Anda di halaman 1dari 22

HBML

1203

[PENGENALAN FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU]

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA


SEMESTER MEI /2012

KOD KURSUS
HBML1203

TAJUK KURSUS
PENGENALAN FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MEAYU

NO. MATRIKULASI

721108105462001

NO. KAD PENGNEALAN

721108105462

NO. TELEFON

019-6158508

E-MEL

norjilah72@gmail.com

PUSAT PEMBELAJARAN

Shah Alam

HBML
1203

[PENGENALAN FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU]


ISI KANDUNGAN

MUKA SURAT

1.0

PENGENALAN

2.0

PENGHASILAN BUNYI VOKAL

2.1 Ciri-ciri
2.2 Daerah
2.3 Alat Artikulator

3.0

PENGHASILAN BUNYI KONSONAN

10

3.1 Ciri-ciri
3.2 Daerah
3.3 Alat Artikulator

4.0

PERBINCANGAN TENTANG FONEM DAN ALOFON


DALAM SISTEM BUNYI BAHASA MELAYU

18

4.1 Fonem
4.2 Alofon

5.0

SUPRASEGMENTAL

20

5.1 Ciri-Ciri
5.2 Kepentingan

6.0

KESIMPULAN

21

7.0

BIBLIOGRAFI

22

HBML
1203

[PENGENALAN FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU]

1.0 PENDAHULUAN

Bahasa merupakan alat komunikasi yang penting bagi manusia. Menurut Asmah Haji Omar
(1986) Bahasa merupakan alat yang digunakan oleh manusia untuk berhubung dengan manusia
lain dengan menggunakan bunyi-bunyi yang dikeluarkan oleh alat-alat ujaran yang terdapat di
dalam tubuh manusia. Bahasa yang digunakan oleh manusia adalah menggunakan alat-alat
ujaran yang terdapat dalam tubuh badan manusia itu sendiri. Contohnya bibir, lidah , lelangit dan
pita suara.

Huraian mengenai vokal dan konsonan tergolong dalam bab fonetik dan fonologi. Menurut
Kamus Dewan (1996 : 354 ) Fonetik ialah ilmu bahasa (linguistik) yang berkaitan dengan
penyebutan kata dan lambang yang menunjukkan sebutannya. Manakala menurut Raminah Haji
Sabran (1984) dalam buku yang berjudul Kajian Bahasa Untuk Pelatih Maktab Perguruan
menyataan bahawa fonetik kajian tentang fenomena bunyi atau pertuturan manusia sejagat.
Menurut Dr. Lutfi Abas (1985) fonetik juga membawa maksud mempelajari segala bunyi yang
diucapkan melalui mulut manusia, baik bunyi manusia, bukan bunyi bahasa, mahupun bunyi
marginal, dan memberikan simbol fonetik untuk setiap bunyi.

Fonologi adalah kajian mengenai sistem bunyi bahasa serta sifat-sifat semulajadi sistem tersebut
secara umum. Menurut Kamus Dewan fonologi memberi makna kajian tentang bunyi sebutan
dalam

sesuatu

bahasa

(1996:354).

Manakala

Kamus

Linguistik

(Harimurti

Kridalaksana,1984:51) mendefinisikan fonologi sebagai bidang dalam linguistik yang


menyelidiki bunyi-bunyi bahasa mengikut fungsinya.

HBML
1203

[PENGENALAN FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU]

2.0

PENGHASILAN BUNYI VOKAL

Bunyi vokal ialah bunyi yang terhasil apabila udara yang keluar melalui rongga oral tidak
mengalami sebarang sekatan. Bunyi vokal keluar secara berterusan melaui rongga tekak dan
rongga mulut. Vokal adalah bunyi oral tetapi ada juga yang dinasalkan. Sifat vokal ditentukan
oleh kedudukan lidah dan keadaan bibir. Vokal dalam bahasa melayu boleh dibahagikan kepada
yang berikut:
2.1 Ciri-Ciri Bunyi Vokal

Bunyi vokal dikategorikan sebagai bunyi bersuara yang dihasilkan dengan tidak melibatkan
sebarang sekatan pengaliran udara. Klasifikasi bunyi vokal ditentukan dengan kedudukan lidah
dan bentuk bibir. Ia melibatkan rongga mulut ketika melafazkannya. Bentuk bibir dan saiz
rongga mulut menentukan sama ada bunyi vokal yang dilafazkan itu dalam keadaan terbuka,
separuh sempit ataupun luas.

