Anda di halaman 1dari 4

KEDUDUKAN SIGHAH AL-AMR DARI SEGI PENGULANGAN TUNTUTAN

Para ulama usuliyyin

berpandangan bahawa dalalah al-Amr yang

berbentuk sekali atau berulang-ulang kali terbahagi kepada lima. Tetapi kami
hanya

akan

menyebut

tiga

daripadanya.

Jika

terdapat

tanda

yang

menunjukkan bahawa al-amr itu perlu dilakukan secara berulang kali, maka
ia perlu dilaksanakan seperti yang dituntut. Tetapi jika tiada sebarang
petunjuk bahawa tuntutan itu perlu diulang, ahli-ahli usul telah berselisih
pendapat.
Pandangan

pertama

adalah

bagi

Hanafiyah

dan

Hanabilah

berpendapat bahawa pandangan rajih Ibnu Badran dan pilihan ar-Razi dan
pengikutnya Amadi dan Ibnu Hajib dan Baidhawi as-Syafie dan diakui oleh
Ibnu Sabki pada pandangan yang banyak dari Syafiiyyah bahawasanya
tuntutan mutlak tidak menetapkan pengulangan, dan menunjukkan bahawa
perintah melakukan tuntutan tersebut tidak terikat sama ada dengan sekali
mahupun berulang-ulang tetapi sekurang-kurangnya sekali. Ini adalah
pendapat yang sahih dari mazhab Hanafi dan Hanabilah dan berkata
sebahagian mazhab Hanafi seperti al-Bazdawi, tuntutan pengulangan seperti
tersebut dalam Quran berkait dengan syarat bagi menjadi Illah kepada
sesuatu perkara yang diperintahkan.

Seperti firman Allah s.w.t :


( )
Bermaksud : Apabila kamu dalam keadaan berjunub hendaklah kamu
bersuci dan firman Allah s.w.t lagi :
( )
1 Dr. Wahbah Zuhaili, 1986, Usul Fiqh al-Islamiyy, Beirut : Dar al-Fikr al-Muasir, hlm.
225

Bermaksud : Apabila kamu hendak mendirikan solat maka basuhlah wajah


kamu dan kedua tangan kamu hingga ke siku.
Atau menetapkan sifat sesuatu sebagai illah kepada sesuatu perintah itu
sepeti firman Allah s.w.t:
( )
bermaksud : Dirikanlah solat apabila gelincir matahari dan dalam firman
Allah yang lain :
( )
Bermaksud : Penzina wanita dan penzina lelaki maka hendaklah dihukum
sebat setiap dari mereka dengan 100 kali sebatan.
Maka sesungguhnya Allah memerintahkan supaya bersuci apabila dalam
keadaan janabah, dan memerintahkan wudhu apabila ingin melakukan solat,
perintah melakukan solat apabila gelincir matahari, perintah sebatan yang
wujud kerana berzina. Pengulangan hukum adalah bergantung kepada
pengulangan sebab

dan

Illahnya

kerana

Syarak

menentukan hukum

berdasarkan wujudnya Illah.


Ahli-ahli bahasa arab bersepakat bahawa al-Amr tidak menunjukkan
kepada sesuatu melainkan tuntutan pada masa hadapan. Perintah terhadap
sesuatu larangan adalah berlawanan dengan perintah suruhan. Maka tidak
akan wujud perintah suruhan dan larangan bersama.
Al-Amr yang mutlak kadang-kadang menunjukkan kepada berulangulang

seperti

solat,

puasa

dan

lain-lain.

Kadangkala

ia

juga

boleh

menunjukkan hanya sekali sahaja seperti haji. Kesimpulannya, ia berkongsi


pada tuntutan melaksanakan perbuatan tanpa mengambil kira jumlah
bilangan tuntutan.

Pandangan kedua pula adalah dari al-Malikiyyah dan al-Syafiiyyah


secara lafaz, al-amr menunjukkan kepada sekali da nada kebarangkalian
berulang-ulang. Dalam satu peristiwa, Al-Aqra bin Habis telah bertanya
kepada Nabi Muhammad s.a.w adakah difardhukan haji pada setiap tahun
berdasarkan hadis Rasulullah s..a.w " .
Pandangan ketiga adalah dari al-Asfarayiniyy, al-Syiraziyy dan Imam
Ahmad bib Hanbal. Berdasarkan pada pandangan ini, boleh

dibahagikan

kepada tiga dalil. Pertamanya adalah peristiwa Ahli Radah yang enggan
membayar zakat. Saidina Abu Bakar telah memerangi golongan yang
enggan membayar zakat. Berdasarkan dalil Allah s.wt : (

menunjukkan al-amr itu berulang-ulang.2


Keduanya adalah al-Nahy menetapkan kepada berulang-ulang sesuatu yang
ditegah. Pandangan ini adalah sama dengan lafaz al-Amr yang mempunyai
faktor yang sama iaitu tuntutan.
Ketiganya pula adalah jika tidak menunjukkan dalalah al-Amr ke atas
pengulangan tetapi menunjukkan perintah sekali sahaja maka tidak boleh
nasakh ke atasnya. Akan tetapi nasakh boleh berlaku apabila menunjukkan
ke atasnya pengulangan. Sesungguhnya nasakh tidak boleh ada ke atas alamr yg menetapkan hanya lafaz sekali tetapi ia boleh wujud pada al-amr
mutlak yang terdapat qarinah pada atas pengulangan dan membawa al-amr
atas pengulangan bagi qarinah yang harus.

KESAN PERSELISIHAN
Antara kesan yang dapat dilihat apabila terdapat perselisihan adalah
dalam kes ceraikan diri sendiri. Pandangan yang pertama menyatakan AlAmr menunjukkan berulang-ulang. Ini membolehkan lafaz cerai lebih
2 Dr. Wahbah Zuhaili, 1986, Usul Fiqh al-Islamiyy, Beirut : Dar al-Fikr al-Muasir, hlm.
226

daripada

satu.

Pandangan

kedua

pula

adalah

menyatakan

Al-Amr

menunjukkan kepada sekali iaitu hanya satu sahaja


Dalam masalah sembahyang fardhu menggunakan tayamum pula, ada
yang berpendapat bahawa wuduk yang diambil dari tayammum boleh
digunakan lebih daripada satu waktu solat. Tetapi ada juga yg berpendapat
bahawa wuduk yang diambil daripada tayamum hanya boleh digunakan
pada satu waktu sahaja.3

3 Dr. Wahbah Zuhaili, 1986, Usul Fiqh al-Islamiyy, Beirut : Dar al-Fikr al-Muasir, hlm.
227

Anda mungkin juga menyukai