Anda di halaman 1dari 7

Refleksi Praktikum

Saya telah menjalani praktikum di Sekolah Kebangsaan Perempuan Durian


Daun, Melaka. Tempoh praktikum ini ialah selama 12 minggu bermula dari
28 Jun 2010 sehingga 24 September 2010. Semasa menjalani praktikum ini,
pelbagai pengalaman telah saya tempuhi dan alami dan pengalaman ini
banyak membantu saya menjadi seorang guru yang lebih baik dan banyak
memperbaiki kelemahan diri saya sekaligus menyediakan saya untuk
menjadi guru yang baik.
Sebelum saya pergi lebih jauh lagi, saya rasa lebih baik jika
terlebih dahulu saya sentuh serba sedikit tentang tugas seorang guru. Sedar
atau tidak sebenarnya tugas yang dilakukan oleh warga guru adalah tugas
yang amat berat iaitu usaha untuk memanusiakan manusia, untuk
membentuk insan bersahsiah dan bermoral tinggi serta sentiasa menyeru
murid-muridnya ke arah kebaikan.
Warga guru sebenarnya menyambung dakwah Rasulullah saw iaitu
menyuruh kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran yang dilakukan
oleh para pelajar. Kerjaya ini juga akan dapat saham akhirat yang tidak
putus-putus dengan ilmunya yang diambil manfaat oleh pelajarnya.
Semua yang disebut di atas akan diperolehi sekiranya dilakukan
semata-mata untuk mencari reda Allah. Dengan kata lain niat hendaklah
ikhlas. Alangkah ruginya sekiranya tugasan yang dilakukan hanya kerana
menjalankan tanggungjawab mengajar semata-mata, cukup bulan dapat gaji
dan elaun. Langsung tidak fikirkan macam mana dengan ibadat mereka,
akhlak mereka dan masa depan mereka.
Sememangnya tidak dinafikan tugas guru pada masa kini amat berat
dengan masalah keruntuhan moral. Dulu masalah disiplin pelajar berkisar
dengan merokok, ponteng kelas, vandalisme tapi pada masa kini pelajar

terlibat dengan minuman keras, pil khayal, merempit, curi dan yang paling
membimbangkan ialah seks bebas. Semua ini adalah cabaran buat insan
yang bernama guru. Apatah lagi pelajar masa kini tidak boleh disentuh
langsung. Silap hari bulan guru boleh disaman oleh ibubapa pelajar.
Daoed Yoesoef (1980) menyatakan bahawa seorang guru mempunyai
tiga tugas utama iaitu tugas profesional, tugas manusiawi, dan tugas
kemasyarakatan.
Tugas-tugas profesional dari seorang guru iaitu meneruskan atau
menyampaikan ilmu pengetahuan, keterampilan serta nilai-nilai lain yang
belum diketahui oleh murid dan seharusnya diketahui oleh mereka.
Tugas manusiawi adalah tugas-tugas membantu anak didik agar dapat
memenuhi tugas-tugas utama dan manusia kelak dengan sebaik-baiknya.
Tugas-tugas manusiawi itu adalah transformasi diri, identifikasi diri sendiri
dan pengertian tentang diri sendiri.
Guru seharusnya dengan melalui pendidikan mampu membantu anak
didik untuk mengembangkan daya berpikir sehingga mampu untuk turut
serta secara kreatif dalam proses transformasi kebudayaan ke arah
keadaban demi memperbaiki hidupnya sendiri dan kehidupan seluruh
masyarakat disekelilingnya.
Tugas kemasyarakatan merupakan tanggungjawab guru sebagai warga
negara yang baik, turut mengembang dan melaksanakan apa-apa yang telah
digariskan oleh bangsa dan negara.
Seperti yang saya telah nyatakan tadi, sekolah tempat saya menjalani
praktikum ini ialah sekolah perempuan dan semua pelajar di sekolah ini
terdiri daripada murid perempuan. Lagi pula, jumlah murid di sekolah in juga
tidak ramai iaiatu lebih kurang 205 orang murid sahaja. Ini memudahkan
pengurusan dan pengawalan disiplin murid. Murid-murid juga tidak banyak