Bunyi vokal yang dilafazkan juga juga dipengaruhi oleh bukaan lidah, sama ada ianya vokal
hadapan, belakang atau tengah. Sekiranya lidah hadapan yang terlibat, maka bunyi yang
dihasilkan adalah vokal hadapan.Begitu juga apabila lidah yang terlibat adalah bahagian
belakang lidah, maka vokal yang dihasilkan adalah vokal belakang. Namun apabila lidah dalam
keadaan bersahaja ataupun terletak di lantai rongga mulut dan berada dalam keadaan tegang
maka vokal yang dihasilkan adalah vokal tengah. Di sini jelas menunjukkan bahawa pelabelan
nama vokal ditentukan oleh kedudukan lidah. Manakala jenis vokal ditentukan oleh bentuk bibir
dan saiz rongga mulut.

HBML
1203

[PENGENALAN FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU]


2.2 Daerah-Daerah dan Alat Artikulator Bunyi Vokal

2.2.1 Vokal Hadapan

Vokal hadapan ialah bunyi [ a] , [ i ] ,[ e ] , dan [ e ]. Daerah artikulasi yang terlibat dalam
menghasilkan bunyi ini ialah lelangit keras. Manakala alat artikulasi yang terlibat dalam
membunyikannya ialah lidah, bibir dan saiz rongga mulut. Vokal hadapan dibahagikan kepada
empat bahagian iaitu vokal hadapan sempit [ i ] , vokal hadapan separuh sempit [ e ] , vokal
hadapan luas [ a ] , dan vokal hadapan separuh luas [ e ].

Contohnya apabila kita menyebut bunyi akhir dalam kata keli, bahagian hadapan lidah akan
dinaikkan tinggi dalam mulut. Di antara bahagian hadapan lidah dan lelangit keras terdapat
saluran sempit yang membenarkan udara keluar. Huruf akhir pada perkataan keli yang
dilambangkan [ i ] adalah perkataan fonetik. Namun, apabila kita membunyikan bunyi [ e ] pada
perkataan esok, saluran udaranya adalah lebih luas kerana bahagian hadapan lidah dinaikkan
setinggi kedudukannya sewaktu membunyikan vokal [ i ]. Vokal hadapan boleh dibahagikan
kepada :

i) Vokal Hadapan Sempit [i]


Semasa menghasilkan vokal ini hadapan lidah hendaklah dinaikkan tinggi tetapi jangan
menyentuh lelangit keras. Manakala lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan untuk menutup
rongga hidung.

Pita suara pula haruslah dirapatkan supaya udara yang keluar boleh

menggetarkan selaput suara seperti dalam rajah di bawah ;

Vokal Hadapan Sempit


|

HBML
1203

[PENGENALAN FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU]


Contoh vokal hadapan sempit seperti jadual dibawah ;

Awal Kata

Tengah Kata

Akhir Kata

[iman]

[kira]

[kali]

[ikan]

[sihat]

[kopi]

[sakit]

[cili]

[tipu]

[rugi]

ii) Vokal Hadapan Separuh Sempit [e]


Vokal ini pula terletak di bahagian tengah hadapan mulut. Semasanya menyebutnya lidah berada
di tengah. Lidah dinaikkan tetapi lebih rendah daripada bunyi vokal [i]. Anak tekak dan lelangit
lembut dinaikkan dan pita suara dirapatkan seperti rajah di bawah ;

Vokal Hadapan Separuh sempit [e]


Contoh vokal hadapan separuh sempit seperti jadual dibawah ;
Awal Kata

Tengah Kata

Akhir Kata

[eso?]

[sepah]

[kol]

[era]

[ceri]

[esa?]
[ela?]

[laher]
[leka]

HBML
1203

[PENGENALAN FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU]


iii) Vokal Hadapan Separuh Luas []

Sebutannya lebih rendah daripada menyebut vokal [e]. Hadapan lidah hendaklah dinaikkan
separuh luas. Semasa menyebutnya lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan untuk menutup
rongga hidung manakala pita suara pula akan bergetar. Rajah di bawah menunjukkan bagaimana
ia dibunyikan.

