Anda di halaman 1dari 9

ISI KANDUNGAN

PENDAHULUAN
Teori lokasi dan ruangan merupakan suatu bidang Ilmu yang melibatkan penyelidikan
mengenai penggunaan ruang, kegiatan ekonomi perhubungannya dengan atau pengaruhnya
terhadap sesebuah lokasi atau kegiatan lain baik dari segi ekonomi mahupun sosial (Ibrahim,
1998). Dalam mempelajari lokasi pelbagai aktiviti, ahli ekonomi dan ahli geografi yang
terdahulu mahupun sekarang terlebih dahulu membuat andaian bahawa ruang yang dianalisis
adalah rata dan keadaannya di semua arah adalah sama.
Salah satu unsur ruang adalah jarak. Jarak mempengaruhi manusia untuk melakukan
sesebuah perjalanan dari satu tempat ke tempat lain. Salah satu perkara yang banyak
dibincangkan dalam teori lokasi adalah pengaruh jarak terhadap orang membuat perjalanan
dari satu lokasi ke lokasi lain. Kajian tentang teori lokasi adalah melihat kepada jarak yang
mempengaruhi dekat atau jauhnya sesuatu aktiviti dengan aktiviti lain dan apa impaknya
terhadap aktiviti yang dijalankan.
Walaupun teori yang berkaitan dengan pola lokasi ini tidak berkembang, tetapi ianya telah
ada dan diaplikasi sejak awal abad ke-19. Dapat dilihat sejak daripada dulu lagi terdapat
pelbagai penyelidikan yang telah dijalankan,merangkumi tahap penyelidikan yang berbezabeza. Perkhidmatan ataupun fungsi yang terdapat di setiap bandar masing-masing adalah
berbeza.Keadaan ini bersifat universal dan telah cuba dijelaskan oleh beberapa ahli ekonomi
yang terdapat pada masa dulu dengan merujuk kepada teori-teori yang dicipta, sebagai contoh
adalah JH von Thunen .
Dalam teori yang dihasilkannya,Voh Thunen lebih melihat kepada perbezaan penggunaan
lahan dari sudut perbezaan jarak ke pasaran yang tercermin dalam sewa tanah. Teori von
Thunen ini termasuk teori lokasi klasik yang tradisional dan dikemukakan sebelum masa
moden.
Teori von Thunen ini boleh digunakan sebagai asas pendekatan pembangunan wilayah
kawasan sempadan, khususnya melalui pembangunan pengangkutan. Wilayah kawasan
sempadan di Indonesia umumnya merupakan kawasan yang mempunyai jarak paling jauh
dari pusat bandar dan berfungsi sebagai pembekal bahan mentah. Berdasarkan teori ini,
kegiatan ekonomi dan pengeluaran yang paling sesuai untuk wilayah ini adalah kegiatan
ekonomi mahupun pengeluaran komoditi yang paling berkesan menurut besaran kos
pengeluaran dan kos pengangkutan jika berada di dekat pembekal bahan mentah dan jauh

dari pasar (pusat bandar). Kawasan sempadan yang dipilih untuk kajian kes adalah
kawasan ...........................................................???????

SEJARAH TEORI VON THUNEN

Dalam mempelajari dan menerapkan ilmu perancangan wilayah, diperlukan banyak ilmu
asas yang perlu dikuasai, salah satunya adalah ilmu mengenai teori lokasi. Pada
Umumnya,teori lokasi merupakan suatu ilmu yang menentukan lokasi suatu objek. Hal ini
perlu dipelajari untuk meletakkan objek tersebut pada lokasi yang tepat dengan mengambil
kira aspek kecekapan dalam guna tenaga manusia dan ekonomi. Dari beberapa teori lokasi
yang ada, teori Von Thunen merupakan teori lokasi klasik yang mempelopori teori penentuan
lokasi berdasarkan kepada segi ekonomi.
Johan Heinrich Von Thunen merupakan seorang ahli ekonomi pertanian yang berasal
daripada Jerman pada tahun 1783-1850.Teori yang dihasilkan oleh beliau ini terkandung
dalam buku "Der Isolirte State". Teori Von Thunen lebih di kenali sebagai teori lokasi
pertanian. Von Thunen berpendapat bahawa pertanian merupakan komoditi utama yang
cukup besar di bandar.
Pertanian merupakan proses pengolahan dan penggunaan guna tanah yang digunakan
untuk penanaman pelbagai jenis tanaman tertentu bagi memenuhi keperluan manusia.
Kegiatan pertanian meliputi kegiatan persawahan, perladangan, perkebunan, dan perladang.
Umumnya mengetahui yang Aktiviti pertanian sudah ada sejak zaman Mesopotamia lagi dan
merupakan platform awal dalam berkembangnya budaya dan sistem pertanian kuno.
Pada zaman itu,terdapat banyak kawasan pertanian yang terletak di kawasan yang tidak
strategik. Petani yang berada di lokasi jauh dari pusat pasaran atau bandar, harus menempuh
dan mengharungi jarak yang cukup jauh untuk menjual hasil komoditinya. Hal ini
kerana,pada zaman tersebut alat pengangkutan yang digunakan untuk mengangkut hasil
pertanian adalah gerobak ataupun kereta sorong yang ditarik oleh lembu, kuda atau keldai.
Kos pengangkutan yang dikeluarkan tidak setanding dengan gaji yang di perolehi. Hal ini
menunjukkan betapa mahalnya kos dan peranan bandar sebagai pusat pasaran. Dari hasil
kajian yang dilakukan inilah,Von Thunen telah mengeluarkan teori lokasi pertanian.

