Anda di halaman 1dari 9

Mumtazah md Ibrahim(09sp007)

Pendahuluan.
Ada banyak kaedah-kaedah pengajaran yang boleh digunakan oleh guru
untuk mejadikan pengajaran seseorang guru itu lebih menarik, berkesan
dan sebagainya. Kaedah-kaedah itu terletak di atas satu kontinum yang
melibatkan murid-murid belajar secara langsung.
Diantara kaedah-kaedah yang ada ialah seperti kaedah syarahan,
bercerita, projek, simulasi, demonstrasi dan sebagainya. Disini penulis
hanya akan membincangkan tentang kaedah simulasi.
Kaedah simulasi.
Simulasi adalah suatu pengajaran yang sangat berkesan. Pengunaan
kaedah simulasi membolehkan para guru mencapai objektif pembelajaran
dari segi isi kandungan, konsep, kemahiran dan sikap. Kaedah simulasi ini
juga boleh memperbaiki kesihatan mental dan memudahkan kreativiti1.
Simulasi ini adalah juga suatu situasi pembelajaran dalam keadaan yang
terkawal dan sengaja diwujudkan sama dengan situasi yang sebenar.
Tujuannya ialah untuk menjalankan latihan demi untuk menyelesaikan
masalah2.
Dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah, kaedah
simulasi digunakan untuk membolehkan para pelajar berlatih sendiri
aktiviti lakonan dalam keadaan yang teratur dan terkawal dengan tujuan
mengemukakan

cara

penyelesaian

untuk

satu-satu

masalah

yang

ditimbulkan, yang mana masalah-masalah yang ditimbukan itu melibatkan


satu kajian yang rumit,masalah disiplin atau peristiwa-peristiwa yang
berlaku di alam sekitar seperti di kedai, jalan raya, pasar, sekolah dan
sebagainya.

1 Ang Huat Bin (2001), konsep dan kaedah pengajaran dengan penekanan
pendidikan inklusif, hlm22.
2 Mok Soon Sang (2004), ilmu pendidikan untuk krusus perguruan lepasan ijazah,
hlm348.
1

Mumtazah md Ibrahim(09sp007)

Jenis-jenis simulasi.
Kaedah simulasi ini ada dua. Dua jenis ini lah yang biasa di gunakan dalam
aktiviti pembelajaran di dalam bilik darjah. Dua jenis yang di maksudkan
ialah sosiodrama dan main peranan.

Sosiodrama.
Sosiodrama adalah merupakan satu aktiviti lakonan yang menarik, ianya
adalah berdasarkan sesuatu cerita yang menggambarkan sesuatu situasi
atau isu berkonflik, mempunyai perwatakan yang menentang sosial. Oleh
kerana sosiodrama adalah merupakan aktiviti lakonan yang berdasarkan
cerita yang lengap pada kebiasaannya skrip lakonan akan di sediakan
lebih awal agar ianya dapat di fahami, di baca, dan membuat persediaan
oleh pelajar-pelajar yang dipilih untuk melakonkan ssuatu watak yang di
berikan oleh guru3.
Main peranan.
Main peranan adalah merupakan satu lakonan yang sepontan yang
melibatkan sekumpulan pelajar tanpa menggunakan sebarang skrip, ianya
adalah merupakan lakonan yang berdasarkan kepada satu masalah yang
timbul pda ketika itu. Biasanaya, di dalam aktiviti main peranan pelajar
membayangkan situasi yang timbul dan kemudian mereka melakonkan
sitiasi yang di bayanngkan tadi dengan secara sepontan.
Aktiviti main peranan ini bermula daripada suatu situasi yang direka dan
ditimbulkan oleh guru. Sebelum mengadakan aktiviti main peranan ini
pada kebiasaannya keterangan yang ringkas mengenai objektif lakonan
dan watak-watak yang terlibat dalam situasi ini akan dihuraikan oleh guru.
Setelah menerangkan secara ringakas tadi baharulah guru