Vokal Hadapan Separuh Luas []


Contoh vokal hadapan separuh luas seperti jadual dibawah ;
Awal Kata

Tengah Kata

[mas]

[mmbli]

[mbun]

[trpri]

iv) Vokal Hadapan Luas [a]


Vokal ini letaknya jauh di bahagian bawah seperti terhampar dan mulut pula terbuka luas.
Hadapan lidah dinaikkan sedikit ke arah lelangit keras. Manakala anak tekak dan lelangit lembut
menutup rongga hidung, pita suara pula bergetar (rujuk Rajah di bawah)

Vokal Hadapan Luas [a]


|

HBML
1203

[PENGENALAN FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU]


Contoh vokal hadapan luas seperti jadual dibawah ;
Awal Kata

Tengah Kata

Akhir Kata

[asli

[mlam]

[m m ]

[amboi]

[capai]

[supaya]

[anti]

[nans]

2.2.2 Vokal Belakang

Vokal bahagian belakang pula terdiri daripada [ u ], [o] dan [a]. Daerah artikulasi yang terlibat
adalah bahagian lelangit keras. Manakala alat artikulasi yang terlibat semasa menghasilkan bunyi
vokal ini adalah lidah dan lelangit lembut. Kadar bukaan luas ditentukan oleh rongga mulut dan
saiz bukaan mulut. Vokal belakang dikategorikan kepada vokal belakang luas [ a ], vokal
belakang separuh luas [], vokal belakang sempit [ u ], dan vokal belakang separuh sempit [ o ].

Contohnya apabila kita menyebut bunyi [ u ] dalam kata maju. Semasa menghasilkan bunyi ini,
bibir dibundarkan manakala belakang lidah dinaikkan dekat dengan lelangit lembut. Ketika
menyebut vokal [o] kedudukan belakang lidah lebih rendah dibandingkan ketika menyebut bunyi
[u]. Vokal belakang terbahagi kepada

i) Vokal Belakang Sempit [u]


Semasa membunyikan vokal ini lidah dinaikkan ke arah lelangit lembut supaya dapat
menyempitkan rongga mulut tetapi ianya tidak mencecah lelangit lembut. Manakala lelangit
lembut dan anak tekak dinaikkan serta pita suara bergetar. Sila lihat rajah dibawah :

Vokal Belakang Sempit [u]


|

HBML
1203

[PENGENALAN FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU]

Contoh vokal belakang sempit ialah [mulut], [bubur], [biru], [usah].

ii) Vokal Belakang Separuh Sempit [o]


Belakang lidah hendaklah dinaikkan separuh sempit ke arah lelangit lembut. Manakala lelangit
lembut serta anak tekak dinaikkan bagi menutup rongga hidung dan pita suara akan bergetar. Sila
lihat rajah di bawah :

Vokal Belakang Separuh Sempit [o]

Contohnya ialah [toleh], [botol], [soleh]

ii) Vokal Belakang Separuh Luas []


Vokal ini disebut dengan menaikkan lidah separuh sempit ke arah lelangit lembut. Manakala
lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan untuk menutup rongga hidung dan pita suara
digetarkan .
Contohnya ialah [ora], [blt]. [blt]

2.2.3 Vokal Tengah


Vokal tengah [] terhasil dengan meletakkan tengah lidah pada lelangit manakala bibir pula
dihambarkan iaitu dibuka tidak luas. Contoh penggunaan vokal tengah [] ialah [# ma? # ] iaitu
(emak) dan [ #bah# ] iaitu (abah).

HBML
1203

[PENGENALAN FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU]


2.2.4 Vokal Dinasalkan

Vokal yang dinasalkan ialah vokal yang dikeluarkan melalui rongga oral dan nasal. Daerah
artikulasi yang terlibat adalah bahagian lelangit lembut, anak tekak dan rongga hidung. Apabila
rongga hidung tidak tertutup rapat, udara akan keluar dari kedua-dua rongga hidung dan mulut.
Contoh vokal sengau ialah [mkan], [mndi]. [awa], [mhal], [jum?t]

3.0

PENGHASILAN BUNYI KONSONAN

Bunyi konsonan ialah bunyi bahasa selain daripada bunyi vokal yang bersuara atau tidak
bersuara.Bunyi ini dihasilkan apabila udara daripada peparu menerima sekatan atau geseran
sama ada di bahagian rongga mulut, tekak atau pun hidung.

