Anda di halaman 1dari 19

Persidangan Kebangsaan Pengajaran Dan Pembelajaran Bahasa Arab 2012 (PKEBAR12)

disunting oleh: Mohd Shukari Hamzah, Khazri Osman, Moktar Hussain, Suhaila Zailani
@ Hj. Ahmad, Salamiah Ab. Ghani, Hakim Zainal & Zainuddin Ismail Unit Bahasa
Arab, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi ISBN 978-9675478-49-9 http://www.ukm.my/uba/sebar2012/prosiding.htm

KAJIAN MENINGKATKAN KEMAHIRAN ASAS MEMBACA TEKS ARAB


MELALUI KEMAHIRAN MEMBACA AL-QURAN
DAN KAEDAH LATIH TUBI
Nur Syazwina Mustapa, Suhaila Zailani @ Hj. Ahmad, Salamiah Ab. Ghani,
Ummu Hani Hashim, Zuraida Shaadon
syazwina@ukm.my
Unit Bahasa Arab, Fakulti Pengajian Islam,
Universiti Kebangsaan Malaysia
Abstrak: Kemahiran membaca atau sinonim disebut Maharat al-Qiraah dalam bahasa Arab
merupakan salah satu kemahiran bahasa yang perlu dipelajari dan dikuasai oleh pelajar dan
bagi sesiapa sahaja yang berminat mempelajari bahasa Arab, sebagaimana bahasa Inggeris
dan bahasa asing atau bahasa kedua yang lain. Akan tetapi, membaca teks Arab tidaklah sama
dengan membaca teks bahasa Melayu kerana dalam membaca teks berbahasa Melayu
perkataan dibunyikan berdasarkan kepada ejaan suku kata, berbanding dengan teks bahasa
Arab yang memerlukan pelajar mengetahui, memahami dan menguasai nahu dan sarf terlebih
dahulu. Di sinilah kelemahan dan masalah utama yang dihadapi pelajar, iaitu mereka tidak
mampu mempraktikkan kefahaman nahu dan sarf yang dimiliki ketika membaca teks bahasa
Arab ditambah lagi dengan tidak memahami maksud perkataan kerana kurangnya
perbendaharaan kata bahasa Arab. Oleh yang demikian itu, satu kajian melibatkan 44 orang
respon yang terdiri daripada para pelajar yang mengambil subjek Maharat al-Qiraah di
Fakulti Pengajian Islam, UKM telah dijalankan bertujuan meningkatkan kemahiran asas
membaca teks Arab melalui pendekatan membaca Al-Quran dan latih tubi. Kajian ini
dijalankan bertujuan membimbing pelajar untuk mengenalpasti kaedah-kaedah nahu dan sarf
yang terdapat pada ayat-ayat Al-Quran. Kajian ini memfokuskan kepada kemahiran
pengukuhan membaca Kosa Kata Nama selepas al-jarr dan al-zarf wa mudaf ilayh dalam AlQuran. Kebiasaannya pelajar hanya membaca Al-Quran tanpa menghiraukan mengapa ia
perlu dibaca dengan baris al-fathah, al-dammah, al-kasrah dan al-sukun. Kajian ini cuba
untuk menarik minat dan perhatian pelajar agar melihat dan mengenal pasti tanda bacaan
setiap ayat Al-Quran yang dibaca berdasarkan kefahaman yang dimiliki dan seterusnya
mengaplikasikannya untuk membaca teks bahasa Arab dengan bacaan yang betul. Susulan
kajian adalah pelaksanaan latihan latih tubi bertujuan memantapkan penguasaan pelajar
membaca teks bahasa Arab dengan baris yang betul.

PENGENALAN
Kajian ini merupakan rumusan kepada kajian tindakan yang bertajuk Pengukuhan membaca
kosa kata nama selepas al-jarr dan al-zarf dalam teks Arab melalui bacaan Al-Quran.
Kajian ini dilakukan ke atas lima kumpulan pelajar yang dipilih daripada pelajar Maharat al236

Qiraah. Lima kumpulan ini dijadikan sebagai kumpulan rawatan bagi lima orang guru bahasa
yang terlibat dalam kajian ini. Bilangan sampel pelajar seramai 44 orang dan bilangan guru
seramai lima orang. Rasional kajian tindakan ini adalah berdasarkan pemerhatian pengkaji
terhadap kelemahan dan kegagalan pelajar membaca teks Arab dengan baris yang betul.
Kesalahan yang begitu ketara dikesan apabila sebahagian besar pelajar masih tidak dapat
membaca kosa kata nama selepas al-jarr dan al-zarf dengan betul sedangkan pengetahuan
mengenai al-jarr dan al-zarf dan fungsi kedua-duanya sudah ada sejak mereka berada di
peringkat sekolah menengah lagi. Sehubungan itu, pengkaji telah mengambil langkah
menjalankan pengumpulan data melalui temu bual dan pemerhatian, ujian pra dan ujian pasca
bagi mengenalpasti tahap pengetahuan pelajar mengenai perkara ini dan mengenal pasti tahap
kemahiran mereka menggunakan pengetahuan yang sedia ada ketika membaca teks Arab.
Kajian ini juga bertujuan untuk mengenal pasti adakah kemahiran asas membaca teks
Arab dapat ditingkatkan melalui kemahiran membaca Al-Quran dan kaedah latih tubi.
Dapatan kajian menunjukkan terdapat peningkatan tahap pengetahuan dan kemahiran yang
memuaskan dalam kalangan pelajar setelah kemahiran membaca Al-Quran dan kaedah latih
tubi dilaksanakan selama lima minggu. Pengkaji juga mendapati bahawa langkah
menekankan kemahiran asas membaca teks Arab dengan pengukuhan membaca kosa kata
nama selepas al-jarr dan al-zarf perlu didahulukan sebelum menekankan pembacaan yang
betul pada kosa kata nama yang lain seperti mubtada, khabar dan sebagainya. Hal ini
disebabkan kosa kata nama selepas al-jarr dan al-zarf dapat dikenali melalui kehadiran aljarr dan al-zarf dalam ayat berbanding kosa kata nama yang lain hanya dikenali melalui
makna dan tanda-tanda yang pelbagai.
MATLAMAT PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MAHARAT AL-QIRAAH
Kursus ini bertujuan membimbing pelajar memahami kemahiran membaca melalui teks-teks
pilihan dengan penekanan kepada kemahiran membariskan petikan, al-Qiraah al-Samitah, alQiraah al-Jahriyah, latihan lisan dan kaedah Imla wa al-tarqim. Kemahiran membaca ini
disokong oleh kemahiran bahasa dan nahu dengan penekanan kepada Nahu al-wazifi.