memilih

3 Mok Soon Sang (2004), ilmu pendidikan untuk krusus perguruan lepas ijazah,
hlm348.
2

Mumtazah md Ibrahim(09sp007)

sesiapa yang berminat untuk melakonkan situasi tersebut. Oleh kerana


aktiviti main peranan ini merupakan satu lakonan yang di lakukan secara
spontan masa yang di berikan hendaklah pendek sahaja iaitu sekitar 5-7
minit sahaja. Setelah selesai penilaian hendaklah dibuat di dalam bilik
darjah.

Prinsip-prinsip menggunakan simulasi.


Jika hendak menggunakan kaedah simulasi ini di dalam bilik darjah dengan
berkesan maka guru haruslah memahami dan mematuhi prinsip-prinsip
berikut terlebih dahulu:1- Guru

hendaklah

merancang

situasi

yang

bermasalah

dan

mewujudkannya secara bertulis atau lisan di dalam kelas.


2- Sebelum menjalankan aktiviti lakonan, peneranagan yang ringkas
tentnag masalah, peranan watak-watak dan tempoh masa sesi
simulasi hendaklah diberikan.
3- Pilih pelajar-pelajar

yang telah mahir dalam peraturan sebagai

pelakon. Ini akan menjamin

aktiviti lakonan dapat dijalankan

dengan lancar.
4- Bagi sosiodrama, skrip lakonan hendaklah disediakan dan diedarkan
kepada mereka yang dipilih untuk terlebih dahulu.
5- Jika perlu, sediakan alatan seperti topeng-topeng untuk pelakon.
6- Semasa sesi simulasi, [astikan para pelajar yang lain menjadi
penonton benar-benar menumpukan perhatian terhadap aktiviti
lakonan itu
7- Selepas sesi simulasi, guru hendaklah meminta mereka memberi
pandangan

tentang

cara

penyelesaian

masalah

seperti

yang

ditunjukkan dalam lakonan.


3

Mumtazah md Ibrahim(09sp007)

8- Suatu rumusan harus dicapai melalui perbincangan di antara pelajar


pada akhir waktu pelajaran4.

Tujuan-tujuan simulasi.
-

Untuk menguasi kemahiran : simulasi melatih bertutur secara


spontan

melalui

aktiviti

lakonan.

Ianya

juga

melatih

murid

kemahiran menyusun ayat dan menggunakan sebutan yang tepat.


Untuk membina pemikiran secara analitis dan kritis : semasa
menjalankan

aktiviti

lakonan,

murid-murid

harus

berfikir

dan

menyusun ideanya secara teratur untuk menggambarkan cara


penyelesaian yang di lakukan.
-

Untuk membina sikap positif : memalui simulasi yang di lakonkan,


konflik sosial itu dapat diselesaikan. Sikap atau tingkah laku yang
negatif akan dapat diubah dan sikaf yang positif akan dapat
dibentuk dan dipupuk.

Untuk mengaitkan isi pelajaran dengan aspek afektif : melalui


aktiviti lakonan berdasarkan isi pelajaran pendidikan moral, muridmurid dapat menghayati nilai-nilai dan sikap orang lain.

Untuk membawa situasi yang sebenar ke dalam bilik darjah :


misalnya, untuk menjelaskan konsep drmokrasi murid-murid boleh
melakonkan sebagai pengundi-pengundi dalam situasi pilihanraya
yang direka.

Untuk mempelbagai aktiviti pembelajaran : simulasi meruakan suatu


teknik mengajar tambahan yang juga boleh membantu murid-murid
mempertingkatkan

penguasaan

kemahiran

bahasa

dengan

berkesan5.
4 Mok Soon Sang (2004), ilmu pendidikan untuk krusus perguruan lepas ijazah,
hlm349-350.
5 Mok Soon Sang (2006), nota pengurusan pengajaran-pembelajaran, hlm57.
4

Mumtazah md Ibrahim(09sp007)

Kelebihan simulasi.