3.1 Ciri-Ciri Penghasilan Bunyi Konsonan

Konsonan ada yang bersuara dan ada yang tidak bersuara. Ia bergantung sama ada pita suara
digetarkan atau tidak. Arus udara yang keluar dari peparu akan menerima sekatan atau geseran.
Apabila udara keluar dari peparu, glotis dirapatkan dan pita suara digetarkan maka terhasillah
bunyi konsonan bersuara. Tetapi apabila glotis direnggangkan dan pita suara tidak bergetar,
maka akan terhasillah konsonan tidak bersuara.

Penghasilan bunyi konsonan ada yang sengau dan ada yang tidak sengau. Ia bergantung kepada
keadaan lelangit lembut apabila bunyi dihasilkan. Jika lelangit lembut dinaikkan, bunyi
konsonan yang dihasilkan bersifat bunyi oral. Tetapi jika lelangit lembut diturunkan, udara dari
peparu akan dapat keluar melalui rongga hidung dan akan menghasilkan bunyi nasal atau sengau.

Sentuhan di antara alat artikulasi dengan daerah artikulasi akan menghasilkan pelbagai bunyi
konsonan. Antaranya ialah konsonan gigi, konsonan bibir gigi, konsonan dua bibir, konsonan
gusi lelangit keras, konsonan gelungan, konsonan anak tekak dan konsonan lelangit lembut.
|

10

HBML
1203

[PENGENALAN FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU]

3.2 Daerah-Daerah Dan Alat Artikulator Bunyi Konsonan

3.2.1 Konsonan Letupan

Konsonan letupan dikeluarkan dengan udara diahan dan dilepaskan dengan cepat. Konsonan
jenis ini terbahagi kepada sembilan jenis ;

i) Konsonan [t] dan [d] .


Konsonan [t] dan [d] dihasilkan apabila udara disekat dengan merapatkan dua bibir atau
mengenakan hujung lidah pada gusi, lelangit lembut dinaikkan dan udara tertahan.

Jika

proses sekatan ini dilepaskan, maka terhasillah bunyi [t] iaitu letupan gusi tak bersuara.
Manakala bunyi [d] terhasil apabila pita suara digetarkan iaitu bunyi letupan gusi bersuara. Sila
lihat rajah di bawah :

Konsonan Letupan [t] dan [d]

11

HBML
1203

[PENGENALAN FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU]


ii) Konsonan [k] dan [g].

Bunyi [k] terhasil apabila belakang lidah dirapatkan ke lelangit lembut untuk menyekat arus
udara. Bunyi [k] adalah letupan lelangit lembut tak bersuara. Bunyi [g] pula ialah letupan
lelangit lembut bersuara . Ia terhasil apabila pita suara dirapatkan dan arus udara keluar melalui
rongga mulut menggetarkan pita suara. Sila lihat rajah dibawah :

Konsonan Letupan [k] dan [g]

iii) Konsonan[p] dan [b].


Penghasilan konsonan [p] adalah dari letupan dua bibir tak bersuara kerana pita suara tidak
bergetar. Konsonan [b] pula adalah letupan dua bibir bersuara kerana pita suara bergetar.Keduadua konsonan ini terhasil apabila lelangit lembut dinaikkan dan bibir dirapatkan. Udara pula
tersekat pada dua bibir dan udara dipaksa keluar. . Sila lihat rajah dibawah :

Konsonan Letupan [p] dan [b].

12

HBML
1203

[PENGENALAN FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU]


iv) Konsonan [j] dan [dZ]

Bunyi [j] terhasil apabila bahagian hadapan lidah dinaikkan ke lelangit keras bagi membuat
sekatan pada arus udara. Ketika ini suara direnggangkan dan arus udara yang melalui rongga
mulut tidak menggetarkan pita suara. . Sila lihat rajah dibawah :

Konsonan Letupan [j]

v) Hentian [?]
Hentian glotis terhasil apabila lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan ke dinding rongga tekak
bagi membuat sekatan udara ke rongga hidung. Pita suara tidak bergetar kerana ia dirapatkan dan
arus udara keluar dari peparu tersekat pada bahagian rapatan pita suara. . Sila lihat rajah dibawah

Konsonan Letupan Hentian [?]