REFLEKSI ISU KAJIAN / PERMASALAHAN KAJIAN


Tinjauan awal melalui pemerhatian mendapati bahawa kebanyakan pelajar masih salah ketika
membaca kosa kata selepas al-jarr dan al-zarf. Kesalahan yang begitu ketara dikesan apabila
sebahagian besar pelajar masih tidak dapat membaca kosa kata nama selepas al-jarr dan al237

zarf dengan betul sedangkan pengetahuan mengenai al-jarr dan al-zarf dan fungsi keduaduanya sudah ada sejak mereka berada di peringkat sekolah menengah lagi. Sehubungan itu,
pengkaji cuba mengetengahkan satu kaedah pembacaan kosa kata nama selepas al-jarr dan
al-zarf yang betul, iaitu melalui kemahiran membaca Al-Quran dan menjalankan kaedah
latih tubi menggunakan syahid Al-Quran bagi membantu pelajar meningkatkan tahap
penguasaan pembacaan dan pengetahuan terhadap al-jarr dan al-zarf wa mudaf Ilayh. Dari
segi perancangan pelaksanaan kaedah ini, satu bengkel khusus, iaitu Bengkel Kemahiran
Asas Membaca Teks Arab telah dijalankan pada 26 Oktober 2011 bagi memperkenalkan AlQuran sebagai dalil utama ke arah pengukuhan membaca kosa kata nama selepas al-jarr dan
al-zarf. Dalam konteks ini, pengajar memainkan peranan sebagai moderator dalam melatih
dan menjalankan beberapa permainan sepanjang bengkel berlangsung. Di samping itu juga,
pemantauan berterusan dijalankan selepas berakhirnya bengkel untuk melihat sejauh
manakah responden mampu mempraktikkan kemahiran mengenal tanda bacaan kosa kata
nama yang betul selepas al-jarr dan al-zarf melalui latih tubi yang dijalankan di dalam kelas
berasingan yang dikendalikan oleh 5 orang tenaga pengajar mengikut set masing-masing.

KAJIAN LITERATUR
Kemahiran membaca merupakan proses yang dinamik tetapi kompleks. Ia meliputi
keupayaan membaca dengan pantas, memahami fakta, kebolehan mengingati fakta serta
membuat interpretasi secara bijak dan analisis. Ketika seseorang itu membaca, ia sebenarnya
sedang berkomunikasi secara langsung dan sedar dengan bahan bacaannya. Dia mencuba
menyelami pemikiran dan idea yang cuba disampaikan oleh pengarang. Seseorang yang
berjaya menguasai kemahiran membaca bermakna dia telah berjaya merobohkan sebuah
tembok pemisah yang maha besar antara dirinya dengan lautan ilmu yang wujud dalam
pelbagai bentuk karya (Zulkifley Hamid, 1994).
Penggunaan Al-Quran untuk tujuan mengajar ilmu bahasa Arab terutama Nahu
(grammar) itu sendiri telah mendapat perhatian yang utama oleh ahli-ahli nahu sejak zaman
berzaman. Bermula daripada Abu Aswad al-Duali yang telah menyahut seruan Saidina Ali
K.W dalam meletakkan asas ilmu nahu setelah beliau mendengar adanya lahn (kesalahan
daripada segi nahu) dalam pembacaan Al-Quran. Sibaweih (180H) dalam bukunya al-kitab
juga menggunakan dalil ayat-ayat Al-Quran sebagai bukti kepada kaedah-kaedah nahu.
Penggunaan dalil daripada ayat-ayat Al-Quran untuk membuktikan ketepatan kaedah nahu
dipanggil dengan istilah syahid Al-Quran. Syahid Al-Quran yang pertama digunakan oleh
238

Sibawayh di dalam kitabnya adalah ketika membincangkan tentang kalimah iaitu tajuk
pertama tentang ilmu nahu.
Safiah (1979) menegaskan minat membaca di kalangan pelajar berkait rapat dengan
faktor pencapaian. Membaca teks memerlukan cabaran-cabaran intelektual yang berbeza.
Dweck (1975) dalam kajiannya membuktikan students attributions of failure to lack of
effort rather than to luck, ability or other variables may alleviate learned helplessness.
Pelajar perlu sedar kekurangan usaha pada dirinya supaya dia dapat memperbaiki kelemahan
pada dirinya dalam proses pembelajaran.
Dapatan kajian Kathy (1994) membuktikan bahawa kekurangan buku-buku sastera
berbentuk rekreasi di pasaran merupakan faktor kekurangan minat pelajar terhadap sastera.
Beliau mencadangkan kelab membaca ditubuhkan agar pelajar boleh digalakkan membaca
dengan adanya sedikit cenderahati dan menyeru pihak penerbit atau pengarang menghasilkan
buku-buku sastera dalam bentuk rekreasi yang sesuai untuk dibaca oleh pelajar. Kajian Kathy
(1994) juga menggunakan teknik baca kuat untuk menggalakkan pelajar membaca dan buku
percuma diberikan kepada pelajar yang terlibat. Buku-buku bentuk rekreasi perlu
ditambahkan untuk menggalakkan minat membaca di kalangan pelajar. Dalam memupuk
minat membaca di kalangan pelajar, seharusnya ada galakan berbentuk motivasi intrinsik atau
motivasi ekstrinsik daripada pihak ibu bapa atau guru. Melalui kajian yang dijalankan ini,
dikenal pasti bahawa pelajar menunjukkan kecenderungan dan minat untuk membaca bahanbahan bacaan berbentuk rekreasi dan dengan galakkan dan motivasi yang berterusan daripada
ibu bapa dan guru-guru.
Ina Sue (1994) menjalankan kajian ke atas 39 orang murid Gred 3 dengan tujuan
memupuk keseronokan membaca di kalangan murid dan murid memilih untuk membaca
apabila terdapatnya galakan, pilihan bahan bacaan dan masa untuk membaca. Dapatan kajian
ini menunjukkan bahawa murid membaca dengan penuh minat setelah mendapat galakan
daripada ibu bapa dan guru. Menurut Thomas & Swartout (1963), hanya ABM yang
mempunyai komunikatif tinggi yang mampu membantu pelajar memperoleh pengalaman
belajar yang berfaedah bagi mengembangkan sikap ilmiah dan sikap sosial, kemantapan
emosi dan daya penghargaan. Alat bantu mengajar yang digunakan melibatkan penggunaan
deria pelajar seperti pendengaran, penglihatan, sentuhan, rasa dan bau. Dengan penglibatan
semua deria, pelajar bukan sahaja tertumpu kepada pengajaran dan pembelajaran guru, malah
pelajar lebih mudah memahami dan mengingati bahan pelajaran yang disajikan kepadanya.
Penggunaan ABM yang melibatkan deria semasa pengajaran dan pembelajaran akan
239

