 15 - 20 minit.
7. Sejukkan dahulu baru disimpan.

BISKUT MARMAR CARRIE


Bahan bahan
300 gm mentega
400 gm tepung gandum
120 gm tepung jagung
100 gm gula aisng
1/2 sudu teh esen vanila
Cara membuatnya
1. Pukul mentega dan gula aising hingga kembang .
2. Masukkan vanila dan kedua - dua jenis tepung .
Gaul sebati.
3. Canai dan terap dengan acuan yang anda suka .
Aising :
2 biji putih telur
150 gm gula aising
15 gm tepung jagung
Coklat paste
beberapa batang tooth-stick
Untuk membuat aising:
1. Pukul putih telur bersama gula asing dan tepung jagung hingga ringan .
2. Asingkan sedikit aising dan warnakan dengan colat paste.
3. Sapukan iasing warna asal (putih) atas adunan.
4. Celupkan tooth-stick kedalam aising coklat dan lorekkan atas permukaan
ising putih tadi.
5. Bakar dalam suhu 180 C selama 15 minit.
6. Sejukkan dan simpan dalam bekas kedap udara.

TAT NENAS/GULUNG
Bahan
60 gm butter
190 gm majerin
70 gm gula halus
1 biji kuning telur
1 s/k esen vanilla
350 gm tepung gandum
50 gm tepung jagung
Jem Nenas..boleh dibeli dikedai bahan
kueh/kek
atau..
1 biji nenas ] blend dan masak sampai
pekat baru + gula
1/2 cawan air ]
1 cawan gula
Bahan Glaze/pengilat
2 kuning telur
2 s/kecil air
pewarna kuning
Cara.
1. Gaulkan butter,majerin dan gula supaya rata.
2. Masukkan kuning telur dan esen vanilla dan gaul sehingga rata.
3. Masukkan tepung gandum dan tepung jagung yg telah diayakkan.
4. Gaulkan sehingga rata dan sebati.
5. Gunakan acuan Nestar dan pamkan adunan.
6. Kepalkan jem nenas sebesar biji kurma.
7. Letakkanjem nenas diatas adunan dan gulungkan.
8. Masukkan adunan biskut dalam acuan kertas.
9. Sapukan dengan bahan glaze tadi.
10. Bakar dalam oven suhu 180'C sehingga kuning keemasan atau masak
dalam 20 minit.
11. Bila telah masak, sejukkan dan simpan dalam bekas kedap udara.

CRUNCH CHOCLATE CHIP


1 cawan butter
1 cawan minyak
3/4 cawan gula caster
1/2 cawan gula perang
2 biji telor
1 sudu kecil esen vanila
2 sudu kecil sodabocabonat
1 sudu kecil cream of tartar
1 sudu kecil garam halus
1 1/2 cawan choc chip
1 cawan walnut atau badam
4 1/2 cawan tpg gandum
coffee oil 1 drop
buat macam biskut biasa tapi adunan nie agak lembik and just masukkan dlm
piping bag. Kalau tak ada puping bag, just guna plastik dan gunting
muncungnya dan terus paipkan ke tray pembakar. Buat comel2 lahhh
cuba tau sebab biskut nie gerenti sedap ranggup dan umppppp. Rugi kalau tak
cuba.

CHOCOLATE TARTS
Bahan-bahannya :
250 gm Margerine
180 gm Sugar Powder
1 sudu kecil vanilla essence
3 biji kuning telur
Tepung gandum (agak-agak)
250 gm Cooking Chocolate
Manik-manik
Caranya :
1) Pukul margerine dan gula sehingga kembang.
2) Campurkan vanilla essence, kuning telur and pukul hingga sebati.
3) Masukkan tepung sehingga ia menjadi doh.
4) Giling dan gunakan cetak kuih tart untuk mencetak.
5) Bakar dengan suhu 180 Deg Celcius selama lebih kurang 20 minit.
6) Sementara tart itu sejuk, cairkan chocolate menggunakan kaedah "double
boiling".
7) Letak chocolate ke atas tart tadi dan taburkan manik.
8) Biarkan sebentar hingga chocolate keras.

CHOCOLATE CRUNCH
Bahan
250 g cooking coklat
50 g butter
150 g badam hancur [panggang]
200 g coco crunch
150 g bubble rice
acuan kertas
hiasan - manik warna-warni

Cara
1. Cairkan cooking coklat secara double boil sehingga coklat cair.
2. Angkat dan masukkan butter. Kacau sehingga coklat dan butter sebati.
3. Masukkan semua bahan dalam mangkuk besar dan gaul rata dan sebati.
4. Masukkan sesudu kedalam acuan kertas dan taburkan manim warna-warni.
5. Biarkan sejuk dan beku sendiri. Simpan dalam bekas kedap udara.

BISKUT ROTI KELAPA


Bahan-bahan:6 cawan kulit roti kering - dimesin
5 cawan kelapa parut
2 cawan gula - atau ikut manis yg disukai

Cara-cara:Masukkan semua bahan2 di dalam bekas, gaul sebati dan masukkan ke dalam
acuan putu atau sebarang acuan yg disukai. Tekan padat2 dan keluarkan dr
acuan untuk dibakar. Bakar dengan api perlahan selama 1 jam untuk
mendapatkan biskut yg rangup. Cuba lahh....sedappppp...rasa mcm biskut
kelapa yg saya makan masa kecik2 dulu..

Anda mungkin juga menyukai