13

HBML
1203

[PENGENALAN FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU]


3.2.2 Konsonan Geseran

i) Konsonan [s] dihasilkan apabila hadapan lidah dinaikkan ke gusi bagi membuat sempitan pada
arus udara. Ketika ini lelangit lembut dan juga anak tekak dinaikkan kebahagian belakang rongga
tekak bagi menyekat arus udara ke rongga hidung dan pita suara direnggangkan. Bunyi geseran
gusi tidak bersuara [s] apabila udara melalui rongga mulut tanpa menggetarkan pita suara. . Sila
lihat rajah dibawah :

Konsonan Geseran [s]

ii) Konsonan [h] terhasil apabila udara keluar melalui pita sauara yang renggang dan rongga
mulut sama seperti ketika membunyikan vokal. Bunyi [h] dinamakan bunyi geseran glotis tidak
bersuara. . Sila lihat rajah dibawah :

Konsonan Geseran [h]

14

HBML
1203

[PENGENALAN FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU]


3.2.3

Konsonan Sisian

Bunyi [l] dihasilkan apabila lidah dinaikkan ke gusi dan laluan udara tersekat. Lelangit lembut
dinaikkan dan pita suara pula bergetar. . Sila lihat rajah dibawah :

Konsonan Sisian [l]

3.2.4 Konsonan Getaran


Konsonan [r]- bunyinya terhasil apabila hujung lidah diletakkan di gusi sehingga udara dapat
melalui antara lidah dan juga gusi. Lidah pula akan bergetar manakal lelangit lembut pada waktu
iti dinaikkan. Bunyi [r] dinamakan sebagai bunyi getaran gusi bersuara. . Sila lihat rajah dibawah
:

Konsonan Getaran [r]

15

HBML
1203

[PENGENALAN FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU]


3.2.5 Konsonan Sengauan

-Konsonan [n] dihasilkan apabila lidah dinaikkan ke gusi dan bunyinya dinamakan sengauan
gusi bersuara. . Sila lihat rajah dibawah :

Konsonan Sengauan [n]


-Konsonan [] dihasilkan apabila tengah lidah dinaikkan ke lelangit keras dan bunyinya
dinamakan sebagai sengauan lelangit keras bersuara. . Sila lihat rajah dibawah :

Konsonan Sengauan []
-Konsonan []dihasilkan apabila belakang lidah dinaikkan ke lelangit lembut dan bunyi yang
dihasilakn itu dinamakan sengauan lelangit lembut bersuara [ng]. . Sila lihat rajah dibawah :

Konsonan sengauan []
|

16

HBML
1203

[PENGENALAN FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU]


3.2.6 Separuh Vokal

-Konsonan [w] dihasilkan apabila pada peringkat awal lidah seperti hendak membunyikan
konsonan[u]. tetapi bergerak kepada vokal yang lain. Bunyi yang dihasilkan dinamakan separuh
vokal dua bibir bersuara. . Sila lihat rajah dibawah :

Separuh Vokal [w]


-Konsonan [j] terhasil apabila lidah p[ada walnya seperti hendak menebut huruf [i] tetapi
bergerak kepada vokal yang lain. Bunyi inilah dinamakan separuh vokal lelangit keras bersuara. .
Sila lihat rajah dibawah :

Separuh Vokal [j]

17

HBML
1203

[PENGENALAN FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU]


3.2.7 Konsonan Pinjaman

Di antara konsonan pinjaman ialah [dz] menjadi [z], [th] menjadi [s], [gh] menjadi [g], [dh]
menjadi [d]. Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi-bunyi geseran. Manakala bunyi [f] dan [v] pula
dihasilkan dengan merapatkan bibir bawah dan atas sehingga berlaku geseran apabila udara
melaluinya. Ketika menghasilkan bunyi [f] pita suara tidak bergetar dan bunyi geseran bibir gusi
tidak bersuara. Manakala ketika membunyikan huruf [v] pita suara akan bergetar dan
menghasilkan bunyi geseran bibir gusi bersuara.