menjadikan pengajaran guru lebih berkesan. Alat bantu mengajar bukan sahaja membantu
menghidupkan kelas, malah mempelbagaikan perkembangan kognitif dan afektif pelajar.
Pendapat ini sependapat dengan Lester (1956), Bruner (1966), Wilkinson (1971), Charles
(1972).
Abdul Ghani (1996) menegaskan faktor bahan memberi kesan dalam meningkatkan
minat pelajar untuk terus menguasai sesuatu kemahiran berbahasa dan berinteraksi dengan
lebih berkesan. Oleh itu, guru perlu menggunakan pelbagai bahan media yang sesuai dan
menarik supaya boleh menukar suasana pembelajaran yang kaku kepada pembelajaran yang
melibatkan pelajar. Aplikasi dan manipulasi pengajaran bahasa melalui media elektronik,
pengisian komputer, grafik dan sebagainya dapat mengekalkan minat dan tumpuan pelajar
terhadap pengajaran dan pembelajaran bahasa. Guru perlu kreatif dan inovatif serta
menguasai kemahiran teknologi maklumat seiring dengan arus perkembangan pendidikan
semasa. Kejayaan guru memilih bahan dan media sesuai dengan dapatan kajian Nadzeri
(1985). Menurut Omardin (1999), sumber dan bahan pengajaran yang digunakan oleh guru
perlu menarik, dapat mengekalkan minat pelajar, mengembangkan minat pelajar terhadap
pelajaran dan menjadikan pembelajaran lebih menarik. ABM dapat membentuk daya
pemikiran, kreatif dan memperkukuhkan persepsi pelajar.
Pumfrey (1977) berpendapat membaca bukanlah hanya setakat bersifat mekanik, iaitu
membunyikan huruf-huruf yang dicetak dan menjawab beberapa soalan tentang apa yang
dibaca, tetapi membaca adalah lebih jauh daripada itu. Membaca adalah satu proses
pemikiran yang membina. Maksud beliau, dengan membaca, seseorang itu harus dapat
membina kebolehan menilai, mengulas dan mengkritik apa yang dibaca dengan tepat,
memahami kehendak situasi dan aspirasi masyarakat di sekeliling, membina sikap dan citacita serta fikiran yang terbuka dan positif.
Pendidikan bahasa Arab merupakan salah satu cabang pendidikan yang turut
sama penting dengan pendidikan lain. Dalam buku-buku pedagogi yang boleh didapati
di perpustakaan pendidikan, sama ada yang ditulis oleh penulis tempatan atau penulis luar,
kebanyakannya merujuk kepada buku-buku dari Barat. Oleh sebab itulah, kaedah yang
digunakan di dalam pengajaran dan pembelajaran masih kekal namanya yang asal
walaupun bentuk ejaannya telah dimelayukan. Antara kaedah tersebut seperti kaedah
induktif, deduktif, socrates, praktis, inkuiri penemuan, simulasi, demonstrasi dan sebagainya.
Selain daripada itu ada kaedah lain yang lebih umum serta sebutannya berorientasikan
tempatan seperti kaedah bercerita, kaedah kuliah atau syarahan, perbincangan, perbandingan,
240

latih tubi, hafalan, soal jawab, sosiodrama, main peranan, penyelesaian masalah, sumbang
saran dan sebagainya. Sebahagian penulis menamakan ini sebagai teknik (Mok, 1992). Walau
bagaimanapun, kita memahami bahawa ini adalah satu cara pengajaran. Cara atau kaedah ini
digunakan pada keadaan-keadaan tertentu mengikut kesesuaian dan kehendak tajuk yang
diajar serta guru yang mengajar. Kaedah ini boleh dikatakan kaedah umum kerana hampir
semua mata pelajaran di sekolah boleh mengaplikasikan kaedah ini dalam pengajaran dan
pembelajaran.
Dalam pengajaran Bahasa Arab, khasnya nahu (tatabahasa), ada beberapa kaedah lain
yang sesuai iaitu kaedah tematik (tariqah al-mawduciyah), kaedah mengeja (tariqah alimlaiyah), kaedah soal jawab (tariqah al-munazarah), kaedah latih tubi (tariqah almulazamah), kaedah perbandingan (tariqah al-qiyasiyah), dan kaedah Induktif. Keperluan
kepada kaedah-kaedah yang betul tidak boleh dipandang ringan dalam satu-satu sistem
pembelajaran yang ideal. Terdapat banyak kaedah yang boleh digunakan dengan sistematik
bagi mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran. Walau bagaimanapun, beberapa aspek
penting perlu diambil kira dalam proses pembelajaran khususnya yang berkaitan dengan
pengajaran bahasa Arab.
Kaedah latih tubi (tariqah al-mulazamah) adalah bersesuaian dengan bentuk
pembelajaran bahasa kerana kemahiran berbahasa perlu kepada proses mengulangi apa yang
diperlajari, disebut atau ditulis. Di dalam Islam, kaedah ini adalah antara bentuk pengajaran
yang awal di mana Malaikat Jibril menyampaikan wahyu kepada Nabi Muhammad dengan
mengulangi kalimah Iqra beberapa kali sehinggalah Nabi Muhammad dapat menyebutnya.
Membaca berulang kali merupakan prinsip utama dalam pengajaran berbentuk latih tubi ini.
Ia amat baik terutamanya bagi tujuan meningkatkan kemahiran lisan dan kemahiran
membaca. Kaedah pembelajaran Al-Quran secara tradisional lazimnya menggunakan kaedah
ini sejak zaman berzaman dan ia amat berkesan untuk jangka masa yang panjang di samping
mengukuhkan penguasaan tajwid dan dalam konteks bahasa Arab ia penting dalam
menjelaskan aspek nahu secara terperinci mengikut tahap pembelajaran.
Kaedah Induktif