Memberi peluang kepada murid memikirkan cara penyelesaian

secara spontan dalam situasi bermasalah yang diwujudkan.


Murid-murid dapat mempertingkatkan kemahiran pertuturan

mereka.
Simulasi merupakan satu teknik pembelajaran yang menarik dan
seronok,

dan

membawa

kepada

suasana

pembelajaran

yang

berkesan.
Murid-murid dapat dilatih berlakon dengan gaya yang betul.
Mereka akan dilatih untuk menghadapi situasi bermasalah yang

sebenar.
Selain menggalakkan interaksi di antara murid-murid, ianya juga
memberi kesempatan kepada murid-murid untuk menghayati nilainilai moral yang baik, seterusnya mengubah sikap negatif dan

membina sikap positif.


Dengan menggunakan teknik simulasi, banyak situasi di luar bilik

darjah dapat ditunjukkan dalam bilik darjah.


Secaratidak langsung,bakat lakonan murid dapat diasah.

Kelemahan simulasi.
Perasaan gelisah yang mungkin timbul di kalangan murid yang tidak
pernah ada pengelaman berlakon.

Prestasi pelakon yang kurang menarik akan menimbulkan perasaan


bosan di kalangan penonton yang mungkin membuat bising atau
akan mengejek kesilapan yang di lakukan oleh pelakon-pelakon.

Hanya murid-murid yang terlibat di dalam lakonan sahaja mendapat


pengelaman secara langsung dan faedah-faedah berlakon.

Penilaian prestasi pelakon dan membuat rumusan tidak mudah


untuk dilakukan6.

Perlaksanaan aktiviti simulasi.

6 Mok Soon Sang (2006), nota pengurusan pengajaran-pembelajaran, hlm59.


5

Mumtazah md Ibrahim(09sp007)

Perlaksanaan simulasi ini terbahagi kepada tiga peringkat iaitu: peringkat


sebelum simulasi, peringkat perlaksanaan simulasi, dan peringkat selepas
simulasi.

Peringkat sebelum simulasi.


-

Objektif

pembelajaran.

Guru

hendaklah

menentukan

objektif

pembelajaran yang hendak dicapai.


Kemahiran. Guru mengenal pasti kemahiran yang akan menjadi

fokus.
Penyerapan nilai. Guru menentukan jenis penilaian yang akan

didunakan.
Penilaian. Guru menentukan jenis penilian yang akan digunakan

dalam simulasi.
Pengukiuhan dan pengayahan. Guru perlu memikirkan jenis aktiviti

pengukuhan dan pengayaan.


Alatan. Guru memastikan bahawa semua alatan yang dipelukan
telah disediakan.

Peringkat perlaksanaan simulasi.


-

Adakan set induksi untik menarik minat murid.


Bacakan arahan dengan jelas.
Pecahkan kelas kepada beberapa kumpulan.
Edarkan kad arahan kepada murid yang mengambil bahagian.
Minta murid cuba memahmi tugas yang diberikan kepada mereka.
Setiap kumpulan menjalankan simulasi berkenaan.
Murid yangh lain akan mencatatkan dan memerhatikan aktiviti

simulasi yang diadakan.


Diakhir simulasi penilaian dijalan kan.

Peringkat selepas simulasi.


-

Guru berbincang dengan murid tentang masalah yang dikemukakan.


Menulis laporan tentang maslah itu.
Menulis semula dialog yang digunakan dalam simulasi.
Menyediakan carta aliran bagi menjelaskan konsep yang
ditonjolkan7.

7 Ee Ah Meng (1999), pedagogi 2 perlaksanaan pengajaran, hlm167-168.


6

Mumtazah md Ibrahim(09sp007)

Perlaksanaan sesi main peranan.