4.0 PERBINCANGAN TENTANG ALOFON DAN FONEM

4.1 Fonem
Fonem adalah bunyi bahasa yang memberikan perbezaan erti. Contohnya kata baru dan balu,
bunyinya hampir sama tetapi yang membezakan antara keduanya ialah fonem [r] dan [l]. Maka
/l/ dan /r/ adalah fonem.

Fonem adalah unit bahasa yang terkecil yang berfungsi. Ia merupakan unit yang bermakna dan
terdiri daripada beberapa unit bunyi. Contohnya perkataan malu terdiri daripada empat unit
bunyi iaitu m,a,l,u. Unit kecil inilah yang dikatakan sebagai fonem. Fonem dan transkripsinya
hendaklah diletakkan dalam kurungan / /.

Fonem juga boleh difahami sebagai unit terkecil yang membezakan makna. Ianya dinamakan
pasangan minimum atau pasangan terkecil Contohnya perkataan kaya dan paya. Kedua-dua
perkataan ini mempunyai makna yang berbeza. Ini disebabkan oleh fonem k dan p. Bunyi k dan
p merupakan unit-unit terkecil yang membezakan makna. Oleh itu bunyi k dan p haruslah
diletakkan dalam kurungan fonem /k/ dan /p/. Contoh lain bagi fonem ialah:

/barat/ - /karat/

/sayang/ - /wayang/

/pedang/ - /petang/

/dalam/ - / talam/

/pakar/ - /bakar/

/tulang/ - /dulang/
|

18

HBML
1203

[PENGENALAN FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU]


4.2 Alofon

Alofon pula merupakan anggota-anggota kepada satu fonem. Alofon merupakan bunyi yang
berlainan tetapi masih tergolong dalam satu fonem. Kelainan bunyi dalam satu fonem ini terjadi
akibat terpengaruh oleh bunyi terdahulu atau bunyi yang terkemudian daripadanya. Contohnya
fonem /k/ dalam bahasa melayu mempunyai beberapa perbezaan bunyi atau alofon kerana
pengaruh bunyi dari sekitarnya. Misalnya alofon k, k dan . Bunyi alofon k terjadi dari perkataan
kiri (iaitu k yang diikuti oleh vokal depan i). Manakala bunyi k terjadi daripada perkataan kuda
iaitu k yang diikuti oleh vokal belakang u). Bunyi terjadi kerana kerana kehadirannya diakhiri
oleh kata dalam suku kata tertutup iaitu perkataan kaka.
Bunyi k, k dan adalah alofon daripada keluarga bunyi yang sama iaitu fonem /k/. Bunyinya
mempunyai persamaan fonetik iaitu hampir sama dari segi pengucapannya dan penghasilannya.
Ketiga-tiga bunyi tersebut saling melengkapi dan menduduki tempat masing-masing dalam
bahasa Melayu.

Alofon juga boleh difahami sebagai fonem yang terdiri daripada anggota fonem. Contohnya
fonem p dalam perkataan palu sebagai satu letupan yang sempurna. Bagi perkataan luap bunyi p
adalah sebagai letupan bibir yang tidak sempurna iaitu ianya tidak diletupkan. Ini menunjukkan
fonem p mempunyai dua alofon.

Alofon juga terhasil daripada bunyi yang bervariasi bebas yang membawa maksud walaupun
bunyi-bunyi itu berbeza dalam perkataan tertentu. Contohnya perkataan faham dan paham
mempunyai perbezaan bunyi tetapi memberi makna yang sama.

19

HBML
1203

[PENGENALAN FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU]


5.0 SUPRASEGMENTAL BAHASA MELAYU

Suprasegmental adalah sifat bunyi yang menindih sesuatu segmen bunyi vokal ataupun
konsonan.

Segmen bunyi yang dicantumkan

menjadi urutan yang bermakna dengan

menghasilkan kata yang lengkap. Kata yang lengkap harus mempunyai unsur-unsur yang
dinamakan suprasegmental iaitu tekanan, nada, jeda dan panjang pendek supaya makna
perkataan itu menjadi lebih jelas dan bermakna. Fonem-fonem supra supra segmental dalam
bahasa Melayu tidak bersifat fonemik, tetapi terdapat juga bahasa fonem-fonem suprasegmental
yang bersifat fonemik kerana fonem-fonem itu boleh membezakan makna. Di sini akan
diperjelaskan lagi ciri-ciri suprasegmental ;

5.1 Tekanan

Tekanan memberi maksud kelatangan sesuatu suku kata yang menandakan lembut atau kerasnya
penyebutan sesuatu suku kata. Ia juga merupakan lemah atau kerasnya penyebutan sesuatu suku
kaa. Tekanan berlaku pada vokal dimana bunyi vokal dalam bahasa Melayu disebut dengan
lantang dan boleh dipanjangkan. Tekanan juga tidak membezakan makna. Lambang tekanan
ialah / / dan lambang ini diletakkan di atas suku kata yang menerima tekanan itu. Contohnya
/kita/, /bapa/.