adalah kaedah yang berlawanan dengan kaedah perbandingan.

Melalui kaedah ini, para pelajar didedahkan dengan pelbagai contoh dan situasi serta
penghuraian sebelum pergi menuju konklusi dan kesimpulan atau merujuk sesuatu hukum.
Kaedah ini dapat menggalakkan murid untuk membuat kesimpulan dan rumusan sendiri
sebelum dibandingkan dengan kesimpulan umum yang ditetapkan oleh guru. Kaedah ini
banyak membantu murid untuk berfikir, merenung, menganalisa dan berlatih membina
241

kesimpulan dan prinsip. Contohnya dalam konteks pembelajaran bahasa Arab, kaedah ini
turut sesuai dipraktikkan dalam pengajaran qawaid atau tatabahasa. Setelah diberikan contoh
yang banyak dan murid membuat rumusan daripada apa yang boleh difaham berdasarkan
contoh.
Kemahiran membaca adalah kemahiran bahasa yang amat penting untuk dikuasai oleh
seseorang individu. Kita mungkin tidak dapat bersama-sama dengan orang lain sepanjang
masa, oleh itu melalui bacaan sahaja, kita dapat memahami mesej yang disampaikan oleh
orang lain. Bacaan boleh diertikan secara luas dan tidak hanya terhad kepada maksud
membunyikan tulisan atau barking at words semata-mata. Membaca secara senyap dengan
memberi penekanan kepada memahami apa yang dibaca adalah sangat penting. Sebagaimana
yang telah dijelaskan sebelum ini bahawa terdapat banyak kaedah yang boleh digunakan
dengan sistematik bagi mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran. Walau
bagaimanapun, beberapa aspek penting perlu diambil kira dalam proses pembelajaran
khususnya yang berkaitan dengan bahasa Arab. Antaranya ialah kesesuaian aktiviti yang
terkandung di dalamnya serta penerapan aspek nilai. Ini kerana dalam falsafah pendidikan
Islam misalnya, pencapaian seseorang murid itu bukan hanya diukur berdasarkan keupayaan
menguasai maklumat dan isi pelajaran yang terkandung dalam sukatan pembelajaran sahaja,
sebaliknya pembangunan nilai sahsiah dalam diri dan aplikasi moral terhadap persekitaran
mengikut acuan pendidikan Islam juga menjadi kriteria terhadap pencapaian seseorang
pelajar.
Tidak semua kaedah adalah sesuai dalam konteks pendidikan bahasa Arab yang amat
berkait rapat dengan nilai tarbiah Islam. Aspek sejarah metodologi pengajaran dan
penyebaran ilmu dalam Islam juga perlu diambil kira. Persoalan apakah kaedah yang diguna
pakai oleh para ulama salaf tidak relevan dengan suasana sekarang harus diteliti secara
saksama dan jujur. Begitu juga dengan persoalan setakat mana tahap istiqamah, konsistensi
dan konsentrasi pelajar dalam mempelajari bahasa Arab sama ada di peringkat awal,
pertengahan mahupun di peringkat tinggi. Persoalan kesesuaian kaedah pembelajaran moden
serta susun atur fizikal sesebuah kelas pendidikan bahasa Arab era hari ini juga harus dikupas
dengan jelas.
OBJEKTIF KAJIAN
Objektif dijalankan kajian adalah untuk :

242

1. Memperkenalkan kemahiran asas membaca teks Arab kepada pelajar Maharat alQiraah.
2. Menanamkan rasa cinta dan suka membaca bahan bacaan dalam bahasa Arab di
kalangan pelajar.
3. Mengenal pasti sebab kelemahan pelajar dalam meletakkan baris kosa kata nama
terakhir selepas al-jarr dan al-zarf.
4. Menambah keprihatinan pelajar terhadap baris akhir kosa kata nama atau perkataan
selepas al-jarr dan al-zarf ketika membaca teks Arab.
5. Menjadikan syahid Al-Quran dan kemahiran asas membaca Al-Quran sebagai
latihan pengukuhan membaca kosa kata nama selepas al-jarr dan al-zarf.
6. Memperkenalkan kaedah latih-tubi bagi mengukuhkan kemahiran membaca pelajar.

KUMPULAN SASARAN KAJIAN


Kumpulan kawalan yang terdiri daripada para pelajar yang mengambil subjek PPPY 1112
Maharat al-Qiraah (Kemahiran Membaca) bagi pengajian semester 1 sesi 2011/2012 di
Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi.

INSTRUMEN KAJIAN TINDAKAN


Instrumen yang digunakan dalam kajian tindakan ini ialah Ujian Pra dan Ujian Pasca.
Kandungan dalam ujian yang dijalankan adalah seperti berikut :
Jadual 1: Kandungan soalan dalam Ujian Pra dan Ujian Pasca
Bahagian

Kandungan

Maklumat responden

Pengetahuan tentang al-jarr wa al-majrur dan al-zarf wa mudaf ilayh :


1. Mengenal partikel al-jarr
2. Mengenal partikel al-zarf
3. Fungsi al-jarr dan al-zarf (al-majrur bi al-kasrah, al-ya dan alfathah)
4. Kategori kosa kata nama selepas huruf al-jarr dan al-zarf, iaitu: ism
mufrad, ism muthanna, jamc al-taksir, jamc muannath al-salim, jamc
muzakkar al-salim, mamnuc min al-sarf.
243

5. Pilihan kosa kata yang betul dalam ayat


C

Kemahiran Membaca Isim Majrur dan Mudaf Ilayh


1. Mengenal kosa kata selepas al-jarr dalam ayat Al-Quran
2. Mengenal kosa kata selepas al-zarf dalam ayat Al-Quran
3. Mengeluarkan huruf al-jarr, ism majrur dan tanda majrur dalam
ayat Al-Quran
4. Baris kosa kata selepas al-jarr dan al-zarf dalam ayat
5. Baris kosa kata selepas al-jarr dan al-zarf dalam perenggan.

