Anda di halaman 1dari 3

Meniru Dalam Peperiksaan

Tahap Kecekapan (PTK)


Soalan
Salam,
Apa pandangan ustaz guru lulus ujian PTK dan mendapat anjakan gaji dengan
meniru semasa peperiksaan (PTK tersebut), bagaimana dengan kenaikan gaji (duit)
yang diperolehinya?
- 60138807885 Jawapan
Wa'alaikumussalam,
Saya kira, pembaca sekalian pun mampu memberi jawapannya. Cuma saya agak
pelik jika perkara ini benar-benar berlaku, jika guru pun meniru, sudah tentu anak
muridnya di sekolah juga akan jadi kaki meniru.
Tiru
Anak murid kaki meniru itu pula akan menjadi guru di masa hadapan dan juga
meniru dalam PTK nya, maka kitaran orang meniru akan menjadi semakin panjang
dan kualiti semakin kurang sehingga lahirlah penganggur dan pekerja yang tidak
produktif, kaki bodek dan rasuah.
Dari sudut hukum, asasnya adalah :1) Meniru itu adalah menipu, dan menipu hukumnya haram. Sebuah hadis :




Ertinya : "Pada suatu hari Rasulullah s.a.w. pernah melalui seorang laki-laki yang
sedang menjual makanan (biji-bijian). Baginda sangat mengaguminya, kemudian
memasukkan tangannya ke dalam tempat makanan itu, apabila dilihatnya makanan
itu nampak basah, maka bertanyalah beliau: Apa yang dilakukan oleh pemilik
makanan ini? Ia menjawab: Kena hujan. Kemudian Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Mengapa tidak kamu letakkan yang basah itu di atas, supaya orang lain
mengetahuinya?! barangsiapa menipu , bukanlah (mereka) dari golongan kami
(Islam)" (Riwayat Muslim, 1/99)
2) Pernah juga di riwayatkan bahawa :

Ertinya : Sesungguhnya Allah apabila telah mengharamkan sesuatu maka akan


haram jugalah harga jualan (keuntungan yang terhasil dari yang haram) ( Ar-Rawdu
Al-Murabba', 2/30 ; Riwayat Ibn Hibban, 11/312 )
3) Nabi SAW juga pernah mencela orang Yahudi yang apabila diharamkan memakan
daging babi dan lain-lain, mereka membuat helah dengan mengambil lemaknya dan
dihiaskan lalu dijualnya. Apabila Nabi mendapat tahu lalu terus berkata :
Ertinya : "Allah akan menghancurkan Yahudi yang mana mereka ini apabila Allah
mengharamkan makan lemak (babi, bangkai dan lain-lain yang diharamkan), lalu
mereka membuat helah dengan menjualnya serta menikmati hasil jualannya"
( Riwayat Al-Bukhari no 2111, 2/775 ; Muslim, Baihaqi )
Dari kedua-dua dalil di atas, jelas kepada kita hukum meniru dalam peperiksaan
adalah haram bagi guru dan murid kerana ia adalah satu bentuk penipuan.
Dari hadis ketiga juga dapat difahami setiap hasil keuntungan duniawi yang terhasil
dari yang haram, maka hukumnya adalah haram jua. Tatkala itu, kenaikan gaji guru
tadi juga adalah dikira pendapatan yang haram.
Amat malang, penipuan yang memberi manfaat dunia seperti ini cukup digemari
oleh ramai orang, tanpa mereka sedari kehidupan akhirat mereka dalam bahaya
apabila kehidupan harian mereka dikelilingi oleh duit kenaikan gaji dan untung
haram tanpa mereka sedari.
Dosa ini ibarat 'time bomb' yang amat menderitakan di alam barzakh, ibarat 'time
bomb' yang akan meletup sejurus seorang itu disapa kematian. Mati dalam
keadaan sebegini, adalah mati dengan penuh dosa disebabkan hartanya.
Tindakan
Tindakan ' u turn' bagi mereka yang telah terlanjur begini adalah dengan segera
bertawbat, melupuskan harta yang haram secara ansuran, memperbanyakkan
sedeqah dan juga meningkatkan kualiti diri sesuai dengan nilai 'PTK tipu' yang
diperolehinya.
Itu sahaja yang sempat saya fikirkan sebagai jalan keluar di ketika ini. Moga orang
yang terjebak akan beroleh keampunan Allah SWT.
Ke Kubur Juga Akhirnya
Kekayaan, pangkat dan kebesaran yang dikecapi adalah sementara sahaja, amat
jarang kenikmatan sementara ini mampu dikecapi melebihi 60 tahun. Justeru,
mengapakah kita masih lagi terlalu ghairah untuk mengumpulkannya tanpa
mengira haramnya?. Malangnya diri yang terlupa kematiannya penamat segala
kenikmatan dunia. Justeru carilah harta dari yang HALAL sahaja.

Nabi SAW bersabda :


Ertinya : "Perbanyakkanlah ingatan kepada pemutus segala nikmat (dunia) iaitu
MAUT" ( At-Tirmidzi, 4/553 ; Ibn Hibban, 7/259 ; Imam Tirmidzi : Hadith Hasan
Ghorib)
Sekian
Zaharuddin Abd Rahman
http://www.zaharuddin.net/
27 Ogos 2007
14 Syaaban 1428 H

Anda mungkin juga menyukai