Anda di halaman 1dari 3

Kebaikan rumah terbuka

1) mengeratkan hubungan antara kaum


2) dapat mendalami pengetahun tentang tradisi dan budaya kaum lain
3) dapat menjayakan konsep "satu Malaysia" yang didukung oleh Perdana Menteri
4)bertukar-tukar pendapat
5)saling ziarah-menziarahi kaum lain
6)menghormati
Soalan Contoh
Sewaktu sambutan Hari Raya Aidilfitri yang lalu, anda telah mengunjungi rumah terbuka yang
dianjurkan oleh kerajaan Malaysia.
Huraikan kebaikan dan keburukan rumah terbuka itu.
Pendahuluan
- Jelaskan konsep rumah terbuka secara umum.
Isi-isi Penting
i. mengeratkan perpaduan kaum
ii. memahami budaya kaum lain
iii. masalah kebersihan
iv. ada yang mementingkan diri
Penutup
- konsep rumah terbuka perlu dihayati.
Karangan Contoh
Kebelakangan ini, amalan mengadakan rumah terbuka menjadi perkara biasa dalam kalangan
rakyat Malaysia apabila tiba hari-hari perayaan utama. Konsep rumah terbuka ini memang perlu
diteruskan dan dijadikan amalan kerana banyak kebaikannya. Dengan adanya rumah terbuka,
mudahlah seseorang itu untuk mengunjungi rumah saudara mara, jiran-jiran dan rakan-rakan
kerana tarikh dan masanya sudah ditetapkan. Seterusnya amalan ini sudah tentu akan
mengeratkan hubungan dan perpaduan sesama anggota masyarakat. Hal ini pasti akan
mewujudkan masyarakat yang hidup dalam keadaan aman dan harmoni seperti kata pepatah,
"Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat".
Amalan rumah terbuka akan mengeratkan perpaduan kaum dalam kalangan masyarakat di negara
kita. Semasa menghadiri rumah terbuka tersebut para tetamu yang hadir akan beramah mesra
dengan tetamu yang lain. Jadi, sudah tentu perkara ini akan membolehkan mereka berbual mesra
dan saling memahami antara satu sama lain. Oleh itu, di samping menjamu selera, secara tidak
langsung perpaduan dan persefahaman antara tetamu yang terdiri daripada pelbagai latar
belakang ini akan dapat dimantapkan. Hal ini bersesuaian dengan pepatah Melayu, iaitu "Tak
kenal maka tak cinta".
Semasa menghadiri rumah terbuka juga, para tetamu yang terdiri daripada pelbagai kaum akan
memahami budaya dan adat resam kaum lain. Mereka akan merayakan perayaan itu bersama-

sama, walaupun mereka berbeza latar belakang budaya dan agama. Sebagai contohnya, orangorang Cina, India, Iban, Kadazan akan merayakan sambutan Hari Raya Aidilfitri bersama-sama
dengan orang Melayu dan begitu juga sebaliknya. Jadi, mereka akan dapat mempelajari budaya
dan adat resam kaum lain dan berusaha untuk memahaminya. Perkara ini sudah tentu akan
mewujudkan budaya yang sihat dalam kalangan masyarakat berbilang kaum di negara kita.
Selain kebaikan, terdapat juga keburukannya kerana rumah terbuka akan menimbulkan masalah
untuk menjaga kebersihan di tempat rumah terbuka itu diadakan. Hal ini disebabkan oleh sikap
tetamu yang hadir, iaitu tidak mementingkan aspek kebersihan. Mereka tidak menghiraukan
aspek kebersihan dan membuang sisa makanan atau bungkusan makanan di merata-rata tempat.
Perkara ini akan menimbulkan masalah apabila rumah terbuka itu berakhir dan menyusahkan
pihak penganjur untuk membersihkannya. Oleh itu, perkara ini perlulah diberikan perhatian agar
tetamu yang hadir akan menjaga aspek kebersihan dan tidak mengotorkan tempat itu.
Keburukan lain akibat penganjuran rumah terbuka adalah terdapat pihak yang mementingkan diri
dan tidak menghiraukan orang lain. Perkara ini akan menimbulkan masalah dan kesulitan kepada
orang lain yang turut hadir dalam majlis itu. Ada tetamu yang berebut-rebut semasa mengambil
makanan atau bersikap tamak dengan mengambil makanan dalam jumlah yang banyak.
Sekiranya mereka menghabiskan makanan tersebut sudah tentu tidak menimbulkan masalah,
tetapi perkara yang berlaku ialah mereka tidak menghabiskan makanan tersebut. Hal ini sudah
tentu menyebabkan pembaziran berlaku, sedangkan ada orang lain yang mungkin tidak mendapat
makanan langsung.
Oleh hal yang demikian, konsep rumah terbuka perlu dihayati dengan mendalam oleh semua
pihak. Konsep rumah terbuka sudah tentu banyak mendatangkan kebaikan jika difahami dan
dihayati oleh anggota masyarakat. Sekiranya konsep ini tidak difahami dan dihayati, ditakuti
amalan rumah terbuka akan mendatangkan keburukan atau sekadar syarat sahaja untuk
menganjurkannya. Kita tidak mahu seperti kata pepatah, "Rumah siap pahat berbunyi" apabila
menganjurkan rumah terbuka. Jadi, semua anggota masyarakat haruslah memahami dan
menghayati konsep rumah terbuka yang sebenarnya agar hasrat yang dicita-citakan akan dapat
dicapai.
Oleh; Cikgu Mohd Khir Kassim
Setiap kali tibanya hari-hari perayan di Malaysia,pasti akn ada yang mengambil kesempatan
untuk menganjurkan majlis rumah terbuka sama ada di rumah,hotel ,dewan dan
sebagainya.Sebenarnya,majlis rumah terbuka bukanlah satu perkara baharu bagi rakyat
Malaysia.Perkara seumpama ini telah wujud sekian lama tetapi jarang diperkatakan di peringkat
atasan.Walau bagaimanapun,dewasa ini rakyat Malaysia menerima baik program rumah terbuka
dan langkah ini amat dialu-alukan.
Sebagai sebuah negara yang berbilang bangsa,majlis rumah terbuka dapat memupuk
perpaduan antara kaum.Rakyat pelbagai lapisan dapat berbual-bual dan berinteraksi dalam
suasana mesra tanpa ada perasaan syak wasangka.
Dengan mengadakan majlis rumah terbuka,masyarakat diberi peluang untuk mengenali antara
satu sama lain.Kita juga dapat mengenali budaya kita sendiri dengan lebih mendalam selain