LANGKAH-LANGKAH KAJIAN TINDAKAN


Langkah-langkah kajian dijalankan selama lima minggu bermula pada 26 Oktober 2011 iaitu
dengan mengadakan bengkel Kemahiran Asas Membaca Teks Arab hingga ke pelaksanaan
latih tubi yang dijalankan di dalam kelas semasa sesi pengajaran oleh tenaga pengajar yang
terlibat sepanjang 5 minggu yang berikutnya iaitu daripada 2 November hingga 14 Disember
2011. Penerangan awal dibuat dalam bengkel Kemahiran asas membaca teks Arab dan diikuti
dengan kaedah latih tubi. Penerangan lanjut berkaitan pelaksanaan kajian adalah seperti
berikut :

1. Bengkel Kemahiran Asas Membaca Teks Arab


Selepas ujian, ketua projek UKM-PTS-2011-108 memberi taklimat berkaitan al-jarr dan al-

zarf, fungsi kedua-dua partikel dan cara membaca kosa kata selepas kedua-dua partikel ini.
Dalam taklimat ini, contoh-contoh daripada ayat-ayat Al-Quran digunakan bagi
memudahkan pelajar mengenal baris yang betul. Para pelajar juga diajar tentang tanda-tanda
al-jarr. Terdapat tiga tanda al-jarr, iaitu: al-kasrah, al-ya dan al-fathah. Kemudian, mereka
diperkenalkan dengan kategori kosa kata nama yang majrur dengan al-kasrah, al-ya dan alfathah.. Selepas itu, para peserta diminta membaca satu surah dari Al-Quran dan mereka
diminta memerhatikan kosa kata nama yang terletak selepas huruf al-jarr dan al-zarf dalam
surah tersebut. Selepas itu, mereka diminta mengeluarkan kosa kata nama tersebut dan
mengenalpasti samada ia adalah kata nama mufrad, muthanna, jamc al-taksir, jamc muannath
al-salim, jamc muzakkar al-salim, al-asma al-khamsah atau mamnuc min al-sarf.. Hasil
bengkel yang dijalankan menunjukkan bahawa para pelajar mengalami peningkatan dalam
kemahiran membaca kosa kata nama selepas huruf al-jarr dan al-zarf.
244

2.

Ujian Pra dan Pasca

Selepas Pendaftaran, para peserta diberi satu ujian yang mengandungi soalan-soalan
berkaitan al-jarr dan al-zarf, fungsi kedua-dua partikel ini serta kemahiran meletakkan baris
pada kosa kata selepas al-jarr dan al-zarf. Ujian ini bertujuan untuk mengetahui tahap
pengetahuan sedia ada para pelajar tentang al-jarr dan al-zarf serta mengetahui tahap
kemahiran mereka menggunakan kemahiran tersebut ketika membaca teks Arab. Kandungan
soalan dalam ujian ini boleh dilihat dalam jadual berikut:

Jadual 2 : Soalan Ujian Pra dan Pasca


Bil. Soalan

Tajuk

Bahagian A

Tahap Pengetahuan :

Soalan 1 - 10

Maklumat berkaitan huruf al-jarr dan al-zarf.

Fungsi huruf al-jarr dan al-zarf.

Tanda kosa kata nama al-majrurat: al-kasrah, al-ya dan alfathah.

Kategori kosa kata nama al-majrurat:

Kata tunggal (mufrad), Kata duaan (muthanna), kata jamc (jamc


al-taksir, jamc muannath al-salim, jamc muzakkar al-salim), alasma al-khamsah dan mamnuc min al-sarf.

Bahagian B
Soalan 11-15

Tahap Kemahiran :

Mengeluarkan kosa kata nama al-majrurat dalam ayat AlQuran.

Mengeluarkan kosa kata nama al-majrurat dalam ayat dan


perenggan.

Membariskan kosa kata nama selepas huruf al-jarr dan al-zarf.


dalam ayat dan perenggan.

Untuk

membuat

penilaian

dan

perbincangan

terhadap

dapatan

kajian,

pengkaji

mengkategorikan penilaian ujian pra dan ujian pasca kepada empat kategori berdasarkan
purata peratus keseluruhan bagi setiap bahagian soalan. Jadual 2 menunjukkan penilaian bagi
markah ujian pra dan pasca.

245

Jadual 3 : Penilaian bagi markah Ujian Pra dan Pasca


Markah

Penilaian

81 100

Sangat Baik

61 80

Baik

41 60

Sederhana

01 40

Lemah

3. Pertandingan Teka Silang Kata


Untuk memantapkan lagi maklumat pelajar, pada penghujung bengkel diadakan pertandingan
teka silang kata. Para pelajar dibahagikan kepada sebelas kumpulan dan setiap kumpulan
diberikan kertas soalan beserta maklumat untuk menyusun silang kata dalam kertas yang
telah tersedia ruangan untuk mengisi teka silang kata tersebut. Terdapat enam kumpulan yang
mendapat markah penuh iaitu 22/22, satu kumpulan mendapat 21/22, dua kumpulan
mendapat 18/22, satu kumpulan mendapat 16/22 dan satu kumpulan mendapat 7/22.
Keseluruhan permainan ini memperlihatkan bilangan kumpulan yang mendapat markah
tinggi adalah lebih banyak berbanding dengan kumpulan yang mendapat markah rendah.