Perlaksanaan sesi main peranan juga memuatkan tiga peringkat iaitu
peringtak sebelum sesi main peranan, peringkat semasa main peranan,
dan peringkat selepas main peranan.
Peringkat sebelum main peranan.
-

Guru menentukan tajuk yang sesuai untuk sesi main peranan.


Guru memaklumkan apa yang perlu dilakonkan.
Guru memilih peserta serta berbincang dengan murid tentang watak

yang ditentukan.
Guru menentukan

murid-murid

lain

sebagai

pemertahi.

Guru

memberitahu aspek-aspek yang perlu diberi perhatian.


Peringkat semasa sesi main peranan.
-

Perbincangan dijalankan sama ada dalam kumpulan atau secara

kelas.
Lakonan semula diadakan jika perlu untuk memperbaiki aspek-aspek
lakonan yang tertentu.

Peringkat selepas sesi main peranan.


-

Guru menjalankan perbincangan dengan murid-murid. Dia (guru)


akan menenyakan kelas (murid-murid) tentang siapa yang paling
aktif, siapa yang menjalankan main peranan dengan baik dan siapa

pula yang pasif.


Guru memberikan taklimat semula dengan tujuan:
Mrnganalisis kesan main peranan,
Membaiki kelemahan jika ada,
Menerangkan apa yang berlaku dalam keadaan sebenar,
Membantu murid membuat renungan dan mengembangkan

satu-satu kemahiran.
Membantu murid-murid membuat rumusan tentang perlakuan
mereka dalam main peranan8.

Langkah-langkah perlaksanaan main peranan.

8 Ee Ah Meng (1999), pedagogi 2 perlaksanaan pengajaran, hlm175-176.


7

Mumtazah md Ibrahim(09sp007)

Reka situasi secara terperinci dan teratur sebelum diperkenalkan

kepada murid-murid.
Adakan perbincangan dengan murid tentang situasi ini.
Terangkan peranan kepada murid-murid yang terlibat.
Pilih murid-murid yang terlibat secara suka rela.
Berikan masa untuk mereka membincangkan tentnag masalah yang

ada.
Pemerhati-pemerhati hendaklah menulis nota tentnag watak-watak
agar dapat mereka membuat pandangan tentang peranan itu

disampaikan.
Setelah selesai sesi main peranan, peniaian pesrta hendaklah

dibuat.
Sebahagian daripada main peranan boleh diulangi serta dibaiki

sekiranya ada kekurangan dan jika perlu.


Sekiranya ada emosi yang sukar untuk dikawal cubalah tukar

peranan pelakon.
Wujudkan suasana kebebasan serta keselamatan9.

Kesimpulannya.
Bermacam-macam kaedah yang ada didalam pengajaran itu tetapi
tidak semua kaedah sesuai untuk semua mata pelajaran yang ada.
Kaedah

simulasi

ini

adalah

salah

satu

kaedah

yang

boleh

digunapakai agar dapat menaikan minat para pelajaar untuk


menumpukan perhatian mereka pada pelajaran mereka.
Bibliografi.
Ang Huat Bin.2001. Konsep Dan Kaedah Pengajaran Dengan Penekanan
Pendidikan Inklusif. Utusan Publication&Distributions Sdn. Bhd. Selangor
Darul Ehsan.
Ee Ah Meng.1999. Pedagogi 2 Perlaksanaan Pengajaran. Fajar Bakti Sdn.
Bhd. Selangor Darul Ehsan.
Mok Soon Sang. 2004. Ilmu Pendidikan Untuk Krusus Perguruan Lepas
Ijazah. Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. Kuala Lumpur.
9 Ee Ah Meng (1999), pedagogi 2 perlaksanaan pengajaran, hlm180-181.
8

Mumtazah md Ibrahim(09sp007)

Mok

Soon

Sang.2006.

Nota

Pengurusan

Pengajaran-Pembelajaran.

Multimedia-ES Resources Sdn. Bhd. Kuala Lumpur.

Anda mungkin juga menyukai