dapat memahami budya bangsa lain.


Majlis rumah terbuka juga dapat mengeratkan hubungan silaturrahim sesama jiran.Hubungan
sesama jiran dapat dipelihara dan secara lagsung kita dapat memelihara semangat kejiranan dan
memudahkan kita meminta bantuan jiran jika diperlukan.
Dari segi sifat kemanusiaan pula,majlis rumah terbuka melibatkan semua golongan
termasuk orang miskin,anak-anak yatim,warga emas,orang kaya dan juga golongan kurang
berupaya.Lazimnya,majlis rumah terbuka mengalu-alukan kedatangan pelbagai pihak tanpa
mengira darjat.Selain menyediakan makanan kepada mereka,sumbangan turut diberikan dan
secara tidak langsung dapat menjalinkan hubungan mesra sesama kita.
Intihannya,program rumah terbuka wajar diteruskan dan dialu-alukan.Majlis seumpama ini
dapat menonjolkan kebudayaan rakyat Malaysia serta dapat menarik perhatian serta kehadiran
para pelancong asing.
Marcapada kini penduduk Malaysia telah sekian lama mengetahui amalan rumah terbuka dalam
kalangan masyarakat sering dilakukan terutama sekali pada musim-musim perayaan. Rumah
terbuka sering diadakan kerana Malaysia merupakan negara yang mempunyai masyarakat yang
berbilang kaum, atau lebih dikenali masyarakat majmuk.
Amalan rumah terbuka sering diadakan kerana pelbagai perayaan yang wujud di Malaysia.
Contohnya, Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baru Cina dan Deepavali. Dengan kepelbagaian kaum
yang terdapat di Malaysia, hal ini dapat mengeratkan ikatan yang sedia terjalin. Selain itu,
dengan slogan Perdana Menteri kita, "Satu Malaysia" hal ini amat sinonim sekali untuk
menyatupadukan dan mengukuhkan perpaduan rakyat negara ini.
Selain itu, amalan rumah terbuka dapat menyuburkan dan mengeratkan hubungan silaturahim
dengan jiran tetangga. Kesibukan bekerja adakalanya kita tidak mengenali jiran tetangga, maka
inilah ruang dan peluangnya kita mengenali mereka. Di samping itu amalan tolongmenolong,dan bergotong-royong dapat disuburkan. Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing.
Hal ini sangat perlu, kerana bak kata pepatah, bersatu teguh bercerai kita roboh.
Selain itu,dengan adanya rumah terbuka, kita dapat melihat dan merasai kepalbagaian aneka
masakan yang disajikan kepada tetamu. Kita juga dapat melihat keunikkan adat dan tradisi yang
diamalkan oleh sesuatu kaum. Adat dan budaya ini masih dipertahankan dan menjadi pegangan
dan amalan kepada setiap kaum di negara kita. Bagi mereka, biar mati anak, jangan mati
adat.Kepelbagaian adat dan budaya serta amalan pelbagai kaum di negara kita menjadi satu daya
tarikan kepada masyarakat luar, khususnya para pelancong.
Pada pendapat saya, amalan rumah terbuka banyak memberikan kebaikan kepada masyarakat
kita. Oleh itu amalan rumah tebuka ini haruslah disuburkan dalam kalangan masyarakat. Hal ini
perlu supaya amalan yang baik ini tak lapuk dek hujan tak lekang dek panas.

Anda mungkin juga menyukai