4. Kaedah latih tubi


Kaedah latih tubi dijalankan di dalam kelas semasa sesi pembelajaran bagi subjek Maharat alQiraah. Aktiviti ini merupakan sebahagian daripada penilaian dan latihan berterusan ke arah
memantapkan penguasaan pelajar terhadap kemahiran membaca kosa kata nama selepas
huruf al-jarr dan al-zarf dengan baris yang betul. Aktiviti ini dikendalikan oleh lima orang
tenaga pengajar yang bertindak sebagai fasilitator dalam kelas masing-masing. Para pelajar
dibekalkan dengan teks bahasa Arab yang tidak berbaris dan mereka dikehendaki membaca
teks mengikut arahan guru masing-masing. Penekanan diberi kepada sebutan baris akhir bagi
kosa kata nama selepas huruf al-jarr dan al-zarf yang betul.
Latih tubi ini dilaksanakan secara berterusan selama lima minggu selepas pelajar
mendapat pendedahan awal berkaitan huruf al-jarr dan al-zarf serta fungsinya dalam bengkel
khusus yang telah diadakan sebelum ini berkaitan kemahiran asas membaca teks Arab. Hasil
latih tubi yang dijalankan menunjukkan peningkatan tahap pengetahuan dan kemahiran
pelajar mengenal pasti tanda bacaan yang betul adalah bertambah baik. Para pelajar dilihat
lebih peka dan prihatin ketika membaca teks bahasa Arab serta meletakkan tanda bacaan
yang sesuai dan betul. Hal ini memperlihatkan keupayaan dan penguasaan mereka mengenal
246

pasti tanda bacaan bagi kosa kata nama selepas huruf al-jarr dan al-zarf sebagaimana mereka
mampu membaca Al-Quran dengan baris yang betul.

PENGUMPULAN DATA
Dari aspek pengumpulan data pula, instrumen-instrumen kajian iaitu Ujian Pra dan Ujian
Pasca dijalankan pada tempoh yang ditetapkan, dan soalan Pra dan Pasca juga adalah sama
bagi menilai tahap penguasaan kemahiran mengenal tanda bacaan kosa kata nama yang betul
selepas al-jarr dan al-zarf. Ujian Pra dijalankan sebelum bermulanya bengkel Kemahiran
Asas Membaca Teks Arab bertujuan untuk melihat sejauh manakah pengetahuan dan
kemampuan pelajar mengenal pasti, membaca dan membariskan dengan betul kosa kata nama
selepas huruf al-jarr dan al-zarf. Manakala, Ujian Pasca dijalankan selepas minggu kelima,
iaitu setelah selesai aktiviti latih tubi dijalankan bertujuan melihat sejauh manakah tahap
pengetahuan dan kemahiran pelajar meningkat dan mampu mengaplikasikan kefahaman,
pengetahuan yang digarap hasil daripada latih tubi berterusan yang dilakukan di dalam kelas.
Berikut dilampirkan analisis dan interpretasi ujian pra dan pasca yang diperoleh.

1.

Analisis Ujian Pra dan Ujian Pasca


Jadual 4: Analisis Ujian Pra dan Ujian Pasca
Penilaian

Julat

Ujian Pra

Ujian Pasca

Markah

Kekerapan

Kekerapan

Cemerlang

80-100

2.3

11

25

Baik

60-79

18

40.9

31

70.5

Sederhana

40-59

20

45.5

4.5

Lemah

0-39

11.4

0.0

Data dalam jadual 1 menunjukkan markah pencapaian pelajar dalam ujian pra dan
ujian pasca. Penilaian dibahagikan kepada empat kategori, iaitu cemerlang, baik, sederhana
dan cemerlang. Dapatan ujian pasca menunjukkan seramai 11 orang pelajar berjaya mendapat
cemerlang berbanding ketika ujian pra, hanya seorang pelajar sahaja mendapat cemerlang.
Pelajar yang mendapat markah pencapaian baik juga meningkat daripada hanya 18 orang
pelajar dalam ujian pra meningkat kepada 31 orang dalam ujian pasca. Dalam ujian pasca,
terdapat 20 orang pelajar mendapat markah pencapaian sederhana, manakala 5 orang pelajar
247

lagi hanya mendapat markah pencapaian lemah. Dalam ujian pasca, terdapat dua orang
pelajar mendapat markah pencapaian sederhana, manakala dalam kategori pencapaian lemah,
tiada lagi pelajar yang masih berada dalam kategori ini.

Jadual 5: Kekerapan dan Peratus Peningkatan


Bil

Perkara

Julat Markah

Bil Responden

Peratus

1.

Peningkatan Tinggi

51% dan ke atas

2.3

2.

Peningkatan Sederhana

21%-50%

18

40.9

3.

Peningkatan Rendah

1%-20%

22

50

4.

Tiada Peningkatan

0%

4.5

Hasil dapatan dalam jadual di atas menunjukkan bahawa seorang pelajar mengalami
peningkatan markah yang tinggi, iaitu lebih 51% dalam ujian pasca berbanding markah yang
diperolehnya dalam ujian pra. Seramai 18 orang pelajar (40.9%) pula menunjukkan
peningkatan sederhana dengan julat markah 21%-50%. Terdapat 22 orang pelajar (50%)
hanya menunjukkan peningkatan yang rendah dengan julat 1%-20%. Bagaimanapun, terdapat
juga 2 orang pelajar (4.5%) yang tidak menunjukkan apa-apa peningkatan.
Dapatan keseluruhan menunjukkan bahawa kemahiran membaca Al-Quran dan
kaedah latih tubi dapat membantu meningkatkan kemahiran asas membaca teks Arab dalam
kalangan pelajar walaupun 50% daripada bilangan respondan hanya mengalami peningkatan
yang rendah.