kerenah dan jarang membuat masalah seperti melakukan kesalahan disiplin


yang teruk seperti mencuri, membuli rakan, vandalisme atau sebagainya.
Secara umumnya, saya tidak menghadapi masalah yang besar tentang
murid di sekolah tersebut. Cuma kadang-kadang ada juga sedikit masalah
kecil semasa di dalam kelas iaitu murid kurang member perhatian terhadap
pengajaran yang berlangsung di dalam kelas. Ini pun mungkin berlaku
kerana kelemahan saya sendiri dari sudut pemilihan kaedah pengajaran dan
bahan bantu mengajar yang disediakan.
Sementara itu, pihak pengurusan sekolah juga memberikan kerjasama
yang cukup baik sepanjang saya menjalani praktikum di sekolah ini. Pihak
pengurusan terutamanya guru besar telah banyak memberikan bantuan
kepada saya sepanjang saya menjalani praktikum di sekolah tersebut.
Pengurusan di sekolah ini saya lihat berjalan dengan baik kerana guru besar
sekolah tersebut mengamalkan corak pengurusan yang berdiplomasi di
mana beliau mengambil kira pandangan orang bawahan beliau dalam segala
hal. Beliau juga seorang yang mudah mesra dan senang dibawa berbincang.
Begitu juga dengan guru-guru penolong kanan di sekolah tersebut yang
begitu mesra dan tidak lokek untuk membantu saya jika saya menghadapi
sebarang masalah ketika menjalani praktikum di sekolah tersebut.
Sekolah ni bagi saya merupakan sekolah yang cantik dan ceria. Ini
kerana persekitaran sekolah ini adalah bersih dan menenangkan. Walaupun
sekolah ini agak kecil namun ia dilengkapi oleh fasiliti yang lengkap seperti
kantin, pusat sumber, bilik komputer, makmal sains, bilik kemahiran hidup
dan sebagainya. Pendek kata, sekolah ini serba serbi lengkap dengan segala
kelengkapan yang diperlukan oleh guru dan murid dalam melaksanakan
proses pengajaran dan pembelajaran. Persekitaran sekolah juga cantik di
mana sekolah ini dilihat cukup menjaga keindahan persekitaran sekolah di
mana persekitaran sekolah ini sentiasa dijaga dengan rapi bagi memastikan
ia sentiasa cantik dan kemas. Di samping itu, suasana di sekolah ini juga

aman di mana murid tidak berbuat bising di dalam kelas. Ini mungkin kerana
semua murid di sekolah ini murid perempuan.
Selain itu, guru-guru di sekolah tersebut juga amat mesra dan mudah
dibawa bergaul. Saya tidak menghadapi sebrang masalah dengan pergaulan
dengan semua guru di sekolah tersebut kerana mereka semuanya mudah
mesra dan tidak lokek untuk berkongsi ilmu serta pengalaman mereka dalam
membantu saya sepanjang proses praktikum yang saya jalani berlangsung.
Lebih-lebih lagi guru pembimbing saya yang banyak membantu dan
memberi tunjuk ajar kepada saya serta melicinkan perjalanan praktikum
yang saya jalani ini. Beliau banyak memberikan tunjuk ajar dan teguran yang
membina kepada saya sepanjang saya menjalani praktikum yang saya rasa
banyak membantu saya dalam memperbaiki kelemahan saya dalam proses
pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.
Bagi saya, sekolah ini cukup baik dan dan mampu meransang murid
belajar dengan berkesan. Ini kerana seperti yang saya sebutkan tadi,
persekitaran sekolah ini indah dan menenangkan ditambah lagi dengan
suasana

yang

aman

tanpa

kebisingan

yang

mampu

menghasilkan

persekitaran yang kondusif bagi menjalankan proses pengajaran dan


pembelajaran.
Selain itu, budaya di sekolah ini saya lihat cukup baik di mana semua
guru terlibat serta berganding bahu dalam menjayakan misi dan visi sekolah.
Ini dibuktikan dengan semua guru turun padang dalam menjayakan apa jua
aktiviti yang dijalankan di sekolah bagi memastikan kecemerlangan murid.
Hal ini tidak terhad kepada aspek kurikulum ataupun akademik sahaja
bahkan juga turut melibatkan aktiviti kokurikulum di waktu petang seperti
unit beruniform , sukan mahupun persatuan. Semua guru mempunyai tugas
serta tanggungjawab masing-masing yang mesti dipikul dan saya lihat
mereka semua begitu komited dalam menjalankan tugas masing-masing
serta bantu membantu antara satu sama lain dalam segala hal.