Menurut Von Thunen,guna tanah bandar dipengaruhi oleh kos pengeluaran, kos
pengangkutan dan hasil komoditi. Sehingga berpengaruh terhadap munculnya pasaran tanah
yang kompetitif. Pada model Von Thunen hubungan antara pengangkutan dan lokasi aktiviti
terletak pada kos pengangkutan dan kos sewa tanah. Guna tanah akan menentukan nilai
tanah, melalui perundingan diantara pemilik tanah .Faktor lain yang menentukan tinggi
rendahnya nilai tanah adalah jaraknya dengan pusat bandar.
Melalui adanya nilai tanah maka terbentuklah zon-zon penggunaan tanah seperti tanah
untuk kegiatan industri, kegiatan komersil, serta untuk kegiatan pentadbiran. Selain
mempunyai pengaruh terhadap zon tanah, teori Von Thunen juga berpengaruh terhadap
struktur ruangan bandar. Perkembangan bandar berdasarkan kepada penggunaan tanah
bandar telah membawa kepada kemunculan beberapa elemen-elemen baru dalam struktur
ruang bandar.
Teori lokasi ini pertama kali dikembangkan oleh Von Thunen pada tahun 1850. Sebagai
seorang ahli ekonomi berbangsa Jerman, Von Thunen mengembangkan suatu teori lokasi
yang berorientasikan kepada wilayah lokasi. Teori lokasi bertolak dari pengambilan
keputusan ekonomi yang berdasarkan kepada penyebaran komoditi pertanian ke kawasan
wilayah yang bersifat homogenus akibat adanya pergantungan jarak dengan lokasi aktiviti
ekonomi ke suatu pusat aktiviti ekonomi, sosial, mahupun politik.
Jarak jauh atau dekat diantara kawasan pengeluaran atau bahan mentah dengan pusat
pengedaran mereka di pasaran akan membentuk lingkaran lokasi yang menjadi wilayah
dimana lokasi tersebut merupakan pusat aktiviti utama yang disebut dengan bandar.
Teori lokasi Von Thunen yang berorientasikan kepada kawasan lokasi baru mula
berkembang pada masa Isard (1956) menghuraikan teori lokasi industri pertanian. Melalui
teorinya ini, maka Isard menjelaskan yang fungsi sewa tanah yang dapat dikembalikan ke
dalam lingkungan teori Von Thunen. Dalam bentuk yang baru ini, maka manfaat teori Von
Thunen mungkin lebih diterima terutama sebagai rujukan atau platform untuk teori kegunaan
tanah moden.

TEORI LOKASI MENGIKUT VON THUNEN


Johan Heinrich Von Thunen (1783-1850) adalah seorang warga negara Jerman wang
merupakan ahli ekonomi pertanian yang mengeluarkan teorinya dalam buku "Der Isolirte
Staat". Von Thunen mengembangkan teori ini berdasarkan pemerhatianya di kawasan sekitar
dengan tempat tinggalnya. Menurutnya lagi, pertanian merupakan komoditi yang cukup besar
di bandar. Dalam teori ini ia memperhatikan jarak yang dilalui antara kawasan pengeluaran
dan pasaran, ianya termasuk dengan ketahanan, berat, dan harga dari pelbagai komoditi
pertanian. Ia menggambarkan bahawa jenis penggunaan tanah yang ada di suatu daerah
dipengaruhi perbezaan tambang pengangkutan bagi setiap komoditi ke pasar berdekatan.
Melalui teorinya juga, Von Thunen telah mencipta bagaimana cara berfikir yang berkesan
berdarkan kepada kajian dengan menambah unsur-unsur baru sehingga mendapatkan hasil
yang lebih jitu .Von Thunen berpendapat bahawa sesuatu pola pengeluaran pertanian
berkaitan dengan pola jenis guna tanah di kawasan sekitar pusat pasaran atau bandar. Dengan
itu,beliau telah mengeluarkan andaian-andaian sebagai berikut :

Setiap keuntungan yang ingin dicapai petani dapat dirumuskan sebagai berikut :
K = N - ( P+ A)
Keterangan :
K = Keuntungan
N = Ganjaran yang diterima petani dan dikira berdasarkan unit ataupun skala hektar .
P = Kos pengeluaran yang dikira sama dengan N
A = Kos pengangkutan
Dari formula tersebut dapat dikatakan petani yang hanya mengusahakan sesuatu pertanian
di kawasan berhampiran bandar mempunyai alternative dalam komoditi pertanian yang
lebih banyak untuk diusahakan . Sedangkan petani yang jauh dari bandar mempunyai pilihan
yang lebih terhad . Jumlah pilihan yang menguntungkan menurun selaras dengan jaraknya
dari kawasan bandar .Teori Von Thunen boleh diubahsuai dengan sesuatu unsur yang
mengalir yang melalui kawasan bandar . Sebagai contoh Sungai,ini kerana dengan
menggunakan sungai ianya membolehkan pengangkutan pada kos yang lebih minimum.

Anda mungkin juga menyukai