2. Analisis temu bual


Seramai 5 orang guru yang menjadi fasilitator telah ditemu bual. Semuanya bersetuju bahawa
kaedah ini jika dilaksanakan dengan lebih sistematik dan terancang mampu meningkatkan
tahap kemahiran pelajar membaca teks Arab dengan baik dan betul. Seramai 5 orang pelajar
telah ditemu bual. Secara keseluruhan, semua respondan juga bersetuju bahawa kaedah latih
tubi membantu meningkatkan kepekaan pelajar ketika membaca teks Arab. Mereka lebih
berhati-hati ketika membaca teks terutama ketika bertemu dengan partikel atau perkataan
yang mempunyai fungsi yang boleh mengubah baris akhir kosa kata selepasnya seperti huruf
jarr, huruf inna, kana dan sebagainya. Kaedah ini dapat meningkatkan tahap keyakinan
248

mereka ketika membaca teks Arab. Responden juga meminta agar kaedah ini diteruskan bagi
kemahiran membaca kosa kata nama yang terletak selepas partikel lain seperti partikel inna
dan kata setugasnya, kana dan kata setugasnya, begitu juga kosa kata kerja yang terletak
selepas huruf nasb dan jazm.

3.

Analisis Keberkesanan Bengkel Kemahiran Asas Membaca Teks Arab

Setelah selesai dijalankan bengkel dan latihan latih tubi kemahiran membaca kosa kata nama
selepas huruf al-jarr dan al-zarf, borang soal selidik penilaian diedarkan kepada para pelajar
bertujuan mendapatkan respon mereka terhadap keberkesanan pelaksanaan aktiviti di dalam
bengkel dan sejauh manakah aktiviti sebegini mampu untuk meningkatkan pengetahuan dan
kemampuan pelajar untuk membaca dan membariskan teks bahasa Arab dengan betul
khususnya berkaitan al-jarr dan al-zarf wa mudaf ilayh dengan menggunakan syahid AlQuran atau ayat-ayat Al-Quran sebagai contoh terhampir. Melalui respon pelajar ini,
banyak penambahbaikan dapat dibuat bagi menjamin mutu pengajaran berkesan dapat
diwujudkan di dalam kelas. Berikut dilampirkan item-item soalan dan analisis penilaian
pelajar sebelum dan selepas mengikuti Bengkel Kemahiran Asas Membaca Teks Arab yang
diperoleh.

Item Soalan Penilaian Bengkel Kemahiran Asas Membaca Teks Arab


Soalan 1

Tahap pengetahuan yang dimiliki oleh peserta tentang kemahiran asas


membaca teks Arab.

Soalan 3

Kemahiran menggunakan pengetahuan sedia ada ketika membaca.

Soalan 4

Kemahiran mengenal tanda asas tatabahasa dalam ayat Al-Quran.

Soalan 7 & 8 :

Aktiviti dalam kursus dan bengkel.

Soalan 10

Latih tubi membaca teks Arab.

Jadual 6: Analisis Penilaian Peserta Sebelum Bengkel


No. Soalan

7&8

10

Memuaskan

24

15

Tidak Memuaskan

31

30

29

16

249

Rajah 1: Analisis Penilaian Peserta Sebelum Bengkel Kemahiran Asas


Membaca Teks Arab dan Latih Tubi
Rajah 1 menunjukkan keputusan analisis daripada penilaian peserta sebelum bengkel
Kemahiran Asas Membaca Teks Arab:
o Tahap pengetahuan yang dimiliki oleh peserta berkaitan kemahiran asas membaca
teks Arab adalah tidak memuaskan.
o Kemahiran menggunakan pengetahuan sedia ada ketika membaca teks Arab juga
tidak memuaskan kerana daripada 31 orang pelajar, hanya seorang pelajar sahaja yang
berkemahiran menggunakan pengetahuan yang sedia ada ketika membaca teks Arab.
o Kemahiran mengenal tanda asas tatabahasa dalam ayat al-Quran di kalangan peserta
bengkel juga tidak memuaskan dengan sebanyak 29 orang peserta yang mengalami
masalah ini.
o Namun, seramai 24 orang peserta menunjukkan rasa berpuas hati dan berminat
menyertai sebelum diadakan aktiviti dalam kursus dan bengkel.
o Seramai 15 orang mengatakan bahawa mereka mengadakan latih tubi membaca teks
Arab sebelumnya, berbanding 16 orang yang mengatakan bahawa mereka jarangjarang mengadakan latih tubi membaca teks Arab.
Daripada keseluruhan analisis, menunjukkan bahawa para peserta sebelum menyertai
bengkel, prestasi dan kemahiran asas mereka membaca teks Arab berada pada tahap
yang tidak begitu memuaskan.
250

Jadual 7: Analisis Penilaian Peserta Selepas Bengkel


No. Soalan

7&8

10

Memuaskan

27

25

29

30

28

Tidak Memuaskan

Rajah 2: Analisis Penilaian Peserta Selepas Bengkel Kemahiran Asas


Membaca Teks Arab dan Latihan Latih Tubi
Rajah 2 menunjukkan analisis keseluruhan penilaian para peserta selepas menyertai
bengkel. Prestasi dan kemahiran asas membaca teks Arab pelajar berada pada tahap yang
begitu memuaskan. Ini adalah hasil daripada bengkel yang dihadiri dan latihan latih tubi
berterusan yang dilakukan di dalam kelas atas bimbingan guru yang bertindak sebagai
fasilitator.
4. Analisis Tahap Kepekaan Ketika Membaca Al-Quran
Jadual 8: Analisis Tahap Kepekaan Ketika Membaca Al-Quran
Bil

Item

1.

Adakah anda memerhatikan baris akhir setiap perkataan dalam


ayat Al-Quran ketika membaca Al-Quran?

2.

Adakah anda menyedari baris pada ayat Al-Quran ada kaitan


dengan kaedah Nahu?
251

Ya
(%)
58.3

Tidak
(%)
41.7

83.3

16.7

3.

Adakah anda menggunakan kemahiran membaca Al-Quran yang


anda miliki ketika membaca teks Arab?

54.2

45.8

4.

Adakah anda yakin bahawa kemahiran membaca Al-Quran boleh


digunakan untuk meningkatkan kemampuan anda membaca teks
Arab dengan baik jika anda diberi latihan?