5.2 Nada

Nada ialah kadar menurun atau meninggi pengucapan sesuatu suku kata atau perkaatan. Nada
ditanda oleh nombor-nombor 1 (rendah), 2 (biasa), 3 (tinggi) dan 4(tinggi sekali). Ayat penyata
kebiasaannya dimulakan dengan nada 2, nada itu akan menaik bila ada tekanan dan akan
menurun hingga 1. Contohnya : saya hendak makan

20

HBML
1203

[PENGENALAN FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU]


5.3 Jeda

Jeda atau persendian adalah unsur hentian yang memisahkan antara unsur-unsur linguistik sama
ada dalam bentuk perkataan, ayat atau rangkaikata. Lambang yang digunakan bagi jeda ialah #.
Jeda boleh membezakan makna. Contoh jeda ialah [#ma? Saya maRah#] ayat ini berbeza
dengan ayat [ma?# saya maRah#]

5.5 Panjang pendek


Panjang pendek ialah kadar panjang atau pendek sesuatu bunyi itu ketika diucapkan.
Lambangnya ialah [:] iaitu mora. Lambang [:] bererti panjang sebutan tersebut ialah satu mora.
Manakala [: :] menunjukkan dua mora. Lambang [.] adalah menunjukkan setengah mora. Dalam
bahasa Melayu unsure ini tidak membezakan makna. Contoh mora ialah ; [am : : boi ], [le : : ga]

6.0 KESIMPULAN
Bahasa mempunyai satu sifat yang dikatakan sebagai simbol bunyi. Terdapat banyak bahagian
tubuh manusia yang berperanan sebagai alat artikulasi seperti bibir, gusi, gigi lidah, tulang
rahang dan anak tekak. Dengan menggunakan alat artikulasi tersebut kita dapat berbahasa
dengan menggunakan pelbagai bunyi. Penggunaannya juga manusia dapat bertutur dengan
sempurna dan membezakan sebutan huruf-huruf vokal dan konsonan.

Penguasaan ilmu fonetik dan fonologi ini dapat memudahkan pelajar untuk mempelajari cara
menghasilkan bunyi dengan sebutan yang betul. Alat-alat artikulasi sememangnya memainkan
peranan yang amat penting dalam penghasilan bunyi bahasa. Bunyi bahasa yang dikeluarkan
bergantung kepada daerah artikulasi dan alat artikulasi yang digunakan.

Secara keseluruhannya, pendedahan tentang alat-lat pertuturan atau artikulasi adalah penting
bagi meningkatkan kefahaman pelajar tentang alat-alat artikulasi dan organ-organ yang
berperanan dalam mengeluarkan bunyi-bunyi bahasa. Ini kerana bahasa amat penting kepada
manusia dalam menjalani kehidupan seharian terutamanya untuk berkomunikasi dengan individu
yang lain.

( 3000 patah perkataan )


|

21

HBML
1203

[PENGENALAN FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU]

7.0

1.

BIBLIOGRAFI

Abdullah Hassan (ed) (2007). Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu i-vi (1952-2002).
Kuala Lumpur ;Persatuan Penterjemah Malaysia

2.

Asmah Haji Omar (20080. Susur Galur Bahasa Melayu (edisi Kedua). Kuala
Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka.

3.

Indirawati Zahid dan Mardian Shah Omar (2006). Fonetik dan Fonologi. Batu Caves :
PTS Proffesional

4.

http://www.scribd.com/doc/14660406/Fonetik-dan-Fonologi-Bahasa-Melayu-Tinggi

5.

http://mohamednaqib.blogspot.com/2010/08/alat-alat-artikulasi-serta-fungsinya.html

22

Anda mungkin juga menyukai