Masyarakat juga saya lihat cukup mengambil berat tentang pelajaran


anak mereka masing-masing. Ini dibuktikan dengan aktifnya persatuan ibi
bapa dan guru di sekolah ini dalam merangka aktiviti-aktiviti yang
bersesuaian bagi menjamin kecemerlangan pelajar di sekolah tersebut.
Masyarakat sekeliling yang terdiri daripada ibu bapa murid di sekolah
tersebut juga tidak lokek untuk memberikan sumbangan kepada pihak
sekolah sama dari aspek kewangan mahupun tenaga bagi sama-sama bantu
mebantu meningkat kecemerlangan murid di sekolah ini.
Sekolah ini mengamalkan budaya yang saya rasa diamalkan di semua
sekolah di seluruh Malaysia di mana mereka mengutamakan kecemerlangan
murid bukan sahaja dari aspek akademik, tetapi juga mementingkan aspek
sahsiah serta penglibatan murid dalam aktiviti kokurikulum.
Berkaitan tentang guru pula, di sekolah ini hanya terdapat 20 orang
guru sahaja termasuk guru besar dan para penolong kanan beliau. Oleh
sebab bilangan guru tidak ramai, maka tanggungjawab yang dipikul oleh
setiap orang guru agak berat namun semua guru di sekolah ini saya lihat
cukup komited dalam menajalankan tugas mereka. Mereka juga saya lihat
sanggup membanting tulang berusaha meningkatkan kecemerlangan murid
tanpa mengenal erti penat dan jemu.

Bagi saya semua guru di sekolah

tersebut adalah guru yang luar biasa kerana mereka saya lihat bukan sahaja
mahir dalam bidang pengkhususan mereka bahkan juga mahir dalam bidang
yang lain seperti pengurusan, teknologi maklumat dan sebagainya terutama
sekali guru pembimbing saya saya yang cukup kreatif dalam segala hal,
mahir dalam teknologi maklumat dan cukup aktif dalam semua program
sekolah. Beliau juga cukup dihormati dan disegani oleh semua murid di
sekolah tersebut di mana semua murid memberikan tumpuan yang cukup
baik semasa beliau mengajar.
Semasa di sekolah ini juga, saya mengalami dan mengahadapi
pelbagai pengalaman pahit dan manis serta peristiwa yang mencabar

pengetahuan serta kesabaran saya sebagai seorang guru. Pengalaman


manis yang yang saya alami aialah apabila saya dapat melibatkan diri dalam
semua aktiviti yang dijalankan di sekolah serta dianggap sebagai keluarga
oleh semua guru di sekolah tersebut. Peristiwa yang saya rasa cukup
mencabar saya ialah untuk memastikan tumpuan murid terhadap saya di
dalam kelas semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Ini
memerlukan ilmu, usaha serta kesabaran yang cukup kuat bagi memastikan
semuanya berjalan seperti yang dirancang. Pengalaman yang saya rasa agak
pahit untuk diingat ialah apabila terpaksa berpisah dengan warga sekolah
yang cukup saya kasihi seperti guru besar, para guru dan terutamanya
murid-murid yang belajar di kelas saya.
Mengenai kursus kpli ini pula, bagi saya kursus ini amat baik di mana
para siswazah diberi peluang untuk berkhidmat sebagai seorang guru yang
terlatih

walaupun pada

asalnya mereka

bukan berasal dari

jurusan

pendidikan. saya merasakan bahawa tempoh kursus selama satu tahun


adalah amat singkat serta tidak mencukupi bagi menghasilkan guru yang
berketrampilan dan saya merasakan bahawa kursus ini perlu dipanjangkan
mungkin selama dua tahun atau tiga tahun bagi memastikan guru-guru yang
dihasilkan betul-betul berkualiti dan mampu menghasilkan modal insan
yang cemerlang di dunia dan di akhirat.
Akhir sekali, saya juga ingin menyentuh serba sedikit tentang mentor
kami di mana beliau bukan dari jabatan pendidikan islam tetaqpi merupakan
pensyarah di jabatan pendidikan jasmani. Bagi saya ini semua tidak menjadi
masalah kerana saya merasakan bahawa beliau telah menjalankan tugas
dengan baik dan memastikan kebajikan kami sebagai mentee beliau terjaga.
Saya merasakan bahawa perkara ini wajar diteruskan asalkan para
pensyarah yang ditugaskan sebagai mentor tersebut memahami keperluan
dan sensitiviti kami sebagai guru pendidikan islam.

Sebagai penutup, saya merasakan bahawa praktikum yang telah saya


jalani ini adalaha amat bermakna dan cukup membantu saya dalam
menyediakan diri saya untuk menjadi bakal guru yang cemerlang. Ia juga
dapat menyediakan saya dalam semua aspek yang dperlukan untuk menjadi
seorang guru. Saya berpendapat bahawa program praktikum ini adalah amat
relevean untuk diteruskan untuk melahirkan bakal guru yang berkualiti.

Anda mungkin juga menyukai