97.9

2.1

Berdasarkan jadual di atas, hanya 58.3% respondan mengakui bahawa mereka


memerhatikan baris akhir setiap perkataan dalam ayat Al-Quran ketika membaca Al-Quran,
sedangkan 41.7% pula sebaliknya. Walau bagaimanapun 83.3% menyedari bahawa baris
pada ayat Al-Quran ada kaitan dengan kaedah nahu. Hanya 54.2 % respondan mengakui
bahawa mereka menggunakan kemahiran membaca Al-Quran yang anda miliki ketika
membaca teks Arab. Hampir keseluruhan respondan atau 97.9% yakin bahawa kemahiran
membaca Al-Quran boleh digunakan untuk meningkatkan kemampuan anda membaca teks
Arab dengan baik jika diberi latih tubi berterusan.

PENUTUP
Kesimpulannya, kami berpendapat kajian tindakan yang dijalankan ini telah berjaya
membantu meningkatkan penguasaan dan kemahiran asas membaca teks bahasa Arab dalam
kalangan pelajar, khususnya dalam mengenal pasti tanda bacaan yang betul bagi kosa kata
nama selepas huruf al-jarr dan al-zarf wa mudaf ilayh. Kesukaran tetap ada pada awalnya,
iaitu dalam rangka melaksanakan aktiviti ini. Akan tetapi, atas kesungguhan tenaga pengajar
yang terlibat serta komitmen dan kerajinan para pelajar maka hasil yang diperoleh amat
membanggakan. Aktiviti dan latih tubi berterusan perlu diteruskan bagi memantapkan lagi
penguasaan pembacaan pelajar.
Al-Quran merupakan mukjizat teragung buat junjungan besar Nabi Muhammad
s.a.w. Melalui ayat-ayat Al-Quran kita dapat mempelajari dan memahami banyak ilmu
antaranya ilmu Nahu. Menjadi kewajipan bagi setiap muslim memahami setiap patah
perkataan yang diungkap tatkala mengalunkan bacaan Al-Quran di samping meneliti tanda
baris dan mengetahui kaedah nahu yang tersirat disebaliknya. Pemilihan kaedah, strategi,
teknik dan pendekatan yang sesuai dalam satu sesi pengajaran dan pembelajaran merupakan
langkah yang penting untuk menentukan sejauh mana objektif pengajaran dapat dicapai.
Kaedah latih tubi dan latihan pembacaan berterusan adalah pendekatan yang sesuai
dijalankan ke atas pelajar bagi memantapkan kemahiran mereka membaca teks bahasa Arab.
252

PENGHARGAAN
Kajian ini dijalankan dengan menggunakan dana UKM-PTS-2011-107, UKM-PTS-2011-108
dan KOMUNITI-2011-016. Jutaan terima kasih kepada UKM kerana memberi kami dana
bagi menjalankan kajian ini.
RUJUKAN
Ahmad Mohd. Salleh. 1997. Pendidikan Islam. Falsafah, Pedagogi dan Methodologi. Shah
Alam: Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Ee Ah Meng. 1997. Pedagogi ll Pelaksanaan Pengajaran. Shah Alam: Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Mok Soon Sang & Lee Shok Mee. 1991. Pedagogi 3 Pengajaran dan Persediaan Mengajar.
Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.
Mok Soon Sang. 1996. Pedagogi 2 Pelaksanaan Pengajaran. Kuala Lumpur: Kumpulan
Budiman Sdn. Bhd.
Harison Mohd Sidek. 2010. Reading instruction theory and practise. Nilai: Penerbit USIM.
Kolzow, L.V & Lehmann, Jane. 1982. College reading: Strategies for success. New Jersey:
Prentice-Hall, Inc.
Mohd Zainuddin Hashim. 1982. Suatu tinjauan mengenai minat membaca dan bahan-bahan
yang dibaca oleh pelajar-pelajar sekolah menengah desa di Semenanjung Malaysia.
Tesis Sarjana Yang Tidak Diterbitkan. Universiti Putra Malaysia.
Nurul Huda Osman. 2009. Muqarrar taclim al-lughah al-cArabiyah lil natiqin bi ghayriha
madkhal taqwimi. Kuala Lumpur: IIUM Press.
Qasim, Riyad Zaki. 2000. Tiqniyat al-tacbir al-cArabi. Beirut: Dar al-Macrifah.
al-Rifaci, Najib cAbdullah. 1997. Maharat dirasiyah. Cet. Ke-3. Kuwait: Maktabah al-Manar
al-Islamiyah.
al-Rukabi, Jawdat. 1986. Fi taclim al-lughah al-cArabiyah. al-Urdun: Dar al-Fikr li al-Tibacah
wa al-Nashr wa al-Tawzic.
Shalabi, Ahmad. 1980. Taclim al-lughah al-cArabiyah li ghayr al-cArab. Kaherah: Maktabah
al-Nahdah al-Misriyah.
al-Shanti, Muhammad Salih. 2003. al-Maharat al-Lughawiyah. Cet. Ke-5. al-Mamlakah alc
Arabiyah al-Sacudiyah: Dar al-Andalus lil Nashr wa al-Tawzic.
Siti Hajar Abdul Aziz. 1998. Penguasaan Pemahaman Membaca di Kalangan Pelajar
Tingkatan Empat di Dua Buah Sekolah Menengah di Kajang, Selangor. Tesis Sarjana
Yang Tidak Diterbitkan. Universiti Putra Malaysia.
253

Smith, F. 1990. Bacaan. Terj. Siti Nordinar Mohd. Tamin & Fadzilah Md. Arif. Ed. Ke-2.
Skudai: Unit Penerbitan Akademik UTM.
al-Sufi, cAbd al-Latif. 2007. Fan al-Qiraah. Damsyiq. Dar al-Fikr.
al-Zayni, Ibrahim. 1992. al-Islam manhaj wa tariqatu tadris. Beirut: Maktabah Lubnan.
Kamarudin bin Jaffar. Kaedah Mengajar Bahasa Arab. Bertarikh 12 Ogos 2012, Jumaat.
Artikel Pilihan Portal Rasmi Pejabat Pelajaran Daerah Kerian http://ppdkerian.
edu.my.
Pendedahan Kurikulum Semakan BAK & BAT, Unit Bahasa Arab Bahagian Kurikulum
Pendidikan Islam Dan Moral, Jab. Pendidikan Islam Dan Moral, Kem. Pendidikan
Malaysia.

254

Anda mungkin juga menyukai